‘Lelaki tarik kakak’
Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Azlina Zulkifli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SEDIH...Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.
Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.
Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.
“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Cedera diserang Rottweiler
Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
CEDERA...ibu mangsa, Radziah Mohd Adas menunjukkan kesan gigitan Rottweiler (gambar kecil) di belakang Dhiya.
Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, mangsa menunggang basikal untuk ke rumah rakannya tanpa menyedari seekor anjing hampir dua kali ganda saiz badannya memerhatikannya.
Anjing berkenaan yang dipercayai Rottweiler tiba-tiba menerkam dan menggigit belakang mangsa menyebabkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Perda itu menjerit kesakitan.
“Saya berasa sakit sangat di belakang namun tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menjerit kerana anjing itu sangat besar,” katanya ketika ditemui di Hospital KPJ, di sini, semalam.
Kebetulan jeritan mangsa didengari bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, yang sedang membaiki kereta sebelum bergegas untuk melihat apa yang berlaku.
Gadis diculik diselamat di Bangkok
Difahamkan remaja berusia 14 tahun itu berjaya ditemui bersama lima kanak-kanak Myanmar di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok pada 11 Mac lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan Abdullah, berkata ibu mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya pada 12 Mac lalu di Balai Polis Seksyen 11, di sini.
Katanya, ibu mangsa menerima panggilan telefon dari anaknya jam 4.57 petang yang mengatakan dia diculik bersama kanak-kanak Myanmar.
“Semua mereka kemudian dibawa masuk ke Thailand oleh kumpulan penculik berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Adnan berkata, mereka yang diculik diselamatkan RTP pada 11 Mac lalu di Stesen Kereta api Hualamphong selepas remaja terbabit melarikan diri.
“Kejayaan kes itu adalah hasil kerjasama antara pihak berkuasa Thailand dengan Kedutaan Malaysia.
“Kedutaan Malaysia di Bangkok sudah berurusan dengan pihak berkuasa Thailand untuk penghantaran pulang remaja itu dan dijangka sampai di Malaysia pada malam ini (semalam),” katanya.
“Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya.
No comments:
Post a Comment