Wednesday, December 5, 2012

ADAKAH PATUT

Serangan Israel ke Gaza menggunakan Bahan Radioaktif

Posted on the December 6th, 2012 under Luar Negara by admin

GAZA – Pakar ahli teknologi letupan yang juga ahli jawatankuasa dokumentasi kejahatan perang, Raed Hazim Abu Murad, mendedahkan bahawa Israel menggunakan bahan-bahan radioaktif dan senjata berat ketika melakukan serangan ke Gaza.
Abu Murad menyatakan senjata yang digunakan Israel untuk menyerang Gaza itu menggunakan bahan-bahan radioaktif seperti cloronium, copalt, aluminium, magnesium dan nikel.
”Bahan-bahan radioaktif tersebut mengandungi kepanasan dalam kisaran tujuh ribu darjah yang mempunyai daya ledak sangat dahsyat serta mampu merosakkan dan menghancurkan jasad para syuhada,” kata Abu Murad.

Dalam serangan Israel ke Gaza beberapa waktu lalu, tentera Israel menggunakan tiga senjata berat baru seperti tank Sabaes 2000 buatan Israel, roket 90 mlm, dan tank MK buatan Amerika yang mampu membawa satu tan bahan letupan.

Mayat bayi berulat dalam plastik

Posted on the December 6th, 2012 under Tempatan by admin
KOTA KINABALU: Bau busuk yang disangka bangkai tikus, rupa-rupanya berpunca daripada mayat bayi perempuan sudah berulat yang dipercayai dibuang sejak dua hari lalu di kawasan longgokan sampah di Kampung Warisan, Inanam Laut, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang, mayat bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui dibungkus dalam plastik hitam selain dihurung lalat dan sudah berulat.
Mayat bayi itu ditemui Syazlin Izzah Adila Susilotomo, 11, ketika dia bermain bersama beberapa rakan di halaman rumah sebelum terhidu bau busuk.

“Saya dan rakan terhidu bau busuk. Saya ingatkan bau bangkai, tapi selepas diperiksa, saya mendapati ia datang daripada satu bungkusan plastik bersama longgokan sampah di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Menurutnya, sebaik plastik itu dibuka, dia terkejut mendapati bungkusan itu dipenuhi ulat selain mengandungi objek seperti patung bayi sebelum memanggil bapa saudara yang kebetulan berada di dalam rumah.
Harian Metro

Selangor tutup kamera AES esok

Posted on the December 6th, 2012 under Tempatan by admin

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri akan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan berhampiran jalan Bangi ke Cyberjaya esok.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan melakukan dua peringkat sebelum menanggalkan kamera tersebut iaitu menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan di samping menutup kamera itu agar tidak berfungsi.
“Peringkat pertama tulis surat sudah lepas, peringkat kedua kita sarungkan kamera supaya tidak berfungsi, kemudian kita tulis lagi surat.

“Jika dalam dua minggu, tiada sebarang respons atau permohonan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan barulah kita membuat keputusan menanggalkan tiang tersebut supaya tidak boleh digunakan lagi,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Kuasa (Watikah) Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor 2012/2014 semalam.
Abdul Khalid berkata, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebelum ini sudah beberapa menulis surat kepada kementerian terbabit tetapi tiada sebarang maklum balas diterima.
“Yang Dipertua MPSepang menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan untuk memperbetulkan proses permohonan mendirikan AES dan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Malangnya surat-surat tersebut tidak dijawab, dalam kata lain, tidak diendahkan,” katanya.
Kelmarin, Kerajaan Negeri menyifatkan kamera AES dipasang sewenang-wenangnya dan tidak mengikut pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) seperti dijelaskan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menegaskan bahawa pemasangan dua kamera AES di negeri tersebut didakwanya tidak dipasang di lokasi ‘hot spot’ kemalangan.
Beliau berkata, kedua-dua kamera tersebut berada di kawasan Sepang dan kini telah diberikan notis oleh PBT, MPSepang dalam tempoh 14 hari untuk mengemukakan Kebenaran Merancang atau berdepan dengan tindakan dicabut.
Sinar

