2 rentung, mimpi buruk ibu jadi kenyataan
24 Mac 2012
PONTIAN - Seorang ibu langsung tidak menyangka mimpi buruk yang dialaminya menjadi kenyataan apabila dua anaknya rentung dalam kejadian kebakaran di Pekan Ayer Baloi, Pontian, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kebakaran melibatkan 10 rumah kedai papan dua tingkat
itu, Rohman Selamat, 12, dan kakaknya, Khusnul Khotimah Selamat, 13,
ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan hanya tinggal cebisan
rangka dan tulang.
Hasniah Abd Husin, 50, yang masih terkejut dengan tragedi yang menimpa dua anaknya berkata, dia mengalami mimpi aneh sejak tiga bulan lepas dan tidak menyangka ia merupakan petanda buruk bahawa anak keenam dan ketujuhnya itu akan pergi selama-lamanya.
“Saya bermimpi tidak sempat capai tangan anak yang sedang meminta bantuan.
“Macam-macam kejadian aneh yang saya lihat dalam mimpi itu seperti tanah runtuh dan rumah terbakar, namun setiap kali saya cuba capai tangan salah seorang anak, pasti tidak kesampaian,” katanya dengan linangan air mata.
Sementara itu suaminya, Selamat Kosnan, 51, berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga tidur lena sebelum dikejutkan dengan bau asap tebal yang memenuhi ruang rumah.
“Khotimah dan Rohman tidur di tingkat atas rumah kedai, manakala dua lagi anak kami, Mohd Suhiban, 15, dan Mohd Iskandar, 17, tidur di tingkat bawah,
“Khotimah yang mengejutkan kami semua, menjerit dan memberitahu rumah kami sudah dipenuhi asap tebal di bahagian bawah,” katanya.
Menurutnya, dia dan Hasniah bangun dalam keadaan panik terus ke tingkat bawah dan mengejutkan dua lagi anak lalu terus lari ke luar rumah menerusi pintu belakang.
“Saya sangkakan Khotimah dan Rohman sudah keluar lebih awal kerana mereka berdua yang mula-mula sedar rumah terbakar, rupa-rupanya mereka terperangkap dalam asap tebal,” katanya yang hanya bekerja kampung.
Tambah Selamat, dia cuba bertindak masuk ke rumah semula untuk menyelamatkan kedua-dua anaknya, namun dihalang jiran memandangkan api sedang marak dan merebak ke rumah-rumah bersebelahan.
“Kami masih sangat terkejut dengan tragedi ini, namun redha dan menerima ketentuan ALLAH SWT,” katanya yang turut mempunyai dua lagi anak, Nor Fitri Yana, 18, dan Mohd Hanafi, 21, masing-masing menuntut di asrama Sekolah Menengah Agama An Nur Benut dan Giat Mara Pontian dan tidak berada di rumah ketika kejadian.
Dalam pada itu, seorang warga emas, Ng Cheng Leong, 65, yang merupakan salah seorang penghuni deretan rumah kedai berkenaan juga dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan asma di Hospital Pontian.

Api marak dengan cepat
Sementara itu, tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan rumah kedai berhampiran daripada turut musnah dalam kejadian kebakaran itu, kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Penolong Kanan Penguasa Bomba Abdul Hamid Aroon berkata, sebanyak 20 rumah kedai yang berada di sebelah kanan dan kiri deretan bangunan yang musnah dalam kebakaran itu berjaya diselamatkan.
“Pihak kami menerima panggilan dari Bilik Kawalan Balai Bomba Johor Bahru, kira-kira jam 4.47 pagi dan sampai di tempat kejadian 15 minit kemudian.
“Seramai 32 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba Pontian, Balai Bomba Pontian Baru, Balai Bomba Rengit, Batu Pahat dan Bomba Sukarela Benut dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya.
Menurut Abdul Hamid, sebaik sahaja mereka tiba di tempat kejadian, api sedang marak dan dilaporkan terdapat dua kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran itu.
“Sebaik saja api dipadamkan, pasukan bomba terus membuat pemeriksaan dan menjumpai rangka dan tulang kanak-kanak yang rentung berhampiran pintu keluar.
