Tiga kabin pejabat hangus
23 Mac 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, kira-kira 250 pekerja di tapak projek tersebut panik dan menyelamatkan diri dan barang masing-masing yang terdapat di rumah kongsi berdekatan kabin berkenaan.
Seorang pekerja, Rosli Mohd, 34, berkata, dia yang berada tidak jauh dari tempat kejadian ternampak asap tebal dari arah kabin sebelum mengambil pemadam api dan bergegas untuk memadam api yang mula marak.
Bagaimanapun katanya, tiga pemadam api yang digunakan tidak berjaya mengawal kebakaran yang semakin merebak.
“Saya bersama rakan sekerja yang lain berusaha memadam api namun tidak berjaya sehingga bomba tiba.
“Saya melihat rakan yang tinggal di rumah kongsi lari menyelamatkan diri dan barang masing-masing kerana takut api merebak ke rumah mereka,” katanya kepada Sinar Harian
Saksi kejadian, Jamil Jusoh, 31, berkata, dia yang berada di kedai keropok di seberang jalan melihat percikan api sebelum asap tebal dari arah kabin yang dijadikan pejabat itu.
Katanya, sejurus itu dia menyeberang jalan untuk melihat keadaan dengan lebih dekat.
“Ketika itu, saya sedar bahawa berlaku kebakaran dan segera menghubungi pihak bomba manakala pekerja di tapak projek itu sudah lari menyelamatkan diri kerana bimbang berlaku letupan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan, berkata, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng menerima panggilan pada jam 5.35 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama lapan anggota melibatkan satu jentera dan sebuah van.
Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 55 minit untuk memadam kebakaran melibatkan tiga kabin itu.
“Ketiga-tiga kabin tersebut musnah dalam kejadian itu manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
“Tiada kemalangan jiwa berlaku malah semua pekerja di tapak projek itu selamat menyelamatkan diri masing-masing,” katanya.
Rintihan Orang Asli Gopeng
23 Mac 2012
Masalah itu dirumitkan dengan kekurangan kemudahan seperti peralatan memotong dan liputan rangkaian komunikasi sehingga mereka mengambil masa selama lebih lima jam untuk menyelesaikan masalah itu.
Kampung yang terlibat adalah Kampung SungaiSat Hulu, Sungai Sat Hilir, Empang Man, Kepayang dan Kapur.
Tok Batin, Bah Tujen a/l Bah Tinang berkata, ketika kejadian pada jam 5 petang, Isnin lalu, seorang kontraktor nyaris maut apabila kenderaan miliknya tersepit dalam kejadian pokok tumbang.
Menurutnya, pemilik kenderaan itu turut berjalan sejauh dua kilometer bagi mendapatkan bantuan dari penduduk setempat.
“Kami tidak mempunyai kelengkapan seperti mesin gergaji dan sebagainya, kami terpaksa menggunakan parang dan beliung untuk menetak pokok-pokok seperti petai dan durian.
“Kami berusaha memotong sehingga jam sembilan malam dengan bantuan penduduk. Malah, ia hanya memuatkan sebuah kenderaan kecil untuk lalu dan ia membahayakan penduduk lain,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Katanya, pihaknya memohon kepada pihak berkaitan untuk menyediakan sebuah mesin gergaji di setiap kampung untuk kemudahan mereka ketika waktu kecemasan.
“Bermula awal Mac lalu, lebih lima kejadian pokok tumbang berlaku dan hanya dapat diselesaikan dengan bergotong-royong.
“Kami gembira dengan bantuan seperti adanya kemudahan jalan berturap batu sejauh 10 kilometer namun, tiadanya liputan komunikasi menyebabkan kami sukar untuk mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku bencana alam,” katanya.
Nelayan didenda RM7,000 akibat beri suapan RM300
23 Mac 2012
Hakim Julie Lack Abdullah turut memerintahkan Cheng Weai Loun, 23, supaya menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Sebelum menjatuhkan hukuman itu, beliau sempat memberi peringatan kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesilapan sama.
Weai Loun didakwa atas tuduhan memberi suapan RM300 kepada Pembantu Penguatkuasa, Mohammad Ruzaimi Khairi Rusam dari JPJ Negeri pada jam 11.50 pagi, 9 Mei 2011.
Wang itu didakwa diberikan sebagai dorongan agar anggota JPJ itu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pekerjanya seorang warganegara Indonesia, Jefri Dakosta.
