TUNGGU GILIRAN... dua daripada lima wanita dalam rumah terbabit.
MANJA... wanita melayan seorang pelanggan yang datang di ruang tamu rumah.
Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa.
Taktik digunakan sindiket itu sungguh berkesan. Bukan sembarangan pelanggan dibenarkan masuk, malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa.
Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.
Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, ‘bapa ayam’ atau lebih dikenali sebagai ‘kapten’ pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap.
Jadi rumah pelacuran sejak tiga tahun lalu
Selain kawasan kejiranan yang kelihatan eksklusif, kawalan keselamatan pada laluan masuk ke kawasan perumahan itu menjadikan kewujudan rumah berkenaan untuk kegiatan maksiat gagal dihidu pihak berkuasa.
Ini diakui penjaga rumah berkenaan yang memberitahu rumah itu tidak pernah diserbu.
Pegawai Turus Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, sepanjang pengetahuannya, tiada aktiviti maksiat seperti itu (di rumah kediaman) dilaporkan di Selangor dan maklumat seperti itu yang pertama didengarnya.
“Sepanjang saya di Selangor, ini baru saya dengar, wanita di situ warga negara mana, berikan maklumat dan kita akan lakukan siasatan.
“Kita perlukan maklumat lengkap... saya tak janji serbuan dilakukan tapi kita perlukan maklumat lengkap untuk melakukan siasatan,” katanya kepada Metro Ahad.
Bangga miliki nama ‘Malaysia’
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR
mhusni@hmetro.com.my
mhusni@hmetro.com.my
Katanya, walau apa dikata orang, dia berbangga dengan nama suaminya, tambahan pula Hari Malaysia disambut 16 September setiap tahun.
Menurutnya, dia tidak berdepan masalah dengan nama unik suaminya, sebaliknya mudah dikenali apabila turut digelar Siti Malaysia.
“Saya dikenali ramai dengan gelaran itu walaupun ia bukan nama sebenar saya. Hasil perkahwinan sejak 23 tahun lalu, kami dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Muhammad Safuan, 21; Muhammad Afiq, 16, dan Muhammad Amar, 13.
“Bagaimanapun, tiga anak kami berdepan masalah dengan nama bapa mereka kerana sering diejek di sekolah. Namun, lama-kelamaan rakan sekolah boleh menerima perkara itu,” katanya.
Jodoh tepi katil
Oleh ANIZA ZAINUDIN
anizazainudin@hmetro.com.my
anizazainudin@hmetro.com.my
BERSATU... Sulaiman dan Salmah bernikah selepas berkenalan lima bulan.
Mereka kemudian diraikan pada majlis perkahwinan di pusat itu di sini, semalam.
Sulaiman Sihab dan Salmah Ismail dinikahkan di Surau At-Takwa, di sini, dengan mas kahwin RM80 pada majlis dihadiri lebih 400 tetamu membabitkan anggota keluarga dan teman rapat di pusat terapi itu.
Bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui tidak terlintas akan bertemu jodoh selepas pemergian isterinya setahun lalu, tambahan pula kesihatannya tidak mengizinkannya apabila disahkan menghidapi penyakit darah tinggi dan diabetes.
“Saya mengunjungi pusat terapi ini untuk mengubati penyakit, tapi tak sangka sekali lagi menemui jodoh yang sesuai di mata dan di hati, biarpun hanya berkenalan lima bulan.
“Usikan teman mengatakan kami sepadan membuahkan hasil apabila kami mula bertegur sapa dan berbual. Saya mengambil langkah berani menyatakan hasrat ingin melamarnya sebagai isteri.
“Insya-Allah, andai dimurahkan rezeki, saya ingin membawa Salmah mengerjakan umrah dalam tempoh terdekat, sekali gus menjadi destinasi bulan madu kami,” katanya ketika ditemui.
“Selepas berjumpa beberapa kali dan selesa berbual, saya mendapati dia sesuai, apatah lagi mempunyai pengetahuan agama luas dan mampu membimbing saya,” katanya yang memakai persalinan berwarna hijau.
Ajal dihempap traktor
Oleh MOHAMAD HUSSIN
mohamad@hmetro.com.my
mohamad@hmetro.com.my
LOKASI KEJADIAN... traktor yang meragut nyawa Azman ketika bekerja di Jalan Lahar, Kampung Palas, dekat Jitra. Gambar kecil, Azman, maut
Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa yang bekerja sebagai Pembantu Am di Kolej Kejururawatan, Alor Setar terpaksa menanggung derita sejam sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di pinggang.
