Monday, April 9, 2012

KAYA...KAYALAH...INGATLAH ORANG SUSAH...BUKAN BUANG WANG TEMPAT YANG SIA2...

Kos mansuh PTPTN RM43 bilion

NAJID dan Muhyiddin disambut oleh orang ramai pada program Jelajah Janji Ditepati di Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion bagi menanggung sepenuhnya kos pengajian tinggi jika pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) dimansuhkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.
"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya dan salah satunya adalah Norway.
"Namun kesannya, Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," kata beliau ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat di sini semalam.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas desakan daripada parti pembangkang yang bercadang memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.
Najib berkata, pada ketika ini pun kerajaan menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat, dengan PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

Plat WWW 1 termahal


PLAT termahal dunia, '1', yang berharga RM43.7 juta dibeli oleh jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouri (gambar kecil) pada 2008 dan dipakai pada kereta kesayangannya, Bugatti Veyron.


KUALA LUMPUR - Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.
"Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Cari tempat selamat untuk bercuti

MUAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius laporan terbaharu yang menyatakan pekan Danok di sempadan Malaysia-Thailand yang sebelum ini sering menjadi tumpuan rakyat negara ini bakal menjadi serangan pengganas seterusnya.
Sehubungan itu, katanya, Kementerian Luar akan mengeluarkan kenyataan sama ada Selatan Thailand selamat untuk dikunjungi atau tidak pada masa ini.
"Kita harus ambil berat, kita tidak boleh pandang remeh apa yang berlaku (di Hatyai), jadi ini satu amaran yang agak serius dan biasanya kita beri peringatan supaya rakyat Malaysia berhati-hati.
"Kementerian Luar akan membuat kenyataan tepat sama ada sesuai atau tidak rakyat kita melawat Selatan Thailand dalam tempoh ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar yang memetik sumber polis Thailand menyatakan tentang kemungkinan pekan Danok yang terletak bersebelahan dengan Bukit Kayu Hitam di Kedah berkemungkinan besar menjadi sasaran serangan pengganas seterusnya.

Semakin ramai pesakit kanser sembuh


IKRAM SHAH (belakang, tiga dari kiri) bersama kanak-kanak yang menghidap kanser pada majlis Perhimpunan Sosial Kanak-Kanak Kanser Ke-10 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Bilangan pesakit kanser kanak-kanak, leukemia limfoblastik akut, yang berjaya disembuhkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini meningkat kepada 90 peratus berbanding 65 peratus pada tahun 2002 berikutan penggunaan rawatan protokol baharu.
Pakar Perunding Kanan PPUM, Profesor Dr. Hany Ariffin berkata, rawatan protokol yang dikenali sebagai kaedah molekular itu dapat mengenal pasti secara tepat penanda prognistik yang buruk pada pesakit selain memberikan terapi intensif dengan segera.
Unit Onkologi Pediatrik PPUM adalah unit kedua terbesar selepas Hospital Kuala Lumpur yang menyediakan rawatan kanser kanak-kanak. Ia menerima rujukan kes kira-kira 120 pesakit kanser kanak-kanak setiap tahun.
"Melalui rawatan protokol baharu ini kita masih menggunakan ubat yang sama, cuma caranya yang lebih sofistikated, bergantung kepada stratifikasi risiko iaitu risiko standard, risiko sederhana dan risiko tinggi," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Sosial Kanak-Kanak Kanser Ke-10 di Universiti Malaya semalam.
Turut hadir ialah Pengarah PPUM, Profesor Datuk Dr. Ikram Shah Ismail
Beliau berkata, kos merawat pesakit kanser kanak-kanak adalah kira-kira RM80,000 seorang dengan PPUM menanggung sebahagian kos rawatan tersebut.

Najib pangku jawatan Shahrizat mulai esok

TEMERLOH - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan hari ini.
Mengumumkan perkara berkenaan pada majlis pelancaran Program Karisma 1Azam peringkat negeri Pahang anjuran kementerian berkenaan yang turut dihadiri Shahrizat, Perdana Menteri juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sumbangan Shahrizat sepanjang beliau menjawat jawatan berkenaan.
"Program ini merupakan program penutup kepada Shahrizat. Bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas sumbangan yang diberikan," katanya pada majlis yang dihadiri lebih 20,000 orang di Dataran Tok Gajah di sini semalam.

Empat suspek kes jual bayi direman enam hari

SHAH ALAM - Empat orang termasuk bapa kepada seorang bayi yang dinamakan sebagai Lee Kelvin ditahan reman selama enam hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan bayi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, turut direman seorang wanita warga Singapura yang kudung kakinya dan dipercayai mendalangi kegiatan berkenaan.
"Dua lagi wanita iaitu penjaga bayi serta ibu kepada Kelvin telah dilepaskan dengan jaminan polis.
"Ibu Kelvin mempunyai anak yang ramai dan dilepaskan kerana tiada siapa mahu menjaga anak-anaknya manakala seorang lagi wanita sedang mengandung," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mohamad menambah, polis masih menjalankan siasatan termasuk mengenai harga jualan bagi seorang bayi dalam kes itu.

Salji runtuh timbus lebih 100 askar Pakistan


GAMBAR fail 19 Februari 2012 menunjukkan askar-askar Pakistan membawa bekalan ke sebuah pos terpencil pada ketinggian 2,400 meter di Banjaran Himalaya.


ISLAMABAD - Satu runtuhan salji telah mengenai sebuah pangkalan tentera Pakistan yang dibina di atas glasier Banjaran Himalaya dekat sempadan India semalam dan menyebabkan lebih 100 askar tertimbus, kata pihak tentera.
Tentera Pakistan dalam satu kenyataan memberitahu, beberapa buah helikopter, anjing pengesan dan pasukan tentera dikerahkan ke Glasier Siachen untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Menurut seorang pegawai keselamatan, salji runtuh itu mengenai ibu pejabat sebuah batalion di sektor Gayari di atas glasier berkenaan pada pukul 5.45 pagi waktu Pakistan.
Siachen terletak di bahagian utara wilayah Kashmir yang dituntut oleh India dan Pakistan.
Kedua-dua negara menempatkan ribuan askar yang terpaksa mengharungi suhu sejuk ekstrem, tekanan altitud dan angin kencang selama beberapa bulan di lokasi tersebut.

GAMBAR fail pada Mei 2003 menunjukkan Glasier Siachen yang terletak dekat sempadan Pakistan-India.


Pasukan tentera ditempatkan pada ketinggian hingga 6,700 meter dengan beberapa pertempuran kecil berlaku sejak tahun 1984 walaupun lokasi tersebut kini tenang selepas satu gencatan senjata dimeterai pada tahun 2003.
Glasier berkenaan sebelum ini dikenali sebagai medan tempur tertinggi di dunia.
Ibu pejabat di Gayari merupakan pintu utama untuk tentera Pakistan menyalurkan askar dan bekalan ke pos-pos kawalan yang lebih terpencil di sektor berkenaan.
Menurut seorang pegawai yang pernah bertugas di ibu pejabat berkenaan pada tahun 2003, pangkalan tersebut terletak di sebuah lembah di antara dua buah gunung yang tinggi.
"Saya tidak faham bagaimana salji runtuh boleh mengenai kawasan itu. Ia sepatutnya selamat kerana berada pada altitud tinggi," katanya.
Konflik di Siachen bermula pada tahun 1984 apabila India menawan puncak glasier sepanjang 78 kilometer itu kerana bimbang Pakistan mahu menuntut wilayah berkenaan.
Pakistan turut menghantar askar ke sektor tersebut.
Pakistan dan India berperang tiga kali sejak benua kecil India itu dibahagi dua apabila kedua-dua negara memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1947.
Dua perang tersebut melibatkan perebutan wilayah Kashmir yang dituntut secara keseluruhan oleh India dan Pakistan. - AP

Remaja jual ginjal kerana mengidam iPad

CHENZHOU - Pihak berkuasa mendakwa lima orang di Chenzhou, tengah China kerana terbabit dalam perniagaan organ secara haram selepas seorang remaja menjual satu ginjalnya bagi mendapatkan wang untuk membeli sebuah telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad.
Agensi berita rasmi Xinhua kelmarin melaporkan, lima individu terbabit didakwa kerana menyebabkan kecederaan dengan mengatur pemindahan ginjal daripada seorang pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Wang.
Menurut Xinhua, kelima-lima tertuduh termasuk seorang doktor bedah, seorang kontraktor hospital dan beberapa broker mencari penderma organ di Internet sebelum mereka menyewa dewan bedah bagi melakukan prosedur tersebut pada April tahun lalu.
Seorang defendan berkenaan menerima bayaran 220,000 yuan (RM107,310) untuk pembedahan mengeluarkan ginjal tersebut. Dia menyerahkan 22,000 yuan (RM10,731) kepada pelajar berkenaan dan berkongsi baki wang itu dengan defendan lain.
Tambah Xinhua, sekitar 1.5 juta penduduk di China memerlukan transplan organ tetapi cuma sekitar 10,000 pembedahan itu dilakukan setiap tahun, sekali gus mendorong kepada perniagaan organ secara haram. - AP

No comments:

Post a Comment