Sunday, December 2, 2012

BILA TAKDIR DAH TIBA....MAKA BERLAKULAH...ITU LAH KETENTUAN ALLAH...MAKA REDALAH




Tumbukan ragut nyawa abang

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

GEORGETOWN: “Walau apapun yang berlaku, saya tetap maafkan dia,” kata Nayati Man, 33, ibu Muhammad Asyraf Muhammad Shukri, 17, yang maut apabila ditumbuk adiknya selepas kedua-duanya bergaduh di rumah mereka di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, Asyraf yang menghidap penyakit asma sejak kecil ditumbuk adiknya hingga mulut berdarah dan tersembam.
Asyraf mengalami sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketika kejadian, menurut Nayati, dia berada di rumah dan anak sulungnya itu berbaring di sofa sambil menonton televisyen di ruang tamu manakala anak keduanya bermain permainan video di komputer riba.

“Anak bongsu saya yang berusia empat tahun menangis kerana mahukan mainan.
Namun, anak kedua saya mengusik adik perempuannya dan ini menimbulkan kemarahan Asyraf yang menegur perbuatan itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), malam kelmarin.

MPV rentung langgar lembu

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

HANGUS...anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran MPV  dalam kejadian berdekatan persimpangan Telok Mas, malam kelmarin. Gambar kecil, keadaan lembu yang mati dilanggar.
HANGUS...anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran MPV dalam kejadian berdekatan persimpangan Telok Mas, malam kelmarin. Gambar kecil, keadaan lembu yang mati dilanggar.
MELAKA: Perjalanan sebuah keluarga termasuk tiga kanak-kanak pulang ke Johor selepas membeli-belah di bandar raya ini, bertukar detik menakutkan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dinaiki mereka merempuh seekor lembu sebelum terbabas dan terbakar di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), berdekatan persimpangan Telok Mas, dekat sini, malam kelmarin.
Kemalangan kira-kira jam 11 malam itu turut menyebabkan lembu berkenaan mati di tempat kejadian. Menceritakan detik cemas itu, mangsa, Lim Yok Chin, 46, berkata dia yang memandu kereta berkenaan baru selesai membeli-belah bersama enam ahli keluarganya termasuk tiga kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 10 tahun di sebuah pusat beli-belah terkemuka. “Setibanya di lokasi kejadian, saya yang berada di lorong kiri dipotong sebuah kenderaan lain sebelum terkejut melihat seekor lembu tiba-tiba muncul atas jalan.

“Pada waktu itu, saya gagal mengawal kereta lalu melanggar binatang berkenaan sebelum terbabas. Sejurus rempuhan, saya mendapati enjin turut berasap dan segera mengarahkan semua ahli keluarga keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian, kelmarin. Menurut ahli perniagaan itu, dalam tempoh 10 minit, kereta miliknya terbakar dan mereka hanya mampu melihat berikutan api terlalu marak.
“Apabila diperhatikan, saya mendapati lembu yang dilanggar turut mati dan tidak pasti sama ada ia tercampak atau sebaliknya berikutan kejadian berlaku begitu pantas. “Saya gagal menyelamatkan apa-apa di dalam kereta termasuk barangan terutama tilam yang baru dibeli. Nilai semua barangan itu dianggarkan RM1,300,” katanya yang menetap di Muar.

Kata Lim yang masih terkejut dengan kejadian itu, kereta berkenaan dibeli dua tahun lalu dengan harga RM180,000.

“Walaupun mengalami kerugian, saya bersyukur kerana kami sekeluarga terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ini.
“Selain itu, saya berterima kasih dengan keprihatinan orang awam yang membantu menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya yang turut meminta pihak berkaitan berbuat sesuatu bagi mengelak kejadian sama berulang.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati dua jentera bomba berada di lokasi kejadian mengawal dan memadamkan kebakaran itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.


‘Mama, dada saya sakit...’