Abdul Majid yang juga terkenal dengan wayang kulit Seri Asun berkata, arwah pergi ke ladang itu jam 4 petang bersama adiknya, Shazwan Suhaili, 15, kerana mengambil upah membersihkan kawasan ladang.
“Arwah pergi berdua bersama adiknya untuk membersihkan kawasan hutan di situ dan dia memandu traktor. Sejam kemudian, arwah balik ke rumah untuk mengambil barang alat ganti mesin yang tertinggal sebelum pergi semula ke ladang.
“Ketika memandu traktor, arwah dipercayai mengundur beberapa kali untuk meratakan kawasan. Bagaimanapun, ketika mengundur, arwah gagal mengawal traktor itu lalu terjatuh ke parit sedalam satu meter.
“Selepas terjatuh ke parit, arwah cuba naikkan semula traktor, namun ia terus terbalik dan menghempapnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kunluang, Mukim Binjal, di sini, semalam.
“Arwah masih bernafas ketika itu tetapi dalam keadaan tidak bermaya kerana kecederaan dialami. Shazwan kemudian meminta bantuan penduduk kampung berhampiran dan menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan mangsa.
“Selepas sejam bertarung nyawa di atas traktor itu, akhirnya anak saya meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di pinggang,” katanya.
Abdul Majid berkata, anaknya dikeluarkan dengan menggunakan dua jentera ‘backhoe’ jam 11 malam sebelum dibawa ke Hospital Jitra (HJ), di sini, untuk bedah siasat.
“Arwah anak ketiga daripada lapan beradik meninggalkan isteri, Azizah Mohd Ali, 31, serta dua anak, Nor Hafifi, 13, dan Arfah, 7. Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kunluang, dekat sini, jam 10 pagi semalam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan mangsa mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
‘Dah tiada nadi lagi’
Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my
MELAKA: “Sejurus melihat mangsa melambung ke atas jalan akibat
perlanggaran, saya segera berhenti dan memeriksa denyutan nadi di
lehernya dan mendapati dia tidak bernyawa.
“Saya pilu melihat wajahnya berlumuran darah selain kaki dan tangannya terlipat,” kata Muhammad Asri Mohd Fauzi, 17, saksi kemalangan yang mengorbankan seorang pekerja kampung di Taman Kerubong Jaya, di sini, kelmarin.
Mohammad Rizal Daud, 25, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan jam 6.45 petang itu yang turut menyebabkan rakannya, Ade Mustafa Talib, 29, parah apabila motosikal dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori di persimpangan jalan di taman itu.
Difahamkan, pemandu lori berusia 50-an itu cuba mengelak namun gagal sebelum terlanggar motosikal dinaiki dua sahabat terbabit.
Muhammad Asri berkata, dia yang dalam perjalanan ke kedai berada 60 meter di belakang motosikal mangsa.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, saya melihat motosikal itu ditunggang perlahan dan cuba memasuki simpang, namun berlanggar dengan lori.
“Ia menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dan terseret bersama
motosikal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam kelmarin.
Dia kemudian memberhentikan motosikal ditunggangnya untuk memeriksa keadaan mangsa.
“Pada waktu itu, saya dapati seorang daripadanya (Mohammad Rizal) tiada denyutan nadi, manakala rakannya masih bernyawa.
“Bagaimanapun, pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya yang kemudian menghubungi talian kecemasan.
KANGAR: Hasrat murni seorang warga emas menumpangkan dua remaja tidur
di rumah sewanya di Taman Repoh Jaya, dekat sini, berakhir tragedi
apabila dia kehilangan barangan kemas bernilai RM10,000, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam, Shamsudin Jali, 59, menumpangkan kedua-dua suspek bermalam di rumahnya sejak mengenali mereka yang bekerja di restoran tidak jauh dari rumahnya.
Mangsa hanya menyedari barangan kemas miliknya dicuri selepas dua remaja itu tiba-tiba menghilangkan diri bersama barangan kemas miliknya bernilai hampir RM10,000.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa kehilangan rantai leher, dua rantai tangan, satu dirham emas serta 20 dirham perak yang disimpan di dalam beg di bawah katil.
