Anak dilari isteri maut
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
hadzlihady@hmetro.com.my
RINDU...Mohd Razali menunjukkan gambar dua anaknya yang dilarikan isteri.
Bapa malang itu, Mohd Razali Abdul Razak, 40, berkata, dia mendapat berita menyedihkan itu daripada sepupunya selepas anak sulungnya menghubungi saudaranya itu.
Dia yang bekerja di hotel dekat sini berkata, anak sulungnya, Nurhaifa Nasuha, 17, turut berada di Afrika Selatan menghubungi sepupunya memaklumkan berita buruk itu, namun mereka meminta ia dirahsiakan daripada pengetahuannya.
“Bagaimanapun, sepupu saya tidak sampai hati dan akhirnya memberitahu saya kerana tahu saya selama ini sangat rindukan kedua-dua anak yang kini tinggal dengan isteri.
“Saya kecewa kerana enam tahun berusaha mencari dua anak akhirnya mendapat khabar buruk anak bongsu maut ditimpa pokok di depan kakaknya sendiri,” katanya.
Cucu berani mati
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.
Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.
Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.
Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.
Tetak pagar rumah
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
ROSAK...Suhan menunjukkan kesan terbakar di dinding tepi rumahnya.
Mangsa yang juga Ketua Pemuda MIC Seksyen 19, Shah Alam berkata, ketika kejadian jam 5.20 pagi itu, tiga ahli keluarganya iaitu ayah, emak dan abang selain seorang pembantu rumah berada di rumah di Jalan 20/12, Seksyen 20, di sini.
Katanya, sejurus selepas kejadian, dia memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati tiga lelaki menaiki Perodua Kelisa berhenti di depan rumah.
“Lelaki terbabit keluar dari kereta sebelum melempar dua botol molotov koktel dalam botol arak. “Berdasarkan rakaman CCTV itu, seorang daripada lelaki yang memakai kain penutup kepala berwarna hijau dan putih mengeluarkan parang daripada kenderaan sebelum menetak pagar rumah saya,” katanya.
Suhan berkata, beliau keluar dan memeriksa pagar rumah sebelum mendapati ada kesan tetakan.
“Saya terkejut dengan kejadian ini dan tidak tahu apa motif mereka melakukan perbuatan itu. “Ini satu perbuatan terkutuk kerana mungkin ada sesetengah pihak yang tidak senang hati melihat saya melakukan kerja sosial terhadap penduduk di kawasan ini,” katanya.
Kira-kira 10 minit kemudian, sebuah kereta Suzuki yang diletakkan di Jalan 19/4, Seksyen 19, di sini, rosak teruk selepas cermin hadapan dan belakangnya dipecahkan individu yang tidak dikenali jam 5.30 pagi, hari sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dua kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut akan dilakukan
Tanam janin dalam semak
Janin yang cukup sifat dipercayai lelaki itu ditemui 5.40 petang selepas seorang lelaki berusia 20-an memaklumkannya kepada anggota polis yang melalui tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, janin berkenaan yang dibungkus dalam kain ditanam seorang lelaki yang melarikan diri sebaik anggota polis tiba.
Katanya, polis mendapat maklumat daripada seorang lelaki berusia 20-an yang mengesyaki seorang lelaki menanam sesuatu dipercayai bayi dalam semak.
“Hasil siasatan forensik mendapati janin berkenaan baru ditanam di kawasan itu,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, janin berkenaan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
‘Ghaib’ lepas tonton aksi Harimau Malaya
“Namun, sejak malam itu, Amri tidak pulang ke rumah dan usaha menghubunginya gagal sehingga kini. Saya tidak tahu keadaan Amri sekarang,” kata Nor Zilar Mohd Nor, 51, ibu remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki hilang.
Amri atau nama sebenarnya Shamreeshah Daniel adalah anak anggota polis berpangkat sarjan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Nor Zilar berkata, anak keempat daripada enam beradik itu sangat meminati bola sepak dan sering ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bersama rakan-rakannya.
“Amri tidak pernah ke stadium seorang diri dan biasanya pergi bersama beberapa rakannya. Malah, pada Sabtu lalu, saya menghantar dia dan seorang rakannya ke LRT (stesen transit aliran ringan) Taman Bahagia.
“Saya membenarkan Amri pergi stadium malam itu kerana dia mahu menyaksikan perlawanan bersama keluarga rakannya itu. Tetapi, sebaik tiba di stadium, saya dimaklumkan rakannya itu, Amri segan untuk duduk bersama mereka dan pergi ke tempat duduk lain,” katanya.
GRO lori balak
Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Difahamkan, taktik itu mendapat sambutan sehingga restoran terbabit menyediakan satu dewan besar dan dua bilik kecil di bahagian belakang khusus pelanggan singgah berkaraoke sambil berhibur.
Bagaimanapun, Jabatan Imigresen Kelantan dapat mengesan aktiviti tidak bermoral itu dan melakukan serbuan jam 10 malam, kelmarin.
Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Mahasan Mustapa berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan lapan GRO warga Thailand dipercayai terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.
Katanya, walaupun semua ditahan mempunyai pas lawatan sosial, pemantauan sebelum ini mendapati mereka menjadi GRO dan mendapat tip daripada pelanggan.
Pengantin baru dijel 3 bulan
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas Muhammad Firdaus Nuqiahbullah Mohamood, 23, dari Kampung Banggol Tuan Muda, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Dia didakwa mencuri telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Young bernilai RM399 di Kedai Suria SRS Enterprise, Kampung Pagar Ubi, Tepoh, di sini, jam 5.30 petang 24 November lalu.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh yang bekerja sebagai pemandu, tidak diwakili peguam.
‘Sekejap laju, kejap perlahan’
Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Nur Atiqah yang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, akibat luka di bibir dan cedera di kerongkong mendakwa, bas yang dinaiki 13 penumpang dari Pudu Sentral ke Ipoh itu dipandu dalam kelajuan berbeza sepanjang perjalanan itu dipercayai pemandunya mengantuk.
Menurutnya, dia mula tidak sedap hati dengan tindakan pemandu bas berkenaan menyebabkan dia sukar untuk melelapkan mata.
“Ketika kejadian, saya terlelap seketika sebelum terjaga akibat terdengar jeritan penumpang lain selain terhidu bau tumpahan minyak.
“Dalam keadaan kelam-kabut, saya mendapati bibir saya mengalami pendarahan teruk selain gigi hadapan patah,” katanya.
Laluan terus bermandi darah
Seperti terkena ‘sumpahan’, kemalangan kira-kira jam 12.40 pagi itu berlaku tidak jauh dari tiga laluan kerap kemalangan sebelum ini iaitu antara kilometer 294 hingga 310.
Dalam kejadian di KM 304.6 itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Pudu Sentral, Kuala Lumpur ke Ipoh itu hilang kawalan ketika mendaki bukit sebelum merempuh belakang sebuah treler yang dipandu perlahan.
Kejadian mengakibatkan pemandunya, Abdul Rahim Musa, 57, berasal dari Ipoh maut serta-merta di tempat kejadian akibat tersepit dan cedera parah di kepala, manakala 10 penumpang lain cedera ringan termasuk seorang daripadanya parah.
Insiden ngeri itu mengulangi punca sama kejadian empat kes kemalangan lain yang berlaku di sekitar laluan itu dalam tempoh sebulan lalu apabila semuanya berpunca akibat merempuh belakang kenderaan berat ketika mendaki bukit.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, pemandu bas berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dikeluarkan dari tempat oleh anggota bomba dan penyelamat.
“Pemandu dan kelindan treler tidak mengalami sebarang kecederaan termasuk tiga penumpang bas berkenaan,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Mangsa pendiam
Abdul Rahim maut di tempat kejadian selepas cedera parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu selepas bas ekspres dipandunya gagal dikawal sebelum merempuh belakang treler dalam kejadian di Kilometer 304.6, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Gua Tempurung di sini, kira-kira jam 12.40 tengah malam di sini semalam.
Sulong yang ditemui di pekarangan Bilik Forensik, Hospital Kampar semalam berkata, dia dan adiknya cukup rapat, malah kerap berjumpa kerana hanya dia dan arwah menetap di Ipoh manakala, lima beradik yang lain masing-masing di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor Baharu. “Arwah tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik sebelum kali terakhir berjumpa dengannya beberapa hari lalu,” katanya.
Katanya, arwah mempunyai enam orang anak dan sangat penyayang walaupun kerap berada di luar Perak kerana bertugas.
Bangga anak syahid
Dalam kejadian jam 5 petang, 15 November lalu, Wael yang menyertai pasukan tentera sayap Hamas digelar Unit Qassam maut selepas ditembak roket yang dilepaskan pesawat pejuang tanpa pemandu dikenali drones milik Israel.
Mangsa ketika itu menaiki kereta bersama rakannya, Al Kolkuk Hisham, 26, dapat dijejaki tentera Israel sebelum diletupkan berhampiran kawasan Khan Younis, di sini.
Serangan hendap itu menyebabkan tubuh kedua-duanya hancur bersepai dan putus kepala kesan letupan kuat yang turut mengakibatkan kereta dinaiki hampir putus dua.
Abu Haidar yang ditemui wartawan di rumahnya semalam berkata, dia bangga kerana anaknya mati sebagai seorang mujahid.
Menurutnya, mayat anak lelakinya itu ditemui berkecai seluruh tubuh dan hanya tinggal bahagian kepala.
“Pengorbanannya untuk pembebasan tanah air Gaza akan terus diingati sama seperti ribuan mujahidin lain yang dibunuh tentera laknat Israel,” katanya.
Gambar memaparkan Wael berpakaian tentera Qassam itu turut disanjung penduduk kampung yang menganggapnya wira sejati.
Malah, poster wajah Wael turut dicetak dan dilekatkan di seluruh kampung bagi memperingati kematiannya yang dianggap mulia di sisi agama.
Sementara itu, bapa Al Kolkuk, Hisham Mohamad, 47, turut meluahkan rasa bangga kerana mempunyai seorang anak yang sanggup mati untuk agama dan negara.
Menurutnya, dia tidak perlu bersedih kerana anaknya pasti akan menjadi penghuni di syurga.
“Kematiannya menjadi inspirasi kepada ramai lagi remaja Gaza lain untuk turut sama berjuang dan menentang kezaliman Zionis.
“Kami tidak pernah ketandusan pahlawan kerana setiap satu mujahid yang tewas...akan muncul 10 lagi pejuang baru yang akan memijak Zionis,” katanya bangga.
Telefon bimbit sasaran Zionis
Seorang kakitangan hospital As Syifa’, Hamza El Iman, 34, berkata pemimpin Hamas seperti Ahmed Jaabari dan Tamer Al-hemry yang dibunuh baru-baru ini antara mujahid yang dapat dijejaki tentera Israel melalui telefon bimbit mangsa.
“Tentera Israel biasanya akan membuat panggilan telefon palsu kepada mangsa. Sebaik mangsa menjawab panggilan, roket dari jet pejuang F-16 Israel akan terus dilancarkan ke arah isyarat telefon bimbit itu diterima,” katanya.
Beliau mendakwa taktik itu semakin kerap digunakan kebelakangan ini selain kaedah ‘bom masa’ untuk membunuh penduduk Gaza secara beramai-ramai.
Menurutnya, penduduk Gaza kini tidak lagi berani melihat apa berlaku di luar rumah sebaik jet pejuang Israel menggugurkan bom.
“Ini kerana jet pejuang Israel biasanya akan menggugurkan bom di sesuatu lokasi sebelum beredar pergi. Penduduk berhampiran kawasan letupan akan keluar dari rumah untuk membantu mangsa yang cedera parah atau terkorban dalam serangan itu.
Dia yang sudah merawat ratusan pesakit menyifatkan taktik peperangan itu sebagai keji kerana menjadikan orang awam serta kanak-kanak sebagai sasaran pembunuhan beramai-ramai.
“Adakah kanak-kanak dan bayi dibunuh ini ancaman kepada Zionis? Anda sendiri tahu jawapannya!” luahnya marah.
‘Jamah bubur nasi kosong’
Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
“Pengalaman itu membuatkan saya terus memandang ke depan dan berazam untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan tidak mahu adik-adik mengalami nasib yang sama,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Muhamad Hanif Hassan, 23.
Kesungguhan Muhamad Hanif bertungkus-lumus sepanjang pengajiannya di UiTM berbaloi apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Naib Canselor sempena Istiadat Konvokesyen ke-77, UiTM, di sini, semalam. Muhamad Hanif berkata, bapanya, Hassan Mustapha, 48, yang hanya bekerja sebagai buruh adalah tunggak kepada kejayaannya kerana sentiasa mendorong dia meneruskan pengajian walaupun dihimpit masalah kewangan.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dugaan yang ditanggung sepanjang meneruskan pengajiannya di UiTM sejak dari diploma sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah sangat berat apabila sedia maklum bapa bersama ibunya, Mahzita Mahmud, 40, akan menggadai segala barangan milik peribadi mereka demi melihatnya menggenggam segulung ijazah.
“Saya masih lagi ingat apabila ayah dan ibu menyuarakan hasrat menggadai segala harta peribadi milik mereka termasuk barang kemas ibu untuk menampung pembiayaan saya di universiti.
“Namun, hati anak mana yang tidak sedih apabila mengetahui ayah dan ibu sanggup melakukan sedemikian semata-mata mahu melihat saya menggenggam segulung ijazah menjadikan saya lebih cekal untuk meneruskan pengajian biar apa pun rintangan yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM, di sini, semalam. Muhamad Hanif yang berjaya mencatatkan Nilai Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.72 berkata, dia yakin masih terdapat keluarga lain yang lebih daif berbanding mereka dan tidak menyesali nasib yang menimpa keluarganya malah berjanji untuk mencari kerjaya yang baik demi membalas jasa mereka.
Kate hamil anak kembar?
WILLIAM dan Kate berkahwin pada April tahun lalu.
Pengumuman rasmi mengenai kehamilan Catherine lebih dikenali sebagai Kate itu dibuat pejabat William semalam.
“Duke dan Duchess of Cambridge (gelaran untuk William dan Catherine) berbesar hati mengumumkan bahawa Duchess of Cambridge kini hamil,” katanya.
Kenyataan itu juga menyebut, Ratu Elizabeth dan keluarga diraja begitu gembira dengan kehamilan berkenaan.
Sementara itu, laporan mendakwa, Kate kini dirawat di hospital kerana menghadapi masalah muntah-muntah dan loya akut.
Gejala itu kadang-kadang membayangkan seseorang wanita mengandung anak kembar. William dan Kate berkahwin pada April tahun lalu dan sebahagian majalah gosip di Amerika Syarikat (AS) melaporkan, pasangan terbabit mungkin hamil ketika itu.
“Ia hanya menunggu masa untuk diumumkan,” katanya. Sementara itu, jurucakap pasangan terbabit berkata, Kate berehat di Hospital King Edward VII di tengah London kerana mengalami Hyperemesis Gravidaru yang menyebabkan dia mengalami masalah muntah-muntah yang kronik.
Laman sesawang Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain menyatakan, keadaan seperti dialami Kate itu memang lazim dialami seseorang wanita di peringkat awal kehamilan.
Bagaimanapun, kata laman sesawang itu, ia tidak membahayakan kandungan.
Perunding sakit puan di Universiti Bristol. Prof Tim Draycott, berkata keadaan dialami itu mungkin menandakan pasangan William dan Kate bakal menimang anak kembar. “Hyperemesis lebih sering dialami ibu yang mengandung anak kembar,” katanya. - Reuters
Taufan Bopha ragut 52 nyawa
Wartawan, Vina Araneta berkata, “Saya mengira ada 43 mayat di atas lantai bangunan kerajaan di bandar New Bataan, Mindanao.”
Pegawai yang sebelum ini tidak dapat mengesahkan laporan berita televisyen itu berkata, lapan orang terbunuh disebabkan taufan yang melanda.
Wartawan itu berkata, Datuk Bandar, Lorenzo Balbin memberitahunya, mangsa adalah dari kampung berdekatan di mana banjir kilat menyebabkan pangkalan rondaan Tentera Filipina, dihanyut air.
Jurucakap Tentera Wilayah Selatan, Leftenan Kolonel Lyndon Paniza berkata, seorang anggota tentera mati lemas di New Bataan tetapi berkata, pihak berkuasa tentera tidak tahu berapa ramai penduduk terbunuh akibat taufan itu.
“Pangkalan tentera di sana musnah. Ia terletak di kawasan pergunungan,” kataPaniza.
Gabenor Lembah Campostela, Arturo Uy berkata, pegawai tempatan memberitahunya, 34 mangsa terbunuh di New Bataan.
“Ada kemungkinan jumlah mangsa meningkat,” katanya.
Uy sebelum ini berkata, sebuah trak tentera yang membawa anggota tentera dan orang awam di New Bataan dihanyutkan air.
Presiden Benigno Aquino telah meminta penduduk dipindahkan segera.
“Kekuatan taufan Bopha bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Ia dianggap sebagai taufan paling kuat melanda negara ini tahun ini,” katanya.
Setiap tahun, 20 taufan melanda Filipina dan sebahagian daripadanya menyebabkan malapetaka.
Taufan Bopha merupakan taufan ke-16 melanda Filipina, tahun ini.
Ogos lalu, hampir 100 orang terbunuh dan lebih satu juta lagi hilang tempat tinggal akibat ribut taufan dan banjir besar. - AFP
Budak cedera Blackberry meletup
Kian McCreath, 11, menjerit kesakitan di awal pagi apabila kepingan plastik cair dari telefon itu melekat pada kakinya.
Katil McCreath juga terbakar akibat letupan itu. Budak sekolah dari Coventry itu berkata, dia berlari keluar dari bilik tidur sambil menjerit sekuat hati kerana terkejut serta sakit.
“Nasib baik ibu saya cepat sedar dan segera memadamkan api di katil,” katanya. Ibu McCreath, Sarah, 39, berkata dia terjaga kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin apabila terdengar jeritan anaknya. Budak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Coventry dan dirawat kerana kesan melecur pada kedua-dua kakinya. Blackberry itu kepunyaan abang McCreath, Mason, 13, dan baru saja dicabut dari pengecasnya sejurus sebelum meletup.
Sementara itu, jurucakap pengeluar Blackberry berkata, kes itu diberi perhatian serius.
“Kami menjadikan siasatan insiden itu sebagai keutamaan,” katanya. - TS
Ketua Polis Trafik dituduh terima rasuah RM609,000
Suruhanjaya Menentang Rasuah (KPK) berkata, mereka telah menahan bekas Ketua Divisyen Trafik Djoko Susilo kelmarin kerana “disyaki menyalahguna kuasa” dalam kes melibatkan tender simulator memandu bernilai AS$21 juta (RM64 juta).
Jurucakap KPK, Johan Budi berkata, “Kami akan menyoal siasat beliau selama 20 hari dan sekiranya bukti kukuh ditemui, kami akan membawa kes ini ke mahkamah.”
KPK menuduh Susilo menerima lebih AS$200,000 (RM608,733) untuk menyokong satu pembida. - Jakarta Post
No comments:
Post a Comment