“Api cepat merebak kerana bangunan kedai dua tingkat itu diperbuat daripada papan dan bangunan itu juga uzur kerana sudah lebih 60 tahun dibina,” katanya.
Abdul Hamid berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Pakar Patologi daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Forensik Polis DiRaja Malaysia turut dipanggil untuk mengenal pasti mangsa.

Bunyi hon kejutkan penduduk
Dalam pada itu, salah seorang jiran mangsa turut menceritakan detik-detik cemas yang dialami ketika kebakaran itu berlaku.
Menurut Saadiah Mahadi, 54, ketika kejadian, dia bersama suami dan anak sedang tidur di tingkat atas rumah kedai berkenaan namun tersedar selepas terdengar bunyi hon kenderaan yang melalui jalan itu.
“Bunyi hon lori sampah dan kenderaan yang melalui jalan Pekan Ayer Baloi berjaya mengejutkan kami yang sedang lena dibuai mimpi.
“Selepas terjaga, saya terdengar bunyi riuh rendah orang meminta tolong. Saya terus keluar dari rumah dan terkejut melihat rumah jiran di hadapan sedang dijilat api,” katanya yang mengusahakan kedai jahitan di situ.
Saadiah berkata, dia terus mengetuk rumah jiran yang lain dan meminta mereka keluar memandangkan api sedang marak kerana kebanyakan rumah di situ diperbuat daripada kayu.
Peniaga kedai kopi, Lee Lock San, 65, berkata, dia dan isteri turut terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi bising.
“Apabila saya bangun, api sudah marak ke kedai berhampiran, dan turut merebak ke kedai saya,” katanya tinggal di situ sejak dilahirkan.
Dalam pada itu, nasib yang menimpa keluarga Selamat turut mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pontian dan penduduk kampung apabila mereka bekerjasama menyediakan rumah sewa sementara buat mereka.
Menurut Penghulu Mukin Ayer Baloi, Zulkifli Tubee, rumah sewa berkenaan akan menjadi tempat tinggal sementara bagi keluarga malang itu, manakala 10 keluarga lain yang terlibat dalam kebakaran tersebut akan tinggal bersama saudara-mara mereka di kawasan sekitar.
Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon turut melahirkan rasa simpati terhadap pasangan Selamat dan Hasniah di atas pemergian tragis kedua-dua anak mereka.
“Saya minta supaya kedai-kedai lama yang telah berusia puluhan tahun ini membuat pemeriksaan sistem pendawaian elektrik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.Tragedi terkena batu terbang
23 Mac 2012
Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila kontraktor yang ditugaskan untuk memotong rumput di padang berhampiran rumah mangsa, Oo Li Sin, mengakibatkan serpihan batu sebesar 1.5 sentimeter melantun ke mukanya.
Li Sin berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang kelmarin itu bagaikan mimpi ngeri buat dirinya.
“Saya tidak sangka, hasrat mengangkat pakaian di ampaian pada petang kelmarin akhirnya menjadi mimpi ngeri kerana serpihan batu melantun ke muka.
“Kejadian yang berlaku sekelip mata itu membuatkan saya terpaksa menerima 60 jahitan manakala gigi palsu tertanggal dan dua gigi yang sedia ada patah,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Li Sin turut membuat laporan polis supaya dia boleh membuat tuntutan ganti rugi terhadap pihak kontraktor yang ditugaskan memotong rumput di padang terbabit.
Simpati akan nasib Li Sin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tambun, Law Choo Kiang, mengadakan kunjungan prihatin.
Choo Kiang berkata, pihaknya selalu menerima aduan berhubung masalah batu melantun ketika melakukan kerja mesin rumput.
“Sebelum ini, hanya aduan kerosakan cermin kereta diterima namun tidak sangka, masalah itu turut mencederakan seorang suri rumah.
“Perkara ini perlu dipandang serius dan pihak kontraktor yang dilantik Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk melaksanakan kerja mesin atau memotong rumput itu harus peka terhadap keadaan sekeliling. Mujurlah serpihan batu itu terkena mulut, jika terkena bahagian mata ia lebih bahaya,” katanya.
