Friday, March 23, 2012

CCTV IMAN LEBIH BAIK...JIKA TIADA IMAN DAN TAQWA MEMANG PAYAH...DITAMBAH HUKUM2 ALLAH DIKETEPIKAN DAN DIPANDANG SEPI....

Ibu rayu sumbangan RM35,000
NOOR AZURA SAHRIL
23 Mac 2012
adik Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad
SHAH ALAM – Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2 tahun, yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit, memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Ampang.

Ibunya, Sahida Ramli, 29, berkata, Mawar tiada masalah sewaktu dalam kandungan dan dilahirkan normal.

Bagaimanapun, dua minggu selepas dilahirkan, anaknya itu menangis tanpa henti dan hasil pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati otaknya dijangkiti kuman dan disahkan lumpuh otak.

“Setiap kali diserang penyakit, Mawar akan menangis tanpa henti, muka dan seluruh tubuhnya jadi kebiruan dan akan tercungap-cungap.

“Ibu mana sanggup melihat anaknya begini. Walaupun Mawar tidak mampu meluahkan kata-kata, saya dapat rasakan kesakitan yang ditanggungnya itu,” katanya.

Penderitaan Mawar itu juga menyebabkan Sahida dan suaminya, Farid Alsuwad Mohamed Maki, 34, menghadapi kesempitan hidup disebabkan kos rawatan setiap bulan.

Sahida mahu Mawar menjalani pembedahan segera di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, kerana hospital kerajaan tidak dapat melakukannya pada kadar segera.

“PPUM telah merujuk Mawar untuk menjalani pembedahan segera di Institut Jantung Negara (IJN), tetapi sehingga kini IJN telah beberapa kali menangguhkan pembedahan kerana kesihatan Mawar tidak mengizinkan.
7 lokasi berisiko
HIDAYAH HAIROM
23 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Pembangunan baru bagi projek perumahan mahupun perindustrian besar di tujuh daerah meliputi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor yang dikenal pasti sebagai kawasan mempunyai masalah serius dari segi tekanan bekalan airnya, adalah tidak digalakkan dan tidak akan diluluskan.

Tujuh daerah berkenaan adalah Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berkata, pihaknya menasihatkan agar pemaju yang berhasrat untuk merancang pembangunan perumahan di kawasan tersebut agar merujuk kepada Syabas.

Ini kerana menurutnya, kapasiti bekalan air di tujuh daerah berkenaan adalah sekadar memenuhi permintaan penduduk dan mereka berisiko mengalami masalah bekalan air yang serius sekiranya perumahan bertambah.

“Dalam tempoh 1 Januari 2012 hingga 12 Mac 2012, sejumlah 75 projek pembangunan tidak dapat diluluskan Syabas berikutan bekalan air yang tidak cukup untuk menampung keperluan permintaan sedia ada.

“Jika mereka (pemaju) mahu membuat pelan boleh, tetapi sekiranya mereka mahu mendapatkan bekalan air, saya tidak boleh jamin. jadi saya tidak mahu luluskan kawasan berkaitan yang tiada air setakat ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Sambutan Hari Air Sedunia 2012, di Ibu Pejabat Syabas, di sini, semalam.

Rozali berkata, penyelesaian jangka panjang bagi isu tersebut adalah mendapatkan sumber baru menerusi Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (1130JLH - Fasa 1), namun jangkaan siap bagi projek tersebut masih belum dapat dipastikan.

Beliau dalam pada itu berkata, Kerajaan Negeri Selangor kini gagal membuat bayaran ganti rugi yang sehingga kini mencecah RM1.6 bilion.

Disebabkan itu katanya, Syabas tidak dapat membuat bayaran sepenuhnya kepada Puncak Niaga, Splash, dan Abbas.

“Bagaimanapun kita akan teruskan operasi walaupun dalam keadaan kewangan berkurangan dan Puncak Niaga sendiri sebagai syarikat pembekal air tidak dapat bayaran sepenuhnya, mereka tiap-tiap bulan menanggung subsidi jutaan ringgit untuk operasi air di Selangor,” katanya.

