Friday, April 13, 2012

INI BARU GEMPA...ALLAH BOLEH BERI LEBIH DARI ITU...MAKA TINGGALKAN MAKSIAT...JANGAN DERHAKA PADA ALLAH SWT

Pasar lengang kerana gempa Aceh

GERAI-GERAI menjual ikan di pasar pagi Tandop Kubang Rotan, Alor Setar lengang ekoran kekurangan bekalan ikan semalam.


ALOR SETAR - Dua buah pasar pagi di jeti pendaratan ikan di Kuala Kedah di sini lengang apabila kebanyakan gerai tidak beroperasi selepas bekalan ikan pada pagi semalam berkurangan gara-gara amaran tsunami akibat gempa bumi kuat 8.6 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara petang kelmarin.
Gerai-gerai menjual ikan tidak beroperasi kerana nelayan tidak keluar ke laut selepas amaran tsunami dikeluarkan dan tinjauan Kosmo! mendapati, hanya lapan daripada 13 buah gerai di pasar pagi Seberang Kota beroperasi manakala hanya enam daripada 13 buah gerai dibuka di pasar pagi Tandop Kubang Rotan.
Rata-rata peniaga dan nelayan memberitahu, bekalan ikan berkurangan selepas kesemua nelayan di laut diarahkan pulang oleh pihak berkuasa termasuk Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) petang kelmarin.

Suspek bunuh joki lumba kuda diberkas




KUALA LUMPUR - Suspek yang disyaki membunuh joki lumba kuda, R. Ragesh, 37, diberkas polis dekat rumahnya di Pulau Tikus, Pulau Pinang pada pukul 11 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamed Zulkarnain Abd. Rahman (gambar) memberitahu, suspek merupakan individu terakhir dilihat bersama dengan mangsa sebelum ditemui mati dalam bilik hotel bertaraf lima bintang dekat Jalan Ampang tersebut.
"Selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pihak hotel, polis berjaya mengecam suspek dan menahan lelaki itu di rumahnya dekat Pulau Tikus malam semalam (kelmarin)," katanya.

Sri Wani mula rasa terancam


SRI WANI (kiri) berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di samping seorang lelaki semalam.


KUALA LUMPUR – Kemelut yang dialami isteri ketiga bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Sri Wani Choo Abdullah berhubung dakwaan mengatakan dia sebenarnya seorang lelaki membuatkan pengusaha butik kecantikan itu berasa dirinya terancam dan dalam bahaya.
Menurut Sri Wani, dakwaan yang tidak berasas itu telah mendorong pendedahan keterlaluan oleh media mengenai tuduhan tersebut minggu lalu.
Sehubungan itu, wanita tersebut telah membuat laporan polis ekoran tidak tahan dengan gangguan-gangguan berkenaan yang dianggap telah menyekat kebebasan dirinya.
“Saya diekori pihak tertentu sehingga saya tidak boleh keluar (rumah),” kata Sri Wani kepada Hakim Abdul Walid Abu Hassan berhubung kegagalan memasukkan bukti dakwaan fitnah madunya dalam afidavit injunksi ex parte (sebelah pihak) di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Culik: Inspektor antara didakwa


salah seorang tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas dakwaan menculik.
salah seorang tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas dakwaan menculik.


PETALING JAYA - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan tiga yang lain didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menculik seorang anak ahli perniagaan bagi menuntut wang tebusan sebanyak RM1.5 juta bulan lepas.
Pegawai polis itu yang kini digantung tugas, R. Raja Kumar, 44, peniaga G. Thiagarajah, 37, M. Ramu, 35, dan K. Shashi, 26, kedua-duanya pengawal keselamatan, hanya mengangguk apabila pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dan mahkamah menetapkan 16 Mei untuk sebutan kes.

Peniaga hilang status kewarganegaraan


yu choon (kiri) bersama anak sulungnya, Soo Eang (kanan) dan Michael Chong menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti identiti Yu Choon di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang peniaga tergamam apabila mendapati dirinya kehilangan status kewarganegaraan ketika proses memohon penukaran MyKad baharu di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Pulau Pinang bulan lalu.
Lelaki malang itu, H’ng Yu Choon, 65, berkata, dia terkejut apabila permohonan untuk menukar MyKad ditolak oleh JPN selepas mendapati dia bukan lagi rakyat Malaysia.
“Pada masa itu saya hanya mahu menukar MyKad yang baharu kerana MyKad yang sedia ada telah rosak.
“Namun saya tidak sangka permohonan tersebut ditolak kerana JPN mendakwa saya telah berhijrah ke Singapura pada awal tahun lalu dan saya bukan lagi rakyat Malaysia,” dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jalan Ampang di sini semalam.

Siasat SMS penyebar porno

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit) akan menyiasat kira-kira 150 syarikat yang mungkin terlibat dengan penyebaran maklumat lucah dan permainan terselindung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Presiden Perbit, Mohd. Ali Ibrahim berkata, siasatan itu akan diadakan bersama dengan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Kita akan kaji sama ada perkhidmatan yang syarikat telekomunikasi (Telco) sediakan adalah benar-benar telus ataupun mempunyai unsur penipuan.
"Jika ada yang terbukti salah, mereka akan diserahkan kepada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tindakan selanjutnya," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Wanita tinggal bersama lima lelaki asing ditahan


SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan dalam Ops 6P selama dua hari sekitar Melaka Tengah semalam.


MELAKA - Tindakan seorang wanita tempatan tinggal bersama lima lelaki warga asing menerima padah apabila dia dicekup dalam Ops 6P oleh Jabatan Imigresen negeri di Taman Merdeka di sini semalam.
Program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran bermula sejak 1 Ogos 2011 dan berakhir pada 10 April lalu yang antara lain bertujuan mengenal pasti jumlah sebenar pendatang asing di negara ini.
Dalam serbuan pada pukul 12 tengah malam itu, wanita berusia 30-an tersebut ditahan kerana dia dipercayai menjadi pelindung kepada lelaki warga Bangladesh berkenaan.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, semasa serbuan yang diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Imigresen negeri, Salmah Omar itu, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri.
"Lelaki itu cuba meloloskan diri melalui siling manakala empat lagi berada di ruang tamu termasuk wanita tempatan terbabit.
"Bagaimanapun lelaki yang cuba meloloskan diri itu berjaya ditangkap," katanya pada sidang akhbar di Jabatan Imigresen, Ayer Keroh di sini semalam.

No comments:

Post a Comment