Menurutnya, pihak MPSP juga perlu buat satu inisiatif bagi membantu menyelesaikan masalah ini.
“Bunyi enjin mesin yang kuat ketika melakukan kerja memotong rumput akan mengurangkan tahap kepekaan seseorang.
“Oleh itu, saya berharap kontraktor yang dilantik perlu memastikan komuniti dan keadaan sekeliling berada dalam situasi selamat sebelum melakukan kerja berkenaan,” katanya.
Operator kilang ditahan curi pakaian dalam di pasar raya
23 Mac 2012
Tindakan licik suspek berusia 19 tahun itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak pasar raya terbabit ketika cuba memasukkan sehelai seluar jean bersama dua helai kemeja T di dalam beg yang dibawanya.
Difahamkan, pakaian yang dicuri suspek adalah untuk kegunaan sendiri memandangkan dia baru sebulan menetap di Pulau Pinang.
Jurucakap polis berkata, tangkapan suspek dilakukan sepasukan anggota polis dari Balai Bayan Baru, dekat sini sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3 petang.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek yang bekerja secara kontrak dan menetap bersama rakannya bertindak sedemikian kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk menyara dirinya.
“Kesemua barangan yang dicuri bernilai RM99.88 dan wanita terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan,” katanya. ketika dihubungi di sini semalam.
Sungai tidak diselenggara
23 Mac 2012
Petani, Rosli Hamid, 50, berkata, sungai sepanjang tiga kilometer itu mengalirkan air dari Sungai Dungun dan Sungai Rawa ke Sungai Kerian.
Menurutnya, akibat tidak diselenggara, sungai berkenaan dipenuhi rumpai dan rumput sekali gus menyebabkan air di petak sawah berhampiran tidak boleh dikeringkan.
“Saliran air yang tersumbat tidak dibersihkan oleh kontraktor yang dipertanggungjawabkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
“Keadaan itu menyebabkan aktiviti menanam padi yang sepatutnya dijalankan pada 2 Mac lalu tidak dapat dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagi, petani, Mat Hashim Kariah, 51, sekitar tahun 2009, pihak berkenaan ada menjalankan kerja pembersihan namun, cuma separuh jalan.
Jelasnya, pihak berkenaan hanya membersihkan di sebelah sungai sahaja dibersihkan dan sehingga kini tiada kerja penyelenggaraan dilakukan mengakibatkan sungai tersumbat.
“Selain itu, dua pam yang membuang sisa air dari kilang memproses kelapa sawit ke dalam Sungai Semang turut menjadi punca berlakunya banjir di kampung berhampiran kerana sungai berkenaan tidak dapat menampung kapasiti air yang ada,” katanya.
Penduduk, Ibrahim Sulaiman, 58, atau Pak Lang berkata, lebih membimbangkan di kawasan Kuala Sungai Semang pula terdapat sebuah pintu air automatik yang baru di bina pada awal 2012 lalu.
Katanya, apabila air di Sungai Kerian meninggi, air dari sungai ini tidak boleh mengalir keluar disebabkan pintu automatik yang dibina di Kuala Sungai Semang tertutup sendirinya disebabkan tekanan air.
“Oleh itu, perhatian pihak berkenaan diperlukan bagi menyelesaikan masalah ini dengan segera,” katanya.
Bumbung rumah terbang
23 Mac 2012
Othman Subari, 48, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu telah merosakkan sebanyak 12 rumah penduduk di kampung berkenaan.
Menurutnya, ketika kejadian dia baru pulang mengambil anak bongsunya, Mohd Shahrul Rizal,11, bermain bola dari sekolah berhampiran.
“Ketika berehat di ruang tamu, saya nampak satu kepulan ‘angin hitam’ berpusing-pusing dari kawasan lapang hadapan rumah menghala ke arah rumah.
“Hujan gerimis yang turun 15 minit lebih awal bertukar menjadi lebat dan diiringi angin kuat sebelum ‘angin hitam’ itu menghentam rumah ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kejadian berlaku sangat pantas dan dia menjerit memanggil-manggil menantunya Norashikin Kamaruzaman, 21, supaya keluar daripada bilik dan kami tiga beranak duduk di ruang tamu.
