Saturday, December 8, 2012

BETULKE TAK BAHAYA....CAMTU LONGGOKKAN AJE MACAM BESI BURUK

Dayah hilang ikut mat rempit


INILAH laman Facebook milik Khairul yang dipercayai melarikan Dayah baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri kini dalam kesedihan apabila anak gadis mereka lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak seminggu lalu.
Raja Nor Hidayah Raja Roslan atau Dayah, 16, menghilangkan diri pada 1 Disember lalu selepas meminta izin daripada ibunya untuk membeli barangan keperluan di pusat beli-belah Jaya Jusco, Wangsa Maju.
Bapa gadis tersebut, Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, berkata, kali terakhir dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Dayah ialah pada pukul 11 malam, hari yang sama.
“Sejak itu, saya sudah cari dia di seluruh Kuala Lumpur tapi tak jumpa,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Suami isteri berpura-pura mati



MARINA yang cedera parah bergelut dengan bekas pekerjanya dirawat di Hospital Umum Sarawak semalam.


KUCHING – “Aku tahu bila aku langkah keluar dari rumah ini kau akan panggil polis, jadi nak atau tak nak aku kena bunuh kau.”
Demikian kata-kata lelaki berusia 25 tahun yang mengamuk dan menawan pasangan bekas majikannya sebelum nekad mengelar leher kedua-dua mangsa iaitu Saad El-Sir El-Sadiq, 28, dan isterinya Marina Julai, 42, dalam kejadian di sebuah restoran makanan Arab di Jalan Rubber di sini semalam.
Semasa amukan pada pukul 4 pagi, Saad, seorang rakyat Sudan, manakala isterinya Marina yang berwarganegara Malaysia terlebih dulu ditawan oleh suspek yang baru kira-kira dua minggu diberhentikan kerja di restoran tersebut kerana masalah disiplin.
Mengimbas kejadian ngeri itu, Marina berkata, suaminya terjaga daripada tidur pada pukul 4 pagi sebelum dia masuk ke tandas untuk membuang air kecil.
Pasangan itu tidur di ruang hadapan restoran tersebut.
“Selang beberapa minit selepas suami pergi ke tandas, saya terdengar suara suami seolah-olah mengerang dan menjerit dari dapur.
“Saya bangun untuk memastikan apa yang berlaku dan apabila sampai di dapur saya ternampak kelibat seorang lelaki memakai kain pelikat dan menutup muka sambil memegang parang di tangan kanan manakala pisau di tangan kiri,” kata wanita itu ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

Penduduk teruja dapat sentuh bahan mentah kilang Lynas



MARSHAL bersama penduduk memegang bahan mentah lanthanide concentrate yang diproses menjadi nadir bumi di Kuantan semalam.


KUANTAN - Kira-kira 50 penduduk dan pengamal media di sini tidak menyangka mereka akhirnya dapat menyentuh sendiri bahan mentah lanthanide concentrate yang diproses untuk dijadikan nadir bumi tanpa sebarang kesan bahaya sebagaimana dihebohkan pembangkang.
Lebih menakjubkan, mereka menyentuh bahan mentah tersebut tanpa sarung tangan ketika pengurusan kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Gebeng di sini mengadakan demonstrasi risiko radiasi bahan mentah tersebut semalam.
Semasa sesi itu, Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas, Profesor Dr. Ismail Bahari menunjukkan aras sinaran dan risiko radiologi bahan mentah tersebut yang rendah berbanding bahan-bahan lain.
Nadir bumi merupakan bahan utama yang digunakan untuk membuat bateri, peralatan aeroangkasa, konduktor bersuhu tinggi, penapis gelombang mikro, kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, lensa kamera dan pelbagai lagi.

Serangan Israel ke Gaza menggunakan Bahan Radioaktif

Posted on the December 6th, 2012 under Luar Negara by admin

GAZA – Pakar ahli teknologi letupan yang juga ahli jawatankuasa dokumentasi kejahatan perang, Raed Hazim Abu Murad, mendedahkan bahawa Israel menggunakan bahan-bahan radioaktif dan senjata berat ketika melakukan serangan ke Gaza.
Abu Murad menyatakan senjata yang digunakan Israel untuk menyerang Gaza itu menggunakan bahan-bahan radioaktif seperti cloronium, copalt, aluminium, magnesium dan nikel.
”Bahan-bahan radioaktif tersebut mengandungi kepanasan dalam kisaran tujuh ribu darjah yang mempunyai daya ledak sangat dahsyat serta mampu merosakkan dan menghancurkan jasad para syuhada,” kata Abu Murad.

Dalam serangan Israel ke Gaza beberapa waktu lalu, tentera Israel menggunakan tiga senjata berat baru seperti tank Sabaes 2000 buatan Israel, roket 90 mlm, dan tank MK buatan Amerika yang mampu membawa satu tan bahan letupan.
Because Pahang desperate for the money ????..
If Western Australia refuses to allow its own Australian company Lynas to set up a rare earth processing plant, even though Australia is 23 times bigger than Ma
laysia, should not the Malaysian government learn from the lessons behind the Australian government's refusal? http://goo.gl/MV8kt
Kebimbangan radiasi menular di Gebeng
5:23PM Mac 9 2011
Pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT).

NONEMenurut beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu, kebimbangan mula timbul berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi.

Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.

NONENYT memetik pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai berkata kelulusan diberikan kepada projek Lynas selepas melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan.

Katanya, bijih yang diimport dan sisa tanah itu akan mempunyai tahap radiasi yang rendah dan mampu dikendalikan dengan selamat.

“Kami telah mempunyai pengalaman dan tiada sesiapa yang akan diberikan sebarang kebebasan,” kata Raja Adnan yang merujuk kepada Bukit Merah.

NONENamun bagi seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau kurang yakin dengan kenyataan itu.

“Perkataan ‘rendah’ adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,” katanya kepada NYT.

Di sebalik kebimbangan itu, kerajaan Malaysia cukup cenderung agar pusat pemprsosesan Lynas itu dibina dan telah menawarkan taraf perintis selama 12 tahun.
Lebih 100 anjur demo anti-sisa radioaktif

Kira-kira 100 orang berkumpul di depan simpang masuk ke bangunan  Parlimen kerana membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.
NONEMereka terdiri daripada beberpa penduduk sekitar Kuantan dan aktivitis termasuk dari NGO, Save Malaysia.

Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi.

Kumpulan yang membantah pusat penapisan yang  sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp itu datang dengan empat buah bas.

Mereka tiba di persimpangan parlimen sekitar jam 9.20 pagi dan kemudiannya mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai polis.

Hasil perbincangan tersebut, 10 orang dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
NONEPenyokong lain pula dibenarkan berbaris di sepanjang jalan tanpa menganggu lalulintas dengan polis membuat barisan bagi membuat sekatan sekiranya mereka terus mara.
Kelihatan juga sekurang-kurangnya dua pacuan empat roda di simpang masuk ke parlimen dan tidak kurang 40 anggota polis di kawasan sekitar.

Aktivis pada hari ini juga mengibarkan poster dan kain rentang yang berbunyi: "Stop Lynas", "Hentikan Lynas".
Tidak selamat
Kira-kira jam 9.40 pagi, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh keluar berbincang dengan seorang pegawai polis dan mendakwa kawasan tempat penyokong berkumpul adalah tidak selamat.

NONESehubungan itu, beliau mencadangkan supaya mereka berpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu di atas pembahagi jalan masuk menuju ke parlimen.

Pihak polis membenarkan mereka menukar lokasi tetapi dengan syarat beberapa kain rentang tidak diboleh dikibarnya.

Sebaliknya mereka hanya dibenarkan membawa sepanduk dan poster.
Antaranya berbunyi " Stop Lynas", "Selamatkan Kuantan".

Penunjuk perasaan akur dengan arahan tersebut.

NONEBeberapa minit kemudian, polis mengarahkan mereka pula supaya tidak lagi mengibarkan poster. Sekali lagi, aktivis berkenaan akur dengan larangan berkenaan.
Kumpulan itu berbaris sehingga jam 10 pagi.

Semua aktivis yang membantah pembinaan loji penapisan itu kemudiannya mula bersurai dan menuju ke hadapan pintu masuk tugu negara - tempat mula-mula mereka berkumpul.
Perhimpunan aman
Sebelum bersurai, mereka melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive dan Selamatkan Malaysia".
NONEHadir sama, adalah lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam)  yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam turut hadir bagi memantau keadaan.
Perhimpunan hari ini diadakan secara aman. Tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan.
Sementara itu Fuziah ketika ditemui pemberita berkata beliau telah membangkitkan isu berkenaan sejak 2008.

NONEMenurutnya, selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari  bahaya bahan radioaktif.

"Pembuangan radioaktif itu di Kuantan, walaupun lima peratus, tetapi ia (boleh) memberi kesan seperti kanser dan kecacatan," katanya.
Pada 23 Mac lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif di Gebeng, itu adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

Katanya, sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas itu hanya mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.

NONE"Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi,” kata Ongkili.
[GALERI FOTO]

Bahaya radioaktif, kilang nadir bumi perlu dihentikan di Gebeng



KENYATAAN MEDIA

15 Mac 2011

Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun. Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor No 2 telah berlaku jam 6:14 pagi waktu Jepun dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario “full meltdown” semakin mungkin berlaku. Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda.

Oleh itu, saya berharap agar pihak Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas tetapi tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario “full meltdown”? Apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia? Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi?

Pada masa yang sama, Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini.

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Kebimbangan RADIASI Menular Di Gebeng : DEMI UNTUNG, KERAJAAN SANGGUP KORBANKAN NYAWA RAKYAT?

Dua pertubuhan bukan kerajaan secara terbuka meluahkan bantahan mereka berhubung tindakan kerajaan meluluskan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, di Gebeng, Kuantan. Sehubungan itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan supaya segera membatalkan projek berkenaan.
"... amat khuatir dengan keputusan kerajaan negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang ini hanya menanti bencana untuk berlaku. Berdasarkan kepada semua risiko ini, adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan?" soal presiden dua pertubuhan itu, SM Mohamed Idris.

Menurutnya, SAM pada 2007 telah dijemput oleh kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi berdasarkan pengalamannya menangani pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.


"Berikutan itu, projek berkenaan telah ditolak oleh kerajaan Terengganu.
Dalam tempoh tiga tahun lalu, CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya," katanya.


Mohamed Idris juga mempertikaikan tindakan kerajaan BN yang membisu berhubung projek bernilai RM700 juta itu. Katanya, lebih membimbangkan projek pemprosesan tanah jarang itu tidak memerlukan penilaian kesan alam sekitar lengkap.


"Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita. Oleh itu tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.
"


"Syarikat itu menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi. Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan.
Jangka panjang, pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan," katanya.

Menurut Mohamed Idris, pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan system imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.


"Kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.
Terdapat juga kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga," katanya.

Menurutnya, isu lain yang dikhuatirkan ialah tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu. Justeru, kerajaan kata Mohamed Idris perlu menjawab sama ada mereka bersedia mengorbankan nyawa rakyat demi mendapatkan keuntungan.

Gempa bumi kuat di timur laut Jepun


BEBERAPA anggota bomba membuat rayuan bagi meminta penduduk berpindah ekoran kejadian gempa bumi di Rikuzentakata, timur laut Jepun semalam.


TOKYO - Tsunami setinggi satu meter dilaporkan melanda timur laut Jepun semalam selepas gempa bumi kuat berlaku sehingga mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang selamat.
Beberapa buah bangunan tinggi di Jepun berhayun selama beberapa minit. Stesen-stesen penyiaran turut meminta penduduk yang tinggal di pesisiran pantai untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi apabila gegaran gempa bumi tersebut dapat dirasakan di timur laut negara ini.
Perkhidmatan telefon mengalami 'kesesakan' akibat bilangan panggilan yang dibuat terlalu banyak.
Bagaimanapun, amaran tsunami itu kemudian ditarik balik pada pukul 7.20 malam waktu tempatan dua jam selepas gempa bumi tersebut berlaku.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.18 petang itu berukuran 7.3 pada skala Richter.
Ahli-ahli meteorologi menyatakan tsunami setinggi satu meter itu berlaku di bandar Ishinomaki pada pukul 6.02 petang waktu tempatan.
Pada 11 Mac 2011, bandar itu dilanda tsunami sehingga mengakibatkan kemusnahan yang besar.
Gempa bumi tersebut mengakibatkan 19,000 orang terbunuh dan 325,000 lagi hilang tempat tinggal ekoran kekuatannya ialah 9.0 Richter.
Tiada laporan tentang kematian ekoran kejadian gempa bumi terbaharu itu.
Bagaimanapun, tiga orang dilaporkan cedera ringan di timur Jepun.
Beberapa tsunami kecil dilaporkan turut berlaku termasuk setinggi 40 sentimeter di bandar Soma.
Menurut stesen penyiaran NHK, kira-kira 5,000 orang berpindah ke kawasan lebih selamat di Miyagi, timur laut Jepun.
Stesen penyiaran tersebut juga meminta orang berpindah dengan mengimbas kembali kejadian tsunami yang berlaku pada Mac tahun lalu.
Gempa bumi itu berlaku 36 kilometer (km) di bawah dasar Lautan Paisifik dan berpusat 284km ke timur Sendai.
Dua lagi gempa bumi susulan yang berukuran 6.2 dan 5.5 Richter turut berlaku.
Seorang sukarelawan di sebuah pusat pemulihan gempa bumi di Minami-Sanriku, Aiko Hibiya berkata, dia berada di rumah rakannya ketika gempa bumi tersebut berlaku.
"Gegaran gempa bumi itu berlaku bagi tempoh yang lama," katanya.
Gempa bumi itu juga tidak menjejaskan loji tenaga nuklear yang dikendalikan oleh Syarikat Tokyo Electric Power Co.
Sebelum ini sebuah loji nuklear di Fukushima rosak akibat tsunami yang berlaku pada 11 Mac tahun lalu. - Agensi

Didakwa tipu Maybank RM67 juta



HAN KOOK (tengah) dituduh menipu sebuah bank di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang merupakan bekas pengarah dan bekas ketua pegawai operasi Koperasi Permodalan Felda Quality (KPFQ) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 134 tuduhan menipu Malayan Banking Berhad (MBB) membabitkan lebih RM67 juta tahun lalu.
Bagaimanapun, Datuk Tan Han Kook, 58, dan Ching Siew Cheong, 50, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mereka didakwa menipu pegawai MBB dengan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan 'Banker Acceptance'.
Tindakan itu mendorong bank memindahkan wang tersebut ke dalam tiga akaun syarikat iaitu Asia Food Link Sdn. Bhd. (anak syarikat Silver Bird Group Sdn. Bhd.) dan Violet Bonanza Sdn. Bhd. serta Stanson Marketing Sdn. Bhd. yang kedua-duanya merupakan anak syarikat KPFQ.

Saki-baki Geng Mamak



TUN HISAN menunjukkan sehelai baju mempunyai logo CUEPACS yang dirampas daripada lima penjenayah pada sidang akhbar di Ampang Jaya semalam.


AMPANG JAYA - Lima penjenayah yang diberkas selepas merempuh sekatan jalan di Water Front City, Ampang di sini kelmarin disyaki saki-baki ahli sindiket mencuri kereta profesional bergelar Geng Mamak.
Andaian itu dibuat selepas polis menemui beberapa keping nombor pendaftaran kereta palsu, walkie-talkie, pedang samurai, gari dan sehelai baju mempunyai logo Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.
Peralatan itu sama dengan modus operandi digunakan oleh Geng Mamak untuk mencuri kereta, samun dan pecah rumah yang pernah ditumpaskan polis dengan menahan ketuanya, Mohd. Yusof Abu Bakar, 46, bersama 39 anggota asalnya pada 2005.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai sejauh mana kaitan lima penjenayah berusia antara 23 hingga 48 tahun itu dengan geng tersebut.
"Semalam, salah seorang daripada lima suspek itu cedera akibat terkena tembakan. Dia dikehendaki berhubung kes pecah rumah di Kota Damansara, Selangor dan mempunyai enam rekod jenayah.
"Empat lagi rakannya juga mempunyai pelbagai rekod jenayah berkaitan samun bersenjata dan curi kereta di Lembah Klang dan Pahang," katanya pada sidang akhbar di sini.
Semalam Kosmo! melaporkan lima penjenayah menaiki sebuah kereta Mercedes ditahan polis selepas dikejar sejauh empat kilometer pada pukul 11.20 pagi di Taman Megah 1, Ampang di sini. Sebelum itu, mereka telah merempuh satu sekatan jalan di Water Front City.
Ketika mengejar, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan hingga mengakibatkan kereta itu terbabas di sebuah rumah di taman tersebut. Semakan mendapati kereta itu dicuri pada 2009.
Menurut Tun Hissan, salah satu tembakan itu mengenai bahu pemandu kereta tersebut manakala empat yang lain tidak cedera.
Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang pernah menjadi mangsa penjenayah yang menyamar sebagai penjawat awam dengan memakai baju berlogo CUEPACS supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Gagal seludup ketum ke Thailand



ZULL AZNAM (dua dari kanan) menunjukkan sejumlah bungkusan daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand di Kangar semalam.


KANGAR - Hasrat seorang peniaga untuk mendapat keuntungan berganda dengan menyeludup sejumlah 768 bungkus daun ketum ke negara jiran tidak menjadi kenyataan apabila dia dicekup di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, peniaga dari negara jiran berusia 42 tahun tersebut menyembunyikan daun ketum seberat 55 kilogram di dalam kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dipandunya menuju ke Padang Besar sebelum ditahan oleh polis di Jalan Sekolah Derma, di sini.
Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, pemeriksaan lanjut mendapati daun ketum terbabit disembunyikan di belakang tempat duduk penumpang dan bahagian kabin kenderaan pikap terbabit yang tertutup.
"Peniaga itu mengakui membelanjakan wang sebanyak RM600 bagi membeli barangan tersebut di sekitar negeri ini untuk dibawa masuk ke Thailand.
"Dia melakukan kerja tersebut dengan harapan mendapat duit yang lebih kerana daun ketum mempunyai permintaan yang tinggi selain untung yang berlipat ganda di negara jiran tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Zull Aznam, hasil ujian saringan air kencing ke atas peniaga itu, dia didapati positif dadah jenis 'Meth' dan suspek ditahan reman sehingga 10 Disember ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
"Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat tahun atau kedua-dua sekali," ujarnya.
Jelasnya, nilai daun ketum di negara jiran dianggarkan boleh mencecah sehingga RM100 bagi sekilogram ekoran kesukaran mendapatkan barangan terbabit selain pihak berkuasa di sana melarang tumbuhan tersebut ditanam.

Padah jadi pemandu kereta sapu



CHE HASNI (kiri) bersama penguat kuasa SPAD memeriksa barangan penumpang yang menaiki kereta sapu di LCCT kelmarin.


SEPANG - Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.Itu peribahasa sesuai menggambarkan nasib seorang pemandu syarikat swasta yang ditahan dalam operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menjadi pemandu kereta sapu di Terminal Tambang Murah (LCCT) di sini malam kelmarin.
Selepas ditahan kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki terbabit menyesal dan mengakui tindakan itu memakan diri.
"Saya harap pemandu kereta sapu yang lain tidak meneruskan perbuatan ini kerana hanya merugikan diri sendiri.
"Saya tahu tindakan ini menyalahi undang-undang dan menyesal kerana menjejaskan nama baik syarikat saya bekerja," katanya.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, lelaki tersebut salah seorang daripada tiga pemilik kenderaan persendirian dan seorang ulat teksi yang ditahan dalam operasi SPAD selama 10 jam bermula pukul 4 petang kelmarin.
"Lelaki terbabit berdepan dengan risiko dibuang kerja akibat tindakannya menggunakan kenderaan syarikat dan menawarkan perkhidmatan kereta sapu bagi mencari pendapatan sampingan," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Menurut Che Hasni, mereka yang ditahan menggunakan kenderaan syarikat boleh didakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Orang awam yang menggunakan kenderaan sendiri untuk tujuan yang sama pula boleh didakwa di bawah Seksyen 16 akta yang sama membawa kepada hukuman RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, menurutnya, kegiatan kereta sapu bukan sahaja menjejaskan imej negara malah membahayakan nyawa penumpang kerana tiada insurans perlindungan.
"Caj yang dikenakan pula sekali ganda lebih mahal berbanding perkhidmatan teksi menggunakan meter," katanya ketika ditemui kelmarin.
Menurutnya, ada kereta sapu yang mengenakan caj dari LCCT ke pusat bandar raya sebanyak RM200 sedangkan caj teksi meter hanya RM85 sahaja.

Pemimpin Hamas dalam buangan kembali ke Gaza

RAFAH - Pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal telah melintasi sempadan ke Genting Gaza semalam dalam lawatan pertamanya ke Palestin.
Meshaal terus mencium tanah dan berharap suatu hari nanti dia dapat berjuang dan mati syahid di wilayah ini.
Dia yang ditemani timbalannya, Mussa Abu Marzuk dan beberapa pemimpin kanan pertubuhan itu menaiki sebuah kenderaan melepasi sempadan Gaza. Meshaal kemudian mencium tanah bumi Palestin lalu memeluk Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Lawatan Meshaal itu dilakukan dua minggu selepas berakhirnya konflik dengan rejim Zionis yang berlaku pada 14 bulan lalu.
Ketika konflik itu, serangan udara yang dilakukan tentera Israel telah mengorbankan seorang pemimpin tertinggi pergerakan Hamas, Ahmed Jabari.
Sejurus tiba, Meshaal telah dibawa untuk melihat bangkai kereta yang dinaiki Jabari yang masih ada.
Bangkai kereta itu telah dibawa khas ke Rafah sempena kepulangan Meshaal itu.
Ahmed mati selepas keretanya itu diserang dengan peluru berpandu.
"Saya berharap Tuhan akan memakbulkan permintaan saya untuk mati syahid di atas tanah Palestin di Gaza," katanya. - AFP