Oleh Hayati Ibrahim, Fairul Asmaini Mohd Pilus, Muhammad Apendy Issahak dan Azidan Nahar
am@hmetro.com.my

USUNG...anggota keluarga mengangkat jenazah seorang daripada mangsa untuk dikebumikan.
USUNG...anggota keluarga mengangkat jenazah seorang daripada mangsa untuk dikebumikan.
SEPANG: “Saya tidak sangka kehilangan tiga rakan karib serentak pada hari ulang tahun kelahiran saya,” kata Mohd Hafis Zahari, 21, rakan kepada tiga mangsa yang maut dan seorang parah dalam kemalangan ngeri di Jalan Salak, Sungai Pelek, di sini, awal pagi semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama sepuluh lagi rakan, termasuk keempat-empat mangsa sedang berkonvoi menaiki tiga kenderaan menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan selepas menyambut hari kelahirannya di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya.
Dia berkata, mereka ingin menyambung sambutan hari lahir itu di tepi pantai.
“Kami 11 orang sepakat ke Port Dickson secara konvoi menggunakan tiga kereta untuk makan kek dan mengambil gambar.
“Mereka berempat naik satu kereta dan berada di depan sekali, jarak kami hanya kira-kira satu kilometer, namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya melihat kemalangan berlaku. Sebaik berhenti, amat mengejutkan ia membabitkan kereta kawan sendiri,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Serdang, di sini, semalam.
Menurutnya, ketika itu, dia lihat Ahmad Fikri Mohd Salihudin, 21, dan Muhammad Hilman Syafiq Kamaruzaman, 19, berlumuran darah tidak bernyawa.

Rampas 150 jersi Harimau Malaya



BUNGKUS...penguat kuasa KPDNKK merampas jersi tiruan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
BUNGKUS...penguat kuasa KPDNKK merampas jersi tiruan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Lima peniaga yang menjual jersi tiruan Harimau Malaya dan Garuda sempena perlawanan dua pasukan itu, diserbu Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di kawasan Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.
Dalam operasi jam 4.30 petang itu, lebih 150 jersi tiruan dirampas daripada enam gerai yang menjual jersi di kawasan itu.

Jurucakap KPDNKK, berkata jersi berkenaan dijual pada harga RM35 berbanding jersi asli pula berharga RM140.
“Kami hanya dapat merampas barangan daripada enam gerai manakala selebihnya melarikan diri apabila mereka menghidu kehadiran pihak penguatkuasa,” katanya.

Beliau berkata, hanya dua pemilik daripada enam gerai yang diserbu diberkas dan mereka dikompaun.

4 serba hitam curi RM45,000

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat perompak berpakaian hitam dan bersenjatakan pisau menceroboh sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail sebelum mengikat tangan dan kaki pemilik kediaman itu dan melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM45,000, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, seorang wanita berusia 23 tahun yang tidur tersedar daripada tidur selepas melihat pintu biliknya dibuka sebelum dia mendapati empat lelaki tidak dikenali memakai topeng dan berpakaian serba hitam menceroboh rumahnya.

Menurut sumber, mangsa yang terkejut dengan kehadiran mereka menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek panik dan mengacukan pisau ke leher mangsa sambil mengarahkannya supaya berdiam diri jika tidak mahu dicederakan.
“Suspek kemudian mengikat tangan dan kaki mangsa dengan tali.

“Rakan suspek pula menggeledah bilik lain sebelum mereka membawa adik perempuan mangsa bersama pembantu rumah ke dalam bilik itu dan diikat,” katanya.

Sumber berkata, seorang daripada suspek turut berkawal di pintu bilik tidur mangsa sementara yang lain menggeledah mencari barangan berharga.
“Suspek melarikan wang tunai RM5,000, barangan kemas RM30,000, telefon bimbit, kamera dan pelbagai jam tangan berjenama.

“Mangsa bagaimanapun tidak dicederakan dan berjaya membuka ikatan jam 6 pagi. Sebaik berjaya melepaskan diri mangsa menghubungi polis meminta bantuan,” katanya.
Menurutnya, polis yang tiba ke tempat kejadian beberapa minit kemudian membuat pemeriksaan dan menjumpai kesan pecah masuk di pintu rumah itu.

Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail untuk tindakan lanjut.

Penyamun tekup mulut



GOMBAK: Seorang wanita mengalami pengalaman menakutkan apabila mulutnya ditekup dan mukanya diacu pisau apabila rumahnya di Selayang diceroboh seorang lelaki berbadan gempal pagi Jumaat lalu.
Dalam kejadian samun itu penjenayah turut memukulnya sebelum menyamun barangan kemas dianggarkan bernilai RM2,000.

Malah, tindakan mangsa berusia 49 tahun itu menjerit memanggil anaknya yang berada dalam bilik ketika bergelut dengan lelaki terbabit berjaya menyelamatkan wanita itu daripada diapa-apakan suspek yang merampas rantai leher sebelum melarikan diri.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, wanita terbabit yang mengisi pakaian dicuci dari mesin basuh ke dalam bakul di belakang rumah terkejut selepas didatangi lelaki tidak dikenali memakai topi keledar berpenutup dan menekup mulut mangsa. “Dalam keadaan mulut masih ditekup suspek mengarahkannya membuka gelang tangan namun mangsa yang sukar bernafas enggan menyebabkan lelaki itu berang dan memukulnya serta menolaknya sehingga terjatuh,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang ketakutan menjerit memanggil anaknya yang berada dalam bilik menyebabkan suspek panik dan merentap rantai leher dipakai mangsa. “Dia yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Selayang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kaku lepas tiupan wisel penamat bola sepak AFF



ALOR SETAR: “Sejak beberapa hari lalu, arwah menjadi pendiam dan tidak banyak bercakap, tetapi beliau beritahu tidak sabar untuk menonton perlawanan bola sepak penentuan separuh akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia menentang Indonesia, malam tadi (kelmarin).
“Tak sangka pula itu perlawanan bola sepak terakhir yang arwah tonton sebelum dia disahkan meninggal dunia,” kata Mohd Sobri Ahmad, 30-an rakan Jasuky Jahury Jaafar, 36, yang meninggal dunia sejurus menonton perlawanan itu jam 11 malam.

Difahamkan, arwah meninggal dunia selepas pengadil meniup wisel tamat 90 minit masa perlawanan antara dua negara itu yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam kelmarin.
Perlawanan itu memihak kepada Malaysia apabila menewaskan pasukan Indonesia 2-0 dalam perlawanan itu menyebabkan Jasuky sangat gembira dengan kemenangan itu sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Mohd Sobri berkata, beliau tidak pasti sama ada arwah mengambil cuti kelmarin hanya untuk menonton bola sepak itu atau sebaliknya kerana sebelum ini arwah mengadu mengalami masalah kesihatan.

Beliau berkata, Jasuky yang juga Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, selama 10 tahun adalah seorang yang ceria dan minat menonton bola sepak, tetapi disebabkan sibuk dengan tugas, dia terlepas menonton beberapa kali perlawanan bola sepak yang membabitkan Malaysia.
“Saya kenal dia sudah lama, tetapi dia tidak pernah memberitahu dia sakit apa menyebabkan saya terkejut apabila dimaklumkan arwah meninggal dunia selepas dihubungi rakan malam tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

105 dipaksa makan kertas

Posted on the December 3rd, 2012 under Tempatan by admin
PELABUHAN KLANG: Seramai 105 wanita warga asing bukan saja dikurung, malah turut dipaksa makan kertas surat khabar selain tidak dibayar gaji sejak enam bulan lalu oleh sebuah syarikat agensi pembantu rumah yang beroperasi di Bandar Baru Klang, di sini.
Mereka yang berusia 18 hingga 25 tahun itu diperdaya menjadi pembantu rumah secara bulanan dan harian, namun tidak menerima gaji selepas berkhidmat sejak enam bulan lalu dengan alasan mereka perlu menyerahkan gaji selama tujuh bulan sebagai bayaran untuk bekerja di Malaysia.
Mereka yang terdiri daripada 95 warga Indonesia dan masing-masing enam dan empat warga Filipina itu, diselamatkan dalam Ops Khas 6P Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad berkata, serbuan jam 7.45 pagi itu mendapati semua wanita terbabit dikurung di tingkat tiga dan empat premis syarikat agensi pembantu rumah berkenaan.
Beliau berkata, wanita terbabit turut mendakwa dikasari selain makanan dicatu agensi berkenaan dan ada antara mereka yang dipaksa makan kertas surat khabar setiap kali cuba melawan atau menuntut hak mereka.
“Setiap pagi, agensi ini akan menghantar mangsa dengan van ke rumah dan pejabat di Klang untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang cuci dengan pendapatan RM700 sebulan.
“Mereka dikurung di beberapa bilik di premis berkenaan sebaik pulang dari tempat kerja dan tidak dibenarkan keluar bagi mengelak kegiatan ini dihidu pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Amran berkata, siasatan mendapati, semua mangsa masuk ke Malaysia sejak sebulan hingga enam bulan lalu menggunakan pas lawatan sosial sebelum ditempatkan di premis agensi pembantu rumah itu.
Dalam operasi itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan dan masing-masing lima dan tiga warga Indonesia Kemboja yang berusia 30 hingga 50 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan. Amran berkata, pihaknya kini mengesan seorang lelaki tempatan iaitu pemilik agensi pembantu rumah terbabit bagi membantu siasatan.
Katanya, agensi berlesen itu beroperasi sejak lima tahun lalu, tetapi didapati melakukan kesalahan kerana semua wanita yang diambil bekerja itu hanya memiliki pas lawatan sosial bukan permit bekerja sah.
“Semua wanita terbabit dibawa ke rumah perlindungan di Bukit Ledang, Damansara untuk perlindungan sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
“Mereka disiasat mengikut Seksyen 44(1), Akta Pemerdagangan dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670), manakala lelaki dan wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 12, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan jika disabitkan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda,” katanya.
Sementara itu, seorang daripada wanita terbabit, Adinda Tanas, 20, mendakwa sejak bekerja dengan agensi itu Mei lalu, dia tidak pernah menerima gaji.
Harian Metro

Jurujual dirompak, dirogol di Kemaman

Posted on the December 3rd, 2012 under Tempatan by admin
KEMAMAN – Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di
sini, kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.
Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.
Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.

Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.
“Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. – Bernama

Awang Hitam mulut manis



KUALA LUMPUR: “Awang Hitam memang bijak bermain kata-kata seolah-olah amat meyakinkan. Malah lakonan berlagak pandai mereka juga sungguh berkesan,” kata penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar.
Menurut beliau, walaupun banyak kali didedahkan di akhbar, kes penipuan Internet yang didalangi warga Afrika atau lebih dikenali sebagai ‘African Scam’ seolah-olah tidak berkesudahan.

“Permainan mereka amat meyakinkan sebab mereka tahu bukannya mudah untuk mendapatkan wang dalam jumlah besar daripada mangsa yang hanya dikenali melalui Internet.
“Perancangan mereka cukup teliti beserta dengan ‘bukti’ yang direka-reka dan wanita yang sunyi pula mudah tertipu kerana terlalu percaya dengan apa yang dikatakan.

“Tambahan pula apabila mereka melaburkan sedikit wang pada mulanya sebelum mengambil segala-galanya yang ada pada wanita yang menjadi mangsanya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tersalah tetak orang

Oleh Norasikin Daineh
norasikin@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: Kegembiraan seorang lelaki menyambut kemenangan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan bola sepak berakhir tragedi berdarah apabila diserang secara tiba-tiba di sebuah restoran di Putrajaya, Telipok, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia 28 tahun sedang minum selepas menonton perlawanan bola sepak di restoran itu bersama tiga rakannya.

Bagaimanapun, tiba-tiba seorang lelaki berusia awal 20-an meluru ke arah mangsa dan menyerangnya dengan parang.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki tidak dikenalinya itu gagal mengelak sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kepala.

Akibat kecederaan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan.

Sepupu hairan status pelik di facebook



MUAR: Beberapa status pelik mengenai kematian dan pengorbanan seorang ibu yang ditulis mangsa kemalangan maut di Sungai Pelek Sepang, semalam, Ahmad Fikri Mohd Salihudin, 21, dalam facebook menyebabkan sepupunya, Mohd Taufiq Mansor, 22, kehairanan.
Mohd Taufiq ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Jeram Bakri di sini, semalam, berkata Jumaat lalu arwah menulis mengenai kematian dan pengorbanan seorang ibu pada status facebook dan sejak minggu lalu, banyak lagi status pelik ditulisnya.

“Saya pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah menulis status sedemikian.
“Kali terakhir saya menghubungi arwah, petang Jumaat lalu untuk bertanya sama ada dia akan pulang ke kampung di Kampung Tengah, Jeram Bakri, dekat sini, dengan saya, tetapi Ahmad Fikri menyatakan dia ada peperiksaan.

“Saya bekerja di Klang dan biasanya kami pulang bersama ketika cuti semesternya,” katanya.

Makan sosej dengan kicap untuk jimat

Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Walaupun terpaksa berhenti daripada pengajian di program matrikulasi dan menolak tawaran pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), Bintulu, Sarawak pada 2008 akibat kesempitan wang, ia bukan bukan penghalang Hamidah Zainodin, 24, untuk terus menimba ilmu.
“Hasrat saya untuk mengejar ilmu tidak pernah padam. Selepas berhenti daripada matrikulasi, saya bekerja dan mengumpul wang sebelum meneruskan pengajian diploma dalam Bidang Pengurusan Perniagaan Perbankan kemudian ke peringkat ijazah dalam bidang sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Dalam tempoh itu, saya hanya makan sosej dengan kicap untuk berjimat cermat. Misi saya ketika itu hanya satu iaitu membiayai pendidikan jika diterima belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi,” kata anak peneroka Felda dari Rompin, Pahang ini. Penderitaan Hamidah yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) akhirnya berbaloi apabila dinobatkan Anugerah Naib Canselor di Istiadat Konvokesyen ke 77 UiTM, di sini, semalam.
Lebih manis lagi, anugerah itu yang kedua baginyaapabila pertama kali menerimanya selepas menamatkan pengajian diploma sebelum ini. Hamidah mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.92 itu berkata, dia tidak pernah terkilan dengan pesanan bapa yang meminta dia berdikari dan mencari wang sendiri jika mahu menyambung pengajian berikutan kekangan kewangan dialami keluarga.

“Saya faham keadaannya. Namun, saya berterima kasih kepada ayah kerana kini saya menjadi seorang yang tabah dan bijak dalam menguruskan wang,” katanya.

Sementara itu, bapa Hamidah, Zainodin Arshad, 50, peneroka Felda Selancar 2 di Rompin, mengakui tidak mampu membantu anaknya itu dari segi kewangan, tetapi tidak pernah berhenti berpesan bahawa setiap kejayaan hanya boleh diperoleh melalui ilmu.
Zainodin berkata, sejak anak bongsunya itu menyuarakan hasrat menyambung pengajian, dia berpesan supaya berdikari dan mencari wang sendiri, namun jauh di lubuk hatinya dia mahu anaknya itu berjaya dalam hidup melalui ilmu.

“Saya percaya ilmu satu-satunya jalan untuk seseorang berjaya dan saya menerapkan pegangan itu dalam diri anak saya. Atas desakan hidup yang serba kekurangan menyebabkan saya tidak mampu menampung pengajian Hamidah secara berterusan melainkan hanya doa yang saya mampu titipkan.
“Bagaimanapun, saya tetap berusaha membantunya dengan mengirimkan wang jika ada dan bersyukur Hamidah seorang anak yang boleh berdikari,” katanya.

Lima rakyat Jerman maut



ORANG ramai melihat dua bas mini yang remuk akibat berlanggar di lebuh raya berhampiran Hurgada, semalam.
ORANG ramai melihat dua bas mini yang remuk akibat berlanggar di lebuh raya berhampiran Hurgada, semalam.
KAHERAH: Lima pelancong Jerman dan tiga warga Mesir terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua bas mini berhampiran pusat percutian Laut Merah, semalam.
Jurucakap polis berkata, kedua-dua bas itu bertembung dalam sebuah pusat peranginan berhampiran Hurghada.

Jumlah pelancong yang cedera belum disahkan. Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Jerman berkata, beberapa warganya terbunuh dan cedera dalam kemalangan di bandar pinggir laut Mesir. “Kementerian Luar mengaktifkan kumpulan pengurusan krisis bagi menangani isu ini, manakala Duta Jerman dalam perjalanan ke tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, agensi berita lain melaporkan, lima warga Jerman dan tiga penduduk tempatan maut dalam kemalangan berkenaan. Sumber polis berkata, lima warga Jerman itu adalah kakitangan syarikat penerbangan yang dalam perjalanan ke lapangan terbang Hurghada. “Kemalangan berlaku apabila bas mini membawa warga Jerman itu memasuki jalan utama tetapi dirempuh sebuah bas lain yang membawa pelancong. Kedua-dua pemandu bas terbabit adalah warga tempatan dan mereka meninggal dunia. Kemalangan jalan raya memang lazim di Mesir, dengan kebanyakannya disebabkan keadaan jalan raya dan kekurangan penguatkuasaan undang-undang.

Jumaat lalu, dua pelancong Russia maut apabila bas yang mereka naiki terbalik berhampiran Nuweiba, Sinai. Pada 17 November lalu pula, 47 pelajar tempatan terkorban apabila bas mereka dirempuh kereta api di tengah Mesir. - AFP

Iran gantung hukuman mati lepas pesalah bertaubat

TEHERAN: Iran menggantung hukuman mati terhadap seorang pengaturcara komputer yang disabitkan bersalah mereka laman web pornografi selepas dia ‘bertaubat’, lapor agensi berita Mehr sebagai memetik kenyataan peguamnya.
Saeed Malekpour, pemastautin tetap di Kanada ditahan Disember 2008 di Iran ketika dia pulang ke tanah air untuk menziarahi bapanya yang sakit dan didakwa menjalankan operasi laman web lucah. Menurut kumpulan hak asasi manusia dan keluarganya, lelaki berusia 37 tahun itu didapati bersalah pada Disember 2010 atas tiga pertuduhan, termasuk “mereka dan mengendali laman web lucah dan menghina kesucian Islam”.

Saeed membangun program untuk memuat turun gambar di Internet dan ia digunakan tanpa pengetahuannya untuk rekaan laman porno, kata kumpulan kemanusiaan dan keluarganya. - AFP

Terowong runtuh: lima maut



OTSUKI (Jepun): Petugas penyelamat Jepun semalam menemui lima mayat rentung dalam terowong lebuh raya yang runtuh, menimbus kereta dan menyebabkan kebakaran menimbulkan kebimbangan ramai lagi terperangkap di dalamnya.
Sekurang-kurangnya tujuh orang hilang di dalam terowong sepanjang hampir lima kilometer itu. Saksi menceritakan detik menakutkan ketika sekurang-kurangnya sebuah kenderaan terbakar menyebabkan asap tebal menghalang penglihatan dan menyukarkan pernafasan. Selama beberapa jam pasukan penyelamat terpaksa menunda usaha mereka untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah siling konkrit seberat 1.5 tan yang runtuh dari bumbung, sementara jurutera memberi amaran lebih banyak serpihan konkrit yang akan runtuh. Petugas kecemasan yang bergegas ke Terowong Sasago di Lebuh Raya Chuo, 80 kilometer di barat Tokyo itu berdepan asap tebal yang keluar dari pintu masuk terowong itu. Puluhan orang meninggalkan kenderaan mereka di laluan yang menuju ke Tokyo itu dan melarikan diri keluar dari satu daripada laluan kecemasan atau ke pintu keluar terowong, di mana mereka terpaksa bertahan dalam cuaca sejuk. Petugas kecemasan yang dilengkapi peralatan pernafasan berhempas-pulas memasuki sepertiga laluan dalam terowong itu, di mana mereka menemui 110 meter siling konkrit runtuh dan menghempap sekurang-kurangnya dua kenderaan. - AFP

Kanak-kanak peribumi hilang diseret buaya

DARWIN: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun hilang selepas dia dibaham buaya ketika mandi bersama beberapa orang lain di Wilayah Utara Australia, semalam.
Ia adalah serangan kedua berlaku di situ dalam tempoh dua minggu.

Walaupun polis dan renjer meneruskan operasi menyelamatkan semalam, pihak berkuasa bimbang mereka gagal menyelamatkan mangsa, Kurang dua minggu lalu, seorang budak perempuan berusia tujuh tahun maut dibaham buaya di situ Selepas seekor buaya berjaya ditembak mati, pihak berkuasa menemui cebisan tubuh mangsa dalam perut reptilia berkenaan. Kejadian semalam berlaku di Port Bradshaw, membabitkan budak dipercayai daripada suku asli tempatan. - TS

No comments:

Post a Comment