“Jika tidak sudah pasti ada perkara buruk sudah menimpa Norashikin kerana tiang bumbung rumah patah dihempap pokok.
“Selepas angin ribut menghentam rumah ini, hujan lebat dan angin kuat serta-merta berhenti,” katanya.
Othman berkata, dia bergegas keluar rumah dan terkejut mendapati beranda rumah sudah tiada, manakala keseluruhan bumbung rumah bertaburan di atas tanah.
Katanya lagi, ini musibah ketiga melanda dia sekeluarga selepas peristiwa ribut dan kawasan rumah ditenggelami air dalam kejadian banjir tahun 2006.
Isterinya, Zaleha Yusak, 48, berkata, dia mengetahui rumahnya dipukul ribut selepas dimaklumkan oleh suami yang datang ke warung tempatnya bekerja.
“Saya terkedu dan hanya mampu menangis sebaik sahaja melihat keadaan rumah yang rosak teruk.
“Penduduk kampung membanjiri kawasan rumah dan memberikan kata-kata semangat sedikit sebanyak dapat mengubati kesedihan hati ini,” katanya.
Walaupun, berasa sedih dengan musibah yang menimpa tetapi Zaleha tetap bersyukur kerana seluruh ahli keluarganya selamat.
Sementara itu, ketua kampung berkenaan, Husin Mohamad ketika ditemui berkata, kesemua mangsa ribut dinasihatkan supaya segera membuat laporan di balai polis berhampiran.
“Mereka akan ditempatkan di balai raya buat sementara waktu sehingga rumah dibaik pulih.
“Bantuan kilat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah turut diberikan seperti makanan dan keperluan harian,” katanya.
Polis maut dirempuh bas
23 Mac 2012
Kejadian jam 11.55 malam itu mengakibatkan mangsa, Ismayuddin Ismail, 50, anggota yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Ketika kejadian, Ismayuddin yang sudah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 20 tahun lalu sedang mengawal aliran keluar masuk kenderaan dari Singapura-Johor Bahru.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, mangsa dilanggar sebuah bas persiaran bernombor pendaftaran Singapura yang hilang kawalan di laluan bas di BSI.
“Kejadian ini berlaku di 200 meter dari pintu masuk BSI. Bas yang dipandu seorang wanita itu bas terlebih dahulu melanggar dua kenderaan lain sebelum melanggar tembok pengadang di tengah-tengah laluan lalu merempuh mangsa, sebelum berhenti di kedudukan 150 meter dari lokasi kejadian.
“Mangsa yang cedera parah akibat pelanggaran ini meninggal dunia di tempat kejadian ketika sedang bertugas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa di Felda Taib Andak, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Amer Awal; Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berserta anggota dan pegawai PDRM negeri ini.
Menurutnya, pemandu bas wanita warga tempatan itu kini ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Siasatan rapi akan dijalankan. Berdasarkan semakan rekod dibuat, pemandu bas yang ditahan memiliki satu saman kerana melanggar lampu isyarat.
“Pada hari ini (semalam), saya hadir mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan seluruh warga Polis Johor menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa,” katanya.
Selain itu, Mohd Mokhtar berkata, pihaknya akan membantu mempermudah serta mempercepatkan segala urusan kebajikan balu dan lima cahaya mata mangsa berlandaskan hubungan kekeluargaan yang terwujud dalam pasukan polis di negeri ini.
Kanak-kanak tersepit bawah kereta stabil
23 Mac 2012
Mohd Ilman Saddiq Mohd Abdul Hakim yang kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) berada dalam keadaan baik dan dilaporkan akan keluar hospital beberapa hari lagi.
Mangsa yang dikatakan cedera akibat dilanggar kenderaan keluarga, apabila kakaknya secara tidak tertekan brek tangan Proton Iswara ketika mengambil barangan, lalu menyebabkan kenderaan itu berundur dan melanggar mangsa di tempat letak kereta di rumah mereka di Taman Desaru Utama, Kota Tinggi.
Ibu mangsa, Salinda Kamisan, 38, berkata selepas pemeriksaan, anaknya hanya mengalami calar kecil di belakang badan dan lebam di dadanya.
Beliau berterima kasih kepada jiran yang datang membatu menyelamatkan anaknya.
“Pada mulanya saya berfikir untuk memandu ke depan tetapi takut saya mungkin akan menyebabkan anak saya lebih bahaya dengan menyeret kepadanya di bawah kereta.
“Semua jiran bergegas untuk membantu kami menolak kereta selepas terdengar jeritan meminta pertolongan,” katanya.
Salindah berkata, kejadian yang berlaku merupakan pengalaman pahit buat mereka sekeluarga.
Duit lesap, hadiah tak dapat
23 Mac 2012
Warga tempatan yang kini bermaustautin di Singapura, Soo Meng Ching, 36, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang 12 Mac lalu, dia dalam perjalanan pulang ke republik berkenaan sebelum dihampiri lelaki berusia lingkungan 20-an dikenali sebagai Jacky dan Alex berhampiran pusat membeli-belah, di sini,
“Mereka menawarkan untuk membuat cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah mewah secara percuma. Tanpa berasa curiga saya hanya menuruti arahan diberikan sebelum memilih salah satu sampul,” katanya.
Beliau kemudian dimaklumkan dua lelaki berkenaan berjaya memenangi dapur memasak digital dan sistem penapis air.
“Saya dibawa oleh mereka ke pejabat syarikat berkenaan yang beroperasi di Taman Molek, di sini, bagi mengambil hadiah.
“Selepas tiba dipejabat, saya dipelawa pula untuk membuat cabutan kali kedua yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk kereta, percutian di Australia dan Eropah termasuk wang tunai puluhan ribu ringgit,” katanya pada sidang media di pejabat Ketua Biro Aduan MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon di sini, semalam.
Bagaimanapun, beliau dimaklumkan hanya memenangi dua tilam berjenama bernilai RM80,000 selain diminta untuk menjelaskan cukai sebanyak RM9,000 terlebih dahulu.
Sementara itu, Chee Boon memaklumkan akan membantu Men Ching untuk berunding dengan syarikat itu bagi mengembalikan wang mangsa.
Penantian 17 tahun ibu tunggal berakhir
22 Mac 2012
Masalahnya mendapat perhatian Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) Benut yang telah menguruskan kerja-kerja pemasangan bekalan air bersih bersama Syarikat Air Johor (SAJ), ke rumahnya di sini, petang semalam.
Noryati Misron berkata, dia amat bersyukur dan gembira apabila penantiannya untuk menikmati air bersih akhirnya tertunai.
Dia yang tinggal bersama lima anaknya yang berusia antara tujuh hingga 17 tahun berkata, sebelum ini mereka sekeluarga mendapatkan bekalan air bersih dari rumah kakaknya yang terletak bersebelahan rumahnya.
“Selama 17 tahun saya bergantung kepada kakak untuk mendapatkan air bersih dari paip air yang disambung ke rumahnya. Oleh itu, masalah tekanan air yang rendah terpaksa kami kami hadapi memandangkan kami berkongsi bekalan air,” katanya ketika ditemui selepas majlis ringkas pemasangan bekalan air bersih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad, disini, petang semalam.
Hadir sama Ketua Agensi SAJ Cawangan Pontian, Ajis Tukiran dan Penghulu Mukim Ayer Baloi, Zulkifli Tubee.
Noryati berkata, dengan pendapatan sebagai pembantu kedai makan di Pekan Sanglang Benut, dan tanggungan yang besar untuk membesarkan anak-anak, menyebabkan dia tidak mampu untuk membuat penyambungan bekalan paip air sendiri.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu keluarga kami termasuk SAJ Daerah Pontian,” katanya.
Sementara itu, Adun Kawasan Benut, Hasni berkata, pihaknya akan turut membantu keluarga Noryati untuk mendapatkan sambungan bekalan elektrik sendiri.
Jelasnya, sambungan bekalan elektrik di rumah Noryati juga disambung dari rumah kakaknya yang sekaligus boleh menyebabkan risiko kebakaran memandangkan penyambunganya dibuat sendiri.
No comments:
Post a Comment