“Saya pilu melihat wajahnya berlumuran darah selain kaki dan tangannya terlipat,” kata Muhammad Asri Mohd Fauzi, 17, saksi kemalangan yang mengorbankan seorang pekerja kampung di Taman Kerubong Jaya, di sini, kelmarin.
Mohammad Rizal Daud, 25, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan jam 6.45 petang itu yang turut menyebabkan rakannya, Ade Mustafa Talib, 29, parah apabila motosikal dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori di persimpangan jalan di taman itu.
Difahamkan, pemandu lori berusia 50-an itu cuba mengelak namun gagal sebelum terlanggar motosikal dinaiki dua sahabat terbabit.
Muhammad Asri berkata, dia yang dalam perjalanan ke kedai berada 60 meter di belakang motosikal mangsa.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, saya melihat motosikal itu ditunggang perlahan dan cuba memasuki simpang, namun berlanggar dengan lori.
Dia kemudian memberhentikan motosikal ditunggangnya untuk memeriksa keadaan mangsa.
“Bagaimanapun, pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya yang kemudian menghubungi talian kecemasan.
Tumpang tidur, kebas emas
Dalam kejadian jam 8 malam, Shamsudin Jali, 59, menumpangkan kedua-dua suspek bermalam di rumahnya sejak mengenali mereka yang bekerja di restoran tidak jauh dari rumahnya.
Mangsa hanya menyedari barangan kemas miliknya dicuri selepas dua remaja itu tiba-tiba menghilangkan diri bersama barangan kemas miliknya bernilai hampir RM10,000.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa kehilangan rantai leher, dua rantai tangan, satu dirham emas serta 20 dirham perak yang disimpan di dalam beg di bawah katil.
Padah ingin melebihi orang
KUALA LUMPUR: “Manusia akan cari sesuatu, kalau boleh melebihi orang
lain. Zaman sekarang, ia seolah-olah menjadi perlumbaan di kalangan
masyarakat,” kata Pegawai Psikologi Kanan, Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Kampus Puncak Perdana, Sulaiman Selamat.
Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai penderitaan seorang ahli bina badan yang mengambil ubat-ubatan mengandungi steroid jenis ‘testosterone’ bagi menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat, menyebabkan dia menderita lemah tenaga batin manakala kerandut zakar mengecil.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, sudah lumrah setiap lelaki inginkan bentuk tubuh sasa supaya kelihatan gagah dan tampan.
“Bila miliki tubuh sedemikian, dia akan jadi perhatian, populariti meningkat dan menjadi tumpuan.
“Ini menyebabkan dia mencari sesuatu. Matlamat untuk dicapai lebih cepat dan hasilnya tidak logik,” katanya.
Beliau berkata, kebanyakan ubat-ubatan yang tidak diiktiraf mengandungi racun terlarang, sekali gus membahayakan pengguna yang memakannya.
“Benar ia memberi kesan positif tapi dalam masa singkat saja dan tidak tahan lama sebab ia palsu.
“Sebab itu kalau kita lihat, mereka yang menggunakan ubat sebegini tidak tahan lama, malah ada yang umur tidak panjang,” katanya.
Sulaiman berkata, matlamat tidak boleh menghalalkan cara yang tidak
rasional, malah orang berjaya sekalipun akan melakukan usaha berterusan
sebelum mengecapi kejayaan.
“Setiap sesuatu yang nak berjaya dan kekal, ia perlu melalui usaha dan sabar.
“Ini petunjuk yang boleh dipakai semua bidang,” katanya sambil menasihatkan mereka yang menggunakan ubat terbabit supaya membuka mata dan ambil iktibar daripada pendedahan itu.
Sementara itu, Presiden Lembaga Kesedaran dan Pencegahan Jenayah Malaysia, Profesor Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata, pihak berkuasa, khususnya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), perlu memantau ubat-ubatan sebegitu kerana ia sejenis dadah yang boleh merosakkan masyarakat.
“Penggunaan ubat-ubatan mengandungi steroid tidak asing, khususnya di kalangan atlet, kerana ia memberi kesan luar biasa serta-merta.
