Wednesday, December 5, 2012

KEADAAN YANG MENEMBAK DAN KELUARGA MANGSA DITEMBAK ADALAH BERBEZA....HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU..GOPOH-GAPAH PERBUATAN SYAITAN

Koperal terlepas hukuman jel


JENAIN berpelukan dengan rakan selepas dia dibebaskan daripada hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.



SHAH ALAM - Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dua tahun lalu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan tersebut.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan demikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September, tahun lepas.
Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati bahawa anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Menurut beliau, Jenain tidak seharusnya dipersalahkan kerana menyebabkan kematian mangsa.

DARI FACEBOOK

Gempar! Jenain Bebas Tuduhan Membunuh Aminulasyid

Posted by Abas® - tiewnama® Wednesday, December 5, 2012 0 341 comments

Kuala Lumpur - by @tiewnama 
Seperti yang di jangka oleh umum mahkamah tinggi Barisan Nasional shah alam 
membebaskan koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja 
lelaki berumur 15 tahun iaitu adik Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.

hakim Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain 
49 tahun terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya 
oleh mahkamah seksyen di sini pada september 2011.

dalam penghakimannya Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan
hanya untuk memberhentikan kereta proton iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan 
niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Abdul Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota 
polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri. pada 13 september 2011, hakim Latifah 
Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

dia didakwa melakukan kesalahan itu di jalan tarian 11/2 Seksyen 11  antara jam 1.10 pagi 
dan jam 2 pagi pada 26 April 2010. Jenain didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun 
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika 
sabit kesalahan.

dan dengan pembebasan ini, negara kini di kenali sebagai negara BolehLand!
Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! hanya di malaysia saja kematian akibat
dari pembunuhan kejam boleh di kategorikan sebagai mati katak. tahniah hakim
yang bijaksana, 2/3 hari masuk neraka. BolehLanad!


Jenain telah melepaskan 21 das tembakkan untuk memberhentikan sebuah kereta biasa, bukan kereta kebal. Ini melangkaui keraguan munahsabah.

Sudahlah Aminulrashid mati dibunuh, dituduh pula sebagai penjenayah apabila kononnya dijumpai sebil
ah pedang atau parang dalam kenderaan milik kakak arwah yang dipandunya. Walaupun didesak berkali-kali, pihak polis tidak menarik balik tuduhan penjenayah dan tetap tidak akui bahawa parang tersebut adalah 'planted evidence' sedangkan Aminulrasyid dikenali sebagai seorang remaja yang baik oleh warga setempat.

Sungguhpun undang-undang membenarkan polis menggunakan segala langkah yang perlu untuk melakukan tangkapan, termasuk tembak mati, tetapi ia terikat dengan syarat - hanya kepada jenayah yang dilakukan itu ialah jenayah yang boleh dihukum mati selain mempertahankan diri. Jelas kedua-dua kriteria tersebut tidak tepat untuk membolehkan Aminulrasyid dibunuh.

Dengan pelbagai tohmahan palsu, tanpa sebarang permaafan dari pihak polis dan menteri KDN, dan terbaru keputusan mahkamah yang 'tidak logik', di manakah keadilan buat arwah adik Aminulrasyid?

Justeru itu dalam isu Aminulrasyid, pesalah tetap pesalah. Kelalaian pihak polis wajar diakui dan si penembak harus dihukum setimpal agar tiada lagi polis yang lain menembak di lapangan awam tanpa pertimbangan yang sepatutnya.

Jenain dibiarkan bebas ketika keluarga arwah Aminulrasyid meratapi pemergian 'budak penjenayah' ciptaan polis, tanpa keadilan.

Jenain mohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid

SHAH ALAM – Koperal Jenain Subi yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah memohon maaf kepada keluarga remaja itu atas kejadian tersebut.
Bagaimanapun, Jenain berkata, keputusan mahkamah membuktikan bahawa dia tidak bersalah dalam kes tersebut.
“Alhamdulillah, semua ini kuasa Tuhan dan selama ini saya berserah kepada-Nya. Hari ini terbukti siapa salah dan siapa tidak salah dan akhirnya saya mendapat keadilan sewajarnya.
“Saya minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid atas apa yang berlaku,” katanya yang ditemani peguam M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd. Hilmi di luar mahkamah selepas selesai prosiding.
Bapa kepada empat orang anak yang telah 25 tahun dalam pasukan polis memberitahu, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat sebagai anggota polis.
Sementara itu, isteri Jenain, Siti Nuraniza Tamrin, 38, pula bersyukur dengan keputusan mahkamah dan menganggap doanya dimakbulkan oleh Allah.
Katanya, sepanjang tempoh pertuduhan ke atas Jenain, hidupnya sekeluarga merana kerana ada segelintir pihak memandang serong terhadap mereka.
“Keputusan ini melegakan hati saya apabila suami mendapat pembelaan sewajarnya,” kata wanita itu.
Tambah Nuraniza lagi, jika suaminya berhasrat untuk meneruskan perkhidmatan dalam polis, dia berharap Jenain tidak diberi tugas yang melibatkan penggunaan senjata api.

Tiga tahanan warga asing ghaib

PETALING JAYA - Dua lelaki Colombia yang ditahan pada 12 November lalu kerana kes pecah rumah, hilang dari kenderaan polis ketika mereka dalam perjalanan dibawa ke mahkamah di sini kelmarin.
Kejadian berlaku ketika Martin Rodriguez Yerson David, 26, dan Sana Bria Florian Jorge Luis, 22, serta lapan tahanan lain dibawa dari lokap polis di Shah Alam menaiki kenderaan polis untuk didakwa di mahkamah berkenaan.
Jarak antara Shah Alam dan Petaling Jaya kira-kira 13 kilometer.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd. Razak Elias berkata, kehilangan dua tahanan terbabit disedari apabila semua tahanan itu tiba di mahkamah pada pukul 11.20 pagi.
"Kesemua 10 tahanan itu diiringi tiga anggota polis iaitu seorang pemandu dan dua bertindak sebagai polis pengiring," kata beliau yang enggan mengulas jenis kenderaan membawa tahanan semasa kejadian.
Menurut beliau, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku akibat kecuaian pihak polis dan menegaskan siasatan dijalankan secara terperinci.
Serentak itu, polis kini giat mengesan tahanan berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-duanya tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Serdang di talian 03-80620485.

Jurusolek artis mati dibunuh



ANGGOTA polis menyiasat kematian Dicky di rumah sewanya di Jalan Mangga, Kampung Kasipillay, Sentul kelmarin.



KUALA LUMPUR - Seorang mak nyah yang juga merupakan jurusolek artis pada tahun 1990-an ditemui mati dengan keadaan leher dijerut selepas disyaki diliwat di rumah sewanya di Jalan Mangga, Kampung Kasipillay, Sentul di sini malam kelmarin.
Mayat Othman Hassan, 52, atau lebih dikenali sebagai Dicky dan popular dalam kalangan wartawan hiburan ditemui oleh abangnya yang dikenali sebagai Why, 50-an kira-kira pukul 8 malam selepas mangsa gagal dihubungi.
Dicky pernah menjadi jurusolek kepada artis seperti Amy Mastura, Ziana Zain, Erra Fazira dan Nasha Aziz pada tahun 1990-an.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat Dicky ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat menggunakan tali langsir berwarna merah di bilik tidur utama.
"Ketika ditemui mangsa berpakaian lengkap baju-T dan berseluar pendek. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai dijerut pada leher mangsa malah kakinya turut berdarah.
"Polis tidak menolak kemungkinan suspek kejadian merupakan orang yang rapat dengan mangsa dan mempunyai hubungan intim dengannya," kata beliau pada sidang akhbar di sini.
Menurut beliau, siasatan juga mendapati pintu bilik mangsa berkunci dari dalam tetapi terdapat kesan umpil pada tombol pintu tersebut.
"Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah sewa itu dipercayai mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.
Difahamkan, barang-barang peribadi milik mangsa termasuk komputer riba dan telefon bimbit hilang.
Satu sumber memberitahu, mangsa dipercayai diliwat sebelum dibunuh.
"Polis merampas bantal dan puntung rokok di dalam bilik tersebut.
"Ketika mayat ditemui pukul 9 malam, badan mangsa sudah kembung," katanya.
Tinjauan Kosmo! di tempat kejadian mendapati, ramai keluarga serta kenalan mangsa termasuk dalam kalangan wartawan hiburan turut meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Dicky.

