Sunday, March 18, 2012

PANDAI SANGAT..PERCAYA SANGAT ATAU BODOH SANGAT...BUKAN SUAMI..BUKAN MUHRAM...PERGI NAK BUAT APA...DAH ROGOL..KAHWINKAN AJA...INILAH KESAN HUKUM HUDUD DINAFIKAN

Pelajar tawar seks cari modal gugur janin
Wartawan Sinar Harian
18 Mac 2012
Tawar seks demi gugur janin
KULIM - “Untuk mendapatkan pil menggugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal,“ itu kata seorang pelajar tingkatan lima di sini yang terpaksa menawarkan khidmat seks.
Pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali dengan nama Shasha berkata, dia terpaksa bertindak sedemikian selepas teman lelakinya ketika itu bersikap lepas tangan sehingga dia terpaksa menempuh pelbagai masalah seorang diri.
Menurutnya, selain disahkan hamil dia juga hampir dibuang sekolah gara-gara sikap teman lelakinya ketika itu.
“Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400.
“Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya," katanya.
Shasha berkata, dia akan mengenakan bayaran sekitar RM100 setiap kali bersama mereka. Dengan duit itulah dia akan membeli pil.
Menurutnya, pil itu hanya berkesan bagi kandungan bawah tiga bulan. Setelah memakan pil, dia akan berasa sakit perut dan memulas untuk beberapa jam dan akan datang haid semula seperti biasa selepas itu.
Segala kesengsaraan itu terpaksa dialaminya sendiri dan bermula dari detik itu, dia menjadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dan mengubah selera kepada kaum sejenis.
Shasha berkata, dia menjalinkan hubungan cinta sejenis sejak setahun lalu. Namun sehingga kini keluarganya tidak mengetahui perkara itu.
Menurutnya dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz akan tidur di rumahnya setiap hujung minggu.
“Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki. Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya.
“Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu,” katanya.
Tolak ajakan ibu demi tunai janji
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
18 Mac 2012
Tolak ajakan ibu demi tunai janji
TANJUNG BUNGAH-Malang tidak berbau. Itulah yang boleh disimpulkan terhadap nasib seorang pelajar kolej yang dikhuatiri lemas di pantai dekat sini semalam. Afiq Ridha Ajib Roshidi, 19, dikatakan hilang ketika turun ke laut untuk mandi bersama tiga rakannya yang sebelum itu ke pantai berkenaan untuk memancing.
Saksi, Rashid Suhaibudeen, 55, berkata, ketika kejadian, dia sedang memancing bagi menghabiskan masa hujung minggu.
“Semasa saya sedang memancing, ada dua kumpulan remaja termasuk kumpulan mangsa turut memancing di persisiran pantai ini. Ketika asyik memancing, salah seorang remaja dari kolej matrikulasi terkena sengatan obor-obor dan meminta saya berbuat sesuatu. Ketika saya mengubati remaja berkenaan, mangsa dan tiga rakannya turut datang menjenguk dan kami sempat berbual.
“Selepas menyuruh remaja yang terkena sengatan itu supaya ke hospital, saya menyambung memancing semula sementara mangsa dan tiga rakannya turun ke laut untuk mandi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Saksi gagal bantu kerana tidak tahu berenang
Menurutnya, ketika memancing, dia melihat mangsa mandi berdekatan dengan salah seorang rakannya. Namun dia tidak terlalu mengendahkan kerana yakin pelajar itu boleh berenang berdasarkan gayanya.
“Saya kemudian ternampak mangsa mengangkat kedua tangannya namun bukan dalam keadaan terkapai-kapai. Kemudian, saya langsung tidak nampak tangan mangsa dan mula syak ada sesuatu yang tidak kena.
“Salah seorang rakannya kemudian datang kepada saya meminta pertolongan tapi malangnya saya tidak tahu berenang. Saya kemudian meminta pertolongan salah seorang lelaki yang kebetulan berada di situ namun dia pun tidak tahu berenang,” katanya.
Rashid berkata, dia kemudiannya menghubungi pihak bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)untuk bantuan.
Mangsa enggan ikut ibu ke rumah nenek
Sementara itu, ibu mangsa, Roshidah Ismail, 43, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak kedua daripada tiga beradik itu setelah dihubungi salah seorang rakan mangsa sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Roshidah yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang berkata, dia menghubungi anaknya itu pada jam 9.30 pagi semalam untuk bertanyakan keadaannya.
“Saya tahu dia dan tiga rakannya nak pergi memancing. Saya ada hubunginya untuk berbual serta memesan supaya tidak turun ke laut untuk mandi dan dia akur. Ketika itu, tiada perubahan yang ditunjukkan.
“Cuma malam semalam (kelmarin), semasa baru pulang dari asrama kolejnya, saya mengajak dia ke rumah neneknya namun dia menolak kerana sudah berjanji dengan rakannya untuk memancing,” katanya.
Roshidah berkata, anaknya yang kini sedang mengikuti jurusan kejuruteraan di kolej Perda Tech, Nibong Tebal itu selalu menghabiskan masa terluangnya dengan memancing bersama tiga rakan yang dikenali sejak sekolah menengah.
Usaha Sinar Harian untuk menemu ramah ketiga-tiga rakan mangsa, Amirul Afiq Noordin, 19; Hilmi Jalil, 19, dan Yusri Md Yazid, 19, gagal kerana masih bersedih dengan kehilangan rakan mereka itu.
Operasi mencari dihentikan pada jam 6 petang kerana cuaca mulai gelap dan akan bersambung hari ini.
Lari dari asrama, gadis dirogol kekasih
Wartawan Sinar Harian
18 Mac 2012
Lari dari asrama, gadis dirogol kekasih
BESUT – Gara-gara melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan menyebabkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dirogol teman lelakinya sendiri.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pelajar perempuan yang berasal dari Kemahang, Tanah Merah Kelantan itu telah melarikan diri dari asrama tersebut bersama kekasihnya.
Menurutnya, mangsa menaiki sebuah kereta Perodua Viva yang disewa lelaki itu kemudian dibawa ke rumah kekasihnya di Kampung Gong Pasir, Kerandang dekat Jabi.
“Suspek membawa mangsa ke rumahnya pada 4 Mac lalu pada jam 7 petang dan pada petang esoknya suspek dikatakan telah memujuk mangsa kemudian merogolnya di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan,” katanya.
Kamaruddin berkata, keluarga mangsa yang melihat perubahan pada mangsa telah bertanya kepadanya, menyebabkan mangsa menceritakan apa yang berlaku.
Mangsa kemudiannya ditemaninya keluarganya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja kelmarin.
Pekerja ladang kena bunuh
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN
18 Mac 2012
Pekerja ladang kena bunuh
MARAN - Seorang pekerja ladang warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan satu kesan tikaman di bahagian dada dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit dekat Felda Jengka 14.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, mangsa berusia 36 tahun lengkap berpakaian itu dijumpai orang awam pada jam 4.15 petang di sebalik pokok kelapa sawit.
Menurutnya, kali terakhir mangsa dilihat adalah ketika keluar bersama seorang rakan dengan menaiki sebuah motosikal dipinjam daripada penduduk setempat kira-kira jam 12.30 tengah hari, sehari sebelum kejadian.\
“Pada hari sama, anak saudara kepada pemilik motosikal yang melalui kawasan ladang itu menjumpai kenderaan terbabit di bahu jalan, namun mangsa dan rakannya tidak kelihatan.
“Tanpa mengesyaki apa-apa, dia membawa pulang motosikal itu. Keesokannya (semalam), rakan mangsa yang tinggal di penempatan rumah kongsi menyedari kehilangan rakan mereka dan mula mencari sebelum menemui mayat mangsa pada jam 4.15 petang,” katanya.
Ahmad Johari berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan menggunakan senjata tajam di lokasi itu dalam tempoh 12 jam sebelum dijumpai.
Menurutnya, khidmat pasukan unit pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang digunakan untuk mengesan seorang lagi rakan yang keluar bersama mangsa sekiranya turut dibunuh.
