Friday, March 23, 2012

ZAKAT DIBERI BERJUTA..TAPI SAMPAI KEPADA ASNAF2...ALLAH SAJA YANG TAHU....BETULKE CARANYA ITU PUN ALLAH SAJA YANG TAHU...SAHLAH TABUNG HAJI DAH LARI TUJUAN PENUBUHAN...MENOLONG JEMAAH HAJI...LAH NI BERNIAGA...KALAU RUGI SAPE TANGGUNG...INI PUN ALLAH SAJA YANG TAHU...TUDUH2 SEMUA MELENTING...AKHIRAT KITA TENGOK MELENTING KE ATAU TIDAK......

Mahu kahwin sebelum ajal
ROSMIZA KASIM
23 Mac 2012
Mayat Mohd Zuri dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat.
KOTA BHARU- Seorang pemuda sempat menyuarakan hasrat hati kepada ayahnya untuk berkahwin, dua hari sebelum ditemui mati dipercayai lemas selepas diserang sawan.

Mayat Mohd Zuri Rahman, 30, ditemui terapung oleh penduduk di tali air Kampung Tepus, Bachok kira-kira jam 6.15 petang kelmarin selepas kira-kira 20 jam dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Bapa mangsa, Rahman@Abdul Rahman Mangun, 65, berkata, sebelum kejadian anaknya keluar rumah selepas waktu Isyak dan tidak pulang sehinggalah mayatnya ditemui kira-kira 100 meter dari kediaman mereka.

“Dua hari sebelum kejadian Mohd Zuri ada memberitahu saya dia mahu berkahwin dan perkara ini tidak pernah diluahkan kepada kami sekeluarga.

“Saya tidak mengambil serius luahannya memandangkan kami semua sedar dia tidak berapa sihat dan sering diserang sawan sejak usia 18 tahun lagi selepas demam panas,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Rahman berkata, dia mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan seorang lagi anaknya, Nor Asiah, 35, yang ketika itu berada di rumah menunggu kepulangan Mohd Zuri.

“Saya terus bergegas ke tempat kejadian yang juga merupakan lokasi sering dikunjunginya setiap hari dan berdasarkan pakaian serta badannya, memang sah itu adalah mayat Mohd Zuri,” katanya.

Tambahnya, kemungkinan Mohd Zuri diserang sawan ketika berada di kawasan tersebut sehingga menyebabkan dia terjatuh ke dalam tali air berkenaan.

Katanya, biarpun Mohd Zuri mengidap sawan dan sering berkelakuan kasar dengannya tetapi pemergiannya amat dirasai kerana arwah seorang yang rajin membantunya di rumah.

“Dia seorang yang rajin tetapi kami sekeluarga perlu sentiasa pandai menjaga hatinya supaya dia tidak bertindak diluar jangkaan jika permintaanya tidak dituruti,” katanya.

Rahman berkata, jenazah anak keenam daripada sembilan beradik itu dikebumikan di Kampung Tepus, Bachok selepas bedah siasat selesai dijalankan malam kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asistent Superintendan Ghazali Daud mengesahkan kes tersebut dan tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kejadian berkenaan.
Maut langgar treler tepi jalan
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012
PASIR MAS – Seorang lelaki yang baru pulang dari tempat kerja menemui ajal dalam kejadian berasingan di Pasir Mas dan Rantau Panjang, semalam.

Penunggang motosikal jenis C70 maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Kilometer (KM) 3, Jalan Pasir Mas Rantau Panjang setelah melanggar treler diletakkan di tepi jalan kira-kira jam 7.45 pagi.

Berikutan kejadian, mangsa, Ismail Merah, 64, yang menunggang sendirian mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Ketika kejadian, Ismail dikatakan dalam perjalanan dari tempat kerja di Lubok Jong ke rumahnya di Kampung Keledang, Salor, Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa tidak menyedari lori yang diletakkan dibahu jalan itu rosak dan merempuh belakang kenderaan itu.

Menurutnya, lori tanpa muatan itu di parkir di tempat kejadian sejak sejak jam 10 malam kelmarin dan pemandunya tidak dapat dikesan di tempat kejadian.

“Pemandu treler berusia 28 tahun kemudian tampil membuat laporan petang semalam.

“Lelaki terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Salor setelah menghantar bijih besi di Butterwort, dia tidak ditahan sebaliknya disoal siasat berhubung kejadian,” katanya semalam.

Haliludin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas untuk bedah siasat dan dituntut keluarga untuk dikebumikan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, dalam kejadian kira-kira 3.45 petang, lelaki yang bekerja sebagai mandor am di Rantau Panjang, Che Mahasan Che Abdullah, 54, meninggal di tempat kejadian setelah motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan di KM1 Jalan Rantau Panjang Lama Jeram Perdah berhampiran Kampung Kedap.

Ketika kejadian, mangsa dari arah Rantau Panjang dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Gual Periok dirempuh kereta jenis Wira berwarna putih dari arah bertentangan.

Bagaimana pun, pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.

Kereta tersebut dipercayai dipandu laju dan merempuh mangsa sebelum tersekat pada dinding bengkel membaiki kenderaan.

Ia juga didapati hanya mempunyai tempat duduk hadapan sahaja, tempat duduk belakang dan tangki minyak diubahsuai.

Sementara itu, rakan mangsa yang bekerja di tempat yang sama dan enggan dikenali berkata, arwah seorang yang suka berseloroh.

Menurutnya, pada hari kejadian, mangsa sempat berseloroh dengannya dan dia sempat memberitahu tentang kematian.

