Lari separuh bogel rumah diserbu
TAHAN...sebahagian pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi pagi semalam.
Difahamkan, sebahagian warga asing yang tinggal di perkampungan terbabit turut melarikan diri dan cuba berlindung di dalam semak berhampiran kerana bimbang dicekup.
Usaha seorang remaja berusia 20 tahun menyorok di dalam almari pakaian di dalam sebuah bilik gagal apabila dia akhirnya ditemui dan dicekup pegawai penguat kuasa sebaik kawasan perkampungan itu digempur kira-kira jam 2 pagi.
Selain tidak mempunyai dokumen yang sah, pendatang asing tanpa izin terbabit dikatakan tidak menjalani proses pemutihan seperti diarahkan dan hanya berdaftar untuk memiliki slip berkenaan.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya, Marie Ajeng, pihaknya sudah menjalankan intipan sejak dua minggu lalu sebaik menerima maklumat daripada orang awam.
“Lebih 800 warga asing dari pelbagai negara diperiksa dan daripada jumlah itu, 126 ditahan. Bagaimanapun, hanya 83 orang saja yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.
“Operasi ini dilakukan bagi memeriksa dan menahan warga asing yang tidak menjalani proses pemutihan yang berakhir 10 Mac lalu. Mereka berdaftar dan memiliki slip sementara tetapi tidak menjalani proses pulang ke negara asal,” katanya.
Beliau berkata, mereka yang menjalani proses pemutihan itu akan memiliki slip pendaftaran yang mempunyai nombor siri sekali gus mengesahkan kemasukan mereka adalah sah.
Libas belakang, tekap seterika
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Lebih kejam, dalam kejadian antara jam 3 hingga 5 petang itu, mangsa yang menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah kemudian disimbah pula dengan air panas oleh lelaki berusia lewat 20-an itu.
Kekejaman teman lelaki mangsa dikatakan berlaku ketika mereka bertengkar dengan teman lelakinya itu bagi menebus semula barang kemas miliknya yang digadaikan.
“Mangsa mendesak teman lelakinya supaya menebus semula barang kemas miliknya itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
“Lelaki itu yang hilang pertimbangan bertindak memukul mangsa,” katanya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang bagaikan dirasuk kemudian melibas mangsa menggunakan tali pinggang.
“Mungkin tidak berpuas hati, lelaki itu kemudian menekap pula seterika panas ke atas belakang mangsa. Akibatnya mangsa menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah.
“Sebaik mangsa menggelupur, lelaki terbabit bertindak lebih kejam dengan menyimbah pula air panas ke atas badan mangsa,” katanya.
Mangsa kemudian menghubungi rakannya sebelum dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.
Difahamkan, sebaik laporan dibuat, pihak berkuasa berusaha mengesan suspek, namun gagal. Bagaimanapun, pihak berkuasa percaya suspek akan ditahan dalam masa terdekat.
Wanita terbabit yang mengalami kesan lecur teruk di seluruh tubuh terutamanya belakang badan kini masih dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
PAW didik remaja cintakan bangsa, agama
Pengerusinya, Noor Azam Abdul Mokhta berkata, penubuhan PAW sejajar dengan usaha untuk mewujudkan semangat daya juang yang tinggi dalam diri orang Melayu yang semakin pudar terutamanya generasi muda.
Selain itu, agama Islam yang selama ini menjadi tunjang kepada orang Melayu dan menjadi agama rasmi negara kini wujud pihak yang berani mempertikaikannya dan menuntut hak kesamarataan sebagai rakyat Malaysia.
“Janganlah bangsa Melayu menjadi seperti Pak Kaduk, menang sorak tapi kampung sendiri yang tergadai.
“Apa yang ditinggalkan generasi terdahulu harus dikekalkan agar generasi akan datang tahu akan asal usul mereka,” katanya sewaktu Majlis Pelancaran PAW, di sini, semalam.
Menurutnya, Perlembagaan negara sepatutnya perlu dihayati sebaik mungkin generasi muda kerana kandungan perlembagaan tersimpan pelbagai amanat yang perlu dipikul agar Melayu dan Islam tidak hilang di Malaysia.
Namun kini, Perlembagaan negara bukan saja tidak dihayati malah tidak difahami dan lebih membimbangkan ada pihak tertentu yang berusaha menuntut agar perlembagaan diubah demi kepentingan peribadi.
Menggigil 2 jam
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Yusliza Yakimir Abd Talib
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Abdul Ghafur, 23, yang menuntut di Institut Agama Islam Negeri Ar Raniry berkata, ketika gempa bumi itu pada jam 3.38 petang waktu tempatan (4.38 waktu Malaysia), dia menyiapkan tesis di bilik rumah sewanya.
“Tiba-tiba berlaku gegaran kuat dan bekalan elektrik terputus. Saya mengambil dokumen penting seperti pasport, visa serta komputer riba sebelum keluar rumah dan berkumpul bersama pelajar lain di Masjid Unsyiah,” katanya.
Menurutnya, gegaran itu berlaku lima minit menyebabkan suasana panik seketika manakala gegaran kedua berlaku jam 5.45 petang waktu tempatan (6.45 petang waktu Malaysia).
“Badan saya masih menggeletar akibat terkejut walaupun sudah dua jam berlakunya gegaran kuat itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
2,000 keluar rumah
Penduduk dari Kampung Tepi Sungai, Kampung Masjid, Kampung Padang Salim, Kampung Keda Tepi Sungai dan Kampung Kepala Jalan, meninggalkan rumah masing-masing jam 5 petang selepas mendapat arahan pihak berkuasa.
Kebanyakan penduduk yang ditemui mendakwa tindakan mereka itu sebagai langkah keselamatan berikutan merasai gegaran selama 20 saat susulan gempa bumi berukuran 8.7 skala Richter di Aceh, petang semalam.
Lima kampung berkenaan yang terletak di pesisir pantai Kota Kuala Muda dilanda tsunami pada 2004. Kebanyakan penduduk berkata menunaikan sembahyang Asar apabila merasa badan mereka terhuyung-hayang dan pening.
Bagaimanapun, perpindahan penduduk ke dewan berkenaan seperti yang dirancang Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika latihan tsunami pada bulan November tahun lalu kurang lancar apabila ada pihak mengarahkan mereka ke Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kota Kuala Muda.
Bergegas penuhi jalan
Gegaran kuat itu turut menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini terutama penghuni bangunan tinggi merasainya. Antara kawasan yang merasai gegaran itu seperti Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Prangin Mall, Plaza Gurney dan beberapa hotel di pesisiran pantai, Batu Feringgi dan Lebuh Sungai Pinang.
Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan yang pernah dilanda tsunami seperti di Batu Feringghi, Persiaran Gurney, Tanjung Tokong dan Balik Pulau mendapati orang ramai mula mengosongkan kawasan berkenaan selepas diarahkan pasukan keselamatan.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, satu gegaran dirasai kira-kira lima minit hingga menyebabkan penghuni bangunan tinggi, pejabat dan pusat beli-belah mengosongkan bangunan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Dua jam selepas itu, gegaran kali kedua mula terasa dan penduduk di Kampung Chew Jeti diarahkan mengosongkan kediaman mereka berikutan dibina di kawasan berhampiran pantai.
Sementara itu, ribuan pekerja di sebuah kilang membuat pakaian di Jalan Pinang, di sini bertempiaran lari selepas mendapat arahan pihak pengurusan supaya mengosongkan bangunan berkenaan.
Mereka kemudiannya dikumpulkan di hadapan kilang dan ada yang dilihat panik kerana merasai gegaran kuat ketika bekerja di kilang empat tingkat itu.
Kilang berkenaan mempunyai pekerja dari Indonesia, China, Vietnam dan Myanmar kelihatan terpinga-pinga kerana tidak tahu kejadian sebenar.
“Saya dan rakan-rakan terus keluar sebelum mendengar loceng kecemasan berbunyi dan ketika itu ramai lagi pekerja turut berpusu-pusu meninggalkan bangunan terbabit.
“Selepas mengetahui gegaran itu berlaku kerana satu gempa yang kuat di Indonesia, saya terus menghubungi ibu untuk bertanyakan khabar dan lega apabila ibu memberitahu mereka sekeluarga selamat,” katanya.
Pihak pengurusan kilang berkenaan kemudiannya meminta pekerjanya yang mempunyai barang berharga dan dokumen penting masuk untuk mengambil barang mereka itu, manakala yang lain dibenarkan pulang.
Sementara itu, beberapa pengunjung yang sedang membeli-belah di Plaza Gurney turut merasai gegaran.
Menurut seorang pengunjung dari Jepun, Yoshio Hirano, 50, ketika itu dia berada di sebuah kedai pakaian sebelum berasa pening dan melihat patung serta lampu turut bergoyang.
Selamba sebelum panik
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, dianggarkan 500 penghuni dua blok kuarters setinggi 19 tingkat berkenaan bergegas meninggalkan kediaman masing-masing selepas panik dengan gegaran kira-kira dua minit susulan gempa bumi di Aceh dengan kekuatan 8.6 skala Richter sebelum diarahkan berkumpul di kawasan padang berhampiran.
Satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit turut dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan. Pemeriksaan lanjut anggota berkenaan mendapati tiada kerosakan atau keretakan pada struktur kediaman, bagaimanapun penghuni hanya dibenarkan kembali ke rumah masing-masing selepas jam 6 petang. Menurut Mohd Kobi, ketika kejadian dia sedang makan bersama isteri, Faizah Ani, 37, dan tiga anak mereka apabila tiba-tiba terasa bangunan bergegar.
“Tanpa berlengah, saya segera mengarahkan anak dan isteri turun dari rumah di tingkat 14 kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku. Saya sudah mengesyaki gegaran disebabkan gempa bumi berikutan ini kali keempat saya menempuh pengalaman sama. “Sebelum ini, saya sudah mengalami gegaran ketika menghuni kediaman lama di kuarters Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Pantai Dalam sebelum berpindah ke kuarters baru kerana mengikut isteri yang bertugas sebagai jururawat di HKL setahun lalu,” katanya. Jirannya, Mohd Munir Junuh, 35, berkata dia sedang tidur apabila dikejutkan isterinya, Salini Safie, 30, mengenai gegaran berkenaan dan segera turun dari bangunan menuju padang berhampiran.
“Ketika bergerak keluar, saya rasa sukar berjalan kerana bangunan bergoyang menyebabkan tubuh saya terhoyong-hayang.
“Ini juga menyebabkan kepala pening sedikit, namun terpaksa teruskan perjalanan menuju tempat selamat bersama keluarga,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima lebih 10 panggilan daripada orang ramai menghuni beberapa bangunan tinggi yang melaporkan merasai gegaran di sekitar ibu negara.
“Antara bangunan di ibu negara merasai gegaran ialah Alpha Villa di Wangsa Maju, Flat Sri Sabah di Pudu, PPR Intan Baiduri di Jinjang, PPR Seri Malaysia di Sungai Besi dan KL Sentral,” katanya.
‘Ingat nak mati’
Oleh Mohd Nasif Badruddin dan Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Ibu kepada 11 anak yang tinggal di tingkat 10 pangsapuri berkenaan ketika ditemui berkata, dia yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak hanya mampu mengucap dalam kejadian jam 4.50 petang itu sebelum dibawa turun oleh anak sulungnya, Zainun Kadir, 38, dengan menggunakan lif untuk menyelamatkan diri.
“Saya, anak dan enam cucu bernasib baik tidak terperangkap dalam lif yang gagal berfungsi selepas kami menggunakannya,” katanya.
Jirannya, Mariam Abu Bakar, 72, tinggal di tingkat lapan pangsapuri itu berkata, ketika kejadian dia baru selesai sembahyang Asar dan tidak tahu apa yang berlaku kerana tidak berasa apa-apa.
“Saya jadi takut dan cemas apabila cucu yang tinggal di tingkat tiga bergegas masuk rumah membawa saya dan suami turun dengan lif selepas memberitahu berlaku gegaran di pangsapuri yang kami diami sejak dua tahun lalu.
“Mujur ada cucu yang bertindak pantas menyelamatkan kami kerana saya hanya tinggal berdua dengan suami, Ibrahim Ngah, 80, dan dia pula sakit serta terpaksa menggunakan kerusi roda,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Zakaria Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.50 petang daripada penduduk mendakwa berlaku gegaran di Pangsapuri Ladang Gemilang dan tiba di situ empat minit kemudian.
“Kami dimaklumkan penduduk bahawa mereka terasa kesan gegaran daripada gempa bumi yang berlaku di Aceh dan selepas melakukan pemeriksaan, kami dapati keadaan selamat serta tiada kesan retakan sebelum membenarkan penduduk naik semula ke kediaman mereka kira-kira 45 minit selepas itu.
Pangsapuri setinggi 16 tingkat itu didiami kira-kira 1,000 penduduk.
Kerusi, meja bergerak sendiri
KUANTAN: “Pada mulanya saya rasa pening kepala dan sangkakan ia
perkara biasa, namun apabila melihat kerusi dan meja bergerak sendiri
selain air di dalam gelas berkocak, hati saya mula tidak rasa tenang
dan yakin ia bukanlah sesuatu yang biasa,” kata Zawiyah Mohd Taib, 52,
mengenai gegaran yang berlaku selama tiga hingga lima minit di Hospital
Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Zawiyah berkata, ketika kejadian, dia sedang menjaga anaknya di wad C, tingkat tujuh bangunan hospital berkenaan dan menyedari bangunan HTAA bergegar dan sejurus kemudian, jururawat yang bertugas mengarahkan pelawat turun serta merta.