Anjing dilatih pandu kereta



GINNY berada di tempat duduk pemandu sebuah kereta.


WELLINGTON - Anjing-anjing di New Zealand diajar cara untuk memandu kereta dengan memusingkan stereng, menekan brek dan pedal minyak.
Idea melatih anjing itu dikemukakan oleh agensi pengiklanan DraftFCB dengan kerjasama syarikat kereta Mini dan pihak Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan (SPCA) yang beribu pejabat di Auckland.
Buat masa ini, tiga ekor anjing yang bernama Porter, Monty dan Ginny dilatih selama dua bulan oleh pelatih haiwan, Mark Vette.
Vette melatih haiwan tersebut cara untuk memandu dengan menggunakan sebuah 'kereta beroda' kecil yang mengandungi tempat duduk, stereng dan papan pemuka.
Anjing itu duduk di atas kerusi dengan memakai abah-abah keselamatan, memusingkan stereng, menekan brek dan minyak.
Papan pemuka 'kereta' itu dicipta khas supaya ia mempunyai pedal brek dan minyak.
Anjing-anjing tersebut akan menjalani 'ujian memandu' yang akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen di negara ini pada Isnin ini.
Projek itu bertujuan bagi meningkatkan pengambilan anjing oleh orang ramai dari pusat perlindungan haiwan untuk dipulihara. - Agensi

Kopi najis gajah di utara Thailand



ISTERI seorang pengembala gajah mengambil biji kopi daripada najis haiwan itu.


BANGKOK - Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.
Gajah-gajah itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan tersebut.
Biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang merupakan antara yang termahal di dunia.
Kopi yang dihasilkan daripada najis haiwan itu dikenali sebagai Black Ivory.
Beberapa hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu.
Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77).
"Apabila seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan protein yang terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi pahit," kata Blake Dinkin yang membelanjakan AS$300,000 (RM916,649) untuk memajukan penghasilan kopi tersebut.
Sebelum mengemukakan cadangan kepada Yayasan Gajah Segi Tiga Emas yang mengendalikan pusat pemuliharaan itu, Dinkin menyatakan dia bekerjasama dengan seorang pakar haiwan yang berpangkalan di Kanada untuk melakukan ujian darah di beberapa zoo gajah.
Ujian itu menunjukkan gajah-gajah berkenaan tidak menyerap sebarang bahan kafeina kerana memakan biji kopi.
Menurutnya, gajah memakan 33kg biji kopi untuk menghasilkan 1kg kopi Black Ivory.
"Rasa kopi itu menakjubkan," kata isteri seorang warga Amerika Syarikat, Asleigh Nelson di sebuah hotel.
Sebelum ini, Indonesia turut terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang.- Agensi

Bangkai ikan paus di Malibu mula berbau busuk



BANGKAI ikan paus sirip terdampar di sebuah pantai di Malibu kelmarin.


MALIBU, California - Bangkai seekor ikan paus sirip seberat 18,143 kilogram terdampar di sebuah pantai dekat dua buah rumah selebriti Hollywood di sini sejak Isnin lalu.
Sehingga kelmarin, bangkai itu mengeluarkan bau yang busuk.
Ikan paus jantan tersebut terdampar dekat rumah aktres terkenal, Barbra Streisand dan penyanyi Bob Dylan.
Haiwan marin itu dipercayai mati akibat dilanggar sebuah kapal.
Beberapa anggota pengawal pantai cuba untuk menolak bangkai tersebut ke laut.
Jabatan Pantai dan Pelabuhan Daerah Los Angeles menyatakan, pihaknya tidak bertanggungjawab melakukan kerja-kerja pembersihan untuk membuang bangkai itu kerana ia berlaku di pantai persendirian yang berada dalam kawalan pemilik beberapa buah rumah. - Agensi

No comments:

Post a Comment