“Semua ini dadah terlarang dan jika tidak dikawal, inilah padahnya,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Thomas, 40-an, dari Alor Setar, Kedah mendakwa disebabkan penggunaan ubat-ubatan mengandungi steroid jenis ‘testosterone’ sejak tujuh tahun lalu, kehidupannya kini terjejas apabila ditinggalkan isteri, selain mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial
Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai penderitaan seorang ahli bina badan yang mengambil ubat-ubatan mengandungi steroid jenis ‘testosterone’ bagi menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat, menyebabkan dia menderita lemah tenaga batin manakala kerandut zakar mengecil.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, sudah lumrah setiap lelaki inginkan bentuk tubuh sasa supaya kelihatan gagah dan tampan.
“Bila miliki tubuh sedemikian, dia akan jadi perhatian, populariti meningkat dan menjadi tumpuan.
“Ini menyebabkan dia mencari sesuatu. Matlamat untuk dicapai lebih cepat dan hasilnya tidak logik,” katanya.
Beliau berkata, kebanyakan ubat-ubatan yang tidak diiktiraf mengandungi racun terlarang, sekali gus membahayakan pengguna yang memakannya.
“Sebab itu kalau kita lihat, mereka yang menggunakan ubat sebegini tidak tahan lama, malah ada yang umur tidak panjang,” katanya.
“Setiap sesuatu yang nak berjaya dan kekal, ia perlu melalui usaha dan sabar.
“Ini petunjuk yang boleh dipakai semua bidang,” katanya sambil menasihatkan mereka yang menggunakan ubat terbabit supaya membuka mata dan ambil iktibar daripada pendedahan itu.
Sementara itu, Presiden Lembaga Kesedaran dan Pencegahan Jenayah Malaysia, Profesor Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata, pihak berkuasa, khususnya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), perlu memantau ubat-ubatan sebegitu kerana ia sejenis dadah yang boleh merosakkan masyarakat.
“Penggunaan ubat-ubatan mengandungi steroid tidak asing, khususnya di kalangan atlet, kerana ia memberi kesan luar biasa serta-merta.
“Semua ini dadah terlarang dan jika tidak dikawal, inilah padahnya,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Thomas, 40-an, dari Alor Setar, Kedah mendakwa disebabkan penggunaan ubat-ubatan mengandungi steroid jenis ‘testosterone’ sejak tujuh tahun lalu, kehidupannya kini terjejas apabila ditinggalkan isteri, selain mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Diserang enam lanun
Oleh IBRAHIM ISA
ibrahim@hmetro.com.my
ibrahim@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah
Selatan berjaya mematahkan cubaan sekumpulan enam lanun warga asing
merompak kapal dagang MT Scorpio di perairan Tanjung Piai, di sini,
kelmarin.
Kumpulan lanun terbabit dipercayai merancang rompakan besar dengan merampas kapal dagang berkenaan selain menjual diesel kepada kapal lain di perairan itu.
Lanun terbabit turut dipercayai memiliki rangkaian sindiket besar untuk menyamun kapal di perairan Johor, terutama kapal dagang yang bersauh.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, pada hari kejadian, pihaknya menerima maklumat bahawa sebuah bot kayu yang mencurigakan mendekati MT Scorpio.
“Pusat kawalan kemudian menghubungi kapal APMM yang melakukan rondaan di kawasan berhampiran dan sebaik tiba di lokasi, kami melihat sebuah bot kayu tergesa-gesa meninggalkan kapal sebelum melarikan diri ke perairan negara jiran.
“Anggota dan pegawai kami kemudian menaiki MT Scorpio yang didaftar di Tarawa Kiribati untuk melakukan pemeriksaan. Kami dapati 12 kru kapal iaitu 10 warga Indonesia, seorang China dan seorang Sri Lanka berusia antara 20 hingga 56 tahun dalam keadaan diikat.
“Pemeriksaan mendapati, tiga daripada mereka cedera ringan akibat
dipukul menggunakan senjata tajam oleh kumpulan lanun,” katanya.
Menurut Adon, pemeriksaan turut menemui enam parang milik lanun terbabit ditinggalkan di sekitar kapal itu dan anggotanya mendapati seluruh ruang kapal digeledah dengan barang peribadi seperti wang tunai, komputer riba dan telefon bimbit dilarikan.
Katanya, siasatan awal mendapati, enam lanun bersenjatakan sepucuk
pistol dan beberapa parang memakai penutup muka dan menaiki kapal dagang
itu sebelum menawan krunya, tengah malam Khamis lalu.
“Kami dapati sebuah kapal dagang yang berlabuh bersebelahan Mt Scorpio iaitu MT Sea Jade sibuk memindahkan diesel hasil rompakan berkenaan.
“Berikutan itu, kapten dan 12 kru kapal MT Sea Jade yang berdaftar Ulaan Batar membabitkan 10 warga Myanmar dan dua Indonesia berusia 27 hingga 47 tahun ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat APMM Wilayah Selatan.
“Mereka ditahan bagi membantu siasatan selepas kami percaya mereka ada kaitan dengan lanun yang melarikan diri,” katanya.
WILLIAM dan Catherine.
LONDON: Isteri Putera William, Catherine semalam berdepan dengan
tindakan yang akan memalukannya lagi berhubung gambar separuh bogelnya
apabila satu lagi majalah Itali berkata, ia akan menyiarkan gambar
berkenaan.
Pasangan diraja Britain itu itu sudahpun memulakan tindakan undang-undang terhadap majalah Closer, selepas ia menyiarkan gambar yang dirakam paparazi menunjukkan Catherine berjemur bersama-sama suaminya dalam keadaan separuh bogel.
Majalah itu adalah sebahagian daripada empayar media bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.
Pasangan berkenaan berharap untuk mengekang skandal itu dengan menyaman Closer serta-merta tetapi, Chi, sebuah majalah mingguan yang juga diterbitkan oleh Kumpulan Mondadori milik Berlusconi, mengumumkan rancangan menerbitkan isu khas 26 muka esok, khusus mengenai gambar Catherine.
Gambar itu dirakam ketika beliau bercuti bersama William yang menduduki tangga kedua dalam senarai pewaris takhta Britain, di Perancis, baru-baru ini.
Pengarang Closer, Laurence Pieau dipetik oleh majalah The Sun semalam sebagai berkata, pihaknya mempunyai banyak lagi gambar itu tetapi belum menyiarkannya.
“Ada banyak lagi gambar itu yang kami tidak siarkan dan kami tidak akan menyiarkannya. Tetapi akhbar lain mungkin akan menyiarkannya,” kata Laurence.
Versi muka depan Chi menunjukkan beberapa gambar itu dengan tajuk ‘Ratu Berbogel.’
“Hakikat bahawa ia gambar bakal Ratu England menjadikan artikel itu lebih menarik.
“Ia topik yang baik kerana ia menunjukkan secara menyeluruh kehidupan harian pasangan yang amat terkenal dan moden yang sedang bercinta,” kata pengarangnya, Alfonso Signorini.
William dan Catherine, yang berada di Malaysia ketika ini, menyaman Closer kerana menceroboh privasi mereka.
Dalam pada itu, tindakan menyaman Closer dilapor berkesan apabila majalah itu menarik balik beberapa gambar kontroversi itu dari laman webnya, lapor RadarOnline.com. - Agensi
JEDDAH: Empat warga Asia, termasuk dua wanita, ditangkap atas tuduhan mengamalkan sihir dan menipu orang ramai.
Jurucakap polis Jeddah, Brigadier Misfer Al-Juaid berkata, seorang wanita Indonesia berusia 33 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz bersama-sama tangkal, beberapa kertas dan barangan berbau busuk.
Dalam kejadian lain, polis lapangan terbang menangkap seorang warga India yang cuba memasuki Arab Saudi dengan membawa barangan ilmu hitam dan tangkal yang didakwanya ubat.
Apabila disoal, lelaki itu mengaku merancang menggunakannya ke atas keluarga majikannya.
Pihak berkuasa lapangan terbang juga menahan seorang lelaki Pakistan yang membawa tangkal dan didakwa melakukan sihir.
Dalam pada itu, polis Jeddah menyerbu sebuah rumah di daerah Al-Rawabi selepas menerima maklumat mengenai seorang wanita Indonesia mengamalkan sihir.
Wanita itu dikatakan mengambil upah ‘menundukkan gadis’ untuk orang
yang mengupahnya. Anggota dari Balai Polis Al-Jami’ah mengepung rumah
itu sebelum menangkapnya ketika dia sedang melakukan sihir. - SG
ANKARA: Seorang pensyarah dihukum penjara dua tahun sebulan selepas didapati bersalah menarik tudung seorang pelajar.
