Mengapakah Lantai Masjidil Haram Tidak Panas?
Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.
Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.
Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.
Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.
Ini berberda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.
Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.
Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.
Sumber: Melayukini
Subhanallah! Ayam berkaki empat di Tumpat
Dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut.
“Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara.
“Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.
“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya.
Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu.
“Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat.
“Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut.
“Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah.
“Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya.
Sinar
Ayu Raudhah Mahu Bersemuka Dengan Rita Rudaini
Dalam masa yang sama, pelakon yang kini hamil tiga bulan ini menolak dakwaan yang mengatakan dia kini tertekan dengan kemelut yang dihadapinya itu.
“Memang tidak dinafikan saya dimarah dan dicemuh melalui akaun Twitter, tetapi saya tidak mengambil serius perkara itu. Jauh sekali berasa tertekan. Saya tidak ambil serius sangat tentang perkara ini kerana saya anggap ia satu salah faham. Lagipun saya sudah terbiasa dengan hal-hal kontroversi ini. Sebagai seorang artis, saya tidak mungkin akan terlepas daripadanya. Susah hendak saya jelaskan perkara ini. Bukan saya tidak pernah mencuba. Tetapi, bukan semua orang boleh terima penjelasan saya. Jadi, lebih baik saya diamkan diri. Daripada sebelum kahwin sampailah sekarang ini, isu ini tidak pernah habis. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di antara kami. Suami pun nasihat supaya tidak panjang-panjangkan hal ini, ” ujar Ayu lagi.
Bercerita tentang kehamilannya pula, Ayu memberitahu dia kini hanya menghabiskan masa di rumah kerana mengikuti nasihat doktor yang mahukan dia berehat di awal kehamilannya.
“Saya tidak buat apa-apa sekarang sebab doktor nasihatkan saya berehat. Doktor bimbang kalau saya banyak bergerak, kandungan saya akan boleh gugur macam dahulu. Saya pun tidak mahu perkara sama berulang. Jadi, saya gunakan kesempatan ini untuk berehat sepuas-puasnya. Zaquan pun halang saya buat kerja-kerja rumah. Dia mahu saya berehat sahaja. Selain itu, dia juga tak berani hendak tinggalkan saya seorang diri di rumah. Kalau dia kena main bola di luar KL, dia akan hantar saya ke rumah kakak (Rozita Che Wan) untuk bermalam. Seronok juga bila dimanja-manjakan begini,” ujar pelakon ‘Untuk Tiga Hari’ ini.
Dalam perkembangan lain, Ayu Raudah akan muncul di layar perak dengan filem ‘Untuk Tiga Hari’ bermula 20 September hadapan. Ini merupakan filem terakhirnya sebelum bergelar isteri kepada pemain bola sepak Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak. ‘Untuk Tiga Hari’ menyaksikan gandingan Ayu bersama Rashidi Ishak sebagai pasangan suami isteri yang dipaksa berkahwin oleh keluarga.
Gua
Remaja dicekup bersama pasangan
Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.
Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam.
Siasatan mendapati mereka bukan mahram.
Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.
Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. .
Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sinar
Lelaki menyamar musafir curi wang tabung masjid
MUAR – Misteri kehilangan wang tabung di Masjid Sultan Ibrahim di sini, terjawab dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 21 tahun, 3 September lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek sangat dikehendaki kerana begitu licik menjalankan kegiatan tersebut dengan berpura-pura bermusafir dan menumpang tidur di masjid berkenaan pada waktu malam.
Menurutnya, tetapi sebenarnya suspek mempunyai muslihat dengan menggunakan taktik itu untuk mencuri wang tabung masjid.
“Suspek menggunakan satu dawai yang ubah suai menjadi pencangkuk dan dilekatkan gam di bahagian hujungnya sebelum memasukkan ia ke dalam lubang tabung untuk menarik wang kertas,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, cara itu digunakan kerana tabung diperbuat daripada besi dan berat untuk ditarik atau dilarikan selain berkunci.
Katanya, semasa ditahan suspek sudah berjaya menarik keluar RM210.
Mohamad Nasir berkata, kehilangan wang itu disedari pihak pengurusan masjid berkenaan setelah mendapati wang tabung berkurangan sejak April lalu, ketika pengiraan setiap hari Jumaat.
“Keadaan ini mendorong pihak pengurusan masjid membuat laporan polis dan hasil kerjasama polis termasuk menggunakan pendekatan penyamaran anggota sebagai jemaah telah berjaya memberkas suspek.
“Suspek sangat licik dan akan tidur beberapa hari dalam seminggu bagi mengelakkan kegiatannya dikesan pengurusan masjid,” katanya.
Tambahnya, suspek sebelum ini pernah mempunyai rekod lampau bersabit kes pecah rumah yang dilakukannya ketika masih bawah umur dan pernah menjalani pemulihan.
“Suspek baru dibebaskan dari Sekolah Henry Gurney, April lalu setelah memasukinya pada 2007 dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sinar
No comments:
Post a Comment