SPA sahkan Dr. Hasan bukan lagi KP Kesihatan





PUTRAJAYA - Jawatan Ketua Pengarah Kesihatan kini kosong selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengesahkan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwat bulan lalu tidak lagi menyandang jawatan tersebut.
Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam ketika menjawab status Dr. Hasan berkata, ini berikutan keputusan mesyuarat jawatankuasa itu pada 26 November lalu yang memutuskan untuk menggantung kerja Hasan berkuat kuasa 14 November lepas.
"Beliau bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan. Namun, beliau masih seorang penjawat awam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Beliau pada Isnin lalu memberitahu bahawa Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Dua maut, lima parah kemalangan



KEADAAN kereta Honda Civic yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Loji Air Petronas Jerangau, Dungun semalam.



DUNGUN – Dua wanita maut manakala lima orang termasuk seorang kanak-kanak yang dalam perjalanan untuk berkhatan cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Loji Air Petronas Jerangau di sini semalam.
Kemalangan pada pukul 9 pagi berlaku apabila kereta Proton Wira dinaiki empat orang termasuk kanak-kanak yang mahu berkhatan, Tarmizi Ismail, 11, dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika keluarga tersebut dalam perjalanan dari Kampung Jerangau Sungai menghala ke bandar Dungun untuk berkhatan.
Rempuhan itu menyebabkan ibu saudara Tarmizi, Zainun Awang, 50, maut di tempat kejadian manakala suami Zainun, Zulkifli Mamat, 53, dan ibu Zainun, Gayah Awang, 45, pula cedera parah.
Seorang lagi yang terbunuh dalam kejadian itu ialah penumpang kereta Honda Civic, Suzlina Ahmad, 40, manakala anak Suzlina, Mohd. Ridwan Badiozaman, 21, (pemandu) dan anak saudaranya, Norfatikah Samsudin, 17, mengalami kecederaan parah.
Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Dungun sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Majikan terdesak punca pemerdagangan manusia

KUALA LUMPUR – Kesanggupan untuk membayar sehingga RM16,000 bagi mendapatkan khidmat pembantu rumah oleh majikan yang terdesak punca kes pemerdagangan manusia terus berlaku di negara ini.
Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Jeffrey Foo (gambar) menjelaskan, kesanggupan menggunakan pembantu rumah tanpa permit kerja yang sah itu digunakan oleh pakatan sindiket tempatan dan Indonesia dengan ejen bagi menjalankan jenayah itu.
Menurutnya, sindiket atau ejen tempatan akan membayar antara RM7,000 hingga RM8,000 untuk seorang amah yang disediakan oleh rakan jenayah dari negara jiran.
“Biasanya, pembantu-pembantu rumah dibawa ke sini dalam kelompok kecil, kira-kira 50 orang dari semasa ke semasa dan akan diletak di dalam bilik sehingga bakal majikan muncul untuk membeli mereka.
“Harga antara RM12,000 hingga RM16,000 merupakan bayaran yang perlu dibayar secara tunai oleh majikan terdesak untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.
Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, bagi melengkapkan urusan pembelian itu, majikan perlu menandatangani borang pengisytiharan yang menyatakan mereka membuat pembelian itu mengikut kehendak sendiri.
Selain itu, menurut beliau, pembantu rumah akan menjadi tanggungjawab majikan itu sepenuhnya dan tidak lagi mempunyai kaitan dengan agensi penyedia perkhidmatan amah berkenaan.

Lima dulang emas lesap dalam masa 3 minit



BEBERAPA anggota polis memeriksa sebuah kedai emas yang dirompak dua lelaki di Jalan Datuk Bandar Tunggal, Seremban kelmarin.



SEREMBAN – Dua penjenayah mengambil masa hanya kira-kira tiga minit untuk melarikan lima dulang barangan kemas bernilai hampir RM200,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini kelmarin.
Jurucakap polis berkata, dua lelaki yang memakai topi keledar telah menyerbu premis berkenaan kira-kira pukul 4 petang.
Katanya, ketika kejadian hanya dua pekerja wanita berada di dalam kedai itu.
“Salah seorang perompak itu mengacukan pistol ke arah kedua-dua pekerja berkenaan dan mengarahkan mereka supaya mendiamkan diri.
“Suspek cuba memecahkan kaca ruang pameran yang menempatkan barang kemas dengan mengetuknya menggunakan pistol tetapi gagal. Mereka kemudian mengarahkan pekerja terbabit memasukkan lima dulang emas ke dalam sebuah beg,” katanya di sini semalam.

Mangsa patukan ular tedung dapat bantuan RM2,000


MOHD. RAFIE menunjukkan ibu jari kakinya yang dipatuk ular
tedung di Klang semalam.