Bertepatan dengan tema Hari Air Sedunia 2012 iaitu ‘Air dan Jaminan Makanan’, Syabas dan Puncak Niaga Sdn Bhd mengambil inisiatif melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari berlangsungnya sambutan.

Satu pameran besar-besaran turut dilakukan dan orang ramai juga berpeluang melawat loji rawatan air yang dibuka bersempena sambutan tersebut.

“Akhirnya, doktor pakar di hospital kerajaan menasihatkan saya ke Gleaneagles kerana pakar perubatan di sana boleh melakukan pembedahan segera, namun saya dimaklumkan, kos perubatan di sana adalah RM35,000 dan ini di luar kemampuan kami.

“Semenjak Mawar sakit, suami terpaksa berhenti kerja kerana menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menjaga Mawar. Sukar bagi pengasuh menjaga Mawar dalam keadaannya itu.

“Hanya saya bekerja, namun sebagai kakitangan kerajaan pangkat rendah, pendapatan bulanan tidak mencukupi bagi menampung kehidupan kami sekeluarga. Mawar juga perlu diberikan susu khas dan memerlukan lampin pakai buang,” katanya.

Sahida berkata, anaknya memperoleh elaun RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibayar empat bulan sekali.

“Kami sekeluarga perlu ikat perut, dengan dua lagi anak yang bersekolah dan sewa rumah yang tertunggak. Tidak termampu bagi kami mengumpulkan RM35,000 itu,” katanya.
Orang ramai boleh menyumbang derma ke akaun Bank Islam milik Mawar 12-21602002450-1 atau menghubungi Farid di talian 010-5430339 atau Sahida (019-3939103).
Bayi lelaki maut
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012
KLANG - Seorang bayi malang berusia tiga bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kelmarin.

Difahamkan, bayi lelaki terbabit, sebelum itu berada dalam jagaan sebuah taska di Setia Alam, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian, selepas pihak hospital menghubungi polis kira-kira jam 4.45 petang, kelmarin.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Bedah siasat ke atas bayi itu sudah dijalankan dan contoh ususnya juga dihantar ke Jabatan Kimia untuk diuji.

“Kita sedang menunggu laporan lengkap bedah siasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ketika ditanya sama ada terdapat kecederaan fizikal pada tubuh bayi terbabit, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Kita tak boleh dedahkan apa-apa buat masa ini kerana siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Zahedi mengesahkan hanya menerima laporan daripada pihak taska, manakala keluarga bayi terbabit belum membuat laporan.
Kahwin RM9.90
NURULFATIHA MUAH
23 Mac 2012
Pelamin
SHAH ALAM - Dengan harga serendah RM9.90 untuk seorang, ‘semua orang boleh kahwin’.

Itu slogan yang menjadi trademark pakej baru ditawarkan perunding perkahwinan, Kamalinda Catering, Event and Wedding Planner (Kamalinda).

Pemiliknya, Ashraf Mohammed berkata, melalui pakej dengan minimum 1,000 tetamu itu, pelanggan memperoleh set makanan pilihan, lima kanopi termasuk khemah pengantin dan pelamin 10 kaki lebar.

“Kita sedia maklum orang yang hendak kahwin ini memerlukan kos tinggi, jadi kami cuba ambil pendekatan dengan kurangkan perbelanjaan mereka.

“Buat masa ini, sambutan pakej ini sangat menggalakkan. Sejak dilancarkan Februari lalu, kita sudah dapat 30 tempahan,” katanya pada Majlis Perasmian Galeri Perkahwinan Kamalinda, di sini, semalam .

Ashraf berkata, pihaknya turut menawarkan pakej ulang tahun perkahwinan dengan harga serendah RM59.90.

Kamalinda katanya, turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menggunakan Stadium Shah Alam, di sini menggantikan penggunaan dewan sebagai lokasi perkahwinan dalam usaha untuk mempromosikan kawasan itu.

“Ini pertama kali kita adakan program di stadium ini, kami tunjukkan situasi sebenar majlis berlangsung di mana pelbagai pakej perkahwinan yang kami tawarkan dengan tema Perancis, taman, Arab, ‘Funky’ dan elegan kontemporari, pelanggan boleh pilih tema dan konsep mengikut bajet mereka,” katanya.

