Wednesday, April 11, 2012

ISLAM MENGGALAKKAN MEMILIH ISTERI YANG SOLEHA...TANGGUNGJAWAB SUAMI MENDIDIK ISTERI SUPAYA TAAT KEPADA ALLAH SWT

‘Sekejap muda, sekejap tua’

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

BINCANG...mangsa dan ahli keluarga bomoh  berbincang dengan Chong, semalam.
BINCANG...mangsa dan ahli keluarga bomoh berbincang dengan Chong, semalam.
KUALA LUMPUR: “Sejak kecil saya melihat ibu lakukan pemujaan di rumah ibadat bukan Islam dan saya pernah lihat ada darah, kuku dan jarum dalam tiga mangkuk berasingan tersimpan di bilik yang digunakan ibu untuk berubat.
“Malah, ibu turut menggunakan al-Quran untuk menipu orang. Jadi, saya tidak sanggup lagi melihat amalan khurafat dilakukan ibu dan tidak mahu lebih ramai menjadi mangsanya.”
Demikian cerita gadis berusia 19 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul ketika mendedahkan perbuatan khurafat ibunya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

Nurul ditemani suaminya mengadakan sidang media itu bersama tujuh individu lain yang menjadi mangsa penipuan ibunya membabitkan kerugian lebih RM20,000.


Nurul berkata, dia yakin ibunya berusia 47 tahun itu mengamalkan ilmu hitam dan menggunakan ilmu berkenaan untuk mendapatkan wang dengan menipu orang ramai.

Rahsia lokasi majlis

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my

SIAP...kad jemputan perkahwinan Fasha dan Rizal Ashram sedia untuk diedarkan.
SIAP...kad jemputan perkahwinan Fasha dan Rizal Ashram sedia untuk diedarkan.
KUALA LUMPUR: Majlis perkahwinan pelakon Fasha Sandha, 28, dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April ini, sebagaimana tercatat dalam kad undangan perkahwinannya yang akan mula diedarkan dalam masa terdekat.
Fasha yang dinobatkan Pelakon TV Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) buat kali keenam, Ahad lalu berkata, majlis perkahwinannya akan diadakan secara tertutup membabitkan anggota keluarga serta kenalan rapat sahaja.

“Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan.
“Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Awal bulan lalu, Fasha selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya mengesahkan mengenai perkahwinannya dengan Rizal selepas gambar mereka berdua menghadiri kursus perkahwinan tersebar di portal berita hiburan di Internet.

Namun, ketika itu pelakon yang baru pulang dari Paris selepas selesai penggambaran drama Seindah Sakura, masih enggan memaklumkan mengenai tarikh perkahwinan mereka.

Sementara itu, Rizal ketika ditanya perasaannya menjelang persiapan majlis perkahwinan mereka berkata, dia hanya inginkan sebuah majlis sederhana, tetapi meriah.

“Persiapan kami lakukan perlahan-lahan memandangkan jadual kerja masing-masing yang padat namun alhamdulillah semuanya hampir selesai. Insya-Allah kami akan mengedarkan kad dalam masa terdekat,” kata usahawan berusia 36 tahun yang menyifatkan Fasha seorang wanita yang melengkapkan hidupnya.
Ketika ditanya mengenai khabar angin mengatakan pasangan glamor ini akan mengadakan majlis resepsi gilang gemilang sama ada di Jakarta atau Pulau Bali, Indonesia pada Jun depan, Rizal berkata: “Biarlah kita lakukan mana yang wajib dulu. Majlis bersanding atau majlis lain kemudian,” katanya.

Apek malang

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

INI DIA...Tham menunjukkan kecederaan dialaminya ketika kejadian samun, semalam.
INI DIA...Tham menunjukkan kecederaan dialaminya ketika kejadian samun, semalam.
MANTIN: Malang menimpa seorang lelaki warga emas apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diterimanya bukan saja disamun malah turut dibelasah penjenayah menyebabkan dia terpaksa menerima 10 jahitan di kepala di Kawasan Merah di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Pan Tham Khoi, 79, dipukul suspek menggunakan objek keras dipercayai topi keledar menyebabkannya rebah dan hampir tidak sedarkan diri. Menurut Tham, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui rakannya di sekitar kawasan berkenaan. “Ketika membuka pintu rumah, saya terkejut apabila dihampiri seorang lelaki dipercayai berusia lingkungan 40-an yang terus menyerang menggunakan objek keras.

“Saya diserang pada bahagian kepala dan muka sehingga terjatuh ke lantai serta nyaris pengsan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, ketika kunjungan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) merangkap Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Nilai, Yee Hee Long.
Tham yang tidak berkahwin berkata, suspek merampas dompetnya yang mengandungi wang BR1M berjumlah RM400 diterimanya bulan lalu.

“Saya meminta bantuan saudara untuk dihantar ke hospital berdekatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Kes berkenaan masih sedang disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment