Perguna ‘kekasih’ untuk kerakyatan
Wanita warga Vietnam yang memperkenalkan dirinya sebagai Aishah, 20-an, itu turut berjanji memeluk Islam untuk mengahwini mangsa demi membalas budi lelaki terbabit sejak hari pertama perkenalan mereka di sebuah pusat beli-belah di Jalan Peel, awal tahun lalu. Menceritakan kembali kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Hariz, 30, berkata dia menemui wanita berkenaan di pusat beli-belah berkenaan sebelum perkenalan itu bertukar percintaan selepas wanita itu sering menggunakan perkhidmatan teksinya.
“Bagaimanapun, pada 3 April lalu, saya menerima kejutan apabila ternampak dia keluar dari sebuah hotel di kawasan Bukit Bintang,” katanya, semalam.
Menurutnya, selepas menanyakan pihak hotel mengenai wanita berkenaan, baru dia tahu, kekasihnya itu pelacur.
Katanya, dia kecewa selepas mengetahui identiti kekasihnya itu dan apabila bersemuka untuk mengetahui kebenaran, wanita terbabit mengakui menipunya semata-mata untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.
“Saya yang yakin diri saya tertipu membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun HS Lee untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian.
Koma tak bayar RM50,000
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
apendy@hmetro.com.my
Lelaki berusia 54 tahun itu dilaporkan kritikal dipercayai kerana kecederaan dalaman akibat dibelasah dan dia kini dirawat di Unit Rawatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas keluarganya gagal membayar wang dituntut.
Mangsa yang menetap di Sungai Long, Kajang dan dikenali sebagai Lee tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja Jumaat lalu dan keluarga mangsa mendakwa ada individu yang menghubungi mereka meminta wang bagi bayaran hutang.
Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali ketika ditemui di PPUM berkata, mereka tidak mengetahui mangsa meminjam wang dengan mana-mana kumpulan along sehingga dihubungi individu tidak dikenali yang mengatakan mangsa kini dalam tahanan mereka kerana gagal membayar hutang.
“Pada hari kejadian, mangsa keluar bekerja jam 9 pagi, namun tidak pulang ke rumah seperti biasa pada waktu petang dan kami terkejut selepas menerima panggilan telefon jam 9 malam daripada seorang individu yang mengatakan mangsa mempunyai hutang RM50,000.
“Individu terbabit meminta kami membayar hutang mangsa, tetapi kami ragu kerana mangsa tidak memberitahu meminjam dengan along dan membuat laporan polis di Kajang,” katanya.
Menurutnya, tidak lama kemudian mereka menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang wanita yang tidak dikenali memaklumkan mangsa dibelasah teruk dan sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Katanya, mangsa mempunyai tujuh anak perempuan dan semua ahli keluarga dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu siasatan.
Panggilan ajal adik turun ke laut
Begitu kata Shahimi Che Din, 41, abang Herwan, 29, yang ditemui lemas dalam keadaan tertiarap sejak hilang lebih 36 jam selepas terjatuh dalam laut ketika menangkap ikan di Kuala Perlis, di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, Herwan tergelincir lalu jatuh ke laut jam 1 pagi kelmarin sebelum mayatnya ditemui jam 1.30 tengah hari, semalam.
Shahimi berkata, mangsa sebelum itu beria-ia mahu turun semula ke laut selepas melihat badannya semakin berisi dan mahu melakukan sesuatu, malah ingin mencari duit lebih.
Katanya, dia bersama adiknya bercuti sebagai nelayan selama dua bulan kerana ikan di kawasan berkenaan semakin berkurangan dan perlu pergi lebih jauh jika mahu mendapat tangkapan lebih lumayan.
“Kami keluar ke laut bersama, namun dia menaiki bot lain manakala saya menaiki bot lain jam 5 petang Jumaat lalu. Hampir 10 bot nelayan keluar ketika itu dan menghala kawasan berdekatan Pulau Brasmana, Thailand.
“Selepas beberapa jam menangkap ikan, saya tidak nampak bot dinaiki adik sehingga dimaklumkan rakannya Herwan hilang dipercayai terjatuh dalam laut lalu kami pulang untuk membuat laporan polis di Kuala Perlis,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pihaknya menerima kejadian seorang nelayan hilang selepas terjatuh ke dalam laut jam 11 pagi kelmarin Menurutnya, mayat mangsa ditemui kira-kira 0.3 batu nautika daripada pantai berdekatan.
Gerun tatap jenazah anak
Difahamkan dalam kejadian jam 9.30 itu, mangsa dan rakannya, Mohamad Zaki Said, 21, dalam perjalanan dari pusat bandar ke rumahnya di Kampung Padang, Gelung Bilal, di sini, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.
Bagaimanapun, kedua-dua penunggang berkenaan gagal mengawal motosikal mereka apabila sebuah kereta Nissan Grand Livina dari arah bertentangan membelok ke kanan jalan secara tiba-tiba.
Mohammad Izzat tidak sempat membrek motosikal merempuh bahagian sisi kereta Nissan Grand Livina dinaiki tiga beranak dan mangsa yang tercampak bertembung pula dengan sebuah kereta Nissan Sentra dari belakang kereta berkenaan.
Mohammad Izzat parah di muka dan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohamad Zaki yang mengelak ke kanan jalan pula bertembung Nissan Grand Livina sebelum tercampak beberapa meter dari tempat kejadian.
Mohamad Zaki yang koma akibat cedera di kepala dan badan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang dihubungi di sini, semalam mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan berkata, kemalangan itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mangsa kena peluru sesat kini stabil
Mangsa, Md Isa Yaakob, 45, dari Kampung Charok Bunting, Siong, di sini, sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, untuk mengeluarkan sebutir peluru yang tersangkut di bahagian tulang belakangnya.
Lelaki berkenaan dibawa keluar dari kawasan Air Tepus, Hutan Simpan Ulu Muda, dekat Betong, Thailand sekitar jam 1 tengah hari kelmarin dengan bantuan Unit Helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akibat struktur bukit yang curam.
Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya berbincang dengan pakar perubatan HSAH supaya menyegerakan pembedahan bagi membuang peluru yang berada dalam badan mangsa.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke HSB bagi menjalani pembedahan kerana terlalu lama menahan kesakitan hampir 36 jam di dalam hutan kerana kesukaran membawanya keluar akibat cuaca dan faktor bumi.
Suspek pecah rumah dikepung penduduk
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, jiran mangsa dikatakan terlihat kelibat seorang lelaki di atas bumbung dan menjerit serta memanggil penduduk lain sebelum mereka mengepung rumah teres berkenaan.
Polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan dan menahan suspek ditemui bersembunyi di tangki air rumah di situ.
Penghuni rumah tempat suspek menyorok, Siti Fatimah Jabbar, 27, berkata ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen bersendirian apabila terdengar kaca pecah sebelum jeritan penduduk berhampiran rumahnya.
“Saya dengar beberapa jiran menjerit mengenai ada pencuri atas bumbung dan saya kelam-kabut keluar dari rumah untuk melihat apa sebenar terjadi,” katanya.
Klinik temu jodoh
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Demikian kata pasangan bekas penagih dadah, Mohd Fairuz Mohd Isa, 33, dan Nurul Ashafiqah Azlan, 16, yang dinikahkan dalam satu majlis ringkas di Klinik Cure & Care 1Malaysia, Tampin, dekat sini, petang kelmarin.
Mohd Fairuz berkata, perkenalan singkat dengan isterinya yang juga bekas penagih tanpa dirancang dan perkahwinan mereka berdua umpama mimpi menjadi kenyataan.
“Kami berkenalan empat bulan lalu ketika mengikuti program yang diatur di pusat ini sebelum timbul bibit cinta antara kami. Pihak pengurusan pusat ini kemudian memberi idea supaya kami disatukan,” katanya.
Menceritakan kehidupan silamnya, Mohd Fairuz berkata, 15 tahun lalu, hidupnya mula musnah selepas terjebak dengan dadah sebelum timbul penyesalan dalam diri.
Katanya, ketika bergelumang dengan najis dadah, dia mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, malah tidak pernah berhasrat untuk berumahtangga.
“Pada masa itu tidak terlintas hendak kahwin kerana setiap hari leka dengan dadah, namun selepas timbul kesedaran dalam diri, saya datang sendiri ke klinik ini untuk mengubah hidup.
“Ketika dalam rawatan saya berusaha melawan ketagihan dan berasakan seolah mati hidup semula hinggalah saya pulih dan berjaya meninggalkan dadah, tetapi belum terlintas untuk berumah tangga.
Pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas dinikahkan Kadi Daerah Alor Gajah, Luqman Jamil dengan dua kali lafaz, wang hantaran RM2,500 serta sebentuk cincin.
