Wednesday, December 5, 2012

AMBIK HAK KITA JANGAN AMBIK HAK ORANG...IKUTLAH FARIDH YANG TELAH DITENTU DALAM ISLAM

Jurusolek artis mati dibunuh

Oleh Raja Noraina Raja Rahim, Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

USUNG...anggota polis mengangkat mayat mangsa.
USUNG...anggota polis mengangkat mayat mangsa.
SEBAK...ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan.
SEBAK...ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan.
KUALA LUMPUR: Seorang jurumekap artis ditemui mati dalam keadaan tertiarap di atas katil dengan tangan dan kaki terikat selain lehernya turut dijerut di rumahnya di Jalan Mangga, dekat Jalan Ipoh, di sini, malam kelmarin.
Mayat Othman Hassan, 52, ditemui dengan mukanya tersembam pada tilam dalam sebuah bilik dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum mayatnya ditemui jam 8 malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat mangsa ditemui abang mangsa yang datang ke rumahnya selepas diberitahu mangsa gagal dihubungi sejak dua hari lalu.

“Mangsa yang memakai baju-T dan seluar pendek ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya diikat, selain lehernya dijerut. Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk. Oleh itu polis percaya mangsa dibunuh individu dikenalinya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ku berkata, Othman tinggal seorang diri dan siasatan awal menunjukkan sebelum kematiannya, mangsa dipercayai melakukan hubungan seks.

 


Maut hantar berkhatan

Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

REMUK TERUK...keadaan kereta yang terbabit nahas, semalam.
REMUK TERUK...keadaan kereta yang terbabit nahas, semalam.
PILU...Nuraima Zulkifli, 26, ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang  menangis di sisi jenazah ibunya,  Zainun.
PILU...Nuraima Zulkifli, 26, ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang menangis di sisi jenazah ibunya, Zainun.
DUNGUN: Hasrat seorang wanita membawa anak saudaranya berkhatan tidak kesampaian apabila dia maut selepas Proton Wira dipandu suaminya bertembung kereta Honda Civic di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi, depan Loji Air Petronas Kampung Serdang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Zainun Awang, 50, dari Kampung Jerangau Sungai, di sini, terbunuh akibat cedera parah di kepala.
Turut maut, penumpang Honda Civic berkenaan, Suzlina Ahmad, 40, dari Kampung Balai Besar, di sini.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda Civic dipandu anak Suzlina, Mohd Ridwan Badiozaman, 21, hilang kawalan sebelum berpusing dan memasuki laluan bertentangan dan bertembung Proton Wira berkenaan.

Anak Zainun, Nuraiman Zulkifli, 26, berkata, ketika kejadian ibunya bersama bapa, Zulkifli Mamat, 53, serta ibu saudara, Gayah Awang, 45, dalam perjalanan menghantar sepupunya, Tarmizi Ismail, 11, untuk berkhatan di Kuala Dungun, di sini.


Tulang hancur



SEBAK...Shahida hancur kaki kiri dan kehilangan seorang anak.
SEBAK...Shahida hancur kaki kiri dan kehilangan seorang anak.
GAZA: “Saya hanya mampu melihat anak gadis saya terpelanting dan terperosok di bawah timbunan dinding rumah sebelum mati akibat parah di kepala,” kata Shahida Mohamed, 56, menceritakan detik kematian anaknya selepas rumah mereka dibom tentera Israel, 15 November lalu.
Akibat serangan yang dilakukan ketika azan Maghrib berkumandang itu, Shahida turut parah apabila tulang lutut kaki kirinya hancur ditimpa bumbung rumah manakala anak perempuannya, Yusrah Abdullah, 20, mati serta-merta.

Shahida yang ditemui di Hospital Al Shifa, di sini, berkata, ketika kejadian dia memasak di rumah bersama Yusrah sebelum beberapa jet pejuang F-16 milik Israel melintasi ruang udara Gaza dan menjatuhkan bom dan roket.
“Letupan demi letupan kuat berlaku sebelum dinding dan bumbung rumah kami turut berkecai. Saya terpelanting dan terperosok di bawah timbunan dinding rumah.

“Yusrah mati serta-merta akibat ditimpa tiang dan bumbung rumah di kepala dan saya hanya mampu melihatnya tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya berlinangan air mata.

Kecederaan Shahida akibat serangan tentera Israel itu menyebabkan tulang lutut kakinya pecah manakala isi daging betisnya turut hancur.
Seorang lagi mangsa, Yusuf Kareem, 45, hancur tulang ke dua kakinya akibat ditembak dengan roket milik tentera Israel.