KLANG - Seorang mangsa patukan ular tedung, Mohd. Rafie Jamhari, 40, menjadi individu pertama di Selangor yang menerima sumbangan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas sejak ia diwujudkan di negara ini pada 2007.
Mohd. Rafie yang merupakan peniaga barangan keperluan dapur di pasar malam menerima sumbangan RM2,000 kerana dipatuk ular di ibu jari kaki kirinya ketika membaiki dinding rumahnya di Persiaran Hamzah Alang di sini pada Jun lalu.
Cek bantuan itu diserahkan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Nik Omar Nik Ab. Rahman semalam.
Nik Omar berkata, tabung tersebut kurang mendapat sambutan apabila permohonan pertama untuk sumbangan itu di negeri ini hanya diterima kira-kira lima tahun selepas ia dilancarkan.
Menurutnya, bantuan tersebut diwujudkan bagi membantu meringankan beban keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan binatang buas antara seperti babi hutan, harimau, beruang, ular, buaya, lebah dan beruk.
"Masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan tabung itu sehingga ia kurang mendapat sambutan," katanya di sini semalam.

274 maut akibat taufan Bopha di selatan Filipina


SEORANG mangsa taufan Bopha membawa kotak minuman daripada celah runtuhan gerainya di Lembah Compostela, selatan Filipina semalam.



NEW BATAAN, Filipina - Jumlah kematian akibat taufan Bopha yang melanda negara ini meningkat kepada 274 mangsa semalam.
Selain itu, ratusan mangsa lagi masih tidak ditemui manakala beberapa pasukan penyelamat sedang berusaha untuk tiba ke beberapa kawasan yang terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh.
Taufan Bopha membadai selatan kepulauan Mindanao pada hari Selasa lalu sekali gus menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan menerbangkan ribuan buah rumah dengan kelajuan angin 210 kilometer sejam sebelum menghala ke Laut China Selatan.
Ketua Pertahanan Awam, Benito Ramos berkata kepada wartawan, bahawa seramai 253 mangsa maut di sekitar kawasan pergunungan di New Bataan dan Monkayo ekoran taufan itu. - Agensi

Filipina negara yahudi berikutnya di Asia Tenggara?

Posted on the December 4th, 2012 under Luar Negara by admin


Shofarot
Selepas pungutan suara berkaitan status Palestin yang dilakukan oleh PBB di New York minggu lalu, ratusan rakyat Filipina mengadakan perarakan di Manila bagi menyokong Israel.
Jumlah mereka dianggarkan 300 hingga 400 orang dan berkumpul di kawasan perniagaan. Beberapa orang di antaranya membawa bendera Israel, belon putih biru, pembesar suara dan menetapkan lagu dalam bahasa Ibrani, dan bahkan beberapa shofarot (alat muzik yahudi laknatullah).
Mereka diikuti dengan konvoi berjumlah 50 hingga 60 buah kereta dengan membawa kain rentang bertulis “Berdirilah dengan Israel, sekarang dan akan datang”. Slogan ini sama pada tahun 1947 ketika Filipina menjadi negara Asia pertama yang menyokong penubuhan bangsa Yahudi di Palestin.


Bendera rejim laknatullah bersebelahan dengan bendera Filipina berada berhempiran dengan Laut Mati
Perarakan ini diadakan oleh segelintir organisasi Kristian yang pro-yahudi zionais laknatullah. Mereka menyokong Israel dengan pelbagai cara sepanjang tahun ini dengan acara doa, perjumpaan gereja hari minggu, derma, dan perarakan secara tahunan.
Mereka berkumpul di taman nasional dengan menyanyikan lagu kebanggan Israel “hatikva” dan meniup shofars.
Detik Islam

Jururawat ditipu penyampai radio



HOSPITAL King Edward VII di London yang menjadi lokasi Kate dirawat.