Setelah 13 tahun beroperasi, lebih 250 pelanggan hadir dalam majlis itu untuk menyaksikan sendiri pakej yang ditawarkan Kamalinda.

Seorang pelanggan, Zulianee A Rahim, 25, berkata, dia yang merancang berkahwin hujung tahun ini memilih pakej RM9.90 kerana harganya yang disifatkan sangat berpatutan.

“Promosi yang mereka jalankan bagus kerana saya bersama keluarga dapat lihat sendiri keadaan sebenar ketika majlis perkahwinan nanti, bukan setakat tengok gambar saja,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pakej perkahwinan boleh menghubungi Alynn di talian 019-311 3291.
Kes khalwat belia paling tinggi
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012
diskusi
GOMBAK – Tangkapan membabitkan kes khalwat masih mencatatkan angka tertinggi di antara kesalahan utama jenayah syariah direkodkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 2011 iaitu sebanyak 1,734 kes.

Pegawai Hal Ehwal Jais, Ustaz Sharom Maarof berkata, statistik itu masih dianggap besar meskipun ia mencatatkan penurunan berbanding tangkapan kes sama pada 2010.

“Sebanyak 1,783 kes tangkapan dibuat pada 2010 dan kebanyakan mereka yang ditangkap khalwat berumur 20 hingga 30 tahun,” katanya pada Diskusi Isu Sosial Semasa (Diksi) Siri 3 anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di sini, semalam.

Menurutnya, banyak faktor yang boleh menjadi penyumbang kepada khalwat antaranya pakej bayaran murah mengikut jam yang ditawarkan hotel bajet.

Beliau berkata, kesalahan lain yang sering dilakukan termasuklah berjudi di mana pada 2010, sebanyak 331 tangkapan dibuat dengan penurunan ketara dicatatkan pada 2011 apabila tangkapan yang dibuat hanya 75.

“Lain-lain kesalahan termasuklah mabuk kerana minuman keras pula hanya 18 tangkapan dibuat pada 2011 berbanding tahun sebelumnya 96 kes dicatatkan,” katanya.

Berhubung masalah sosial dalam kalangan remaja pula, Profesor Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Turiman Suandi berkata, ibu bapa masih berperanan besar dalam mendidik anak di rumah.

“Masalah sosial paling banyak berlaku dalam kalangan remaja Melayu, jadi nilai agama harus diterapkan dari rumah dan ketua keluarga iaitu ayah perlu mengamalkan sembahyang berjemaah bersama keluarga selain makan bersama perlu dipraktikkan bagi membentuk keluarga yang harmoni dan taat perintah agama,” katanya.

Menurutnya, mungkin kedua-dua saranan ini nampak remeh namun ia berperanan besar bagi mengelak kejadian lari dari rumah, terjebak dalam dadah dan termasuk kes penceraian membabitkan suami isteri,” katanya.
Salah tegur: Lelaki cedera dibelasah kumpulan mabuk
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012
KAJANG - Hanya kerana menegur membuat bising, seorang lelaki cedera dipukul enam lelaki menggunakan topi keledar kira-kira jam 1.30 pagi, Isnin lalu.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, berusia 34 tahun itu cuba menegur salah seorang ahli kumpulan berkenaan yang dikatakan membuat bising di hadapan rumahnya yang terletak berhampiran dengan taman permainan di kawasan Bandar Mahkota Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, ketika mangsa sedang bercakap dengan salah seorang ahli kumpulan itu, dia dipukul oleh ahli kumpulan lain yang disyaki ketika itu mabuk.

“Mangsa terjatuh dan menjerit meminta tolong sebelum beberapa penduduk datang membantu, sementara keenam-enam lelaki itu melarikan diri,” katanya.

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dan dikenali mangsa untuk membantu sisatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Wajar pasang CCTV di masjid
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012
Mangsa hanya menyedari kasut atau selipar mereka hilang selepas solat Jumaat.
KUALA KUBU BHARU – Pergi solat Jumaat pakai selipar buruk atau sanggup berkaki ayam untuk ke masjid.

Itu langkah paling selamat diambil kebanyakan lelaki ketika mahu menunaikan solat Jumaat kerana takut selipar atau kasut hilang atau dicuri.

Tetapi, sampai bila keadaan atau dilema itu menghantui jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat.

Pastinya ada langkah sesuai yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah itu antaranya dengan meningkatkan tahap keselamatan di masjid-masjid.

Ada yang mencadangkan supaya masjid dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan tidak kurang juga yang mahu pengawal keselamatan di tempatkan di setiap masjid.

Persoalannya, wajarkah kaedah itu dilaksanakan dan mampukah ia menyelesaikan kes kehilangan selipar dan kasut di masjid.

Sinar Harian telah membuat tinjauan di beberapa buah masjid sekitar daerah ini dan maklum balas yang diterima cukup positif.


Ramai sambut baik cadangan

Menurut Hassan Basri, 60, cadangan pemasangan CCTV disambut baik namun beliau memikirkan kos yang perlu ditanggung bagi tujuan itu.

Menurutnya, terdapat kaedah lebih mudah dilakukan iaitu meletakkan rak kasut berkunci di setiap masjid.

“Kos pemasangan rak kasut lebih murah berbanding CCTV dan ia sedikit sebanyak membantu jemaah yang bimbang kehilangan kasut.

“CCTV memerlukan kos yang tinggi dan pengaktifan pita rakaman serta pemantauan berterusan,” katanya.

Bagaimanapun Hassan berkata, perbincangan mengenai perkara itu perlu diadakan antara pihak jawatankuasa masjid dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Menurut Hassan, kebanyakan kes kecurian berlaku ketika para jemaah menunaikan solat dan masa yang diambil oleh penjenayah cukup singkat.

Menurutnya, penjenayah terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk pelajar sekolah, penganggur dan penagih dadah.


Laporan kehilangan meningkat

Bagi Kamarudin Talib, 65, cadangan pemasangan CCTV sangat relevan dan amat diperlukan ketika ini.

Menurutnya, pemantauan bukan sekadar pada hari Jumaat malah setiap waktu solat kerana terdapat beberapa aduan mengenai kes kehilangan motosikal, topi keledar, kereta dan barangan berharga dalam kenderaan jemaah.

“Langkah ini sangat perlu kerana ketika ini terdapat banyak laporan mengenai kehilangan selipar dan kasut pada setiap minggu dan ini bukan perkara remeh.

“Tindakan sewajarnya harus diambil kerana bukan saja selipar atau kasut yang hilang tetapi barangan masjid seperti sistem audio dan pembesar suara malah ada tabung masjid yang turut dicuri penjenayah,” katanya.

Menurutnya, terdapat laporan kejadian kereta hilang di Masjid As Salam, Bukit Sentosa dan tidak kurang juga yang kehilangan komputer riba, telefon bimbit dan wang dalam kereta yang dipecahkan penjenayah.

Sementara itu, Nazir Masjid Jamek Ar Rahman, Hulu Bernam, Khairur Rahimin Harun berkata, jawatankuasa masjid pernah membincangkan untuk meletakkan pengawal keselamatan di masjid itu.

Menurutnya, langkah itu dilihat lebih berkesan namun masih belum diputuskan.

“Sebenarnya, semua ini bergantung kepada iman dan takwa seorang kerana setinggi mana pun tahap keselamatan diletakkan jika seseorang itu tidak takut pada ALLAH SWT maka kejadian seperti ini tetap berlaku,” katanya.


Elak terus berlarutan

Dalam pada itu, Nazir Masjid Al Falah, Hulu Yam Bharu, Razali Mokhtar berkata, beliau menyambut baik cadangan itu dan sekiranya perlu masjid wajar dibekalkan CCTV.

Menurutnya, kes kehilangan kasut atau selipar bukan masalah baru bahkan ia sudah menjadi penyakit dalam masyarakat.

“Walaupun kes seperti ini agak terpencil namun pendedahannya mampu menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan terlalu lama.

“Amat wajar jika cadangan pemasangan CCTV dillaksanakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment