Bekas pakar bedah ditetak 4 peragut
Kejadian jam 3.40 petang itu berlaku ketika mangsa baru keluar dari kedai dan berjalan menuju ke keretanya di kawasan berdekatan.
Ketika kejadian mangsa sedang menghubungi rakannya sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal.
Mangsa, Dr Frank Au Yang Abdullah, 47, berkata, dua lelaki yang berusia 20-an itu terus menyentap telefon bimbit yang dipegangnya.
Katanya, terkejut dengan kejadian itu, dia menolak kedua-dua lelaki itu hingga jatuh.
“Melihat dua lelaki itu terjatuh, dua rakan suspek muncul dengan parang panjang dan terus melibas ke kepala saya,” katanya.
Selepas kejadian, orang ramai yang berada di lokasi membantu menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Subhanaallah, Al-Quran ini tidak hancur digilis jentolak Israel
Semasa operasi menghancurkan Masjid Al-Mafqara oleh tentera yahudi laknatullah di Hebron (4/12/2012) semalam, berlaku sebuah kejadian yang menakjubkan.
Al-Quran yang digilis oleh jentolak bersama dengan benda-benda yang lain tidak rosak atau bahkan tidak hancur.
Kitab suci itu masih utuh tanpa ada cacat sekalipun. Padahal semua benda yang berada di dalam masjid hancur.
Ketika berlaku operasi untuk memusnahkan masjid, para penduduk Palestin di wilayah itu bertindak melawan. Teriakan takbir mengema di mana-mana oleh kanak-kanak dan juga orang tua.
Pada bulan Jun tahun ini, penduduk kampung dan aktivis antarabangsa cuba untuk membina masjid ini, tetapi dihalang oleh pasukan tentera yahudi zionis laknatullah.
Pemerintah yahudi akan membuat zon latihan ketenteraan di wilayah ini bersama dengan tujuh wilayah lain.
Diterjemahkan sumber dari islampos.com
Detik Islam
Misteri Umur 40 tahun menurut Al-Quran
Dalam salah satu artikel pernah membincangkan tentang pertumbuhan otak yang terus berkembang sehingga pada umur 40-an. Kemudian terhenti ketika mencapai usia ini. Dan hari ini para pengkaji telah mengenal pasti perkara tersebut bahawa pertumbuhan otak akan mengalami penurunan setelah mencapai umur tertentu.
Terdapat kajian baru yang diterbitkan dari “Jurnal perubatan Britain” yang melaporkan bahawa faktor usia sangat mempengaruhi perubahan kognitif seseorang. Terdapat kes-kes tertentu mengakibatkan timbulnya penyakit Alois Alzheimer atau penyakit lain dari jenis dimensia dan kadang kala bermula pada awal usia, pada pertengahan umur atau hujung 40-an.
Penyelidik mengatakan bahawa penurunan itu sangat minimum sehingga kemungkinkan kecil untuk dikesan dalam kehidupan seharian. Hal ini telah dilaporkan dalam satu penyelidikan perubatan yang melibatkan peserta setiap tiga atau empat tahun. Dari hasil penyelidikan ini sangat penting kerana membuktikan ubat tersebut berkesan sebagai penawar jika digunakan ketika muncul gejala-gejala penurunan prestasi kongnitif.
Oleh itu ketika seseorang berumur 40 tahun, maka pertumbuhan otaknya telah terhenti dan selepas umur ini sel-sel otak mula rosak. Tetapi tanpa penelitian dan kajian yang terperinci serata dilengkapi dengan peralatan yang canggih adalah sangat kecil kemungkinan untuk menyedari hal tersebut.
Maha suci Allah! Bukankah Al-Quran telah memberitahu perkara ini sebelum 1400 tahun lalu, bahawa manusia ketika mencapai tahap prestasi otaknya pada usia 40 tahun akan mengalami penurunan selepas itu.
Allah swt berfirman:
“… Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a:” Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan … “ (Surah Al-Ahqaaf: 15)
Diterjemah dari sumber islampos.com
Detik Islam
Jenain mohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid
SHAH ALAM – Koperal Jenain Subi yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah memohon maaf kepada keluarga remaja itu atas kejadian tersebut.
Bagaimanapun, Jenain berkata, keputusan mahkamah membuktikan bahawa dia tidak bersalah dalam kes tersebut.
“Alhamdulillah, semua ini kuasa Tuhan dan selama ini saya berserah kepada-Nya. Hari ini terbukti siapa salah dan siapa tidak salah dan akhirnya saya mendapat keadilan sewajarnya.
Bapa kepada empat orang anak yang telah 25 tahun dalam pasukan polis memberitahu, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat sebagai anggota polis.
Sementara itu, isteri Jenain, Siti Nuraniza Tamrin, 38, pula bersyukur dengan keputusan mahkamah dan menganggap doanya dimakbulkan oleh Allah.
Katanya, sepanjang tempoh pertuduhan ke atas Jenain, hidupnya sekeluarga merana kerana ada segelintir pihak memandang serong terhadap mereka.
“Keputusan ini melegakan hati saya apabila suami mendapat pembelaan sewajarnya,” kata wanita itu.
Tambah Nuraniza lagi, jika suaminya berhasrat untuk meneruskan perkhidmatan dalam polis, dia berharap Jenain tidak diberi tugas yang melibatkan penggunaan senjata api.
Kosmo
Ibu mangsa terkilan keputusan mahkamah
“Namun, saya terkilan apabila mengetahui anggota polis yang melepaskan tembakan kepada Aminulrasyid dibebaskan. Saya dan keluarga tidak akan berdiam diri dan akan memohon mahkamah untuk menyemak semula keputusan penghakiman,” kata Norsiah Mohammad, 63.
Itu luahan ibu kepada Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.
Menurut Norsiah, dia hanya mengetahui keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Koperal Jenain Subi, 49, daripada tuduhan menyebabkan kematian anaknya itu daripada anak sulungnya, Norazura Amzah, 42, selepas membacanya melalui sebuah portal berita, semalam.
Katanya, dia sekeluarga hormat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu, namun terkilan kematian anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
“Saya akan berbincang dengan keluarga terlebih dulu mengenai tindakan selanjutnya yang akan diambil demi menuntut keadilan terhadap kematian Aminulrasyid.
Norsiah berkata, sejak kes kematian anaknya diketahui umum, dia dan keluarga menghadapi tekanan yang hebat kerana menerima pelbagai tohmahan daripada masyarakat luar yang menyalahkannya kerana tidak pandai menjaga anak. Menurutnya, dia juga ada terbaca di laman sosial sebelum ini yang menyalahkannya selain menganggap anaknya penjenayah sehingga ditembak mati polis.
Nik Aziz: ‘Apa untung serang ceramah Pakatan’
SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa insiden serangan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, Selangor malam tadi membuktikan akan timbul huru hara apabila ada pihak tidak boleh menerima kekalahan jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu soal beliau, apakah faedah diperoleh oleh musuh politik dengan menyerang ceramah-ceramah anjuran PR.
“Sudah jelas dan nyata siapa yang akan buat huru hara apabila kalah pada PRU13 nanti. Ada keuntungankah menyerang ceramah Pakatan Rakyat?” kata beliau mesej dipaparkan pada laman sosial Facebooknya petang ini.
Sinar
Rumah dipecah 4 kali, kereta hilang terbabit nahas
Mangsa dikenali sebagai Lau, 48, mengetahui keretanya yang hilang pada 20 November lalu itu, terbabit kemalangan berhampiran Jalan Foochow, di sini, jam 2.20 pagi semalam selepas dimaklumkan polis.
Difahamkan, kereta dipandu dua lelaki sebelum terbabas merempuh pokok di bahu jalan dan mereka melarikan diri bagi mengelak ditahan polis.
Polis turut menemui peralatan pecah rumah, duit syiling, beg tangan, dompet dan beberapa barangan lain dipercayai barang curi disimpan dalam kereta, selain mendapati menggunakan nombor pendaftaran serta cukai jalan palsu.
Menurut Lau, dia dimaklumkan polis penemuan kereta itu sebelum bergegas ke Balai Polis Simpang Tiga, bagi mendapatkan maklumat lanjut.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan kereta dicuri di rumah saya di Batu Kawah, digunakan penjenayah untuk kegiatan pecah rumah.
“Saya syak penjenayah itu cuba melarikan Toyota Estima kerana pintunya terbuka, tetapi mereka melarikan Nissan Sentra kerana di dalamnya ada semua dokumen berkaitan kereta itu,” katanya yang hadir di Balai Polis Simpang Tiga, semalam.
“Dalam kejadian Oktober lalu saya kehilangan barangan elektrik dan telefon bimbit manakala pada 26 November lalu rumah saya dipecah masuk ketika saya dan keluarga bercuti di Kuala Lumpur,” katanya.
“Jiran memaklumkan ada beberapa lelaki datang ke rumah saya sebanyak tiga kali dan memunggah barang dari rumah saya menggunakan Perodua Kancil.
“Jiran menyangkakan saya berpindah dan merakam gambar kereta berkenaan sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu,” katanya.
Lau berkata, dia sudah serik menjadi mangsa jenayah pecah rumah dan nekad berpindah ke rumah keluarga berhampiran rumahnya demi keselamatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner, Roslan Bek Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan masih dijalankan.
Tak sempat kahwinkan anak
Menurutnya, ibu menggesanya mempercepatkan tarikh perkahwinan dengan tunangnya, Nor Salwani Mazlan, 23, yang sepatutnya berlangsung Mac tahun depan ketika mereka berbual di rumah di Kampung Balai Besar, di sini, Isnin lalu.
“Saya terkejut dengan gesaan itu kerana ketika majlis pertunangan bulan lalu, dia yang meminta tarikh perkahwinan saya ditetapkan pada tahun depan,” katanya yang ditemui ketika menuntut jenazah ibunya di Bilik Forensik Hospital Dungun, di sini, semalam. Norsabaha berkata, ibunya disahkan menghidap barah buah pinggang sejak bulan lalu dan melakukan rawatan secara tradisional di Machang, Kelantan.
“Ketika kejadian, Allahyarham ditemani adik saya, Mohd Ridwan dan sepupu, Nurfatikah Samsuddin dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan itu di Machang,” katanya.
Menurutnya, beberapa hari sebelum kejadian, dia menegur ibunya kerana banyak berbelanja membeli keperluan rumah serta pakaian adik-beradiknya.
Dia berkata, ibunya kerap mengikuti rombongan ke Rantau Panjang, Kelantan serta Kuala Lumpur dan ketika lawatan itu, membeli pakaian dan keperluan rumah dengan banyak.
“Apabila saya tegur, ibu jawab, ‘tak usah bising-bising, ini untuk kamu semua. Ini untuk lapan anak emak’,” katanya.
“Kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Bekas jurusolek Amy Mastura mati dibunuh
KUALA LUMPUR – Seorang mak nyah yang juga merupakan jurusolek artis pada tahun 1990-an ditemui mati dengan keadaan leher dijerut selepas disyaki diliwat di rumah sewanya di Jalan Mangga, Kampung Kasipillay, Sentul di sini malam kelmarin.Mayat Othman Hassan, 52, atau lebih dikenali sebagai Dicky dan popular dalam kalangan wartawan hiburan ditemui oleh abangnya yang dikenali sebagai Why, 50-an kira-kira pukul 8 malam selepas mangsa gagal dihubungi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat Dicky ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat menggunakan tali langsir berwarna merah di bilik tidur utama.
“Ketika ditemui mangsa berpakaian lengkap baju-T dan berseluar pendek. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai dijerut pada leher mangsa malah kakinya turut berdarah.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek kejadian merupakan orang yang rapat dengan mangsa dan mempunyai hubungan intim dengannya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.
Menurut beliau, siasatan juga mendapati pintu bilik mangsa berkunci dari dalam tetapi terdapat kesan umpil pada tombol pintu tersebut.
“Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah sewa itu dipercayai mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya.
Difahamkan, barang-barang peribadi milik mangsa termasuk komputer riba dan telefon bimbit hilang.
Satu sumber memberitahu, mangsa dipercayai diliwat sebelum dibunuh.
“Polis merampas bantal dan puntung rokok di dalam bilik tersebut.
“Ketika mayat ditemui pukul 9 malam, badan mangsa sudah kembung,” katanya.
Tinjauan Kosmo! di tempat kejadian mendapati, ramai keluarga serta kenalan mangsa termasuk dalam kalangan wartawan hiburan turut meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Dicky.
Kosmo
DJ radio perdaya jururawat Kate
MEL (kiri) dan Christian menipu pihak hospital untuk bercakap dengan jururawat yang merawat Kate. Gambar kanan, Kate Middleton.
Mel Greig dan Michael Christian mencetuskan kemarahan kepada keluarga diraja selepas berjaya memperdaya jururawat yang merawat Kate agar mendedahkan maklumat lanjut mengenai rawatan diterima Kate. Mereka terkejut apabila disambungkan terus kepada jururawat yang merawat Kate selepas menghubungi Hospital Raja Edward VII. Jururawat itu menjaga Duchess of Cambridge selepas mengalami mabuk kehamilan yang kronik.
Jururawat itu memberikan maklumat terperinci mengenai keadaan Kate.
Hospital berkenaan semalam mengesahkan panggilan daripada Mel dan Christian yang muncul dalam stesen radio Australia, 2Day FM adalah benar. Pihak hospital berkata, mereka akan mengkaji semula prosedur panggilan telefon dan mengkritik insiden itu sebagai “panggilan palsu bodoh yang amat dikesali”.
Jurucakap hospital berkata: Kakitangan Hospital Raja Edward VII, Sister Agnes mengesahkan bahawa stesen radio Australia membuat panggilan palsu kepada pihak hospital pada awal pagi kelmarin.
“Panggilan itu dipindahkan ke wad dan perbualan ringkas berlangsung dengan seorang daripada jururawat bertugas. Hospital ini benar-benar menyesali insiden itu,” katanya.
“Kami sangat mengambil berat dengan privasi pesakit dan kami kini sedang mengkaji semula protokol panggilan telefon yang diterima,” katanya.
Keadaan Kate dikatakan semakin bertambah baik tetapi akan terus menerima rawatan selama beberapa hari lagi. - TS
Aksi ular sawa Afrika Selatan telan anak seladang dirakam
Kelihatannya mata ular itu lebih besar daripada perutnya ketika ia ditemui di kawasan semak di Afrika Selatan ketika cuba untuk menelan haiwan itu.
Foto penemuan mengerikan itu dirakam di taman haiwan Welgevonden, Afrika Selatan oleh pengurusnya, Rudi Hulshof.
Hulshof, 35, berkata: “Ini kali pertama saya menyaksikan sesuatu seperti itu dan saya sudah bekerja sebagai renjer taman ini selama 15 tahun di Afrika Selatan, selain berkunjung ke negara Afrika lain.
“Ini pemandangan yang amat jarang berlaku dan setahu saya yang pertama direkodkan, jauh sekali rakaman foto dan dokumentari memaparkan ular sawa Afrika Selatan menangkap mangsa sebesar anak seladang.
“Memang perkara biasa untuk ular sawa menangkap mamalia hidup, tetapi selalunya terdiri daripada spesies lebih kecil seperti arnab, kambing impala, antelop, tupai, burung dan tikus. “Namun, menangkap sesuatu sebesar ini tidak pernah terlintas di fikiran. Dapat dilihat bagaimana ular sawa itu membuka mulutnya sebesar-besarnya dan cuba untuk menelan mangsanya,” katanya. “Saya lihat ular itu hanya diam di atas tanah. Apabila mendekatinya saya nampak ia sedang menelan anak seladang yang berusia dua bulan.
Wanita tertinggi dunia maut
Yao Defen dari wilayah Anhui di timur China disenaraikan sebagai wanita tertinggi di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 2010 dengan ketinggian 2.33 meter (7 kaki 8 inci), menurut laman web badan rekod dunia itu. “Yao Defen meninggal dunia pada pertengahan bulan lalu,” kata jurucakap pentadbiran majlis perbandaran Shucha, tempat Yao tinggal kepada media. Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak pasti mengenai punca kematian wanita terbabit.
Yao direkodkan sebagai wanita yang ketiga tertinggi di dunia yang masih hidup sebelum ini, berusia 40 tahun ketika dia meninggal.
Ketinggiannya dilaporkan berpunca daripada tumor dalam kelenjar pituitarinya. Akhbar Anhui melaporkan bahawa dia meninggal pada 13 November lalu dengan ketinggian mencecah 2.36 meter sambil menambah ketinggiannya sudah pun melebihi dua meter ketika dia berusia 15 tahun. - AFP
Kiamat: Rahsia Allah
SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.
Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.
- Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.
- Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.
- Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan
- Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.
Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.
Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.
Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.
Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;
- Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi
- Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954
- Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.
- Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.
Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.
Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain.
Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.
Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.
Tanda Hati Sudah Mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :
- Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
- Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
- Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
- Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
- Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
- Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
- Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
- Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
- Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
- Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil
- Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
- Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
- Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Firman Allah:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
…dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu.”
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.”Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati.”Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).
Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.
Sumber: http://www.halaqah.net/
Tanda-Tanda Kematian
Soalan:
Assalammualaikum, tersebar dalam internet mengenai tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. soalannya, sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya? Sekian.
Jawapan:
Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-; “Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak”. Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.
Kesimpulannya, orang yang mendakwa tanda-tanda kematian itu adalah dari agama, wajiblah ia mendatangkan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika ia mendakwa ianya dari pengalaman atau penelitian, terserahlah kepada masing-masing untuk mempercayainya atau tidak.
Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)
Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu:
1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)2. Berpeluh di dahi
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)
Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;
لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ فَإِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا وَنَفْسُ الْكَافِرِ
تَخْرُجُ مِنْ شِدْقِهِ كَمَا تَخْرُجُ نَفْسُ الْحِمَارِ
“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ
صَامَ يَوْمًا اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ
الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ
لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).(Tuan-tuan/puan-puan yang ingin membaca lebih lanjut tentang kematian dan hal-hal berkait dengannya boleh dapatkan buku tulisan saya “Rahsia Kematian, Alam Barzakh dan Roh”. Ebook sila dapatkan di (http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/)).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1.Rahsia Kematian, Alam Barzakh & Roh, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil.
Sumber: http://fitrahislami.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment