Godaan RM70 ‘ting-ting’
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my
djuns@hmetro.com.my
Namun, kelicikan kedua-dua suspek yang berusia 16 dan 19 tahun yang popular dengan gelaran ‘ting-ting’ itu berakhir Selasa lalu apabila dicekup polis selepas pelanggan mereka membuat laporan polis kerana disamun.
Terdahulu, dalam kejadian pada jam 7.45 malam, kedua-dua mangsa yang juga rakan sekerja dikatakan terpedaya dengan wanita berkenaan yang mengaku menawarkan perkhidmatan seks dengan harga murah iaitu RM70.
Selepas bersetuju, mangsa bersama suspek masuk ke bilik khas masing-masing sebelum wanita berkenaan berbaring di atas katil dan menutup lampu.
Ketika sedang asyik bermesra dalam keadaan separuh bogel, seorang lelaki yang juga kenalan suspek menyusup ke dalam kedua-dua bilik melalui pintu rahsia dan melarikan dompet dan telefon bimbit mangsa di dalam poket seluar.
Pembunuh staf kedutaan kita dijel 18 tahun
MELBOURNE: Seorang pelajar kelahiran Indonesia kelmarin dijatuhi
hukuman penjara 18 tahun selepas didapati bersalah membunuh kekasih
ibunya berasal dari Malaysia.
Andrew Iskander, 21, berdepan hukuman penjara maksimum selama 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi New South Wales atas kesalahan membunuh Mohd Shah Saemin, 43, dari Melaka, di Leichhardt di bahagian barat Sydney, tengah malam 21 Februari 2010, lapor Australian Associated Press (AAP).
Hakim David Davies turut mengenakan hukuman penjara tertangguh selama setahun 11 bulan dan 15 hari terhadap ibu Andrew, Nita Iskandar, 48, kerana bersubahat.
Andrew pada November lalu memberitahu juri, dia menggunakan tukul untuk mempertahankan diri selepas Mohd Shah, yang bekerja dengan ibunya di Kedutaan Malaysia di Sydney, menyerangnya dan bapanya.
Tertuduh menafikan merancang pembunuhan itu atau mengetahui hubungan sulit ibunya dengan Mohd Shah yang bekerja sebagai pemandu di Kedutaan Malaysia.
Namun, mahkamah mendapati pembunuhan itu dirancang antara Andrew dan bapanya selepas hubungan sulit berkenaan diperkatakan di kalangan komuniti Indonesia di Sydney.
Sehari kemudian pada 29 November, mahkamah mendapati Nita bersalah kerana bersubahat berikutan tindakannya membantu Andrew melarikan diri ke Singapura selepas Mohd Shah dipukul sehingga mati.
Peguam Nita, David Price memberitahu mahkamah Nita bertindak atas naluri keibuan ketika membantu Andrew meninggalkan negara.
“Lelaki yang dicintai, teman baiknya... seseorang yang dia mahu
kahwini dibunuh dengan kejam di jalanan kerana suaminya enggan menerima
hakikat hubungannya dengan si mati,” Price dipetik sebagai berkata oleh
AAP, memberitahu mahkamah. — Bernama
SAKIT...gambar menunjukkan kesan akibat dipukul.
LAPOR...Yap (kiri) dan Chew menunjukkan laporan yang dibuat.
KUALA LUMPUR: Dua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
mendakwa sakit belakang dan sesak nafas selepas dibelasah dua pelatih
lain dalam dua kejadian berasingan selang 15 minit di asrama mereka di
Alor Gajah, Melaka, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian bermula jam 2.15 pagi itu, dua pelatih terbabit iaitu Yap Chun Jen dan Chew Chee Yong, 18, mendakwa ditumbuk dan ditendang di perut, kaki dan belakang badan oleh dua pelatih terbabit yang datang menemui mereka dengan membawa sekumpulan pelatih lain.
Menurut Yap yang berasal dari Puchong, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum didatangi sekumpulan 20 pelatih mengejutkannya dan seorang daripada mereka mengarahkannya keluar untuk berbincang berikutan itu hari terakhir mereka menjalani latihan.
“Takut dikelilingi pelatih saya hanya menurut, namun sejurus selepas menjejakkan kaki keluar pintu asrama, mereka menumbuk tepat di perut serta menendang kaki saya.
“Pelatih itu kemudian menyuruh saya memukulnya semula dan selepas saya berbuat demikian, dia terus memukul di belakang badan pula,” katanya ketika membuat sidang media di Kepong, di sini, semalam.
Yap berkata, dia dibelasah akibat perselisihan faham yang berlaku antara mereka semasa permulaan program, Januari lalu.
Dalam kejadian kedua yang berlaku 15 minit selepas itu, Chew mendakwa diserang di bilik asramanya oleh seorang pelatih yang menuduhnya pernah menumpahkan air.
“Saya tidak pernah menumpahkan air dan sepatutnya, pada hari akhir latihan, pelatih lebih bijak dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan faham, bukannya menghukum dengan cara ini,” katanya.
Jurulatih yang menerima aduan mangsa kemudian membawa mangsa
membuat pemeriksaan doktor di Hospital Alor Gajah (HAG) sebelum dibawa
ke Balai Polis Simpang Ampat oleh ibu bapa masing-masing untuk membuat
laporan polis. Sementara itu, Ketua Pasukan Petugas MCA Kepong, Tan
Kok Eng berkata, MCA akan berhubung terus dengan PLKN, untuk
mendapatkan penjelasan bagaimana perkara itu boleh berlaku serta akan
membuat susulan dengan polis bagi memastikan tindakan sewajarnya
diambil.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan telah mengarahkan pengurusan PLKN Alor Gajah membuat laporan penuh kejadian itu.
KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak menyerahkan wang kepada suami, seorang
remaja ditampar sebelum dicekik selepas lelaki terbabit datang
menyerangnya di tempat kerja di sebuah kedai makan di Cheras, awal pagi
kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, remaja berusia 18 tahun berada di kaunter, terkejut apabila suaminya muncul meminta menyerahkan wang.
Menurut sumber, mangsa kemudian memaklumkan tidak mempunyai wang kerana masih belum gaji.
“Namun, suaminya enggan mempercayai dan tetap mendesak mangsa menyerahkan wang kerana dia memerlukannya.
“Mangsa kemudian meminta suaminya pulang ke rumah terlebih dahulu kerana dia masih bekerja dan tidak elok jika masalah mereka dilihat pelanggan,” katanya.
Sumber berkata, permintaan mangsa itu menyebabkan suaminya naik angin dan terus menghamburkan kata-kata kesat sebelum bertindak menamparnya beberapa kali.
“Selepas menampar, suami mangsa kemudian terus merampas dompet mangsa sebelum mengambil wang tunai sebanyak RM60,” katanya.
KOTA BHARU: Selepas dihukum penjara 16 tahun dan lapan sebatan minggu
lalu, seorang lelaki digelar ‘perogol bersiri’ sekali lagi dihukum
penjara lapan tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen, semalam atas
tuduhan merompak dan menceroboh rumah pengurus kedai emas dengan pisau,
hujung tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas Amran Che Jaafar, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Atas tuduhan merompak, dia dikenakan penjara lapan tahun dan lima sebatan, manakala hukuman penjara tiga tahun dikenakan atas tuduhan menceroboh.
Azman memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak. Beliau sebelum itu mengarahkan hukuman terbabit berjalan berasingan dengan hukuman terhadap kesalahan rogol yang dijatuhkan minggu lalu.
Mengikut pertuduhan, Amran didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry, wang tunai RM250, kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Islam dan lesen memandu milik mangsa berusia 38 tahun di Kubang Kerian, di sini, pada jam 8 pagi, 15 November 2011.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 392, Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397, kanun sama.
Pada tarikh, waktu dan tempat yang sama Amran turut didakwa menceroboh rumah mangsa menggunakan pisau yang didakwa mengikut Seksyen 451, Kanun Keseksaan.
KUALA LUMPUR: “Perasaan dendam yang disimpan sekian lama apabila
mendapat tahu isterinya mengandungkan anak orang lain antara faktor
menyebabkan si suami melepaskan tekanan terbabit ke atas anak itu dengan
mendera dan memukulnya selepas ia dilahirkan.