Malah, pasangan itu juga secara rasmi mengakhiri rawatan pemulihan di klinik berkenaan kelmarin dan disahkan bebas daripada gejala penagihan dadah.
Mohd Fairuz berkata, dengan perkahwinan itu juga berakhirlah kehidupan masa silam yang penuh ranjau dan berharap kehadiran mereka sebagai suami isteri dapat di terima masyarakat.
“Kami bersyukur semua dirancang berjalan lancar dan selepas ini tiada lagi istilah ‘dadah’ dalam hidup dan berharap perkahwinan ini akan memberikan hidup baru kepada saya dan isteri.
“Biarlah kisah silam berakhir di sini dan azam selepas ini mahu menjadi ayah kepada anak-anak,” katanya ketika ditemui.
Nurul Ashafiqah pula berkata dia tertarik dengan budi pekerti suaminya selepas terpandang kali pertama ketika menjayakan program amal anjuran klinik berkenaan.
“Saya tertarik dengan kelembutan serta sifat penyabar ditunjukkan suami dan bermula dari perkenalan itu kami semakin mesra sebelum merancang hidup bersama,” katanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.
Sementara itu, Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampin, Siti Mariam Mursidan berkata, pihaknya gembira apabila Mohd Fairuz dan Nurul Ashafiqah bersetuju melangsungkan majlis pernikahan di klinik ini.
Katanya, segala perancangan diatur lebih awal dan mendapat kerjasama baik daripada kedua-dua keluarga pengantin yang mengeluarkan perbelanjaan untuk majlis pernikahan pertama kali seumpama itu.
“Pasangan bekas penagih ini diarak dengan paluan kompang serta jamuan membuatkan tetamu yang hadir tidak janggal menghadiri majlis persandingan dalam kawasan klinik.
“Malah majlis ini nampak meriah dengan kehadiran keluarga kedua-dua pengantin yang datang memberi sokongan kepada mereka membina mahligai selepas bebas daripada dadah.
“Kami amat gembira kerana ini kali pertama majlis perkahwinan diadakan di sini. Saya yakin pasangan mempelai ini mampu melayari kehidupan mereka tanpa najis dadah yang hampir memusnahkan hidup mereka sebelum ini,” katanya.
Pelajar beli burger mati ditikam
Mangsa, R Teeneshe, 17, ditemui terbaring oleh orang ramai yang melalui kawasan itu bersama burger baru dibeli mangsa, kira-kira jam 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa maut selepas ditikam dengan senjata tajam di beberapa bahagian badan.
“Mayat mangsa ditemui dengan berpakaian lengkap dalam keadaan terbaring berhampiran sebuah kereta.
“Polis percaya mangsa dibunuh di tempat kejadian sebelum suspek melarikan diri berdasarkan kesan darah yang ditemui di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal, mendapati mangsa tinggal bersama neneknya di kawasan perumahan berhampiran dan kini masih menuntut di tingkatan lima di sebuah sekolah di Klang.
Pemain forex tak hirau fatwa
Mereka berpendapat, jika benar perniagaan itu haram ia perlu diharamkan di seluruh dunia membabitkan negara lain seperti Indonesia, Arab Saudi dan Mesir, namun statusnya di negara asing masih belum dipastikan.
Hakikatnya, pemain berkenaan sebenarnya bimbang untuk terbabit dalam bidang lain kerana mampu mengaut keuntungan berlipat ganda menerusi forex.
Mendedahkan kejahilan itu, Pengerusi Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia, Norizam Tukiman berkata, dia menerima maklumat ramai pemain forex masih aktif walaupun mereka sedar ia diharamkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Katanya, pemain terbabit aktif memperdagangan forex di Internet dan berpendapat mereka tidak perlu menurut garis panduan ditetapkan pihak berkuasa.
“Apabila ditanya, mereka akan mempersoalkan mengapa forex hanya diharamkan di Malaysia sedangkan banyak negara Islam lain tidak melakukan tindakan sama.
“Saya tidak mahir soal agama dan pada saya, alasan diberikan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan munasabah dan mengikut arahan dikeluarkan.
“Bagaimanapun, sebagai umat Islam saya berpendapat kita perlu mengikut arahan dikeluarkan,” katanya.
Keputusan dibuat selepas kajian Jawatankuasa mendapati perniagaan itu membabitkan spekulasi mata wang selain banyak isu meragukan.
PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
H.R.HAKIM
Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim".
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum Muslimin di hari ini.
Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!!!!!