“Saya turun menggunakan tangga tetapi di pertengahan jalan, saya naik semula untuk menyelamatkan anak saya yang masih berada di wad berkenaan. Mujur tiada apa-apa yang berlaku,” katanya.
Gegaran yang berlaku di HTAA mengakibatkan suasana panik dan kira-kira 500 kakitangan HTAA serta pesakit dan pelawat bergegas turun dan berkumpul di tempat letak kereta selepas diarahkan berbuat demikian.
Seorang pelawat, Perumal Subramaniam, 54, berkata, dia berada di tingkat lapan untuk melawat seorang jirannya yang sakit dan ketika gegaran berkenaan, dia melihat air di dalam gelas berkocak agak kuat dan segera mengajak isteri jirannya itu turun namun wanita berkenaan enggan kerana mahu berada di sisi suaminya.
“Saya cemas kerana kejadian gegaran ini tidak pernah berlaku di Kuantan sebelum ini. Sebaik turun ke bawah, saya dimaklumkan bahawa gegaran itu berlaku akibat gempa di Aceh,” katanya.
Seorang lagi pelawat, Chia Wei Mun, 32, berkata, ketika gegaran itu, dia menjaga ayahnya di tingkat tujuh dan segera turun apabila bunyi wisel dibunyikan pengawal keselamatan sebagai amaran mengosongkan bangunan berkenaan.
“Saya terpaksa tinggalkan bapa saya kerana diarahkan untuk turun segera. Mujur tiada apa-apa yang berlaku,” katanya.
KUALA LUMPUR: “Saya reda untuk bergelar janda dan ibu tunggal jika
bercerai buat kali kedua kerana hati saya sudah tawar untuk menerimanya
kembali dalam hidup kami,” kata kata pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 36.
Rita mengulas mengenai status terkini krisis rumah tangganya selepas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, memfailkan perceraian ke atasnya dan memaklumkan tindakan itu kepadanya hanya menerusi SMS.
Menurutnya, sepanjang empat tahun berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan itu, ‘boleh dikira dengan jari’ dia mengecapi detik bahagia.
“Saya mampu bertahan dan mendapat kekuatan selama ini pun kerana anak. Sebagai ibu saya inginkan yang terbaik buat mereka. Anaklah yang sentiasa berada di sisi saya dalam keadaan suka dan duka selama ini.
“Jika ini sudah ditakdirkan dan tertulis dalam hidup, saya terima dan tidak akan menyesal dengan apa yang berlaku,” katanya yang menitiskan air matanya ketika ditemu bual media pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-36, di Hotel Royale Chulan, di sini, semalam.
IPOH: Sepasang kekasih yang leka melakukan maksiat berhampiran kubur
lama terkejut apabila disergah sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan
Agama Islam Perak (Jaip).
Dalam kejadian jam 1.50 pagi semalam, pasangan berusia 20-an itu dikesan berpelukan di kawasan gelap di jirat Cina berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini.
Bagaimanapun, aksi terlampau itu terbantut apabila beberapa anggota Jaip yang berpakaian biasa menghampiri pasangan itu sebelum diarah beredar.
Tindakan sama turut diambil terhadap sepasang kekasih yang dikesan melakukan maksiat di dalam sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang berkenaan.
Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbu sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh pegawai penguat kuasa Jaip.
Ketika disoal, pasangan itu memberi alasan sengaja mengambil angin malam di taman selain mendakwa hanya sekadar kawan biasa.
Malah, teman lelaki pasangan itu memberi alasan mahu menghantar gadis terbabit pulang ke rumah selepas selesai bekerja.
Pasangan itu diberi amaran lisan sebelum diarah meninggalkan taman rekreasi itu yang menjadi tumpuan puluhan pasangan remaja Melayu bermadu kasih.
Difahamkan 10 pegawai penguat kuasa Jaip yang menaiki dua van
terlibat melakukan rondaan di sekitar taman rekreasi itu sehingga jam 3
pagi semalam.
Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian mendapati taman rekreasi itu mula dibanjiri remaja dan belia tempatan sejak jam 10 malam lagi dengan memilih kawasan sunyi dan gelap sebagai tempat melakukan temujanji.
Kebanyakan pasangan remaja ini yang datang dengan menunggang motosikal dilihat sengaja menuju ke kawasan gelap di taman rekreasi bersebelahan jirat untuk bermadu asmara.
Sementara itu Pengarah Jaip, Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan tumpuan awam di Ipoh dengan kerap melakukan rondaan dan operasi rambang.
Zawiyah berkata, ketika kejadian, dia sedang menjaga anaknya di wad C, tingkat tujuh bangunan hospital berkenaan dan menyedari bangunan HTAA bergegar dan sejurus kemudian, jururawat yang bertugas mengarahkan pelawat turun serta merta.
“Saya turun menggunakan tangga tetapi di pertengahan jalan, saya naik semula untuk menyelamatkan anak saya yang masih berada di wad berkenaan. Mujur tiada apa-apa yang berlaku,” katanya.
Gegaran yang berlaku di HTAA mengakibatkan suasana panik dan kira-kira 500 kakitangan HTAA serta pesakit dan pelawat bergegas turun dan berkumpul di tempat letak kereta selepas diarahkan berbuat demikian.
Seorang pelawat, Perumal Subramaniam, 54, berkata, dia berada di tingkat lapan untuk melawat seorang jirannya yang sakit dan ketika gegaran berkenaan, dia melihat air di dalam gelas berkocak agak kuat dan segera mengajak isteri jirannya itu turun namun wanita berkenaan enggan kerana mahu berada di sisi suaminya.
“Saya cemas kerana kejadian gegaran ini tidak pernah berlaku di Kuantan sebelum ini. Sebaik turun ke bawah, saya dimaklumkan bahawa gegaran itu berlaku akibat gempa di Aceh,” katanya.
Seorang lagi pelawat, Chia Wei Mun, 32, berkata, ketika gegaran itu, dia menjaga ayahnya di tingkat tujuh dan segera turun apabila bunyi wisel dibunyikan pengawal keselamatan sebagai amaran mengosongkan bangunan berkenaan.
“Saya terpaksa tinggalkan bapa saya kerana diarahkan untuk turun segera. Mujur tiada apa-apa yang berlaku,” katanya.
‘Reda janda semula’
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
roses@hmetro.com.my
Rita mengulas mengenai status terkini krisis rumah tangganya selepas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, memfailkan perceraian ke atasnya dan memaklumkan tindakan itu kepadanya hanya menerusi SMS.
Menurutnya, sepanjang empat tahun berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan itu, ‘boleh dikira dengan jari’ dia mengecapi detik bahagia.
“Saya mampu bertahan dan mendapat kekuatan selama ini pun kerana anak. Sebagai ibu saya inginkan yang terbaik buat mereka. Anaklah yang sentiasa berada di sisi saya dalam keadaan suka dan duka selama ini.
“Jika ini sudah ditakdirkan dan tertulis dalam hidup, saya terima dan tidak akan menyesal dengan apa yang berlaku,” katanya yang menitiskan air matanya ketika ditemu bual media pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-36, di Hotel Royale Chulan, di sini, semalam.
Kuburan asmara
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 1.50 pagi semalam, pasangan berusia 20-an itu dikesan berpelukan di kawasan gelap di jirat Cina berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini.
Bagaimanapun, aksi terlampau itu terbantut apabila beberapa anggota Jaip yang berpakaian biasa menghampiri pasangan itu sebelum diarah beredar.
Tindakan sama turut diambil terhadap sepasang kekasih yang dikesan melakukan maksiat di dalam sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang berkenaan.
Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbu sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh pegawai penguat kuasa Jaip.
Ketika disoal, pasangan itu memberi alasan sengaja mengambil angin malam di taman selain mendakwa hanya sekadar kawan biasa.
Malah, teman lelaki pasangan itu memberi alasan mahu menghantar gadis terbabit pulang ke rumah selepas selesai bekerja.
Pasangan itu diberi amaran lisan sebelum diarah meninggalkan taman rekreasi itu yang menjadi tumpuan puluhan pasangan remaja Melayu bermadu kasih.
Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian mendapati taman rekreasi itu mula dibanjiri remaja dan belia tempatan sejak jam 10 malam lagi dengan memilih kawasan sunyi dan gelap sebagai tempat melakukan temujanji.
Kebanyakan pasangan remaja ini yang datang dengan menunggang motosikal dilihat sengaja menuju ke kawasan gelap di taman rekreasi bersebelahan jirat untuk bermadu asmara.
Sementara itu Pengarah Jaip, Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan tumpuan awam di Ipoh dengan kerap melakukan rondaan dan operasi rambang.
No comments:
Post a Comment