Dasar si tua kutuk
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Wanita terbabit yang berusia 37 tahun hilang sabar apabila bapanya yang berusia 78 tahun beberapa kali melakukan perbuatan menjijikkan itu di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, sejak November lalu.
Sumber polis berkata, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, jam 2 petang, kelmarin selepas kedua-dua mangsa yang juga anak saudaranya menceritakan perbuatan aib datuk mereka.
Menurutnya, dua beradik kembar perempuan itu tinggal bersama datuk dan nenek mereka yang berusia 78 tahun sejak kecil selepas ibu dan bapa mereka bercerai hampir 10 tahun lalu.
“Bapa kembar itu kini menjalani hukuman penjara manakala ibu mereka bekerja di utara tanah air. Mengikut laporan, mangsa memberitahu mula dicabul datuk mereka sejak awal November lalu.
Pegang jari hampir putus
SELAMAT...anggota bomba mengeluarkan mangsa nahas.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 197.2, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), arah utara berhampiran Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Gunung Semanggol itu, MPV dinaiki tiga penumpang hilang kawalan ketika cuba memotong deretan konvoi 10 trak PGA dari Batalion 3, Bidor, sebelum merempuh belakang sebuah trak berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan MPV jHonda Edix dan trak dinaiki tujuh anggota PGA Senoi Praq itu terbabas sebelum terhumban ke longkang di tepi lebuh raya. Kejadian menyebabkan seorang penumpang MPV dikenali Mohammad Saome, 30, yang juga pekerja asing warga Bangladesh maut.
‘Sapu’ beg atas meja
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam kelmarin, ketika mangsa yang berusia 30-an asyik menjamu selera bersama ahli keluarganya.
Menurut sumber, tiba-tiba seorang lelaki memakai topi keledar dan berusia lingkungan 20-an muncul dan dengan pantas mencapai beg tangan mangsa.
“Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu menjerit apabila beg tangannya yang mengandungi barang kemas termasuk beberapa bentuk cincin dan rantai emas bernilai hampir RM29,000 dan wang tunai sebanyak RM1,000 dilarikan lelaki itu,” katanya.
Menurutnya, suspek melarikan diri bersama seorang rakannya yang bersedia di luar restoran dengan menunggang motosikal.
Ahli silap mata dibakar hos TV
HOUCHIN berlari turun dari pentas selepas kepalanya terbakar.
BARAZARTE menyalakan api di kepala Houchin.
Berasal dari Chico, California, Wayne Houchin berkata, dia dimasukkan ke hospital akibat terbakar. Bagaimanapun, doktor mengatakan ia tidak akan meninggalkan kesan parut. Kenyataan dalam Facebook miliknya mengatakan Houchin ‘sedang berehat dan semakin pulih menjalani rawatan di negara Caribbean’ itu, di mana dia membuat persembahan dengan sekumpulan ahli silap mata. Ketika membuat kemunculan pada 26 November lalu dalam rancangan televisyen Closer To The Star di Republik Dominica itu, hos jemputan, Franklin Barazarte tiba-tiba menyembur kepala ahli silap mata warga Amerika itu dengan ‘'Agua de Florida’, minyak wangi mudah terbakar yang biasa digunakan dalam upacara Santeria. Dua hari selepas insiden itu, Houchin menulis di Facebook: “Saya tidak jangka dia akan melakukan demikian kepada saya. Ini bukan adegan lagak ngeri atau sebahagian adegan persembahan ini adalah serangan jenayah.
“Tindakan pantas anggota silap mata lain menyelamatkan nyawa saya.
“Api itu dipadamkan dan saya dikejarkan ke bilik kecemasan hospital. Saya mengalami melecur teruk di kepala, leher, muka dan tangan kanan,” katanya.
Video mengenai insiden itu menunjukan kepala ahli silap mata itu terbakar ketika tangan Barazarte menyentuh rambut Houchin.
Tidak dapat dipastikan mengapa hos TV itu menyembur cecair itu ke kepala Houchin dan apa yang membuatnya terbakar. Rancangan itu tidak mengulas mengenai insiden itu. Video turut menunjukkan Houcgin, Barazarte dan ahli silap mata lain berusaha untuk memadamkan api itu dalam tempoh beberapa saat.
Hocuhin berkata: “Republik Dominica adalah negara yang indah dan dipenuhi dengan penduduk yang cantik.
“Sokongan, kasih sayang dan dukungan diberikan kepada saya melalui media sosial, blog dan forum daripada rakan dan peminat sangat mengujakan. Terima kasih,” katanya.
Tidak diektahui sama Houchin sudah mengupah peguam di Republik Dominica. - DM
Tauke Playboy dijangka kahwin dengan bekas tunang
Lelaki berusia 86 tahun itu ditinggalkan oleh Crystal Harris tahun lalu, tetapi nampaknya dia kembali menjalinkan hubungan dengan bekas tunangnya itu, yang juga seorang ‘model playboy.’
Crystal, 26, digelar “pengantin lari” selepas meninggalkan Hefner, lima hari sebelum hari perkahwinan mereka pada Jun 2011.
Sumber di Amerika Syarikat berkata, mereka kini bercadang untuk berkahwin pada malam tahun baru.
Menurut sumber kepada laman web gosip, TMZ, pasangan itu “semakin rapat.”
Katanya, “Crystal merasakan perpisahannya dengan Hefner sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih berdikari, satu perkara yang dia rasa perlu dilakukan. Majlis perkahwinan mereka akan dibuat secara kecil-kecilan untuk keluarga dan teman rapat saja.”
Crystal menulis di laman Twitter untuk 500,000 peminatnya: “Untuk masa lalu, terima kasih atas setiap pengajaran. Untuk masa depan, saya sudah bersedia.”
Hefner pernah berkahwin dua kali sebelum ini, pertama dengan Mildred Williams di mana mereka bercerai pada 1959. - TS
95 bersesak di ruang sempit
ANGKAT...pegawai imigresen membantu wanita warga asing terbabit mengambil beg pakaian mereka, semalam.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati, semua wanita masing-masing 95 warga Indonesia, Filipina (enam) dan empat warga Kemboja itu dibekalkan tilam dan tidur di kawasan sempit berikutan penghuni yang terlalu ramai.
Semua wanita terbabit ditempatkan di tingkat dua bangunan kedai tiga tingkat untuk tidur selain mempunyai ruang terhad untuk mereka memasak. Selain itu, ia menempatkan pejabat operasi agensi pekerjaan yang menjaga mereka.
Pengarah Imigresen Selangor, Amran Ahmad yang melawat asrama yang menempatkan wanita terbabit berkata, semua wanita yang diselamatkan ditempatkan untuk sementara waktu di rumah perlindungan di Jalan Bukit Ledang, Damansara bagi memudahkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.
“Kami percaya masih ada wanita yang bekerja dengan agensi terbabit dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti semua mereka,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan semua wanita terbabit bukan saja dikurung, malah turut dipaksa makan kertas surat khabar selain tidak dibayar gaji sejak enam bulan lalu oleh syarikat agensi pembantu rumah itu.
Pelajar 14 tahun mengaku pernah dirogol lebih 20 lelaki
KULIM – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2 pagi baru-baru ini.Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun.
Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun.
Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.
“Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan,” katanya.
Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka.
“Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oleh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan.
“Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya.
“Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oleh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat,” katanya.
Sinar
Cabul pesakit dalam klinik
JOHOR BAHRU – Seorang doktor pakar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencabul pesakitnya Oktober lalu.Ballan Kannan, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias atas tuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun keseksaan. Sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau sebat.
Mengikut pertuduhan, doktor dari sebuah hospital pakar perubatan swasta di sini itu didakwa menggunakan kekerasan dan mencabul kehormatan seorang wanita yang juga seorang ibu tunggal yang berusia 34 tahun.
Tertuduh yang juga seorang ahli perniagaan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah klinik di tingkat tiga Hospital Pakar Johor, Jalan Abdul Samad di sini antara pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi pada 19 Oktober lalu.
Jurujual dirompak, dirogol di Kemaman
KEMAMAN – Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di sini, kelmarin.Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.
Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.
Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.
“Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. – Bernama
Mayat wanita dijerut dalam bungkusan kanvas
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai B Sashekala, 40, berasal dari Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur itu, turut dijerut terlebih dulu berikutan penemuan kesan lebam pada leher selain kesan cedera pada seluruh tubuh.
Mayat mangsa ditemui orang awam jam 4.30 petang di Persiaran Meru Raya 3, berhampiran pasar raya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dalam tempoh 12 jam sebelum dicampak di tepi jalan berhampiran Terminal Bas Bersepadu Meru Raya di sini.
Beliau berkata, laporan bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kesan jerut di leher. “Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek termasuk mendapatkan bantuan daripada polis Kuala Lumpur.
Kejutan tertuduh keempat
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
srul@hmetro.com.my
Ravi Nekoo mengambil tindakan itu kira-kira sejam selepas Khatavarayan mengejutkan mahkamah apabila memberitahu majikannya yang juga bekas peguam N Pathmanabhan ada mengunjungi Ladang Gadong, Banting, dekat sini, bersama rakan-rakannya pada hari semua mangsa didakwa dibunuh.
“Saya tidak mempunyai pilihan selain ingin menarik diri atas alasan bukti yang dikemukakan berbeza dengan arahan yang diberikan Kathavarayan,” katanya.
Hakim Datuk Akhtar Tahir kemudian membenarkan permohonan itu dan memberikan Kathavarayan tempoh sehingga pagi ini sama ada untuk meneruskan perbicaraan dengan diwakili peguam lain yang dilantiknya atau dilantik mahkamah.
Beliau juga mengarahkan Kathavarayan diberikan masa untuk berbincang dengan ahli keluarganya dengan dikawal polis dan diasingkan daripada tiga tertuduh lain sepanjang berada dalam tempoh tahanan.
Dentuman kuat tengah malam
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
hadzlihady@hmetro.com.my
MAUT...pasukan penyelamat mengangkat mayat Loo (gambar kecil).
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Razak berkata, ketika kejadian jam 1.20 pagi itu, dia tidur dalam bilik di tingkat 19 rumahnya sebelum terdengar bunyi brek disusuli dentuman kuat.
“Ketika itu, isteri turut menjerit sekuat hati menyebabkan saya terkejut dan menjenguk ke arah jalan sebelum mendapati kereta remuk.
“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut apabila mendapati dua lelaki tercampak keluar manakala pemandu tersepit di tempat duduk,” katanya.
Menurutnya, ketika itu, pemandu berkenaan sudah berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan hanya merintih meminta pertolongan sebelum dia akhirnya menemui ajal.
Terjun tingkat 3 pangsapuri
Lelaki berusia 34 tahun itu yang cedera ringan bagaimanapun ditahan berhampiran pangsapuri berkenaan beberapa minit selepas dia nekad terjun dari situ.
Pengarah Imigresen Selangor, Amran Othman berkata, operasi bermula jam 10 malam hingga 2.30 pagi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil itu turut menahan 13 lelaki warga Nigeria dan seorang lelaki warga Sierra Leone berusia 22 hingga 42 tahun.
Beliau berkata, operasi yang bertumpu di Jalan Temenggung dan Jalan Sungai Jati, di sini, itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan sejak tiga minggu lalu.
“Mereka ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di Malaysia,” katanya.
No comments:
Post a Comment