Akhbar Milliyet melaporkan, hakim yang membicarakan kes itu menolak rayuan Profesor Rennan Pekunlu supaya dia dikenakan denda saja.
Rayuan supaya hukuman terhadapnya ditangguhkan juga ditolak.
Keputusan itu mengejutkan banyak pihak dan dikatakan tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman Turki.
Menurut laporan, pelajar bidang Matematik di Universiti Ege, Fatma Nur Gidal diganggu profesor itu yang kemudian menarik tudungnya serta memaki hamunnya.
Mahkamah diberitahu, Rennan mengancam memanggil semua pelajar yang bertudung dan menghalang mereka memasuki dewan kuliah.
Rennan juga dikatakan berulang kali melanggar hak penuntut wanita di universiti berkenaan. - Agensi
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam berkata, ia mengerahkan
tenteranya untuk menangani keganasan di 18 lokasi berbeza ketika
kemarahan masyarakat Islam memuncak berhubung filem yang menghina Islam
yang diterbitkan di negara itu.
Langkah itu diambil selepas dua anggota marin AS terbunuh dalam serangan di Afghanistan apabila pejuang yang bersenjatakan roket dan pistol menyerang sebuah pangkalan udara.
Kumpulan Taliban yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Kem Bastion di wilayah Helmand itu berkata, ia adalah tindak balas terhadap filem berkenaan.
Putera Harry, orang ketiga dalam senarai pewaris takhta Britain berada di kem berkenaan.
Ia berlaku selepas sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan di Mesir, Tunisia, Lubnan dan Sudan terbunuh ketika polis tempatan berusaha melindungi misi Amerika Syarikat daripada umat Islam yang membantah filem ‘Innocence of Muslims.’ Simbol pengaruh AS di bandar raya di dunia Islam menjadi sasaran serangan, termasuk kedutaan, sekolah dan juga rangkaian makanan segera apabila umat Islam meluahkan rasa marah mereka terhadap filem bajet rendah itu.
Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta berkata, Washington mahu memastikan tenteranya berupaya menangani keganasan yang semakin merebak itu, termasuk mengerahkan unit antikeganasan ke Libya dan Yaman serta menempatkan dua kapal pemusnah di pesisir pantai Afrika Utara.
“Kami perlu bersiap sedia berdepan dengan kemungkinan tunjuk perasaan itu tidak terkawal,” katanya kepada majalah Dasar Luar.
Beliau bagaimanapun tidak memberi butir lanjut. Bagaimanapun, menurut majalah itu, Washington merancang menghantar platun ketiga terdiri daripada 50 anggota marin yang dilatih khas bagi melindungi kedutaan negara itu di Khartoum.
Pengawal semalam melepaskan tembakan amaran apabila perkarangan kedutaan berkenaan diserbu penunjuk perasaan.
Kedutaan AS di Mesir dan Yaman juga diserbu sebelum ini. Di Sydney, polis menyerang ratusan umat Islam yang menunjuk perasaan membantah filem yang diterbitkan oleh kumpulan Yahudi dan Kristian di AS itu.
Tunjuk perasaan itu bermula dengan kira-kira 200 orang di luar konsulat AS, tetapi meningkat kepada sekali ganda tidak lama kemudian.
Sambil melaungkan slogan “Obama! Obama! Kami Sayangkan Osama,” penunjuk perasaan berarak di jalan raya sebelum diserbu polis yang lengkap dengan peralatan antirusuhan. Polis juga menggunakan bahan kimia untuk menyurai penunjuk perasaan.
Di Kaherah, pihak berkuasa Mesir mengerah pasukan tambahan untuk mengawal kedutaan AS. - Agensi
Kumpulan lanun terbabit dipercayai merancang rompakan besar dengan merampas kapal dagang berkenaan selain menjual diesel kepada kapal lain di perairan itu.
Lanun terbabit turut dipercayai memiliki rangkaian sindiket besar untuk menyamun kapal di perairan Johor, terutama kapal dagang yang bersauh.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, pada hari kejadian, pihaknya menerima maklumat bahawa sebuah bot kayu yang mencurigakan mendekati MT Scorpio.
“Pusat kawalan kemudian menghubungi kapal APMM yang melakukan rondaan di kawasan berhampiran dan sebaik tiba di lokasi, kami melihat sebuah bot kayu tergesa-gesa meninggalkan kapal sebelum melarikan diri ke perairan negara jiran.