Berdasarkan fakta kes, Jefri Dakosta memandu lori ikan yang mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain, tidak mempunyai cukai jalan yang sah dan tiada perlindungan insurans dan dia melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah selepas pendakwaan pendakwaan terhadapnya yang dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana yang lebih tinggi.
Dia bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah apabila ditawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara satu perempat daripada tempoh maksimum kesalahan asal atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalikan Pendakwa SPRM, M Kathan.
Pemuda maut motosikal rempuh babi hutan
22 Mac 2012
Pemangku Ketua Polis Trafik Negeri, DSP Mohamad Roy Hashim berkata, Azlan Harun, 26, berasal dari Pantai Remis yang mengalami kecederaan di kepala dan badan, meninggal dunia ketika dirawat di sebuah kelinik di Pantai Remis.
Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya ketika di hubungi hari ini.
Beliau berkata, kejadian berlaku pada 7.50 malam ketika Azlan dalam perjalanan dari Sitiawan ke rumahnya apabila dia merempuh sekumpulan babi hutan yang tiba-tiba melintas jalan menyebabkan mangsa terbabas dan tercampak di atas jalan.
Seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu kemudian membantu Azlan membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan tetapi dia meninggal dunia ketika dirawat, kata Mohamad Roy.
Dalam kejadian lain, seorang remaja berusia 19 tahun mati di tempat kejadian selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta pelbagai guna di Km 3 Jalan Kampung Koh-Simpang Dua, juga dekat Sitiawan malam tadi.
Kejadian berlaku pada 8.30 malam, apabila Welfred Markus a/l Usan dari Taman Jati, Sitiawan, dalam perjalanan pulang ke rumah
5 individu dicari bantu siasatan
23 Mac 2012
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya menerima 15 laporan kes penipuan yang dipercayai dilakukan oleh sebuah syarikat di Taman Intan Nova, di sini.
Menurutnya, kesemua kes yang dilaporkan berlaku pada tahun ini dan jumlah kerugian mencecah RM435,049.
“Mereka yang dicari bagi membantu membantu siasat termasuk pasangan adik beradik L Thukksen, 38 dan L Panjavernam, 34, Gui Mei Lee, 36, Remi Abdullah, 27, serta Nursiah Matan, 32,” katanya.
Ditanya mengenai modus operandi suspek, Kok Liang berkata, suspek memperdaya mangsa melalui panggilan telefon dengan menyatakan mangsa memenangi hadiah cabutan bertuah anjuran syarikat mereka.
“Apabila mangsa sudah percaya dan termakan pujuk rayu suspek, mereka diminta hadir ke syarikat berkenaan sebelum diminta membayar wang sebanyak RM8,450 sebagai cagaran bagi membolehkan mangsa mendapatkan hadiah wang sejumlah RM25,000.
“Mereka kemudiannya diberikan satu set kerusi urut berjenama. Bayaran cagaran tadi sebenarnya adalah harga kerusi urut ini” katanya.
Tambahnya, ada sesetengah mangsa yang termakan tipu helah suspek sehingga sanggup menyerahkan wang cagaran setinggi RM58,000.
“Setakat ini, mangsa yang diperdaya menyerahkan wang mereka antara RM500 hingga RM58,000.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sitti Zubeda M Kassim atau Inspktor James Lim Thien Siang di talian 05-629 9222 bagi membantu sisasatan,” katanya.
Bantu keluarga malang
23 Mac 2012
Penduduk, Juliah Jamaludin, 41, berkata, dia mengalami masalah obesiti dan perlu menjalani pembedahan di kakinya akibat terdapat bisul besar.
Menurutnya, akibat masalah itu, dia tidak dapat bekerja sementara suaminya, Mustafa Yusof ,68, baru sahaja pulih daripada angin ahmar dan masih memerlukan rawatan.
“Anak saya pula, Hamizan Yusof ,13, merupakan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang tidak mampu untuk berdikari sendiri.
“Kami kini hanya mengharapkan bantuan bulanan Hamizan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara kehidupan,” katanya ketika menerima kunjungan Pas Kawasan Parit Buntar.
Mujahid berkata, Pas Parit Buntar bertindak mengadakan program gotong-royong untuk membina tandas duduk bagi kegunaan Juliah dan memberikan sumbangan kepada anaknya.
Jelasnya, pembinaan tandas tersebut lakukan pasukan Unit Amal bagi kemudahan Juliah yang baru menjalani pembedahan di bahagian kaki.
Kepala pecah jatuh bangunan
23 Mac 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berumur 45 tahun, maut dalam keadaan ngeri berikutan kepalanya pecah dan otak bertaburan sejauh tiga meter.
Menurut seorang saksi yang juga penghuni tetap rumah pangsa tersebut, N Sriphothi, 27, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumah di tingkat lapan, namun terdengar bunyi bising menyebabkannya keluar rumah.
“Sejurus saya keluar, saya lihat orang ramai memandang ke atas dan mendapati seorang lelaki berpakaian kemas berada di balkoni tingkat 14 dalam keadaan duduk manakala kaki terjuntai.
“Saya bersama beberapa penduduk berlari dengan menaiki tangga ke tingkat atas untuk menyelamatkan mangsa namun sejurus tiba ke tingkat 13, mangsa sudah terjatuh,” katanya.
Seorang lagi saksi, D Parameswari, 56, pula berkata, ketika kejadian, dia menyidai pakaian di hadapan rumah namun terdengar bunyi bising dari atas rumah.
“Saya mencari punca bunyi bising dan melihat seorang lelaki berada di tingkat 14 dalam keadaan mencurigakan.
“Saya amat takut dan terus masuk ke rumah. Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat berhampiran rumah,” katanya.
Menurutnya, sejurus keluar, dia melihat seorang lelaki dalam keadaan mengerikan berikutan kepala pecah dan otaknya bersepai.
Parameswari berkata, kejadian itu adalah pengalaman kedua yang dialaminya sejak tiga tahun tinggal di rumah pangsa berkenaan.
“Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana sebelum itu, saya ada beritahu rakan bahawa tiada lagi kes orang terjun bangunan kerana kawasan rumah pangsa ini akan dipasang pagar oleh pihak berwajib.
“Bagaimanapun, bila terjadi kejadian ini dan saya menjadi saksi, saya berasa takut serta trauma,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
Difahamkan, mangsa bukan penghuni rumah pangsa terbabit, sebaliknya tinggal bersama ibu berusia 70-an di sebuah rumah orang tua di Rantau, di sini.
Menurut sumber, mangsa dipercayai bertindak terjun bangunan akibat tekanan hidup miskin dan menghidap barah limpa.
Tendang dinding selamatkan diri
23 Mac 2012
Azizi berkata, anaknya Salina Asmida Aziz, 19, nekad menendang dinding papan di bahagian anjung rumah kerana terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan rumah yang disewanya sejak 10 tahun lalu di Kampung Keru, awal malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, anaknya pengsan sebaik sahaja dinding papan berkenaan berjaya dirobohkan.
“Semasa kejadian, isteri saya, Suzana Osman, 39, sebenarnya sudah siap sedia menunggu di bahagian luar anjung rumah dan mencari jalan untuk selamatkan anak tetapi terkejut apabila dinding papan yang berbara roboh.
“Nasib baik isteri saya menunggu di situ dan segera menarik anak saya yang pengsan ke kawasan hutan berhampiran,” katanya.
Menurutnya, Salina dikejarkan ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan kerana mengalami kecederaan, selain sedikit rambutnya juga terbakar.
“Saya cuma sempat selamatkan dompet dan pakaian kerana api marak dengan cepat. Barang sekolah anak saya, Sarah Anisa Aziz, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini juga habis terbakar.
“Berikutan kejadian ini, anggaran kerugian melebihi RM10,000,” katanya.
Aziz berkata, dia berharap dapat mencari tempat menumpang teduh dan akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Keru, Zainah Dahan untuk mendapatkan penempatan sementara,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Razali Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.25 malam dan tiba bersama lapan anggota di lokasi kejadian sekitar jam 8.35 malam.
Menurutnya, sebaik tiba, pihaknya mendapati api sudah marak.
“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa 10 minit. Bagaimanapun, punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir pula berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu mencari penempatan untuk keluarga Aziz, sementara permohonan di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau Mesra Rakyat dibuat.
Kereta Perdana V6 bertembung lori
23 Mac 2012
Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, lori berkenaan dari arah Kuala Pilah ke Seremban dan mangsa, Mohd Hanis Samsudin, 25, yang memandu kereta Perdana V6 pula dari arah Seremban ke Kuala Pilah.
Jurucakap polis berkata, akibat hentakan kuat, kaki sebelah kanan mangsa patah, manakala pemandu lori, Abd Salam Omar, 40-an, tidak cedera dan kelindannya, Ramburuj Katar, 31, hanya mengalami luka ringan.
“Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, manakala kelindan lori berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban,” katanya.
No comments:
Post a Comment