Monday, April 9, 2012

BILA HUDUD TAK DILAKSANA...KES ZINA..ROGOL...ROMPAK...MURTAD...TAK SOLAT...MINUM ARAK TAK SELESAI...MENGAPA KITA DEGIL...SEDANGKAN ALLAH YANG MENGHIDUPKAN KITA....

Tragedi cinta enam hari

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

BANTU...Mohamad Shukor (dua dari kanan) berbual dengan penderma darah.
BANTU...Mohamad Shukor (dua dari kanan) berbual dengan penderma darah.
KLANG: Perkenalan yang baru berputik selama enam hari bertukar tragedi buat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun apabila dirogol teman lelakinya yang berusia 16 tahun, di sebuah unit pangsapuri kosong di Taman Sementa, di sini.
Dalam kejadian jam 8 malam Jumaat lalu itu, mangsa sedang berbual bersama adik dan rakannya yang lain di sebuah taman permainan berhampiran pangsapuri tempat tinggalnya sebelum didatangi pelajar lelaki itu yang mengajaknya bersiar-siar.

Mangsa yang baru saja berpindah di perumahan pangsapuri berkenaan dari Teluk Intan, Perak sebelum itu baru saja mengenali pelajar itu yang juga tinggal di kawasan sama sejak enam hari lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah itu hanya mengikut saja ajakan itu sebelum suspek mengajak ke sebuah unit pangsapuri kosong.

“Suspek mengajak dan memujuk mangsa ke sebuah rumah kosong kira-kira jam 11 malam selepas bersiar-siar. Di premis itu, suspek mula memujuk mangsa melakukan perbuatan tidak bermoral bagaimanapun mangsa enggan.

“Bengang apabila ajakannya untuk melakukan seks ditolak, suspek berusia 16 tahun yang juga pelajar tingkatan empat yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa bertindak memperkosa mangsa.

“Mangsa kemudian pulang ke rumahnya bersendirian sebelum bersama keluarganya membuat laporan polis. Mangsa dirawat di hospital berikutan kejadian,” katanya.

Susulan laporan itu, Mohamad Shukor berkata, suspek ditahan sehari selepas kejadian di rumahnya dan kini direman selama tujuh hari sehingga 13 April ini. Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Mohamad Shukor yang ditemui pada Kempen Derma Darah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara berkata, lebih 100 anggota polis dan penduduk sekitar menderma darah, semalam.
“Program ini selaras tema ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ dan sempena Hari Polis ke-205. Ia sebagai amal jariah untuk mengisi tabung darah negara.

“Banyak lagi program kemasyarakatan akan dianjurkan untuk mendekatkan kami dengan masyarakat,” katanya.

Dua suspek ditahan



SHAH ALAM: Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang pelajar tingkatan lima yang baru pulang membeli burger di Apartment Adora, Seksyen 25, di sini, maut ditikam dalam kejadian Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, susulan kejadian pihaknya menjalankan penyiasatan dan menahan dua suspek berusia lingkungan 20-an, kelmarin, berhampiran lokasi pembunuhan itu. Menurutnya, soal siasat setakat ini menunjukkan berlaku salah faham di antara mangsa dan suspek sehingga menyebabkan pelajar itu ditikam hingga mati.

“Kita percaya suspek dapat membantu siasatan kes ini. Bagaimanapun kita belum menemui senjata yang digunakan dalam kes bunuh itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurutnya, suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Harian Metro semalam melaporkan hasrat seorang pelajar tingkatan lima yang mahu menjamah burger baru dibelinya tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dengan kesan tikaman di tempat letak kereta di Apartmen Adora, Seksyen 25, di sini. Mangsa, R Teeneshe, 17, ditemui terbaring oleh orang ramai yang melalui kawasan itu bersama burger baru dibeli mangsa, kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu lalu.

Laporan memetik mangsa maut selepas ditikam dengan senjata tajam dipercayai pemutar skru di beberapa bahagian badan.

Pakar kulit dari India bantu rawat Afida



KOTA BHARU: Sekumpulan pakar kulit dari India antara kumpulan yang akan membantu kanak-kanak istimewa, Nurul Afida Batrisya Razi,4, yang ditumbuhi bulu lebat pada wajah dan anggota badannya sejak lahir.
Kumpulan pakar berkenaan diketuai pakar Dermatologi, Dr R G Muthulaksmi membantu daripada segi pelaksanaan rawatan bagi menghalang pertumbuhan bulu lebat pada kanak-kanak berkenaan.

Pakar kulit dari India itu mengkaji sama ada penggunaan krim mampu menghalang pertumbuhan bulu pada Afida atau menggunakan kaedah lain yang lebih bersesuaian memandangkan bulu lebat pada kanak-kanak itu sentiasa tumbuh dari hari ke hari.

Saman isteri RM1j

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tindakan isterinya yang keluar rumah tanpa izin, menyebabkan seorang mualaf memfailkan permohonan nusyuz terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah, di sini semalam, serta menuntut ganti rugi RM1 juta kerana mendakwanya melanggar perjanjian yang dipersetujui sebelum berkahwin, dua tahun lalu.
Plaintif, Muhamad Sem Yap Abdullah, 39, memfailkan permohonan itu pertama kali pada 16 Januari lalu dengan menamakan isterinya, Norlysalfarina Zainal, 30, sebagai defendan.

Bagaimanapun, plaintif yang diwakili peguam syarie Othman Wahab hadir ke mahkamah semalam untuk membuat pindaan terhadap tuntutan itu. Permohonan itu didengar di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang yang seterusnya menetapkan sebutan kes itu pada 21 Mei ini.
“Mahkamah menetapkan 21 Mei ini untuk sebutan bagi dua perkara iaitu bagi mengesahkan writ saman disampaikan kepada defendan selain untuk memutuskan sama ada kes itu wajar dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk bicara,” kata Othman. Plaintif yang bekerja sebagai pembantu arkitek di sebuah firma sebelum ini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, namun bercerai pada 2005 manakala ia adalah perkahwinan pertama bagi defendan. Permohonan nusyuz yang dibuat mengikut Seksyen 59(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303) itu meminta supaya Norlysalfarina kembali taat terhadap suaminya.

Sekiranya defendan enggan taat, mahkamah akan mensabitkan wanita itu nusyuz dan dengan itu, dia tidak boleh meminta sebarang nafkah edah, mutaah dan nafkah sebagai isteri sepanjang meninggalkan rumah kelamin.

Menurut plaintif, dia mengenali defendan menerusi laman sosial facebook dan pada ketika itu

Sumbat cili dalam ‘anu’

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

KLANG: Seorang wanita bukan saja mendera anak teman lelakinya berusia 13 tahun dengan memukulnya dengan getah paip dan memberinya makan nasi berlaukkan garam, malah menyumbat batang mop dan cili padi ke dalam kemaluannya kerana enggan melakukan kerja rumah.
Lebih teruk lagi, wanita itu menyimbah mangsa dengan air panas sehingga menyebabkannya melecur kerana mengesyaki kanak-kanak itu berbohong.

Perbuatan kejamnya mendapat balasan apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku salah atas lima pertuduhan termasuk mencederakan dan memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa.
Hakim Siti Noraida Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Shalina Sundiri Abdullah, 42, dan memerintahkan ia berjalan mulai tarikh tangkap tertuduh iaitu pada 7 Mei 2011. Manakala, bapa kanak-kanak itu yang juga pemandu lori berusia 40 tahun dipenjara empat tahun selepas mengaku salah menganiaya anaknya dengan cara memukul mangsa dengan menggunakan kayu di pangsapuri sama. Mengikut pertuduhan, Shalina didakwa memasukkan cili padi dan batang mop ke dalam kemaluan mangsa di sebuah pangsapuri di sini, pada Mac 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. Wanita itu didakwa atas dua pertuduhan mencederakan kanak-kanak itu dengan memukul mangsa dengan menggunakan getah paip dan kayu, di tempat sama pada 25 Mac 2010 dan sekitar Mac 2011. Dia didakwa mengikut 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan. Tertuduh turut didakwa atas satu lagi pertuduhan mencederakan kanak-kanak itu menyimbah air panas ke tubuh mangsa, di tempat sama pada April 2011.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat atau denda, jika sabit kesalahan. Manakala, bapa kanak-kanak itu didakwa menganiaya anaknya dengan memukul mangsa dengan kayu di rumah mereka, antara 25 Disember 2010 dan 30 April 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal, manakala pasangan kekasih itu diwakili peguam Gerard Lazarus. Berdasarkan fakta kes, kanak-kanak terbabit didera Shalina ketika tinggal di rumah bapanya, pada cuti sekolah akhir tahun 2010. Shalina memerintahkan anak teman lelakinya itu membuat kerja rumah dan tidak membenarkannya ke sekolah selepas sesi persekolahan tahun berikut bermula.

Mangsa dipukul dengan getah paip dan kayu besar apabila kanak-kanak itu tidak melakukan apa yang disuruhnya.

Pada satu ketika, Shalina memasukkan batang mop ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, ketika tangannya diikat di balkoni pangsapuri, kononnya sebagai hukuman kerana mangsa keluar dari rumah.
Tidak cukup dengan itu, wanita itu memasukkan cili padi ke dalam kemaluan anak kecil itu menyebabkan mangsa menjerit kepedihan.
defendan bertugas di Terengganu.

Dalam penyata tuntutan pindaan itu, Muhamad Sem mendakwa Norlysalfarina yang bertugas sebagai jururawat di Bahagian Kecemasan di sebuah hospital kerajaan keluar dari rumah mereka pada 10 Januari 2012 tanpa izinnya dan tidak pulang ke rumah sehingga sekarang.

Plaintif beberapa kali menelefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada defendan, namun tiada jawapan lalu plaintif membuat beberapa laporan polis. Dalam penyataan itu, plaintif berkata, dia amat terseksa kerana sebelum ini isterinya berjanji akan hidup bersamanya. Plaintif yang memeluk Islam pada 1994 turut mengemukakan salinan surat akujanji yang ditandatangani defendan dan seorang saksi pada 7 November 2010 yang menyatakan defendan berjanji untuk menjadi isteri solehah dan setia selama-lamanya kepada plaintif.
Defendan turut bersetuju sekiranya memungkiri janji itu atau melanggar mana-mana satu undang-undang keluarga Islam Malaysia, dia perlu membayar ganti rugi RM1 juta kepada plaintif.

Oleh yang demikian, plaintif memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya defendan atau waris defendan atau individu yang menghasut defendan supaya tidak mentaati plaintif, membayar RM1 juta kepada plaintif.

Plaintif juga menuntut mahkamah mengeluarkan perintah tiada nafkah perlu dibayar kepada defendan selama defendan keluar rumah dan kos perbicaraan ditanggung oleh defendan.

Pasangan itu bernikah pada 12 November 2010 di rumah keluarga wanita itu di Kerteh, Terengganu dengan hantaran RM15,000, tidak mempunyai cahaya mata.

No comments:

Post a Comment