“Kehadiran cahaya mata yang tidak diingini apatah lagi ia hasil benih orang lain menyebabkan ego lelaki itu tercalar selain terpaksa memikul beban yang semakin bertambah secara tak langsung memberi tekanan emosi kepadanya,” kata Pendakwah, Dr Wan Akashah Abdul Hamid.
Menurutnya, tekanan yang melampau dalam diri menyebabkan seseorang itu akan menjadi cepat panas baran selain mudah bertindak agresif sekiranya sesuatu perkara berlaku tidak mengikut kemahuannya.
Katanya, tindakan memukul dan mendera akan terus berlarutan kerana didorong rasa benci yang membuak selain tiada kekuatan untuk melawan emosi dan perasaan marah daripada terus menguasai diri.
“Bagi si anak pula, dia akan mengalami tekanan perasaan apabila kehidupannya dipenuhi rasa benci namun keadaan itu boleh ditangani sekiranya ibu memainkan peranan dengan memberi perhatian kepada anak terbabit,” katanya.
Kenyataan itu dibuat ketika diminta mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai seorang bapa berterusan mendera anaknya disebabkan dia terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ dengan mengahwini isteri mengandungkan anak orang lain.
BEAUFORT: Misteri kehilangan seorang pemandu teksi sejak empat hari
lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dengan kesan jerutan dipercayai
dibunuh sebelum ditanam di Pantai Sawangan, Kuala Penyu, di sini.
Mayat Chin Kui Fui, 42, ditemui tertanam di pantai itu jam 5 petang kelmarin susulan tertangkapnya empat suspek remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis menyatakan Chin tidak pulang ke rumahnya di Mesapol, Sipitang selepas keluar, 14 Mac lalu.
“Polis melancarkan gerakan dan menemui teksi mangsa dinaiki dua remaja di Jalan Simpang Tiga, Sipitang-Tenom sehari kemudian.
“Kedua-dua remaja itu ditahan dan soal siasat ke atas mereka membawa kepada penahanan dua lagi rakan di Sipitang dan bandar ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati semua suspek menahan teksi dipandu mangsa di Sipitang dan meminta dihantar ke Beaufort. “Hasil soal siasat, sepasukan polis menuju ke Pantai Sawangan dan menemui mayat mangsa ditanam dengan kesan jerutan di leher. Suspek mengaku menyamun wang RM220 lalu membunuh mangsa sebelum melarikan teksi miliknya,” katanya.
Mustaffa Maarof berkata, bedah siasat mendapati mangsa maut akibat gagal bernafas kerana dijerut.
“Semua suspek pendatang asing tanpa izin dan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
KOTA KINABALU: Seorang guru wanita berusia 33 tahun mengambil
kesempatan cuti persekolahan ‘menetap’ bersama teman lelakinya yang
juga duda anak dua berusia 28 tahun sebelum kedua-dua mereka dicekup
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sebuah rumah
di Kampung Unggun Jaya Menggatal, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan jam 3 pagi, lelaki berkenaan yang hanya bertuala mengaku teman wanitanya berada di bilik dalam rumah berkenaan secara berasingan, namun pemeriksaan menemui pakaian dan MyKad milik duda berkenaan di dalam bilik guru terbabit.
Terdahulu, sepasukan penguat kuasa JHEAINS mendapat maklumat awam berlaku kegiatan tidak bermoral di rumah lelaki berkenaan sebelum melakukan intipan.
Sebaik mengesan kehadiran wanita di rumah berkenaan, penguat kuasa mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dibuka seorang gadis dipercayai adik lelaki terbabit.
Ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan ditemui berada di bilik berasingan dengan bertuala dan menafikan ada membawa wanita ke dalam rumah.
Namun, penguat kuasa menemui seorang wanita berada dalam bilik dan mengaku tunang lelaki terbabit.
Bimbang tembelangnya pecah, lelaki berkenaan memberi alasan mereka akan berkonvoi keesokan hari dan wanita itu yang berasal dari Pitas terpaksa bermalam di rumahnya.