Sorok mayat bayi dalam almari

Posted on the December 5th, 2012 under Tempatan by admin
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh
KULIM – Cubaan seorang gadis berusia 20 tahun merahsiakan kelahiran bayinya terbongkar apabila bapanya menemui mayat bayi yang siap dibungkus di dalam almari pakaian anaknya di rumahnya di sebuah perumahan di sini, semalam.
Sebelum itu, bapa gadis berkenaan membawa anaknya berjumpa doktor di sebuah klinik di sini, untuk mendapatkan rawatan selepas anaknya mengadu sakit perut kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Pada keesokan harinya, ibu gadis terbabit yang sedang mengemas dapur terjumpa satu objek dipenuhi darah yang diletakkan di dalam plastik dan dia segera memaklumkan penemuan objek itu kepada suaminya.
Untuk mendapatkan kepastian tentang penyakit dialami anaknya, bapa gadis berkenaan membawa bungkusan plastik mengandungi objek itu ke klinik di mana anaknya mendapatkan rawatan, memangkan semasa anaknya berjumpa doktor dia hanya menunggu di luar.
Rahsia mula terbongkar apabila doktor memaklumkan objek berkenaan merupakan uri wanita yang baru bersalin dan menasihatkannya untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, doktor yang merawat suspek di hospital mengesahkan suspek bersalin dan bayinya meninggal dunia.
“Bapa suspek meminta suspek menunjukkan lokasi di mana mayat bayi dimaksudkan itu disembunyikan dan menemuinya di dalam almari pakaian di bilik suspek.
Mayat bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia sebelum dilahirkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Sinar

Masjid Khas untuk Kaum Gay di Perancis dikecam

Posted on the December 5th, 2012 under Luar Negara by admin
Ludovic-Mohamed Zahed
Perancis – Pembukaan masjid yang ditujukan untuk kaum homoseksual di Perancis mengundang kecaman dari masyarakat Muslim kerana menjalankan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang benar.
“Ini merupakan penyalahgunaan definisi masjid,” kata Dalil Boubakeur, pimpinan Masjid Grande atau masjid Raya di Paris, FRANCE 24 melaporkan sebagaimana disiarkan onislam.net, Isnin 3 Disember.
Masjid dibuka di timur Paris pada hari Jumaat untuk dikunjungi oleh kaum homoseksual saja.

Pengasas masjid, Ludovic Mohammed Zahed, berpendapat bahawa masjid yang dia dirikan bertujuan untuk menyelesaikan masalah dalam Islam, seperti homoseksualiti. Dia juga menegaskan bahawa masjid bagi kaum homoseksual, yang terletak di sebuah kuil Hindu, adalah hasil dari tafsiran moden dari ajaran Islam. Tokoh homoseksual itu juga mengatakan bahawa perempuan akan memimpin solat Jumaat di masjidnya.
Tetapi hujah itu ditolak oleh Boubakeur, menekankan bahawa masjid itu bertentangan dengan semangat ajaran Islam.
“Masjid-masjid yang sudah ada menerima semua orang, sehingga mencipta satu (masjid) khas untuk kaum homoseksual adalah bertentangan dengan semangat (ajaran) Islam,” katanya.
“Jamaah pergi ke masjid untuk beribadah kepada Allah, mereka tidak pergi untuk menunjukkan seksualiti mereka.”
Homo seksualiti Tetap Haram
Para pemimpin Muslim Perancis menekankan bahawa homoseksualiti dilarang dalam Islam.
“Homoseksualiti dikutuk dalam 13 ayat Al-Quran,” kata Boubakeur kepada FRANCE 24.
“Hubungan seksual hanya sah antara laki-laki dan perempuan yang sudah berkahwin.”
Boubakeur mengatakan masjid gay akan berdiri “di luar masyarakat”.
“Kami tidak menunjuk jari pada kaum homoseksual, tapi kami tidak boleh memberi mereka kebenaran ke titik di mana mereka menjadi diakui dalam masyarakat kami,” katanya kepada Reuters.
Abdallah Zekri, Presiden Observatory Nasional Islamofobia, juga mengecam langkah itu.
“Kita tahu bahawa Muslim homoseksual ada, tetapi membuka masjid (bagi mereka) adalah penyelewengan,” katanya kepada FRANCE 24.
Halim Islam

Fahaman syiah menular di Perlis

Posted on the December 5th, 2012 under Tempatan by admin
Gambar Hiasan
Kangar: Jabatan Mufti Perlis mengesan gerakan membawa masuk fahaman Syiah yang difatwakan haram ke negeri ini.
Beberapa pengikut Syiah dikesan mengedar risalah berkaitan fahaman itu di beberapa majlis terutama anjuran jabatan itu sejak dua hari lalu.
Timbalan Mufti Perlis, Roslan Esa, berkata risalah bertajuk Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah)‘ yang diedar itu turut mengguna pakai nama Jabatan Mufti Perlis sebagai penganjur bagi mengelirukan umat Islam.

Roslan berkata, ratusan risalah diedar kumpulan yang disyaki penganut Syiah dari Kedah itu dalam dua majlis anjuran pihaknya di sekitar daerah ini.
“Kali pertama risalah itu diedar pada majlis di Masjid Tuanku Syed Putra, di sini, malam kelmarin, sebelum tindakan itu sekali lagi dikesan ketika seminar ‘Mencintai Sahabat Nabi’ di Dewan Warisan di sini, pagi tadi.
“Kita sudah buat laporan polis berhubung tindakan kumpulan terbabit termasuk penggunaan nama Jabatan Mufti Perlis yang dikhuatiri bukan saja mengelirukan, malah berpotensi menimbulkan ancaman.
“Malah, perkara itu akan turut dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk tindakan susulan kerana dakyah dibawa kumpulan itu berbahaya dan boleh menyesatkan akidah umat Islam,” katanya di sini, semalam.
Risalah bertajuk ‘Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah)’ itu mengandungi empat tajuk utama iaitu Pandangan Syiah Terhadap Sahabat, Tuduhan Terhadap Syiah Tentang Kemurtadan Para Sahabat, Pendirian Syiah Terhadap Perbalahan Para Sahabat dan Mengisahkan Keburukan Para Sahabat.
“Kita percaya wujud gerakan tersembunyi yang berusaha menyebarkan fahaman berkenaan dan kumpulan itu dilihat semakin berani melakukan aktiviti itu secara terbuka termasuk di majlis rasmi serta tempat ibadat.
“Kita yakin kumpulan ini sedang berusaha menerapkan ajaran Syiah ke seluruh Malaysia dan mereka kini mula menyebarkan fahaman berkenaan di Perlis selepas didakwa semakin kukuh di Kedah,” katanya.
BHarian

Tanam janin dalam semak

Posted on the December 5th, 2012 under Tempatan by admin

SUBANG JAYA: Satu janin berusia lima bulan ditemui cuba ditanam seorang lelaki dalam semak berhampiran Taman Subang Mas, di sini, semalam.
Janin yang cukup sifat dipercayai lelaki itu ditemui 5.40 petang selepas seorang lelaki berusia 20-an memaklumkannya kepada anggota polis yang melalui tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, janin berkenaan yang dibungkus dalam kain ditanam seorang lelaki yang melarikan diri sebaik anggota polis tiba.

Katanya, polis mendapat maklumat daripada seorang lelaki berusia 20-an yang mengesyaki seorang lelaki menanam sesuatu dipercayai bayi dalam semak.
“Hasil siasatan forensik mendapati janin berkenaan baru ditanam di kawasan itu,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, janin berkenaan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Harian Metro