“Saya tidak sangka dia yang akan meninggal dalam kemalangan ini kerana baru pagi tadi berbual mesra dengannya,” katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.
Misteri BMW terbabas
MOHD TAHA YAACOB
23 Mac 2012
Orang ramai melihat keadaan kereta BMW yang terbabas ke dalam parit di Kampung Mak Sara dekat Cabang
JERTIH - “Isteri saya membuka pintu rumah sebaik terdengar bunyi kuat di depan rumah kira-kira jam 5.30 pagi semalam,” kata seorang lelaki yang enggan mendedahkan identitinya.

Menurutnya, isterinya mendapati sebuah kereta terbabas masuk ke dalam parit di depan rumahnya berhampiran Stesen Minyak Petronas di Jalan Kuala Terengganu- Kota Bharu, Kampung Mak Sara di sini.

Apabila keluar dia mendapati asap dan debu menyelubungi kawasan kereta jenis BMW tersebut yang diterangi cahaya lampu jalan.

“Anak saya bergegas ke kereta itu namun mendapati pemandu dan semua penumpang kereta terbabit menghilangkan diri,” katanya.

Difahamkan seramai empat lelaki yang menaiki kereta itu menghilangkan diri dan meninggalkan kenderaan itu sejurus ia terlibat kemalangan.

Kenderaan itu yang datang dari arah Kuala Terengganu dipercayai dipandu laju, sebelum hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain, menyebabkan ia terbabas sejauh kira-kira 100 meter dan terhumban di dalam parit di sebelah laluan bertentangan.

Sebelum itu kereta berkenaan terlebih dan melanggar sebatang tiang elektrik yang berada di pembahagi jalan menyebabkan tiang tersebut tumbang merentang jalan dan menghempap tepi sebuah gerai menjual surat khabar yang kosong.

Rim dan tayar hadapan kereta itu turut tercabut namun dipercayai lelaki yang menaiki kenderaan berkenaan tidak mengalami kecederaan parah.

Difahamkan polis menemui beberapa peralatan yang boleh digunakan untuk tujuan pecah rumah di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian apabila pihaknya mendapat laporan mengenai sebuah kereta mewah yang terbabas.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai pemilik dan tujuan pemiliknya membawa peralatan itu, namun polis tidak menemui peralatan lain yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah,” Katanya.

“Sehingga tengah hari ini, belum ada laporan polis berhubung kemalangan daripada mangsa dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Beliau meminta mana-mana pihak yang melihat kemalangan itu agar menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Kakitangan perubatan lakukan seks oral dengan pesakit
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012
PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.

Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.

Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.

Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Hisap dadah atas kubur
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012
Hisap dadah atas kubur
NIBONG KUBUR – Tindakan biadab sekumpulan kaki dadah menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai port untuk melepaskan gian, membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam satu serbuan kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Ketika ditahan, suspek berusia antara 20 hingga 40-an itu dipercayai sedang khayal selepas mengambil bahan terlarang itu.

Bagaimanapun, mereka lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, apabila menyedari kehadiran polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Tanah Perkuburan Syed Yahya itu.

Namun, mereka berjaya dicekup apabila polis sudah membuat kepungan awal di tanah perkuburan seluas kira-kira 200 meter persegi itu.

Pemeriksaan lanjut mendapati, salah seorang daripada tujuh suspek yang ditahan, menyembunyikan 70 pil berwarna kemerahan disyaki dadah jenis Methapethamine dalam seluar dalam dipakainya, manakala seorang lagi suspek memiliki serbuk putih dalam botol dipercayai dadah jenis Heroin yang ditemui dalam beg sandangnya.

Turut dirampas dalam serbuan terbabit termasuk beberapa buah motosikal milik suspek dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan tangkapan memaklumkan, kesemua suspek masing-masing berasal dari Kampung Sungai Buaya dan Bijangga itu ditahan, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Serah zakat RM3.13 juta
FARAH SHAZWANI ALI
23 Mac 2012
KUALA TERENGGANU – Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM3.13 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu untuk negeri ini bagi tahun 2011 di Istana Maziah di sini, kelmarin.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli untuk menerima wang zakat perniagaan daripada Ketua Pegawai Operasi Lembaga TH, Datuk Kamarudin Mat Ali.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Negeri TH, Mohammad Mokhzani Mukhtar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Yang Dipertua Maidam, Datuk Mazlan Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman.

Kamarudin ketika ditemui Sinar Harian berkata, jumlah zakat perniagaan Tabung Haji bagi 2011 untuk Terengganu menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8 peratus, berbanding jumlah pada tahun 2010, iaitu RM2.9 juta.

“Sehingga 31 Disember 2011, jumlah pendeposit TH Terengganu adalah seramai 537,748 orang berbanding dengan 428,852 orang pada tahun 2010. Simpanan terkumpul pendeposit adalah sebanyak RM2.4 bilion.

“Kita akan membayar zakat perniagaan 2011 sebanyak RM38.6 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri, Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat negeri. Jumlah ini merupakan peningkatan RM2.6 juta daripada tahun 2010, iaitu RM36.1 juta,” katanya.

Menurutnya, peningkatan itu adalah hasil daripada usaha dan kempen sepanjang tahun TH untuk meningkatkan lagi jumlah para pendepositnya.

Malah katanya, pihak TH menyasarkan 50 peratus penduduk Islam di seluruh negara menjadi pendeposit TH menjelang akhir tahun ini.

“Kita melihat peningkatan ini disebabkan keyakinan umat Islam terhadap kredibiliti TH. Malah kita dapat respons yang sangat baik daripada golongan muda dan remaja yang kini mula beralih kepada TH,” katanya.

LTH adalah sebuah badan berkanun dengan aktiviti utamanya adalah dalam operasi pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. Antara sektor pelaburan terasnya adalah perladangan, hartanah, pembinaan, perbankan, teknologi maklumat, minyak dan gas asli, pelancongan, perkhidma­tan dan makanan halal.

No comments:

Post a Comment