Pemeriksaan dalam bilik wanita itu menemui barang milik lelaki berkenaan sebelum kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Alam Mesra untuk membuat laporan.
Penolong Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata,
pihaknya sering menerima aduan mendakwa wanita yang juga seorang guru
sekolah rendah sering mengunjungi rumah teman lelakinya terutama pada
hujung minggu.
“Soal siasat mendapati duda itu sering berkunjung ke rumah teman wanitanya di Pitas,” katanya.
PORT DICKSON: Suasana meriah sebuah keluarga yang membuat persiapan
majlis perkahwinan di Kampung Kuala Lukut, di sini, kelmarin, bertukar
huru-hara apabila diserang dua penjenayah bersenjatakan parang yang
menyamun barang kemas serta menetak tiga individu termasuk pengantin
lelaki.
Kejadian ngeri kira-kira jam 6 pagi itu mengakibatkan pengantin lelaki, M Ruben, 29, bersama abang dan adik perempuannya berusia 20 dan 30-an cedera parah manakala rantai leher ibu mereka berharga kira-kira RM40,000 dilarikan.
Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa dan keluarganya sedang membuat persiapan upacara perkahwinan sebelum rumah mereka diceroboh dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.
Menurutnya, kedua-dua suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengantin lelaki sebelum cuba dihalang abang serta adik perempuannya yang turut berada di lokasi kejadian.
“Penjenayah itu seterusnya nekad menetak pengantin lelaki hingga cedera di kedua-dua tangan, kaki dan perut manakala abang serta adik perempuannya cedera di bahu kanan juga akibat ditetak,” katanya di sini, kelmarin.
JITRA: “Kejadian berlaku begitu pantas. Saya tergamam sebaik melihat
kedua-dua rakan terkapai-kapai dalam kolam berkenaan sebelum berlari
meminta bantuan daripada orang ramai,” kata Siti Nor Shahirah Zahari,
12, rakan mangsa lemas, Faezatul Syafiqah Mohd Syamsudin, 11, di Hutan
Lipur Bukit Wang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Faezatul Syafiqah, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Oran, Mata Ayer, Arau, Perlis bersama lapan lagi rakan daripada tiga keluarga pergi berkelah di hutan lipur berkenaan sebelum sekolah bermula hari ini, namun berakhir tragedi.
Siti Nor Shahirah berkata, mereka berempat menuju ke kolam berkenaan sekadar untuk berjalan-jalan sebelum Mohd Lotfi Wan Rashidi, 12, menyatakan hasrat membasuh kaki di kolam itu walaupun mulanya ibu kanak-kanak lelaki itu membantah mereka pergi ke kolam berkenaan.
Menurutnya, dia difahamkan ketika Mohd Lotfi membasuh kaki, dia merasakan kakinya seakan ditarik menyebabkannya terjatuh ke dalam kolam.
Katanya, ketika itu, arwah cuba menyelamatkan Mohd Lotfi dengan mencapai tangan rakannya itu yang terkapai-kapai tetapi cubaannya gagal, malah mengakibatkan kedua-dua rakan itu terjatuh ke dalam kolam.
Datuk mangsa, Ibrahim Mohd Isa, 62, berkata mangsa memang tinggal dengannya sejak kecil, namun sehari sebelum kejadian, arwah seperti marah-marah dan perangainya sedikit berbeza berbanding selalu.
“Namun, apa yang terjadi saya terima sebagai takdir. Saya memang sayangkan dia kerana sudah membesarkannya sejak kecil lagi tetapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya,” katanya.
Saksi kejadian, Mohd Aznin Azmi, 17, dan rakannya, Muhammad Azzim Asyraf Mohd Azami, 18, yang ketika itu bersiap pulang terkejut selepas seorang kanak-kanak perempuan menjerit meminta bantuan berikutan dua rakannya lemas.
Mohd Aznin berkata, dia lantas berlari ke arah kolam berkenaan dan
terjun untuk menyelamatkan dua kanak-kanak terbabit, namun cubaannya itu
hanya berjaya menyelamatkan Mohd Lotfi manakala rakannya gagal
diselamatkan.