“Anggota dan pegawai kami kemudian menaiki MT Scorpio yang didaftar di Tarawa Kiribati untuk melakukan pemeriksaan. Kami dapati 12 kru kapal iaitu 10 warga Indonesia, seorang China dan seorang Sri Lanka berusia antara 20 hingga 56 tahun dalam keadaan diikat.
Menurut Adon, pemeriksaan turut menemui enam parang milik lanun terbabit ditinggalkan di sekitar kapal itu dan anggotanya mendapati seluruh ruang kapal digeledah dengan barang peribadi seperti wang tunai, komputer riba dan telefon bimbit dilarikan.
“Kami dapati sebuah kapal dagang yang berlabuh bersebelahan Mt Scorpio iaitu MT Sea Jade sibuk memindahkan diesel hasil rompakan berkenaan.
“Berikutan itu, kapten dan 12 kru kapal MT Sea Jade yang berdaftar Ulaan Batar membabitkan 10 warga Myanmar dan dua Indonesia berusia 27 hingga 47 tahun ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat APMM Wilayah Selatan.
“Mereka ditahan bagi membantu siasatan selepas kami percaya mereka ada kaitan dengan lanun yang melarikan diri,” katanya.
William, isteri saman majalah
WILLIAM dan Catherine.
Pasangan diraja Britain itu itu sudahpun memulakan tindakan undang-undang terhadap majalah Closer, selepas ia menyiarkan gambar yang dirakam paparazi menunjukkan Catherine berjemur bersama-sama suaminya dalam keadaan separuh bogel.
Majalah itu adalah sebahagian daripada empayar media bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.
Pasangan berkenaan berharap untuk mengekang skandal itu dengan menyaman Closer serta-merta tetapi, Chi, sebuah majalah mingguan yang juga diterbitkan oleh Kumpulan Mondadori milik Berlusconi, mengumumkan rancangan menerbitkan isu khas 26 muka esok, khusus mengenai gambar Catherine.
Gambar itu dirakam ketika beliau bercuti bersama William yang menduduki tangga kedua dalam senarai pewaris takhta Britain, di Perancis, baru-baru ini.
Pengarang Closer, Laurence Pieau dipetik oleh majalah The Sun semalam sebagai berkata, pihaknya mempunyai banyak lagi gambar itu tetapi belum menyiarkannya.
“Ada banyak lagi gambar itu yang kami tidak siarkan dan kami tidak akan menyiarkannya. Tetapi akhbar lain mungkin akan menyiarkannya,” kata Laurence.
Versi muka depan Chi menunjukkan beberapa gambar itu dengan tajuk ‘Ratu Berbogel.’
“Hakikat bahawa ia gambar bakal Ratu England menjadikan artikel itu lebih menarik.
“Ia topik yang baik kerana ia menunjukkan secara menyeluruh kehidupan harian pasangan yang amat terkenal dan moden yang sedang bercinta,” kata pengarangnya, Alfonso Signorini.
William dan Catherine, yang berada di Malaysia ketika ini, menyaman Closer kerana menceroboh privasi mereka.
Dalam pada itu, tindakan menyaman Closer dilapor berkesan apabila majalah itu menarik balik beberapa gambar kontroversi itu dari laman webnya, lapor RadarOnline.com. - Agensi
Saudi tangkap 4 tukang sihir
Jurucakap polis Jeddah, Brigadier Misfer Al-Juaid berkata, seorang wanita Indonesia berusia 33 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz bersama-sama tangkal, beberapa kertas dan barangan berbau busuk.
Dalam kejadian lain, polis lapangan terbang menangkap seorang warga India yang cuba memasuki Arab Saudi dengan membawa barangan ilmu hitam dan tangkal yang didakwanya ubat.
Apabila disoal, lelaki itu mengaku merancang menggunakannya ke atas keluarga majikannya.
Pihak berkuasa lapangan terbang juga menahan seorang lelaki Pakistan yang membawa tangkal dan didakwa melakukan sihir.
Dalam pada itu, polis Jeddah menyerbu sebuah rumah di daerah Al-Rawabi selepas menerima maklumat mengenai seorang wanita Indonesia mengamalkan sihir.
Padah tarik tudung pelajar
Akhbar Milliyet melaporkan, hakim yang membicarakan kes itu menolak rayuan Profesor Rennan Pekunlu supaya dia dikenakan denda saja.
Rayuan supaya hukuman terhadapnya ditangguhkan juga ditolak.
Keputusan itu mengejutkan banyak pihak dan dikatakan tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman Turki.
Menurut laporan, pelajar bidang Matematik di Universiti Ege, Fatma Nur Gidal diganggu profesor itu yang kemudian menarik tudungnya serta memaki hamunnya.
Mahkamah diberitahu, Rennan mengancam memanggil semua pelajar yang bertudung dan menghalang mereka memasuki dewan kuliah.
Rennan juga dikatakan berulang kali melanggar hak penuntut wanita di universiti berkenaan. - Agensi
AS berjaga-jaga
Langkah itu diambil selepas dua anggota marin AS terbunuh dalam serangan di Afghanistan apabila pejuang yang bersenjatakan roket dan pistol menyerang sebuah pangkalan udara.
Kumpulan Taliban yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Kem Bastion di wilayah Helmand itu berkata, ia adalah tindak balas terhadap filem berkenaan.
Putera Harry, orang ketiga dalam senarai pewaris takhta Britain berada di kem berkenaan.
Ia berlaku selepas sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan di Mesir, Tunisia, Lubnan dan Sudan terbunuh ketika polis tempatan berusaha melindungi misi Amerika Syarikat daripada umat Islam yang membantah filem ‘Innocence of Muslims.’ Simbol pengaruh AS di bandar raya di dunia Islam menjadi sasaran serangan, termasuk kedutaan, sekolah dan juga rangkaian makanan segera apabila umat Islam meluahkan rasa marah mereka terhadap filem bajet rendah itu.
Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta berkata, Washington mahu memastikan tenteranya berupaya menangani keganasan yang semakin merebak itu, termasuk mengerahkan unit antikeganasan ke Libya dan Yaman serta menempatkan dua kapal pemusnah di pesisir pantai Afrika Utara.
Beliau bagaimanapun tidak memberi butir lanjut. Bagaimanapun, menurut majalah itu, Washington merancang menghantar platun ketiga terdiri daripada 50 anggota marin yang dilatih khas bagi melindungi kedutaan negara itu di Khartoum.
Kedutaan AS di Mesir dan Yaman juga diserbu sebelum ini. Di Sydney, polis menyerang ratusan umat Islam yang menunjuk perasaan membantah filem yang diterbitkan oleh kumpulan Yahudi dan Kristian di AS itu.
Tunjuk perasaan itu bermula dengan kira-kira 200 orang di luar konsulat AS, tetapi meningkat kepada sekali ganda tidak lama kemudian.
Sambil melaungkan slogan “Obama! Obama! Kami Sayangkan Osama,” penunjuk perasaan berarak di jalan raya sebelum diserbu polis yang lengkap dengan peralatan antirusuhan. Polis juga menggunakan bahan kimia untuk menyurai penunjuk perasaan.
Di Kaherah, pihak berkuasa Mesir mengerah pasukan tambahan untuk mengawal kedutaan AS. - Agensi
Pengarah porno arah filem hina Nabi Muhammad
LOS ANGELES: Filem biadap yang menghina Islam, ‘Innocence of
Muslims,’ hingga mencetuskan rusuhan di beberapa negara Islam dilapor
diarah oleh seorang pornographer.
Alan Roberts, 65, sebelum ini pernah menerbitkan filem porno seperti ‘Young Lady Chatterley II’, menurut laman web Gawker.
Gawker menemuramah beberapa pelakon ‘Innocence of Muslims,’ yang berkata mereka ditipu untuk muncul dalam filem itu sebelum menyedari ia dialih suara untuk dijadikan propaganda anti-Islam.
Dalam filem asal, menurut pelakon berkenaan, watak utama dikenali sebagai George, Condalisa dan Hillary.
Namun versi akhirnya, skrip filem berkenaan diubah untuk menjadikan mereka Nabi Muhammad (SAW) serta beberapa orang yang namanya disebut dalam al-Quran.
Promosi filem itu dilakukan oleh pelampau Kristian yang mempunyai agenda jahat terhadap Islam, seperti Morris Sadek, warga Amerika keturunan Mesir dan Terry Jones, paderi yang terkenal kerana membakar kitab suci al-Quran. — Agensi

No comments:
Post a Comment