Dalam kejadan 18 November lalu, mangsa cedera parah selepas terkena serpihan peluru roket menusuk masuk ke dalam daging kakinya menyebabkan tulang mangsa patah remuk hampir di semua bahagian.
“Sakit yang saya alami terlalu azab untuk dibayangkan. Tulang kaki saya hancur dan doktor berusaha memulihkannya dengan memasang besi sebagai ganti.

“Saya hanya orang awam yang tidak bersenjata. Mereka (tentera Zionis) seolah-olah mendapat kepuasan dengan membunuh penduduk Gaza,” katanya.

Kesengsaraan sama turut dialami seorang anggota polis Palestin, Usama Mohamad Abu Saad, 48, yang cedera parah ditembak jet pejuang Israel, 18 November lalu.

Dalam kejadian lewat petang itu, beberapa jet pejuang F-16 milik tentera Israel melepaskan roket serta menjatuhkan bom ke arah balai polis terletak di pinggir Gaza City, di sini.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada tidak jauh dari balai polis berkenaan sebelum berpuluh ledakan kuat berlaku dan meruntuhkan bangunan balai polis itu.

“Pada masa sama, saya ditembak di belakang tubuh dipercayai dilepaskan dari jet pejuang Zionis.

“Akibat tembakan itu, saya tidak sedarkan diri sebelum dipapah orang ramai ke hospital Al Syifa. Memang sakit ketika itu dan saya sangka akan mati,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik peluru tidak menembusi organ utama tubuhnya.

Walaupun tidak boleh bergerak kini, saya bersyukur kerana terselamat. Malah, saya mendapat tahu seluruh bangunan balai polis ranap dihujani roket dan bom.

“Ada rakan saya yang mati syahid. Saya cemburu mereka bakal menjadi ahli syurga kerana berjuang untuk Islam,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati bilangan pesakit akibat serangan tentera Zionis bermula 14 November lalu berkurangan di Hospital Khan Younis dan Al Syifa.

Pada masa sama, lebih 10 doktor dari Sudan secara sukarela didapati turut bertugas di hospital itu untuk memberi bantuan kepada pesakit sejak kelmarin. Bantuan kecemasan diberikan NGO antarabangsa dari Tukri dan Mesir termasuk ubat-ubatan dan doktor pakar sedikit sebanyak membantu pihak hospital di Gaza merawat ribuan pesakit yang dihantar ke hospital ketika perang meletus.

Sekeluarga berpelukan

Oleh Mohd Shukor Amin
am@hmetro.com.my

ROSAK...Mohd Nizam menunjukkan bumbung rumahnya diterbangkan ribut.
ROSAK...Mohd Nizam menunjukkan bumbung rumahnya diterbangkan ribut.
SUNGAI BESAR: “Saya dan keluarga dikejutkan dengan dua bunyi kuat seperti kayu patah berserta angin kencang sebelum sebahagian bumbung rumah diterbangkan.
“Kami sekeluarga hanya berdoa dan berpelukan sambil menangis kerana bimbang ribut memusnahkan rumah dan kami bakal hilang tempat tinggal,” kata Mohd Nizam Abd Karim, 30, mengenai kejadian ribut di Kampung Parit 11 Timur, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 7.15 petang itu, 10 rumah di kampung Parit 11 Timur dan sebuah di Kampung Parit 10 mengalami kerosakan terutama pada bumbung.
Katanya, akibat kejadian itu, Mohd Nizam menanggung kerugian RM10,000 selepas perabot dan peralatan elektrik rumahnya rosak terkena hujan.

Kini, dia bersama isteri, Radziah Md Zakaria, 32, yang sarat mengandung bersama anak mereka, Aidi Yusof, 2, Aidil Mahadi, 5, Aidil Hafiz, 8, menumpang di rumah bapa saudara mereka, Asmawi Nordin, 58, yang terletak berhampiran.

“Walaupun kejadian yang berlaku merosakkan sebahagian besar bumbung rumah, perabot, peralatan elektrik, namun saya bersyukur kerana tidak cedera tambahan pula isteri sarat mengandung,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi mangsa, Rosli Anuar, 39, berkata, akibat kejadian itu, dia kehilangan tempat tinggal dan mengalami kerugian besar berikutan struktur bumbung dan dinding rumahnya rosak teruk.

“Namun saya bersyukur kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu walaupun hampir keseluruhan bumbung rumah diterbangkan,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, Muslimin Yahaya dalam lawatannya ke tempat kejadian berkata, dalam kejadian ribut itu, tujuh rumah di Kampung Parit 11 Timur dan sebuah rumah di Parit 10 mengalami kerosakan.

“Tiga rumah didapati mengalami kerosakan hampir keseluruhannya dan kerugian dianggarkan lebih RM10,000 setiap satu,” katanya.