LONDON - Sebuah hospital yang merawat isteri Putera William, Catherine semalam mengaku pihaknya menjadi mangsa panggilan telefon palsu daripada sebuah stesen radio Australia.
Catherine yang lebih mesra dengan panggilan Kate Middleton dimasukkan ke hospital King Edward VII di sini pada minggu ini selepas dia mengalami loya yang teruk akibat kehamilannya.
Beberapa penyampai stesen raido 2Day FM dari Sydney yang menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan ayahanda William, Putera Charles berjaya bercakap dengan seorang jururawat yang memberikan butiran terbaharu tentang keadaan Kate.
Jururawat tersebut memberitahu, Kate sudah tidak mengalami rasa loya yang teruk seperti ketika dia dimasukkan ke hospital itu pada Isnin lalu.
Pihak pengurusan hospital King Edward VII yang kesal dengan insiden tersebut mengesahkan bahawa jururawat terlibat telah mendedahkan butiran perkembangan Kate, 30, kelmarin.
"Ia merupakan panggilan jenaka biadab yang kami kesali," kata ketua eksekutif hospital itu, John Lofthouse.
"Kami amat mementingkan hak peribadi pesakit kami dan kami kini menyemak semula protokol panggilan telefon hospital ini," tambahnya.
Kate diserang sindrom rasa loya yang teruk, hyperemesis gravidarum.
Sindrom tersebut menyerang purata seorang dalam setiap 200 ibu yang mengandung.
Berita tentang kehamilan Kate pada Isnin lalu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai pewaris kepada takhta diraja Britain itu yang tercetus selepas beliau berkahwin dengan William pada April 2011.
Tanpa mengira jantina, bayi mereka pasti akan menjadi pewaris takhta diraja Britain susulan satu persetujuan pada tahun lalu untuk menamatkan amalan yang cuma mengiktiraf lelaki sebagai pewaris takhta.
William merupakan pewaris kedua takhta diraja Britain selepas ayahandanya. - Agensi

Anggota polis gemuk Indonesia diarah bersenam



SEBAHAGIAN anggota polis berlari untuk menguruskan badan.



TANGERANG, Indonesia - Anggota-anggota polis yang gemuk di Indonesia telah diarahkan untuk bersenam sebanyak dua kali seminggu bagi menurunkan berat badan mereka.
Mereka juga perlu mengikuti latihan senaman aerobik dan tekan tubi bagi mengurangkan beberapa kilogram berat badan masing-masing.
Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto semalam berkata, anggota polis yang mempunyai berat 100 kilogram (kg) ke atas diwajibkan mengikuti program menurunkan berat badan.
Beliau berkata, jumlah anggota polis yang gemuk semakin bertambah.
Katanya, tekanan, gaya hidup yang tidak aktif dan makanan segera telah membuatkan anggota polis di pusat bandar mengalami peningkatan berat badan.
Pendaftaran program penurunan berat itu yang bermula pada minggu lalu itu telah menerima kira-kira 300 peserta yang mempunyai berat badan berlebihan. - Agensi

Suami isteri tinggal dalam pembetung


KEADAAN di dalam pembetung itu yang dihuni Restrepo (kiri) dan Garcia bersama anjing mereka.



MEDELLIN, Colombia - Seorang lelaki, Miguel Restrepo tinggal di dalam sebuah saluran pembetung bersama isterinya, Maria Garcia di sini lebih 30 tahun lalu.
Restrepo, 62, turut tinggal di dalam pembetung tersebut dengan seekor anjing.
Pembetung setinggi 1.4 meter itu mengandungi sebuah dapur, televisyen, katil dan kipas.
Restrepo yang tidak mempunyai rumah memasuki dan keluar dari pembetung itu melalui sebuah lubang. - Agensi

Permata unik dipamerkan



PERMATA akuamarin yang berbentuk seperti tiang dipamerkan di Muzium Sejarah Semula Jadi, Washington pada hari ini.



WASHINGTON - Permata akuamarin potongan tunggal terbesar di dunia akan dipamerkan bermula di Muzium Sejarah Semula Jadi di sini mulai hari ini.
Dilombong di Brazil pada tahun 1980-an dan dinamakan sempena dua maharaja pertama negara itu, batu Akuamarin Dom Pedro bakal menjadi kebanggaan muzium tersebut yang merupakan sebahagian daripada Institut Smithsonian di Amerika Syarikat.
"Kualiti kristal asal, saiz dan warna biru hijau serta potongan tersendiri menjadikan ia permata yang jarang sekali ditemui," kata pihak muzium itu menerusi satu kenyataan.
Berbentuk seperti tiang dan direka bentuk oleh pereka barang kemas terkenal Jerman, Bernd Munsteiner, panjang permata itu ialah 35.5 sentimeter manakala beratnya mencecah dua kilogram (10,363 karat).
"Akuamarin Dom Pedro merupakan kombinasi kristal yang amat jernih dan kaya dengan warna serta digarap dengan kemahiran unik seorang tukang permata yang terkemuka," kata kurator koleksi permata muzium berkenaan, Jeffrey Post.
Koleksi permata dan mineral Institut Smithsonian itu merupakan antara yang terbesar di dunia. - AFP

No comments:

Post a Comment