ZAMAN DI MANA ORANG TIDAK PEDULIKAN
DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
H.R. NASAK (nun..sim..alif.hamzah)
Daripada Abu Hurairah ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW : "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram."
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin kekayaan. mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
Kecewa isteri, kekasih muda
Kejadian akhir Mac lalu, di rumah sewa teman lelaki itu cuba disorok daripada suaminya, namun terbongkar selepas dimaklumkan seorang ustaz, Selasa lalu ketika suaminya pergi bersolat di masjid berhampiran rumahnya.
Sebaik mendapat tahu perbuatan terkutuk isterinya itu, lelaki berkenaan yang berusia 45 tahun terus membuat laporan polis.
Sumber polis berkata, mangsa sudah berkahwin dengan isterinya sejak 10 tahun lalu kecewa dengan isterinya yang sanggup menduakannya .
Katanya, mangsa terkilan kerana isteri dan pasangannya dibebaskan tanpa sebarang tindakan undang-undang.
“Kelibat isteri mangsa ke rumah teman lelakinya itu dapat dihidu pasukan pencegah maksiat yang menyerbu rumah pasangan itu sebelum mencekup mereka kira-kira jam 12 malam.
“Selepas disoal siasat, wanita itu didapati sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak,” katanya, di sini, semalam.
Sumber berkata, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kajang, namun dibebaskan selepas diberi nasihat membuatkan suaminya kecewa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan lelaki berkenaan.
RM27,000 hilang lepas kaki dipegang
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun bersama ahli keluarganya sedang berjalan menghala ke Stesen LRT berdekatan lokasi kejadian sebelum didatangi dua lelaki berusia 20-an.
Menurutnya, seorang daripada mereka menyimbah air ke seluarnya sebelum memegang kaki mangsa.
“Terkejut dengan tindakan berkenaan, saya berhenti untuk melihat keadaan seluar dan ketika itu, mereka dengan tiba-tiba memegang kaki saya kononnya untuk membersihkan kekotoran.
“Sebaik kaki dipegang, saya seolah-olah dipukau dan selepas sedar kira-kira 30 minit kemudian, saya mendapati wang berjumlah AS$9,100 (RM27,000) hilang,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Katanya, wang berkenaan disimpan semata-mata untuk membelikan barang kelengkapan perkahwinan dan ia juga adalah wang hasil pelaburan saham yang baru diperolehnya.
Menurutnya, mereka sekeluarga cuba mencari kedua-dua lelaki itu namun gagal.
15 dipanah halilintar
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my
asnawi@hmetro.com.my
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama dua rakan yang berada dalam khemah kecil, keluar untuk ke khemah besar yang terletak tidak jauh dari situ.
“Sebaik keluar, saya nampak petir menyambar pokok berdekatan sebelum tiba-tiba saya jatuh terlentang.
“Ketika itu saya nampak beberapa lagi rakan turut terkena renjatan akibat panahan petir itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, seramai 15 pelajar Sekolah Menengah St Francis di sini, cedera akibat terkena renjatan kesan panahan petir.
Rakannya, Mohd Danish Azilan, 15, berkata ketika kejadian dia berada atas katil dalam khemah bersama beberapa lagi pelajar sedang berehat kerana hujan berserta ribut.
“Tiba-tiba kaki saya berasa kebas dipercayai akibat renjatan petir,” katanya yang mempunyai kesan kemerahan di paha kanan.
Mereka yang juga ahli Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dikatakan hari pertama berada di kem itu untuk menjalani kursus selama seminggu.
Semua pelajar yang cedera itu kemudian terus dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil tanpa kecederaan serius.
Polis buru dua beranak
Dalam kejadian pada 5 Mac lalu, wakil sebuah syarikat di Kuala Lumpur mendakwa bekalan tayar berkenaan tidak tiba di syarikatnya sebelum menghubungi majikan dua beranak berkenaan.
Bagaimanapun selepas siasatan dilakukan, lori berkenaan akhirnya berjaya dikesan menggunakan sistem pengesanan kedudukan satelit (GPS) sebelum menemui lori dinaiki dua beranak itu di tepi jalan berhampiran Pulau Lumut, Klang, sehari selepas ia dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata pihaknya kini memburu dua beranak berkenaan dikenali sebagai Ismail Mad, 43, dan anak lelakinya, Mohd Faizal Ismail, 23 bagi membantu siasatan kehilangan ratusan tayar berkenaan.
“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di talian 05-8080222 atau 05-8082222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya ketika ditemui, kelmarin.
No comments:
Post a Comment