‘Anak patung’ berulat dalam plastik

Oleh Norasikin Daineh
norasikin@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: Bau busuk yang disangka bangkai tikus, rupa-rupanya berpunca daripada mayat bayi perempuan sudah berulat yang dipercayai dibuang sejak dua hari lalu di kawasan longgokan sampah di Kampung Warisan, Inanam Laut, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang, mayat bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui dibungkus dalam plastik hitam selain dihurung lalat dan sudah berulat.

Mayat bayi itu ditemui Syazlin Izzah Adila Susilotomo, 11, ketika dia bermain bersama beberapa rakan di halaman rumah sebelum terhidu bau busuk.

“Saya dan rakan terhidu bau busuk. Saya ingatkan bau bangkai, tapi selepas diperiksa, saya mendapati ia datang daripada satu bungkusan plastik bersama longgokan sampah di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurutnya, sebaik plastik itu dibuka, dia terkejut mendapati bungkusan itu dipenuhi ulat selain mengandungi objek seperti patung bayi sebelum memanggil bapa saudara yang kebetulan berada di dalam rumah.

Isteri makan dengan lelaki lain

SAYA dan suami bekerja di bawah syarikat sama namun kami berlainan unit dan jabatan. Saya ada kemusykilan, ba�gaimana sekiranya di pejabat saya pergi ke kantin untuk makan bersama dengan rakan lelaki bujang.
Kami hanya berkawan di pejabat dan tidak pernah keluar bersama pada waktu lain di luar pejabat. Bagaimanapun, saya ada memaklumkan kepada suami dan dia membenarkan jika saya pergi ke kantin bersama lelaki berkenaan.

Adakah berdosa jika isteri berkelakuan sedemikian?

NADHRAH,
Pulau Pinang



ISLAM membenarkan pergaulan antara lelaki dan wanita dengan batas tertentu. Ia jelas apabila Allah berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur ayat 31)

Patuhi tatacara pergaulan seperti yang dianjurkan dalam ayat al-Quran supaya seorang wanita itu dapat menyelamatkan dirinya daripada melakukan maksiat dan tersebar fitnah jahat.

Sama juga halnya yang perlu puan lakukan. Perlu ada perubahan dalam hidup puan selepas berumah tangga iaitu menumpukan kepada rumah tangga dan suami.

Baik kiranya puan keluar makan bersama suami berbanding dengan teman sepejabat selepas berumah tangga.

Dinoda kawan baik



SAYA kini melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan dan mengambil jurusan sains. Saya pernah mengalami satu peristiwa hitam dalam hidup hingga sukar melupakannya.
Masalah ini amat berat untuk ditanggung. Ia berkaitan dengan perbuatan seks yang tidak rela antara saya dengan kawan baik. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku, ia masih lagi terpahat dalam ingatan dan sanubari saya.

Ketika di asrama dulu, saya dikenali seorang pelajar yang agak pendiam, tapi suka bersukan. Secara akademik, saya tiada masalah kerana sering mendapat kedudukan yang baik dalam kelas.

Saya mempunyai seorang teman baik ketika di asrama. Dia tua setahun daripada saya dan berada dalam tingkatan yang berbeza. Sikapnya yang baik membuatkan saya suka berkawan dengannya.

Pada awal perkenalan, saya tidak melihat apa-apa yang meragukan mengenai dia, namun selepas berkawan selama setengah tahun, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Walaupun, saya tidak selesa dengan persahabatan kami, tapi saya teruskan juga memandangkan dia juga pelajar yang baik. Perasaan ragu-ragu saya terhadapnya menjadi kenyataan apabila berlaku peristiwa hitam itu. Kawan baik meliwat saya.

Jujurnya, saya tidak merelakan perbuatan itu, tapi saya juga tidak membantah.
Ketika itu, saya tidak mempunyai keberanian menolak perbuatannya. Saya pun hairan kenapa boleh merelakan saja dia memperlakukan perkara itu kepada saya.

Selepas kejadian itu, saya terus menjauhkan diri daripadanya. Kami menjadi semakin renggang dan akhirnya persahabatan kami putus. Saya tidak lagi menghubungi dia sehinggalah kini.

Sekarang saya amat menyesal atas apa yang berlaku sehingga peristiwa itu sering mengganggu pemikiran saya. Apa yang saya perlu buat untuk menghilang�kan pemikiran itu.

JEJAKA BINGUNG,
Selangor.




Nafsu amarah menjadikan adik terperangkap dalam perbuatan seks yang tidak rela.
Benarlah seperti kata Aristotle, “Dalam masyara�kat manusia ada binatang jalang, tapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang.”

Dari sudut psikologi, Dr melihat sesuatu perbuatan yang tidak rela yang dilakukan ke atas diri kita memang memberi kesan kepada emosi dan psikologi.
Sehingga kini, adik masih menanggung kesan negatif (menghantui pemikiran) perbuatan tidak rela kawan adik itu.

Memang bukannya mudah melupakan sesuatu kepahitan dalam hidup, namun ia boleh dilakukan. Dr yakin dengan potensi diri adik yang pandai dalam akademik, adik mampu untuk mengatasi sesuatu pemikiran yang negatif.

Usahakan secara berulang kali untuk jauhilah sifat pemikiran negatif yang menghantui pemikiran. Berfikiran negatif hanya akan lebih memberi tekanan emosi kepada adik.

Isi masa kosong dengan aktiviti berfaedah seperti bersukan (contohnya bola sepak, futsal) untuk kurangkan daripada memikirkan perkara itu. Adik juga memerlukan rakan yang boleh adik berkongsi masalah.

Namun, amat penting untuk adik mencari kawan yang amat boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia. Penceritaan dan luahan masalah boleh meringankan bebanan dan penderitaan perasaan.

Masa adalah antara ubat mujarab untuk melupakan sesuatu. Berilah adik masa yang mencukupi untuk melupakan kejadian itu. Satu lagi cara ialah adik boleh cuba menekan memori pedih dan menyakitkan itu daripada muncul ke paras kesedaran adik. Ini boleh dilakukan, tapi adik perlu kuat.

Tekanan boleh dikurangkan melalui kaedah agama. Selain sembahyang wajib lima waktu, banyakkan amalan sembahyang sunat demi memohon keberkatan hidup.
Mohonlah doa kepada Allah S.W.T agar adik diberi ketena�ngan dalam kehidupan.

Apa yang berlaku ialah dugaan Allah untuk memberi peluang kepada adik meningkatkan iman dan keyakinan kepada-Nya. Dr doakan agar ujian dan cubaan yang adik hadapi akan menjadikan adik insan yang lebih baik dan bersedia menghadapi dugaan kehidupan yang lebih mencabar lagi.

Padah menyamar tipu wanita

SAYA mempunyai masalah dan menanggungnya agak lama. Saya menyamar sebagai lelaki dan mengenali seorang wanita secara dalam talian. Dia mengenali saya sebagai seorang lelaki.
Pada mulanya saya dan dia hanyalah kawan biasa, tapi akhirnya hubungan kami menjadi rapat dan intim. Dia mengajak saya berkahwin dan sejak itu saya mulai menjauhkan diri.

Saya sedar permintaan itu tidak dapat saya penuhi kerana saya wanita. Sejak itu kami selalu bergaduh dan akhirnya penyamaran saya terbongkar apabila dia datang mencari saya dan menyedari saya bukanlah seorang lelaki.

Dia teramat marah dengan tindakan saya memainkan hatinya.

Saya sendiri tidak mahu semua ini berlaku walaupun sedar saya akan mengecewakannya satu hari nanti. Saya tidak dapat memutuskan hubungan dengannya kerana takut dia akan kecewa.

Untuk pengetahuan puan juga, sepanjang berkawan de�ngannya saya banyak menghabiskan duit untuk membuat dia sentiasa gembira.

Tapi selepas semuanya terbo�ngkar dia sangat membenci saya dan tidak mahu memaafkan saya walaupun sudah berkali-kali memohon maaf dengannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Dia juga ingin mengemukakan saman terhadap saya kerana memalukannya.

Sekarang saya benar-benar insaf dan sedar akan perbuatan saya itu dan ingin melupakan�nya serta menjalani kehidupan baru, tapi dia selalu mengganggu dan mengugut saya walaupun sudah tidak berhubung dengannya lagi.

Saya amat buntu dan berharap dapat memberi sedikit pandangan apa perlu dilakukan sekarang.

WANITA DILEMA,
Kuala Lumpur




SEMEMANGNYA orang yang tertipu akan merasa diri tidak dihargai malah ada yang merasa seperti dihina dan dipijak maruahnya. Konsep kendiri mangsa yang ditipu juga menjadi rendah seolah-olah dirinya menjadi barang permainan. Justeru, apabila kenalan dalam talian adik merasa teramat marah dengan tindakan adik, ia sesuatu yang boleh difahami. Kemarahan kenalan adik masih tidak dapat dibendung sehingga dia ingin menyaman adik selain daripada mengganggu dan mengugut adik.

Luahan perasaan itu adalah salah satu cara dia melepaskan segala perasaan negatif terhadap tindakan adik. Psikologi orang yang tengah marah ialah tidak dapat berfikir dan merasa secara rasional dan wajar.

Dr memuji tindakan adik memohon maaf kerana ia satu tindakan yang bijak. Api jangan dibalas dengan api. Ia akan menjadi merebak sehingga marak membesar api itu dan membakar seluruh apa yang ada.

Teruskan memohon maaf itu. Cara terbaik lain melembutkan hati orang yang sedang marah ialah melalui zikir dan ayat-ayat Allah SWT dan mohon doa agar Allah SWT melembutkan hati mereka yang keras. Amalkan doa ini. “Ya Allah, lembutkan hatinya seperti mana Engkau lembutkan besi”.

Namun jika kenalan adik bertegas untuk menyaman adik, persediaan untuk bertindak balas juga perlu dilakukan. Bagaimanapun, marilah sama-sama kita harapkan kemarahan kenalan adik itu tidak sampai membawa kepada tindakan mahkamah.

Bekas lesbian takut dilaknat

SAYA bekas siswazah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Ketika melanjutkan pengajian saya berkenalan dengan B yang belajar di institusi sama, tapi berlainan kursus. B rakan serumah saya dan kami menetap di asrama yang sama. Malah, kami menjadi kawan karib.
Kami berpisah apabila saya tamat belajar. Ketika persahabatan kami terjalin, boleh dikatakan semua aktiviti kami buat bersama seperti pergi ke kelas, belajar, memasak, keluar bersiar selain berkongsi masalah. Saya begitu mengambil berat perihal B begitu juga sebaliknya.

Dalam tempoh persahabatan itu, kami menyalahgunakan erti persahabatan. Kami melakukan aktiviti yang dilaknat Tuhan. Pada awalnya kami hanya melakukan aktiviti ringan saja seperti bercumbu, namun lama kelamaan semakin selesa dengannya selain tidak menganggap ia sebagai satu dosa. Akhirnya kami terlanjur dan menjadi pasangan lesbian.

Ada ketika saya rasa menyesal dan berdosa, tapi apabila bersama B di asrama, perasaan itu hilang entah ke mana. Disebabkan itu kami berterusan dan selesa melakukan perbuatan terkutuk itu.

Saya pernah beritahu B, perbuatan kami lakukan ini adalah berdosa, tapi B hanya menjawab dia sayangkan saya sebab itu dia merelakan perbuatan terkutuk itu.

Apabila saya menjalani latihan industri di sebuah syarikat, saya mengambil peluang yang ada untuk menjauhkan diri. Saya juga tidak lagi menetap di asrama dan duduk menyewa. Saya menghilangkan diri daripada B dan juga dari rakan serumah yang lain. Saya berasa sedikit lega apabila tidak lagi berhubung dan berjumpa dengannya.

Hingga hari ini, saya masih dibelenggu dosa yang pernah dilakukan. Saya selalu bermimpi yang menakutkan dan dalam sebulan boleh dikatakan tiga atau empat kali bermimpi melakukan maksiat dengan B. Saya sering diserang rasa berdosa, menyesal dan takut Allah tidak dapat mengampunkan dosa saya, takut nabi tidak mengaku saya umatnya di akhirat, malah takut tidak dapat berjumpa dengan ibu bapa saya di akhirat kelak.

Awal tahun lepas, saya berusaha untuk mencari B. Tujuan saya mencarinya hanya untuk memohon kemaafan atas perkara yang kami lakukan. Saya berjaya menemui akaun Facebook B. Saya hantarkan pesanan dan memberitahu segala permasalahan yang sering membelenggu diri saya selain rasa bersalah dan menyesal.

Tapi malangnya, B hanya menjawab dia hanya memaafkan saya bila tiba waktunya.
Fikiran saya terganggu akibat daripada maklum balas yang diberikan padahal ketika sama-sama menetap di asrama dulu, B juga merelakan segalanya.

Saya runsing dengan keadaan diri saya sekarang. Saya betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi dulu, menyesal dengan dosa yang saya lakukan.

Dr bantulah saya untuk menguatkan kembali keyakinan diri bagi menempuh hidup ini. Saya ingin menjadi anak yang solehah untuk ibu bapa saya. Saya ingin menjadi umat terbaik dan hamba Allah yang diredai. Apa yang perlu saya lakukan sekarang?

Insan kebingungan,
Perak




DR sesungguhnya amat gembira mendengar adik ingin berubah ke arah yang positif.
Keinginan adik untuk bertaubat amat disukai dan diredai Allah seperti mana firman-Nya “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.” (QS. Al Baqarah: 222)

Secara psikologinya, apabila hubungan persahabatan bertukar menjadi terlalu intim, ia boleh mewujudkan satu bentuk perhubungan yang membabitkan keinginan dan naluri seksual. Ini berlaku apabila desakan ingin disayangi, dihargai dan cinta diterjemahkan dalam manifestasi perlakuan yang boleh mendatangkan unsur keseronokan. Unsur keseronokan ini boleh berlaku dalam bentuk melakukan hubungan maksiat.

Malah, unsur keseronokan adik dan B boleh berterusan sekiranya tiada pihak yang mahu ambil inisiatif untuk berubah. Dalam konteks adik, Dr ingin mengucapkan tahniah kerana adik sudah berusaha untuk tidak terus berada dalam kesesatan.

Kebiasaannya, pihak yang ingin memberhentikan sesuatu tingkah laku bersalah pasti merasa menyesal. Seperti mana adik, rasa sesalan ini terbawa-bawa dalam aktiviti harian termasuk dalam mimpi dan tidur.

Apabila adik tidak lagi melakukan maksiat dengan B secara realitinya, keinginan seksual itu ada kalanya terjelma dalam mimpi adik. Perkara ini lama kelamaan pasti hilang.

Dr juga harap adik tidak menggunakan alasan B yang sukar memaafkan adik ketika ini sebagai helah bela diri untuk adik terus merasa bersalah. Adik sudah berusaha untuk memohon maaf darinya. Jika B masih tidak dapat memaafkan segala apa yang berlaku antara kalian berdua, itu masalah dirinya. Apa yang lebih penting adalah adik tidak lagi melakukan perkara terkutuk itu dan memohon keampunan Allah.

Adik juga memerlukan kekuatan untuk mengembalikan keyakinan diri dalam menempuh kehidupan berliku ini. Dr gembira dan melihat adik mempunyai potensi diri untuk menjadi anak solehah buat kedua ibu bapa. Dr juga yakin adik mempunyai kekuatan menjadi umat terbaik Rasulullah dan menjadi hamba Allah yang diredai.

Allah itu Maha Pengampun. Allah berfirman: “Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)

Ayat di atas pastinya membukakan pintu dengan seluas-luasnya bagi seluruh orang yang berdosa dan melakukan kesalahan. Meskipun dosa mereka sudah mencapai hujung langit sekali pun. Adik belum terlambat untuk bertaubat.

Banyak keutamaan bagi orang yang bertaubat. Di antara keutamaan orang-orang yang bertaubat adalah: Allah menugaskan malaikat muqarrabin untuk beristighfar bagi mereka dan berdoa kepada Allah supaya Allah menyelamatkan mereka dari azab neraka. Selain memasukkan mereka ke dalam syurga. Menyelamatkan mereka dari keburukan. Mereka memikirkan urusan mereka di dunia, padahal malaikat sibuk dengan mereka di langit.

Allah berfirman: “(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadaNya serta meminta ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): ... dan itulah kemenangan yang besar.” (QS.Ghaafir: 7-9).
(http://triatmojo.wordpress.com/2007/03/26/ayat-ayat-al-quran-tentang-taubat).

Semoga yang terbaik menjadi milik adik. Dr doakan adik menjadi wanita dan anak yang solehah serta umat terbaik untuk Rasulullah selain hamba yang sentiasa diredhai-Nya.

Cemburu abang sendiri



SAYA kini berada di sekolah menengah di selatan tanah air. Sebagai remaja, saya berada dalam golongan pertengahan. Maksud saya dari segi pencapaian akademik. Rupa paras saya sering juga dipuji rakan.
Masalah saya ialah perasaan cemburu kepada salah seorang abang saya. Umur dia 18 tahun. Tahun lalu abang saya menduduki peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat keputusan cemerlang.

Abang saya seorang yang baik. Dia selalu ingin membantu saya dalam pelajaran.
Selalu juga dia menawarkan dirinya untuk mengajar saya subjek yang tidak difahami.

Masalahnya, saya ego. Saya sering menolak apabila abang hendak mengajar saya.
Walaupun saya tahu, kalau kita sering membuat perbandingan dengan orang lain, kita akan berasa kecewa. Inilah yang sering saya lakukan kepada abang saya.
Jika dibandingkan dengan saya, dia memang jauh lebih pandai.

Dia mendapat semua A dalam subjek SPM yang diambilnya. Kini, abang saya melanjutkan pelajaran di Pusat Asasi di salah sebuah universiti terkenal negara. Semakin cemburu saya kepadanya. Pernah juga saya tertanya kenapa diri ini tidak sepandai dia.

GADIS TIDAK CERDIK
Johor.




BERASA ingin dihargai adalah antara fitrah manusia. Begitu juga berasa cemburu atas kejayaan seseorang. Ahli psikologi melihat bahawa tidak salah berasa cemburu, tapi janganlah sehingga ia memakan diri adik.

Perasaan cemburu itu sepatutnya dijadikan landasan untuk adik berusaha lebih kuat lagi untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

Terperangkap dengan perasaan ego dan cemburu sehingga tidak dapat mengawal emosi akan hanya membentuk pemikiran dan tingkah laku yang kalah diri. Perasaan kecewa dan rendah diri akan wujud. Jadikanlah rasa cemburu itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

Bergembiralah untuk kejayaan abang adik. Hargailah nilai perhubungan adik-beradik yang ada. Mempunyai seorang abang yang baik dan pandai dalam akademik boleh membantu adik untuk berjaya.

Adik boleh meminta pertolongan abang jika adik menghadapi kesukaran memahami sesuatu mata pelajaran. Sebenarnya, adik sangat bertuah kerana mempunyai seorang abang yang sanggup menolong adik dalam pelajaran.

Selain mendapat bimbi�ngan abang sendiri, usaha adik sendiri adalah penting.
Jika adik ingin berjaya dalam pelajaran dan menjadi sepandai abang, berusahalah bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Adik juga meyakini diri bahawa kepandaian tidak saja berpusat kepada bidang akademik. Ada orang yang pandai dalam perkara lain seperti bijak atau berbakat dalam menulis, mereka cipta, memasak, melukis.

Adik boleh menjawab beberapa soal selidik minat dan kerjaya untuk mengetahui di mana kekuatan minat dan kerjaya adik. Dr doakan dan harapkan adik akan berjaya dalam bidang akademik dan apa juga perkara baik yang adik lakukan.

Wajib agih harta ikut faraid



ADAKAH roh orang meninggal dunia mendapat kesusahan di dalam kubur apabila ahli keluarga (waris) bersengketa membicarakan harta pusaka peninggalan arwah?
Berapakah bahagian yang berhak diperoleh waris si mati seperti bapa, isteri dan anak berdasarkan ilmu faraid?

KHAIRI,
Perak




ISLAM menggariskan panduan kepada umatnya bagaimana harta pusaka dibahagikan.
Ia bertujuan memberi kebaikan kepada ahli waris dan si mati itu sendiri.

Islam menetapkan sebelum pembahagian dilakukan, setiap harta si mati akan ditentukan statusnya sebagai harta pusaka. Ini termasuk menentukan tuntutan harta sepencarian sekiranya ada.

Seterusnya perbelanjaan pengebumian jenazah, penyelesaian hutang dan pelaksanaan wasiat si mati hendaklah dibuat sebelum harta dibahagikan kepada ahli waris.

Undang-undang yang digunakan bagi membahagikan harta pusaka berdasarkan hukum faraid dijelaskan dalam Surah al-Nisa’ ayat 11 hingga 14: “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anak kamu, iaitu bahagian anak lelaki menyamai bahagian dua anak perempuan.

Tetapi jika anak perempuan itu lebih daripada dua, bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan. Dan jika anak perempuan itu seorang saja, bahagiannya ialah separuh harta itu.

Dan, bagi ibu bapa si mati, tiap-tiap seorang daripada keduanya seperenam harta yang harta yang ditinggalkan jika si mati ada anak.

Tetapi jika si mati tiada anak, sedang yang mewarisinya hanyalah ibu bapanya, bahagian ibunya sepertiga. Kalau si mati itu mempunyai beberapa saudara, bahagian ibunya ialah seperenam.

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya lebih dekat manfaatnya kepada kamu.

Ini adalah ketetapan Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan bagimu seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu jika mereka tiada anak.

Tetapi, jika mereka ada anak, kamu beroleh seperempat daripada harta yang ditinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dengannya atau sesudah dibayar hutangnya.

Dan, bagi mereka (isteri) pula seperempat daripada harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tiada anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak, bahagian mereka ialah seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dengannya dan sesudah dibayar hutangmu.

Dan jika simati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau ibu bapa dan meninggalkan seorang saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya ialah seperenam.

Jika mereka lebih daripada seorang, mereka bersekutu pada sepertiga, sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan olehnya dan sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memudaratkan.

Itulah ketetapan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Segala hukum berkenaan adalah batas (syariat) Allah. Dan sesiapa yang taatkan Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan-Nya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan melampaui batas syariat-Nya, akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka, kekallah ia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina.”
HUKUM ALLAH....REJAM BAGI YANG DAH BERKAHWIN@TERMASUK IA DUDA ATAU JANDA...100X SEBATAN YANG BELUM KAHWIN

Dosa ibu tiri sumbang mahram


APAKAH hukumnya jika seorang (wanita) ibu tiri melakukan sumbang mahram (berzina) bersama anak tirinya ketika suaminya sedang tidur?
Adakah taubatnya tidak akan diterima oleh Allah SWT buat selama-lamanya walaupun benar-benar insaf dan bertaubat bersungguh-sungguh?

Apakah amal kebaikan dilakukan selepas itu tidak akan diterima Allah SWT? Bagaimana pula jika suaminya tidak mengetahui hal itu, adakah isteri patut memberitahu suami supaya suaminya boleh menceraikannya?

Aya
Kota Bharu


Berzina adalah satu dosa besar sangat dilarang dalam Islam apalagi jika pasangannya pula mahramnya sendiri.

Dalam Islam, orang yang berdosa biar sebesar mana sekalipun akan diterima Allah SWT jika dia benar-benar bertaubat yakni taubat nasuha dan berubah menjadi manusia lebih baik.

Apa yang penting ialah keinsafan mengenai dosa, pulang ke jalan Allah dan buktikan kejujuran dengan kembali memperbanyakkan perbuatan kebajikan.

Nabi Muhamad SAW ada bersabda bahawa menutup keaiban adalah dituntut dalam Islam, jika isteri benar berubah dan mahu bersama suami lagi tutuplah keaiban itu.

Hukum tonton wayang

SAYA nak tanya apakah hukumnya menonton wayang? Adakah ia haram dan kenapa?

Ayu
Ampang


Menonton wayang sama seperti menonton televisyen atau DVD. Menonton wayang itu sendiri tidak haram tetapi yang mengharamkan ialah perbuatan mengiringinya seperti menonton cerita lucah atau tidak membawa kebaikan.

Kedua, keadaan wayang bercampur lelaki dan perempuan boleh membawa kepada perkara lain yang tidak baik.

Ketiga, pembaziran masa dan wang jika dengan menonton wayang yang tiada faedah diperoleh sebaliknya mengundang kejahatan seperti mencela dan mengata.

Haram dua beradik satu perkahwinan

SAYA mempunyai abang ipar yang jatuh cinta kepada saya.
Hampir dua tahun dia cuba memenangi hati saya, sama ada berkorban tenaga, masa, wang ringgit semata-mata untuk saya menyayanginya, namun tidak pernah mengambil kesempatan terhadap saya.

Hal ini terjadi apabila kakak saya tidak melayannya kerana terlalu sibuk dengan kerjaya sendiri, sekali gus membuatkan dia kecewa.

Masalahnya, saya mula jatuh cinta pada abang ipar dan dalam masa sama tidak sanggup melihat kakak bercerai.

Apa boleh saya lakukan?

FINAZ
Kuantan



Mengumpulkan dua beradik wanita dalam satu perkahwinan adalah haram. Jika begitu keadaannya, abang ipar perlu membuat keputusan memilih antara satu. Jika dia memilih saudari, dia wajib melepaskan kakak saudari terlebih dulu, yakni menceraikannya.

Kemudian, dia boleh mengambil saudari sebagai isteri dan halal berbuat demikian. Usah terus berada dalam dosa, sebaliknya buat keputusan yang menghindari dosa.

KAHWIN SEGERALAH

Ibu tuduh anak khalwat



IBU bapa berkata mereka bersubahat dengan saya yang melakukan khalwat. Teman lelaki saya bersikap pelindung dan setiap kali pulang ke kampung, dia pasti menghantar saya terus ke rumah.
Mengenangkan kami tiba awal pagi atau tengah malam, saya mempelawa dia berehat sebentar di rumah orang tua kerana tahu kepenatan ditanggungnya.

Masalahnya, ibu bapa berkata mereka seolah-olah bersubahat dengan saya melakukan khalwat jika membenarkan teman lelaki bermalam di rumah.

Teman lelaki tidur di ruang tamu bersama anak lelaki saya, manakala saya tidur bersama anak perempuan di bilik belakang.

Ruangan antara saya dan teman lelaki dihalangi pintu, ruang rehat, bilik orang tua dan bilik adik saya.

Bukankah kita wajib meraikan tetamu jika dia datang? Mengapa ibu bapa mengatakan saya berkhalwat, sedangkan saya tidak melayani teman lelaki tanpa ditemani orang tua, walaupun di dalam rumah.

Apabila soalan ini ditujukan kepada ibu bapa, mereka mengatakan ada dalil dan ayat al-Quran mengatakan tindakan seperti ini boleh dikategorikan sebagai khalwat.

Boleh Datuk perjelaskan dengan lanjut isu khalwat ini supaya setidak-tidaknya nanti, saya tidak rasa bersalah kepada tetamu dan ibu bapa.

ZARA AIDAN
Melaka



Di segi perundangan, khalwat ditakrifkan sebagai kesalahan jenayah syariah Akta 559 iaitu mana-mana lelaki yang didapati berada bersama seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahram; atau perempuan didapati berada dengan seorang atau lebih lelaki bukan suami atau mahram di tempat terselindung atau di rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka melakukan perbuatan tidak bermoral.

Bila lelaki dan wanita bersama, ia boleh memberi kesan tidak baik, jadi jaga batasan ini, apatah lagi pada waktu malam atau lewat pagi.

No comments:

Post a Comment