“Saya sempat mencapai tangan kanak-kanak perempuan itu (Faezatul Syafiqah) tetapi terpaksa melepaskannya kerana ketika itu saya hampir tenggelam berikutan kedua-dua tangan saya memegang kanak-kanak terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Menurutnya, selepas menyedari usahanya dan Muhammad Azzim Asyraf gagal, mereka meminta pertolongan orang ramai sebelum mangsa dijumpai kira-kira lima minit selepas itu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 3.13 petang dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.
Beliau berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan setibanya di lokasi kejadian, orang awam sudah mengeluarkan mangsa dari kolam berkenaan.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta menyamun wang tunai serta
barangan berharga bernilai RM10,000 milik rakan baik yang juga teman
serumahnya selepas mangsa menceritakan mengenai wang simpanannya, Jumaat
lalu.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang juga seorang pelajar kolej sama tidak menyangka niat baiknya menceritakan mengenai wang simpanan kepada rakan baiknya itu akan membawa padah kepada dirinya sendiri.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Zafar, 26, berkata ketika dia sedang bersiap untuk ke masjid berhampiran bagi solat Jumaat, rakannya itu bertindak menguncinya dalam bilik mandi.
Menurutnya, tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit mengacu pisau pemotong daging ke arahnya sebelum mengikat tangannya dengan tali, apabila cuba melawan dia mengugut untuk membunuhnya.
“Akibat takut, saya menuruti kehendaknya dan dia turut menyerahkan seutas tali lain agar saya mengikat kaki sendiri sebelum membawa saya keluar dari bilik mandi dan dikurung dalam bilik tidur pula.
“Lelaki itu kemudian bertanyakan berapa jumlah wang yang sanggup dibayar sebagai pertukaran sebelum meminta kata laluan untuk mengeluarkan wang menggunakan kad ATM milik saya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Katanya, tidak cukup dengan itu, lelaki itu turut menghubungi ayahnya dan meminta memasukkan wang RM1,500 selain mengeluarkan wang RM1,200 daripada akaunnya.
“Meskipun sudah menyamun saya ketika itu, lelaki itu masih berani menunggu dan tinggal lebih 10 jam di rumah sewa kami sebelum melarikan diri dengan komputer riba dan telefon iPhone 4 yang semuanya bernilai lebih RM10,000,” katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadiandan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Andrew Iskander, 21, berdepan hukuman penjara maksimum selama 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi New South Wales atas kesalahan membunuh Mohd Shah Saemin, 43, dari Melaka, di Leichhardt di bahagian barat Sydney, tengah malam 21 Februari 2010, lapor Australian Associated Press (AAP).
Hakim David Davies turut mengenakan hukuman penjara tertangguh selama setahun 11 bulan dan 15 hari terhadap ibu Andrew, Nita Iskandar, 48, kerana bersubahat.
Andrew pada November lalu memberitahu juri, dia menggunakan tukul untuk mempertahankan diri selepas Mohd Shah, yang bekerja dengan ibunya di Kedutaan Malaysia di Sydney, menyerangnya dan bapanya.
Tertuduh menafikan merancang pembunuhan itu atau mengetahui hubungan sulit ibunya dengan Mohd Shah yang bekerja sebagai pemandu di Kedutaan Malaysia.
Namun, mahkamah mendapati pembunuhan itu dirancang antara Andrew dan bapanya selepas hubungan sulit berkenaan diperkatakan di kalangan komuniti Indonesia di Sydney.
Sehari kemudian pada 29 November, mahkamah mendapati Nita bersalah kerana bersubahat berikutan tindakannya membantu Andrew melarikan diri ke Singapura selepas Mohd Shah dipukul sehingga mati.
Peguam Nita, David Price memberitahu mahkamah Nita bertindak atas naluri keibuan ketika membantu Andrew meninggalkan negara.
Pelatih dakwa kena belasah
Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
naimah@hmetro.com.my
SAKIT...gambar menunjukkan kesan akibat dipukul.
LAPOR...Yap (kiri) dan Chew menunjukkan laporan yang dibuat.
Dalam kejadian bermula jam 2.15 pagi itu, dua pelatih terbabit iaitu Yap Chun Jen dan Chew Chee Yong, 18, mendakwa ditumbuk dan ditendang di perut, kaki dan belakang badan oleh dua pelatih terbabit yang datang menemui mereka dengan membawa sekumpulan pelatih lain.
Menurut Yap yang berasal dari Puchong, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum didatangi sekumpulan 20 pelatih mengejutkannya dan seorang daripada mereka mengarahkannya keluar untuk berbincang berikutan itu hari terakhir mereka menjalani latihan.
“Takut dikelilingi pelatih saya hanya menurut, namun sejurus selepas menjejakkan kaki keluar pintu asrama, mereka menumbuk tepat di perut serta menendang kaki saya.
“Pelatih itu kemudian menyuruh saya memukulnya semula dan selepas saya berbuat demikian, dia terus memukul di belakang badan pula,” katanya ketika membuat sidang media di Kepong, di sini, semalam.
Yap berkata, dia dibelasah akibat perselisihan faham yang berlaku antara mereka semasa permulaan program, Januari lalu.
Dalam kejadian kedua yang berlaku 15 minit selepas itu, Chew mendakwa diserang di bilik asramanya oleh seorang pelatih yang menuduhnya pernah menumpahkan air.
“Saya tidak pernah menumpahkan air dan sepatutnya, pada hari akhir latihan, pelatih lebih bijak dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan faham, bukannya menghukum dengan cara ini,” katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan telah mengarahkan pengurusan PLKN Alor Gajah membuat laporan penuh kejadian itu.
Isteri tak beri wang ditampar suami
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, remaja berusia 18 tahun berada di kaunter, terkejut apabila suaminya muncul meminta menyerahkan wang.
Menurut sumber, mangsa kemudian memaklumkan tidak mempunyai wang kerana masih belum gaji.
“Namun, suaminya enggan mempercayai dan tetap mendesak mangsa menyerahkan wang kerana dia memerlukannya.
“Mangsa kemudian meminta suaminya pulang ke rumah terlebih dahulu kerana dia masih bekerja dan tidak elok jika masalah mereka dilihat pelanggan,” katanya.
Sumber berkata, permintaan mangsa itu menyebabkan suaminya naik angin dan terus menghamburkan kata-kata kesat sebelum bertindak menamparnya beberapa kali.
“Selepas menampar, suami mangsa kemudian terus merampas dompet mangsa sebelum mengambil wang tunai sebanyak RM60,” katanya.
‘Perogol bersiri’ dihukum lagi
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas Amran Che Jaafar, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Atas tuduhan merompak, dia dikenakan penjara lapan tahun dan lima sebatan, manakala hukuman penjara tiga tahun dikenakan atas tuduhan menceroboh.
Azman memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak. Beliau sebelum itu mengarahkan hukuman terbabit berjalan berasingan dengan hukuman terhadap kesalahan rogol yang dijatuhkan minggu lalu.
Mengikut pertuduhan, Amran didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry, wang tunai RM250, kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Islam dan lesen memandu milik mangsa berusia 38 tahun di Kubang Kerian, di sini, pada jam 8 pagi, 15 November 2011.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 392, Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397, kanun sama.
Pada tarikh, waktu dan tempat yang sama Amran turut didakwa menceroboh rumah mangsa menggunakan pisau yang didakwa mengikut Seksyen 451, Kanun Keseksaan.
Tekanan ego tercalar
“Kehadiran cahaya mata yang tidak diingini apatah lagi ia hasil benih orang lain menyebabkan ego lelaki itu tercalar selain terpaksa memikul beban yang semakin bertambah secara tak langsung memberi tekanan emosi kepadanya,” kata Pendakwah, Dr Wan Akashah Abdul Hamid.
Menurutnya, tekanan yang melampau dalam diri menyebabkan seseorang itu akan menjadi cepat panas baran selain mudah bertindak agresif sekiranya sesuatu perkara berlaku tidak mengikut kemahuannya.