Beratus-ratus Bayi Lahir Selama serangan Israel di Gaza

Posted on the December 4th, 2012 under Luar Negara by admin

GAZA – Warga Palestin di Semenanjung Gaza akan menamakan putra-putra mereka yang baru lahir dengan Fajr-3 dan Fajr-5, seperti roket dan peluru berpandu yang diberikan Iran kepada Palestin. Peluru berpandu dan roket tersebut telah membantu Palestin mengukir kejayaan bersejarah dalam menentang pencerobohan Israel dalam perangnya selama lapan hari di Gaza.
Al-alam melaporkan, Muhammad Shafie Abu Nashat seorang warga Gaza menyatakan akan memberi nama anaknya yang baru lahir dengan roket Fajr-3 yang telah berjaya menembus garis pertahanan Israel dan menghentam pusat rejim Zionis di Tel Aviv.
Anak Abu Nashat (Fajr-3) lahir di hospital Syuhada al-Aqsa di tengah Semenanjung Gaza, sehari selepas gencatan senjata. Kata beliau, “Kemenangan ini pertama kembali kepada Allah SWT dan kemudian kepada Iran yang telah memberikan sokongan ketenteraan dan kewangan kepada kumpulan pejuang dan digunakan untuk menghentam musuh pada peringkat untuk pertama kalinya dalam sejarah konflik Arab-Israel.”

Sementara itu, seorang ibu mengandung bernama Amira Abu Asaus (30 tahun) dari wilayah Syeikh Radwan utara Semenanjung Gaza, yang sebelumnya cedera akibat serangan Israel, menyatakan jika anaknya lahir akan diberi nama Fajr, merujuk kepada roket buatan Iran yang digunakan kumpulan muqawama untuk menggoncang bandar-bandar Israel.

Amira dan anaknya “Maghrib” dalam keadaan sihat. Dia mendoakan anaknya punya masa depan dalam muqawama Palestin dan memikul roket yang sesuai dengan namanya demi pembebasan Palestin daripada pendudukan Israel.
Dalam kumpulan komentar dari beberapa kumpulan kemanusiaan yang ditujukan kepada kerajaan dan tentera Israel, sebahagian besar menuduh tentera Israel telah melakukan tindakan menggelabah dengan menggunakan senjata mematikan yang mengakibatkan Ratusan orang terbunuh.
Menurut saksi, beberapa agensi juga bersetuju serangan terhadap pegawai perubatan, sekolah, rumah sakit, dan kemudahan PBB.
“Kami kira kita semua telah menyaksikan bukti semakin terkikisnya moral yang mengakibatkan kemusnahan dalam jumlah yang besar.
Serangan Israel tersebut juga diduga kuat adalah sebagai usaha utama mereka untuk membunuh wanita mengandung dan generasi muda Gaza, yang rata-rata telah dilantik menjadi hafidz (orang yang hafal seluruh ayat Al-Quran), kerana Yahudi sangat bimbang jika para hafidz tersebut akan memerangi mereka di masa depan.
“Konflik tersebut di salah satu kawasan paling padat di dunia, di mana sebahagian besar penduduknya adalah kanak-kanak”, kata Annie Foster, pemimpin kumpulan Selamatkan kanak-kanak untuk bantuan kecemasan di Gaza.
“Tiap harinya puluhan kanak-kanak menderita atas serangan yang berlaku. Dan hal ini tidak dapat diterima”, kata Ann Veneman, Pengarah Eksekutif UNICEF.
Menurut laporan Badan Anggaran PBB (UNFPA), dari sekitar 450 wanita mengandung, 350 di antaranya telah melahirkan bayi mereka selama serangan Israel di Gaza. Jumlah tersebut tentu cukup besar jika dibandingkan jumlah korban terbunuh Selam Lapan Hari Agresi Israel ke Gaza menelan korban kanak-kanak, 43 gugur dan 432 yang lain cedera, jumlah mangsa gugur dari kalangan kanak-kanak dalam serangan Israel ke Gaza sejak Rabu lalu sehingga Rabu, mencapai 43 orang, kira-kira 27% daripada keseluruhan mangsa yang guur, sementara kanak-kanak yang menjadi mangsa kecederaan mencapai 432 orang, kira-kira 35% daripada keseluruhan mangsa yang cedera.
Halim Islam

No comments:

Post a Comment