“Namun, tiada sebarang petunjuk ke arah itu. Maka, polis percaya rakan mangsa masih berada di kawasan sekitar Jengka 14.
“Polis meminta rakan mangsa dikenali sebagai Sakban, 35, yang juga pekerja ladang Felda Jengka 14 supaya tampil untuk membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat, mengenali atau terserempak dengan rakan mangsa itu juga diminta menghubungi Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di talian 09-477299,” katanya.
Ahmad Johari berkata, mangsa merupakan pekerja ladang kelapa sawit di Felda Jengka 14 dan mempunyai dokumen kerja yang sah.
Perut terburai digilis treler
M FEISAL NORAWI
17 Mac 2012
Perut terburai digilis treler
TEMERLOH – Dua buruh ladang warga Indonesia maut dengan salah seorang mangsa diseret sejauh 1 kilometer oleh sebuah treler membawa muatan besi dalam kemalangan di Kilometer 115 Jalan Kuala Lumpur Kuantan.
Dua yang terbunuh ialah pekerja ladang Felcra Kawasan Berhala Gantang dikenali sebagai Junaedi 22, penunggang motosikal dan rakannya Hardi Awan 38, meninggal dunia serta merta selepas mengalami cedera parah di seluruh badan.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua buruh berkenaan yang menaiki sebuah motosikal datang dari arah Maran berhenti di simpang untuk membelok masuk ke Taman Setia Jasa.
Pada masa sama sebuah treler dipandu Tan Choo Yeow 42, yang datang dari arah sama gagal mengelak mangsa lalu terus merempuh kedua-dua sahabat malang terbabit.
Akibat rempuhan itu salah seorang mangsa terpelanting dan cedera teruk dengan keadaan usus terkeluar dari badan.
Seorang lagi mangsa terperosok ke bawah treler bersama motosikal lalu diseret sejauh satu kilometer dan pemandunya hanya memberhentikan kenderaan berhampiran masjid Kampung Sungai Gau di sini.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Laporan dua klinik berbeza
Wartawan Sinar Harian
17 Mac 2012
Laporan dua klinik berbeza
KERDAU - Seorang bekas pekerja ladang terkilan dengan laporan salah sebuah klinik swasta di daerah ini yang mendakwa dirinya menghidap hipertensi dan tidak dibenarkan bekerja.
Pekerja ladang tersebut, S. Mahaletchumy, 35, berkata, dalam ­laporan kesihatan itu mengatakan ­tahap darahnya diparas 150/100 dan dia berasa tidak berpuas hati lantas membuat pemeriksaan di klinik kerajaan.
Menurutnya, laporan di klinik ­kerajaan pula mengatakan bahawa dia tidak menghidap hipertensi, ­malah tekanan darahnya berada pada paras 130/95.
“Dua tahun lepas, saya bekerja di salah sebuah ladang, dekat sini dan terpaksa berhenti kerana berhijrah ke Pulau Pinang. Namun, sejak bapa saya terlantar akibat angin ahmar saya pulang semula ke kampung untuk menjaga bapa.
“Saya membuat keputusan untuk bekerja semula di ladang tersebut dan pihak pengurusan membenarkan saya bekerja dengan mengemukakan surat kesihatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Mahaletchumy berkata, dia terkilan kerana laporan itu menyebabkan dirinya tidak dapat bekerja dan harap pihak pengurusan ladang tersebut mengambilnya bekerja semula untuk menyara ahli keluarganya.
Adiknya, S. Ramesh, 32, juga terkilan kerana pihak pengurusan ladang sudah mengesahkan jawatannya ­sebagai pengawal keselamatan pada 2006.
Menurutnya, pada pagi 31 Julai 2006 dia begitu gembira untuk memulakan kerja namun dia mendapat panggilan mengatakan permo­honannya ditolak.
“Sekarang saya tidak bekerja dan hanya melakukan kerja sampingan untuk mencari wang. Kita harap ­pihak pengurusan ladang itu membuat kajian atau menyiasat kenapa permohonan kami ini ditolak tanpa sebab,” katanya.

No comments:

Post a Comment