Tuesday, April 10, 2012

KEMALANGAN DAPAT DIELAKKAN DENGAN MENINGGALKAN SIFAT GOPOH-GAPAH SERTA EGO@SOMBONG SERTA MASUKKAN SIFAT SABAR

Adik Mufti Terengganu maut kemalangan
Wartawan Sinar Harian
10 April 2012
Kemalangan
MARANG –  Adik kepada Mufti Terengganu terbunuh selepas van yang dinaiki terbabas, lalu melanggar batu penanda jalan dan sebatang pokok di Kilometer 27, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa Nor Asma Abdullah, 43, meninggal dunia akibat cedera parah selepas tercampak keluar dari van.
Bagaimanapun pemandu, Mohd Rozi Abu Bakar, 40, dan empat lagi penumpang berada  dalam van Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Jheat) itu terselamat.
Salah seorang penumpang juga cedera parah akibat tersepit dalam kenderaan itu.
Mohd Nazmy Mohd Zawawi, 26, penumpang van yang ditemui berkata, mereka berenam dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kemaman untuk mengikuti kursus bahasa isyarat di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, secara tiba-tiba van dinaiki mereka hilang kawalan lalu melanggar batu penanda jalan sebelum merempuh sebatang pokok di tepi kiri jalan.
“Saya percaya faktor hujan dan jalan licin menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal sehingga ia terbabas,” katanya.
Menurutnya, rempuhan kuat itu juga menyebabkan mangsa yang berasal Kampung Alor Keladi, Jertih, Besut tercampak keluar dan terhumban beberapa meter ke atas jalan, serta nyaris dilanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.
Mohd Nazmy yang luka pada tangan dan dahi berkata, mereka kemudiannya memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa, manakala kesemua mangsa yang terselamat pula dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam pada itu, sepasukan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Marang turut bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit sejurus menerima panggilan kira-kira jam 8.07 pagi.
Mufti Terengganu, Datuk Dr Alias Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian juga mengesahkan mengenai tragedi yang menimpa adiknya itu dan memaklumkan jenazah mangsa akan dikebumikan di Besut.
Kereta melekat celah pokok
Wartawan Sinar Harian
10 April 2012
kereta tersepit
DUNGUN – Dua sahabat berdepan detik mencemaskan apabila kereta dinaiki terbang ke udara selepas hilang kawalan di selekoh tajam sebelum terbabas, lalu terbalik.

Kemalangan kira-kira jam 11 malam semalam itu dipercayai berlaku apabila Proton Satria dipandu Nurul Balqis Mohd, 20, hilang kawalan sebaik tiba di selekoh tajam berdekatan pintu belakang Tanjung Jara Resort.

Menurut Balqis, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Paka untuk pulang ke rumah ibu bapanya di Kuala Terengganu.

Sebelum kejadian, Balqis bersama seorang rakannya, Norshamsiah Mat, 23, yang duduk di tempat penumpang hadapan, dikatakan sempat singgah makan pizza di bandar Dungun.

Setibanya di kawasan itu, Balqis yang menyangka laluan selekoh berkenaan seperti jalan lurus, tiba-tiba terpandang pagar resort terbabit lalu cuba mengelak.

Bagaimanapun, kereta yang dipinjamnya itu dikatakan gagal dikawal, lalu terbabas sebelum terbang dan melanggar sebatang tiang, sebelum melekat di celah pokok.

Balqis yang masih trauma dengan kejadian itu nekad tidak akan memandu kenderaan lagi dalam masa terdekat.

“Saya lihat asap keluar dari bahagian enjin, ingat ia akan meletup.

“Kemudian saya bergegas keluar melalui tingkap untuk menyelamatkan diri sebelum beberapa pekerja resort berkenaan tiba untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

Balqis yang merupakan pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah dan berasal dari Kuala Terengganu cedera ringan pada bahagian kaki dan dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Rakannya, Nor Shamsiah, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bapa 4 anak dijel 30 bulan
RUBIAH OMAR
9 April 2012
Bapa 4 anak dijel 30 bulan
KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga bukan sahaja terpaksa berputih mata kerana tidak sempat menikmati ‘habuan’ yang dicuri setelah memecah masuk sebuah rumah di Jalan Sultan Ismail, di sini, lebih malang, dia terpaksa meringkuk di penjara selama 30 bulan dan dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Bapa kepada empat anak, Affendi Mohd Yussoff, 35, dari Kuantan, Pahang, turut berdepan hukuman tambahan penjara selama tiga bulan lagi jika gagal menjelaskan jumlah denda yang ditetapkan.
Hukuman dijatuhkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh mengaku bersalah memecah masuk dan mencuri sebuah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM27 milik seorang pembantu rumah di Jalan Sultan Ismail, di sini, kira-kira jam 4 pagi pada 22 Mac lalu.
Affendi mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah yang melibatkan kerugian bernilai kira-kira RM200.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi, manakala tertuduh tidak diwakili pegua
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang menyedari kehadiran tertuduh telah memaklumkan kepada pemilik rumah yang disewanya kira-kira jam 4 pagi pada 22 Mac lalu.
Pemilik rumah berkenaan yang merupakan seorang Pegawai Farmasi kemudian menghubungi polis sebelum tertuduh ditahan tidak lama selepas itu manakala tiga lagi rakannya berjaya melarikan diri.
Menara elektrik jadi sasaran
ALAUDIN MA
10 April 2012
Ab_Aziz_tunjuk_besi_tiang_elektrik_sasaran_pencuri
GUA MUSANG - Besi menara elektrik berkuasa tinggi di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir, dekat sini, menjadi sasaran pencuri dipercayai dilakukan mat gian sejak tahun lalu.

Kejadian itu amat membimbangkan apabila peneroka RKT terbabit mengesan beberapa batang besi menara elektrik tersebut hilang dan terdedah kepada tumbang apabila tidak dikawal lebih awal.

Mereka mengakui kawasan RKT Kesedar itu menjadi sasaran mat gian mencuri pelbagai besi dan baru-baru ini tertumpu kepada menara telefon mudah alih yang terletak di atas bukit berhampiran hingga generator elektrik bersama besi menara habis dileraikan.

Tinjauan mendapati, beberapa batang besi menara elektrik berkuasa tinggi di RKT Kesedar Lebir itu dicabut dan beberapa batang lagi semakin longgar selepas dibuang skrunya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Ab Aziz Ab Rahman berkata, mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kegiatan di RKT Kesedar berkenaan kerana menganggap terletak jauh dari perkampungan lain.

Katanya, ini kerana rancangan tanah terbabit dianggap ‘selamat’ untuk melakukan kegiatan itu berikutan pihak berkuasa sukar untuk mengesan kegiatan itu, tetapi lambat laung akan tertangkap nanti selepas kegiatan berkenaan sudah terbongkar.

Menurutnya, kejadian itu dikesan beberapa peneroka sebaik melalui kawasan tersebut dan ternampak kesan tinggal lubang sahaja terutama besi yang berada di bahagian bawah menara.

“Walaupun hanya beberapa batang besi menara elektrik itu hilang, namun saya bimbang kejadian lebih buruk boleh berlaku selepas ini sekiranya pihak terbabit tidak pantau dan bertindak lebih awal,” katanya.

Seorang peneroka, Alias Yusof, 58, berkata, sebelum ini rancangan tanah itu paling selamat daripada ancaman kecurian, tetapi sejak kebelakangan ini peneroka juga semakin takut dengan perkara itu yang turut menjejaskan keselamatan mereka.

Menurutnya, memang peneroka juga berani untuk menghalang kegiatan terbabit jika terserempak dengan mereka, malangnya kejadian itu dipercayai dilakukan pada waktu tengah malam hingga awal pagi ketika penduduk nyenyak tidur.
Pekerja Utusan Melayu disamun dalam pejabat
SARINAH MAT KASIM
11 April 2012
Polis sedang memeriksa pejabat Utusan Melayu cawangan Negeri Sembilan yang diselongkar penjenayah, s
SEREMBAN – Seorang kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, di sini menghadapi saat mencemaskan dalam kejadian samun yang berlaku di pejabatnya, dekat Taman AST, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, Syed Mahdzar Al Mahjab Wan Hasan, 24, yang bertugas di jabatan pemasa­-ran baru memulakan tugas seorang diri di kaunter yang terletak di tingkat bawah pejabat berkenaan.

Menurutnya, dia terkejut apabila dua lelaki bersenjatakan parang meluru masuk ke pejabat berkenaan menerusi pintu depan.

“Sebaik sahaja dua lelaki itu masuk ke dalam pejabat, mereka terus menerpa ke arah saya sambil mengacukan parang dan meminta supaya saya tidak bising.

“Dalam keadaan kelam-kebut, salah seorang daripada penjenayah mengikat tangan saya dengan wayar tetikus komputer. Manakala, mulut saya dililit dengan baju sebelum mereka mengurung saya dalam bilik surau di belakang pejabat,” katanya.

Menurutnya, penjenayah berkenaan melarikan wang tunai berjumlah RM4,850 yang diambil dari laci.

Selain itu, katanya, turut diambil, telefon bimbit miliknya serta wang tunai yang berada dalam dompetnya berjumlah RM170.

“Sejurus penjenayah itu melarikan diri, saya bergegas keluar ke pejabat dengan tangan masih terikat meminta pertolongan,” katanya.

Ketika itu, katanya, jurugambar Utusan Malaysia, Abdul Razak Aid yang kebetulan berada di pejabat tingkat atas mendengar jeritannya, lalu turun membantu membuka ikatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian.

Menurutnya, polis sedang mengesan kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan berkumpulan.
“Kita tahu mengenai kejadian tersebut apabila melalui kawasan menara elektrik berkenaan dan belum dapat dikesan angkara siapa yang berani berbuat demikian,” katanya.
Mangsa petir: Dipercayai tidak pakai kasut
AMRAN ALI
11 April 2012
pokok
BUKIT KATIL - “Sebahagian besar yang terkena renjatan itu disebabkan tidak memakai kasut,” kata Muhammad Farhan Aswad, 16.

Muhammad Farhan merupakan salah seorang peserta perkhemahan di Kem Pengakap Tan Chay Yan, Pengkalan Badak, di sini yang menyaksikan 15 peserta terkena renjatan panahan petir, Ahad lalu.

Dia yang merupakan salah seorang peserta perkhema­-han Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) menceritakan detik cemas kejadian kepada Sinar Harian, di sini semalam.

“Masa itu, bunyi dentu­-man petir bertalu-talu, manakala hujan sangat lebat. Saya lihat beberapa batang pokok turut tumbang,” katanya.

Dia yang mewakili Sekolah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Alor Gajah berkata, khemahnya terletak bersebelahan tempat kejadian dengan jarak tidak sampai 10 meter.

“Ketika itu, kami baru sahaja selesai pasang khemah. Kebanyakan peserta berada dalam khemah dan sebaik menyedari hujan lebat, diselangi bunyi petir sangat kuat, kami diarahkan kem komandan supaya berlindung di surau kawasan perkhemahan.

“Saya difahamkan, kebanyakan peserta yang terkena renjatan disebabkan mereka tidak memakai kasut,” katanya.

Sementara itu, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Rohazam Yahya berkata, pihaknya sudah mengambil langkah keselamatan termasuk arahan­ Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya mengurangkan bilangan pokok besar yang boleh mendatangkan risiko tumbang.

“Sehingga kini kita masih meneruskan kerja pemulihan atas kerosakan berlaku.

“Kita juga sedang mengenalpasti pokok besar untuk ditebang bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti ribut petir berulang semula,” katanya.

Menurut Rohazam, pihaknya juga akan mengarahkan pihak penganjur perkhemahan agar mengikuti segala peraturan­ ditetapkan terutama arahan untuk masuk ke dalam dewan disediakan apabila berlaku kejadian hujan lebat.

Tinjauan Sinar Harian di tapak perkhemahan juga mendapati lokasi berlakunya kejadian 15 pelajar Sekolah Menengah St Francis, Banda Hilir disambar petir telah dibersihkan.

Manakala, kesemua baki 16 peserta sekolah berkenaan menarik diri dari program yang sepatutnya berakhir Sabtu ini atas arahan pihak sekolah masing-masing.

No comments:

Post a Comment