Katanya, tindakan memukul dan mendera akan terus berlarutan kerana didorong rasa benci yang membuak selain tiada kekuatan untuk melawan emosi dan perasaan marah daripada terus menguasai diri.
“Bagi si anak pula, dia akan mengalami tekanan perasaan apabila kehidupannya dipenuhi rasa benci namun keadaan itu boleh ditangani sekiranya ibu memainkan peranan dengan memberi perhatian kepada anak terbabit,” katanya.
Kenyataan itu dibuat ketika diminta mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai seorang bapa berterusan mendera anaknya disebabkan dia terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ dengan mengahwini isteri mengandungkan anak orang lain.
Tanam mayat di pantai
Oleh Norasikin Daineh
norasikin@hmetro.com.my
norasikin@hmetro.com.my
Mayat Chin Kui Fui, 42, ditemui tertanam di pantai itu jam 5 petang kelmarin susulan tertangkapnya empat suspek remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis menyatakan Chin tidak pulang ke rumahnya di Mesapol, Sipitang selepas keluar, 14 Mac lalu.
“Polis melancarkan gerakan dan menemui teksi mangsa dinaiki dua remaja di Jalan Simpang Tiga, Sipitang-Tenom sehari kemudian.
“Kedua-dua remaja itu ditahan dan soal siasat ke atas mereka membawa kepada penahanan dua lagi rakan di Sipitang dan bandar ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati semua suspek menahan teksi dipandu mangsa di Sipitang dan meminta dihantar ke Beaufort. “Hasil soal siasat, sepasukan polis menuju ke Pantai Sawangan dan menemui mayat mangsa ditanam dengan kesan jerutan di leher. Suspek mengaku menyamun wang RM220 lalu membunuh mangsa sebelum melarikan teksi miliknya,” katanya.
Mustaffa Maarof berkata, bedah siasat mendapati mangsa maut akibat gagal bernafas kerana dijerut.
“Semua suspek pendatang asing tanpa izin dan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Guru dicekup khalwat
Dalam serbuan jam 3 pagi, lelaki berkenaan yang hanya bertuala mengaku teman wanitanya berada di bilik dalam rumah berkenaan secara berasingan, namun pemeriksaan menemui pakaian dan MyKad milik duda berkenaan di dalam bilik guru terbabit.
Terdahulu, sepasukan penguat kuasa JHEAINS mendapat maklumat awam berlaku kegiatan tidak bermoral di rumah lelaki berkenaan sebelum melakukan intipan.
Sebaik mengesan kehadiran wanita di rumah berkenaan, penguat kuasa mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dibuka seorang gadis dipercayai adik lelaki terbabit.
Ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan ditemui berada di bilik berasingan dengan bertuala dan menafikan ada membawa wanita ke dalam rumah.
Namun, penguat kuasa menemui seorang wanita berada dalam bilik dan mengaku tunang lelaki terbabit.
Bimbang tembelangnya pecah, lelaki berkenaan memberi alasan mereka akan berkonvoi keesokan hari dan wanita itu yang berasal dari Pitas terpaksa bermalam di rumahnya.
Pemeriksaan dalam bilik wanita itu menemui barang milik lelaki berkenaan sebelum kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Alam Mesra untuk membuat laporan.
“Soal siasat mendapati duda itu sering berkunjung ke rumah teman wanitanya di Pitas,” katanya.
Pengantin parah ditetak
Oleh Noozieyantie ‘Alia Adnan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Kejadian ngeri kira-kira jam 6 pagi itu mengakibatkan pengantin lelaki, M Ruben, 29, bersama abang dan adik perempuannya berusia 20 dan 30-an cedera parah manakala rantai leher ibu mereka berharga kira-kira RM40,000 dilarikan.
Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa dan keluarganya sedang membuat persiapan upacara perkahwinan sebelum rumah mereka diceroboh dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.
Menurutnya, kedua-dua suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengantin lelaki sebelum cuba dihalang abang serta adik perempuannya yang turut berada di lokasi kejadian.
“Penjenayah itu seterusnya nekad menetak pengantin lelaki hingga cedera di kedua-dua tangan, kaki dan perut manakala abang serta adik perempuannya cedera di bahu kanan juga akibat ditetak,” katanya di sini, kelmarin.
Terkapai-kapai dalam kolam
Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my
saufi@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Faezatul Syafiqah, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Oran, Mata Ayer, Arau, Perlis bersama lapan lagi rakan daripada tiga keluarga pergi berkelah di hutan lipur berkenaan sebelum sekolah bermula hari ini, namun berakhir tragedi.
Siti Nor Shahirah berkata, mereka berempat menuju ke kolam berkenaan sekadar untuk berjalan-jalan sebelum Mohd Lotfi Wan Rashidi, 12, menyatakan hasrat membasuh kaki di kolam itu walaupun mulanya ibu kanak-kanak lelaki itu membantah mereka pergi ke kolam berkenaan.
Menurutnya, dia difahamkan ketika Mohd Lotfi membasuh kaki, dia merasakan kakinya seakan ditarik menyebabkannya terjatuh ke dalam kolam.
Katanya, ketika itu, arwah cuba menyelamatkan Mohd Lotfi dengan mencapai tangan rakannya itu yang terkapai-kapai tetapi cubaannya gagal, malah mengakibatkan kedua-dua rakan itu terjatuh ke dalam kolam.
Datuk mangsa, Ibrahim Mohd Isa, 62, berkata mangsa memang tinggal dengannya sejak kecil, namun sehari sebelum kejadian, arwah seperti marah-marah dan perangainya sedikit berbeza berbanding selalu.
“Namun, apa yang terjadi saya terima sebagai takdir. Saya memang sayangkan dia kerana sudah membesarkannya sejak kecil lagi tetapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya,” katanya.
Saksi kejadian, Mohd Aznin Azmi, 17, dan rakannya, Muhammad Azzim Asyraf Mohd Azami, 18, yang ketika itu bersiap pulang terkejut selepas seorang kanak-kanak perempuan menjerit meminta bantuan berikutan dua rakannya lemas.
“Saya sempat mencapai tangan kanak-kanak perempuan itu (Faezatul Syafiqah) tetapi terpaksa melepaskannya kerana ketika itu saya hampir tenggelam berikutan kedua-dua tangan saya memegang kanak-kanak terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Menurutnya, selepas menyedari usahanya dan Muhammad Azzim Asyraf gagal, mereka meminta pertolongan orang ramai sebelum mangsa dijumpai kira-kira lima minit selepas itu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 3.13 petang dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.
Beliau berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan setibanya di lokasi kejadian, orang awam sudah mengeluarkan mangsa dari kolam berkenaan.
Samun rakan baik
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang juga seorang pelajar kolej sama tidak menyangka niat baiknya menceritakan mengenai wang simpanan kepada rakan baiknya itu akan membawa padah kepada dirinya sendiri.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Zafar, 26, berkata ketika dia sedang bersiap untuk ke masjid berhampiran bagi solat Jumaat, rakannya itu bertindak menguncinya dalam bilik mandi.
Menurutnya, tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit mengacu pisau pemotong daging ke arahnya sebelum mengikat tangannya dengan tali, apabila cuba melawan dia mengugut untuk membunuhnya.
“Akibat takut, saya menuruti kehendaknya dan dia turut menyerahkan seutas tali lain agar saya mengikat kaki sendiri sebelum membawa saya keluar dari bilik mandi dan dikurung dalam bilik tidur pula.
“Lelaki itu kemudian bertanyakan berapa jumlah wang yang sanggup dibayar sebagai pertukaran sebelum meminta kata laluan untuk mengeluarkan wang menggunakan kad ATM milik saya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Katanya, tidak cukup dengan itu, lelaki itu turut menghubungi ayahnya dan meminta memasukkan wang RM1,500 selain mengeluarkan wang RM1,200 daripada akaunnya.
“Meskipun sudah menyamun saya ketika itu, lelaki itu masih berani menunggu dan tinggal lebih 10 jam di rumah sewa kami sebelum melarikan diri dengan komputer riba dan telefon iPhone 4 yang semuanya bernilai lebih RM10,000,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadiandan siasatan lanjut sedang dijalankan.
No comments:
Post a Comment