Bagaimana
Melakukan Kebajikan Kepada Ibu Bapa Yang Telah
Meninggal Dunia
|
|||||||||||||||||||||||||||
Seseorang
anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua
ibu bapanya, tetapi adakah ia mamadai atau terbatas
ketika keduanya masih hidup sahaja?. Dalam Al-Quran
terdapat banyak ayat yang menyentuh dan memerintahkan
agar seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan
terhadap kedua ibu bapanya dan ianya tidak terbatas
ketika keduanya masih hidup. Terdapat beberapa
amalan kebajikan yang boleh disumbangkan oleh
seseorang anak kepada kedua ibu bapanta setelah
meninggal dunia
1.
Menjelaskan hutang
Islam
amat menitikberatkan dalam persoalan memberi,
menerima dan membayar semula hutang kerana ia
melibatkan hubungan sesame manusia ketika hidup
di dunia hingga ke akhirat kelak. Seseorang
yang berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya
dan sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat
menyelesaikan hutangnya maka tanggungjawab untuk
membayarkan hutang adalah ke atas warisnya.
Semua hutang samada melibatkan orang perseorangan,
pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar
tanpa mengira jumlahnya yang sedikit atau pun
banyak. Sabda Rasulullah s.a.w.:
2.
Membayarkan zakat
Seseorang
yang meninggal dunia dan belum membayar zakat,
maka wajib bagi warisnya menjelaskan zakat tersebut
kerana zakat yang belum dibayar itu adalah merupakan
hutang seseorang hamba kepada Allah s.w.t. Kewajipan
membayarnya pula didahulukan sebelum menjelaskan
hutang yang lain, memenuhi wasiat dan pembahagian
harta pusaka. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Daripada
hadis tersebut dapatlah difahami bahawa sebarang
hutang oleh seseorang hamba kepada Allah s.w.t.adalah
lebih utama dibayar. Ia termasuklah urusan pembayaran
zakat sama ada zakat fitrah, zakat harta, zakat
perniagaan dan sebagainya.
3.
Mengqada'kan puasa
Waris
atau anak-anak disunatkan supaya mengqada' puasa
ibu bapanya yang telah meninggal dunia, ia termasuk
puasa ramadhan, puasa nazar dan puasa kaffarah,
Sabda Rasulullah s.a.w.:
4.
Membayarkan fidyah puasa
Fidyah
puasa itu memberi sedekah dalam kadar satu cupak
makanan asasi penduduk sesebuah negara samada
daripada beras, gandum atau seumpamanya. Di
Selangor kadar timbangan satu cupak itu ialah
900 gram bersamaan dengan RM 1.10. Mereka yang
diwajibka membayar fidyah puasa ialah :
i.
Orang sakit yang tidak akan harapan untuk sembuh
penyakitnya.
ii.
Orang tua yang tidak beruapaya atu menemui kesukaran
untuk berpuasa dengan sebab tuanya.
Bagi
mereka yang tersebut di atas yang tidak berupaya
untuk berpuasa, maka diwajibkan bagi mereka
memberi makan seorang miskin untuk setiap hari
yang ditinggalkan puasa dengan satu cupak atau
nilai yang bersaan dengannya.
Firman
Allah s.w.t.:
5.
Mendoakan ibu bapa
Doa
daripada anak yang soleh merupakan khazanah
ibu bapa yang amat berharga dan ia akan sentiasa
mendoakan keduanya.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Menghubungkan
tali silaturrahim adalah termasuk dalam perkara
yang amat penting dan ianya merupakan salah
satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian
utama dari umat Islam. Mengeratkan hubungan
silaturrahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat
dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada
cara berbuat amal untuk keduanya yang telah
meninggal dunia.
Abdullah
bin Umar r.a. meriwatkan, Rasulullah s.a.w.
bersabda :
Menziarahi
kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar
ganjarannya disisi Allah. Adalah lebih baik
jika diziarahi pada setiap hari Jumaat dan dibacakan
surah Yaasiin untuknya. Kelebihan mengenang
ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya
membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak-anak
yang solehtetapi juga kepada anak yang derhaka.
Adab
ziarah kubur
i.
Hendaklah bersih daripada hadas ( sunat berwuduk).
ii.
Sunat memberi salam secara umum kepada ahli
kubur sebaik sahaja sampai di tanah perkuburan.
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
iii.
Setelah sampai dekat kubur ibu bapa hendaklah
berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap
muka si mati sambil memberi salam khusus kepadanya.
Contohnya : jika si mati itu bapa, lafazsalamnya
adalah:
"Assalamualaikum
wahai ayahku "
iv.
Membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahalanya
kepada kedua ibu bapa.
v.
Hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk kedua
ibu bapa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan
rahmat kepada keduanya.
8.
Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid
Pembahagian
harta pusaka hendaklah dibuat setelah dijelaskan
segala hutang si mati samada hutang dengan Allah
mahupun sesama manusia, wasiat dan segala perbelanjaan
pengurusan jenazah.Firman Allah s.w.t.:
9.
Memohon kemapunan bagi dosanya
Perkara
yang paling mudah dan dapat dikerjakan oleh
semua orang pada bila-bila masa ialah berdoa
serta mohon keampunan bagi dosa kedua ibu bapanya
samada yang masih hidup, lebih-lebih lagi yang
telah meninggal dunia sepertimana doa yang dianjurkan
dalam Al-Quran :
10.
Membuatkan haji untuknya
Anak-anak
digalakkan untuk membuatkan haji bagi kedua
ibu bapanya yang telah meninggal dunia tetapi
belum sempat menunaikan haji. Ia boleh dilakukan
dengan membuat sendiri ( bagi yang telah menunaikan
haji untuk diri sendiri ) atau dengan cara mengupahkan
kepada orang lain.
Walau
bagaimanapun sekiranya kedua ibu bapa telah
bernazar untuk menunaikan haji tetapi tidak
berkesempatan kerana telah meninggal dunia,
maka wajib bagi anak atau waris melakukan haji
untuknya dengan segala perbelanjaan adalah daripada
harta peninggalan si mati. Sabda Rasulullah
s.a.w.:
Sebagai
kesimpulannya, marilah sama-sama kita menghayati
semula peranan seorang anak kepada ibu bapa.
Tanpa mereka siapalah kita dan adakah kita boleg
berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita
miliki pada hari ini? Sedarlah bahawa tanpa
keredhaan mereka, kita juga tidak akan mendapat
keredhaan Allah s.w.t.. Semoga kita akan tergolong
dalam golongan yang diredhai dan memasuki syurga
Allah.
Ibu bapa - Apakah bakti anak selepas mereka mening ..Oleh raudah,2004-03-24 12:20:22Seseorang anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, tetapi adakah ia memadai atau terbatas ketika mereka masih hidup sahaja? Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh atau memerintahkan agar seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan terhadap kedua-dua ibu bapanya, dan ia tidak terbatas ketika mereka masih hidup. Terdapat beberapa amalan kebajikan yang boleh disumbangkan oleh seseorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya setelah meninggal dunia. 1. Menjelaskan hutang. Islam amat menitikberatkan persoalan memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia hingga ke akhirat kelak. Seseorang yang berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya, dan sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan hutangnya maka tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut adalah ke atas warisnya. Semua hutang sama ada melibatkan orang perseorangan, pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar tanpa mengira jumlahnya yang sedikit ataupun banyak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya. (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah). Abu Said r.a. berkata: Telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. jenazah untuk disembahyangkan, lalu baginda bertanya: Adakah mayat ini masih menanggung hutang? Sahabat menjawab: ``Ya, Rasulullah''. Baginda bertanya: Adakah ia ada meninggalkan harta kekayaan untuk membayarnya? Jawab sahabat: ``Tidak.'' Lalu baginda bersabda: Sembahyanglah kamu pada kawanmu itu. Baginda sendiri tidak turut serta menyembahyangkannya. Kemudian Ali bin Abi Talib berkata: ``Wahai Rasulullah, biarlah saya yang membayar hutangnya.'' Sesudah itu baginda segera maju untukmenyembahyangkan jenazah sambil berkata kepada Ali: Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) daripada api neraka, sebagaimana kamu telah membebaskan tanggungan saudaramu yang Muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) daripada api neraka pada hari kiamat kelak. Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya pada hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa Aku tidak akan menuntut hak hamba-Ku? Maka diambil amal kebajikan orang itu dan diberikan kepada orang yang memberi hutang dan jika orang yang berhutang tidak mempunyai amal kebajikan, maka segala dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan kepada orang yang berhutang. 2. Membayarkan zakat. Seseorang yang meninggal dunia dan belum membayar zakat, maka wajib bagi warisnya menjelaskan zakat tersebut kerana zakat yang belum dibayar itu adalah hutang seseorang hamba kepada Allah s.w.t. Kewajipan membayarnya pula didahulukan sebelum menjelaskan hutang yang lain, memenuhi wasiat dan pembahagian harta pusaka. Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya: ``Ibu saya telah meninggal dunia dan berhutang puasa selama satu bulan. Apakah saya perlu membayarkannya?'' Sabda Rasulullah s.a.w.: Sekiranya ibu kamu mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarkannya? Jawab lelaki tersebut: ``Ya.'' Baginda menjawab: Hutang kepada Allah adalah lebih utama dibayar. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 3. Mengqadakan puasa. Waris atau anak-anak disunatkan supaya mengqada puasa ibu bapanya yang telah meninggal dunia, ia termasuk puasa Ramadan, puasa nazar dan puasa kafarah. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mati sedangkan ia ada kewajipan berpuasa, maka walinya berpuasa untuknya. (Muttafaq Alaih) Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawasanya seorang wanita berkata: Ya Rasulullah, ibu saya telah meninggal dunia sedangkan ia ada puasa nazar, adakah saya boleh berpuasa untuknya? Rasulullah s.a.w. bersabda: Bagaimana pendapatmu sekiranya ibu kamu mempunyai hutang dan kamu membayarkannya, tidakkah itu menunaikan hutangnya? Wanita itu menjawab: ``Ya.'' Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Berpuasalah untuk ibumu. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 4. Membayarkan fidyah puasa. Fidyah puasa itu ialah memberi sedekah dalam kadar satu cupak makanan asasi penduduk sesebuah negara sama ada daripada beras, gandum atau seumpamanya. Di Selangor kadar satu cupak itu ialah 900 gram bersamaan RM1.10. Mereka yang diwajibkan membayar fidyah puasa ialah: l.Orang sakit yang tidak ada harapan akan sembuh penyakitnya. 2. Orang tua yang tidak upaya berpuasa atau menemui kesukaran untuk berpuasa dengan sebab tuanya. Bagi mereka yang tersebut di atas yang tidak berupaya untuk berpuasa, maka diwajibkan bagi mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan puasa dengan kadar satu cupak atau nilai yang bersamaan dengannya. Firman Allah s.w.t. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. (Al-Baqarah : 184) 5. Mendoakan ibu bapa. Doa anak yang soleh merupakan khazanah ibu bapa yang amat berharga. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh dan berdoa untuknya. 6. Menghubungkan tali silaturahim. Menghubungkan tali silaturahim adalah termasuk dalam perkara yang amat penting dan ia merupakan salah satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama daripada kaum Muslimin. Mengeratkan hubungan silaturahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada cara berbuat amal untuk kedua-duanya yang telah meninggal dunia. Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik kebajikan adalah seseorang itu menghubungkan silaturahim dengan orang yang dikasihi bapanya. (Riwayat Muslim) Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Rabi`ah as-Sa`idi, kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w., datanglah seorang lelaki daripada Bani Salamah, ia bertanya kepada Rasulullah, ``Ya Rasulullah, masih adakah kebaikan (kewajipan) yang harus saya lakukan untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapaku setelah kedua-duanya meninggal dunia.'' Baginda menjawab: Ya ada, iaitu sembahyang atas(jenazah) kedua-duanya (maksudnya mendoakan kedua-duanya) dan memohon keampunan bagi kedua-duanya, memenuhi segala pesanannya (menyempurnakan janji mereka) setelah mereka meninggal dunia dan menghubungkan ikatan silaturahim yang tidak sampai serta menghormati para sahabat mereka. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban) 7. Menziarahi kubur. Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakad dan besar ganjaran pahalanya. Adalah lebih baik jika di-ziarahi pada setiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yasin untuknya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak- anak yang soleh tetapi juga kepada anak yang derhaka. Dalam sebuah hadis diterangkan: Anak derhaka yang kematian kedua-dua ibu bapanya kemudian ia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk kedua-duanya, nescaya ia diampuni Allah dan dianggap sebagai anak yang taat. 8. Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid. Pembahagian harta pusaka hendaklah dibuat setelah dijelaskan segala hutang si mati sama ada hutang dengan Allah mahupun sesama manusia, wasiat dan segala perbelanjaan pengurusan jenazah. Firman Allah s.w.t. Allah telah memerintahkan pembahagian harta pusaka terhadap anak-anak kamu iaitu bahagian seorang lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan. (An-Nisa :11) 9. Memohon keampunan bagi dosanya. Perkara yang paling mudah dan dapat dikerjakan oleh semua orang pada bila-bila masa ialah berdoa serta memohon keampunan bagi dosa kedua- dua ibu bapanya sama ada yang masih hidup lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia, seperti mana doa yang dianjurkan di dalam al-Quran Wahai Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan juga kepada semua orang mukmin pada hari terjadinya hisab. (Ibrahim : 41) Firman Allah s.w.t. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua- duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka), ``Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil. (Al-Isra: 24) 10. Membuatkan haji untuknya. Anak-anak digalakkan untuk membuatkan haji bagi kedua-dua ibu bapanya yang telah meninggal dunia yang belum sempat menunaikan haji. Ia boleh dilakukan dengan membuat sendiri (bagi yang telah menunaikan haji untuk diri sendiri) atau dengan cara mengupahkannya kepada orang lain. Walau bagaimanapun sekiranya kedua-dua ibu bapa telah bernazar untuk menunaikan haji tetapi tidak berkesempatan kerana telah meninggal dunia, maka wajib bagi waris atau anak melakukan haji untuknya dengan segala perbelanjaan adalah daripada harta peninggalan si mati. Diterima daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: ``Ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji tetapi ia meninggal dunia sebelum menunaikannya. Apakah saya akan melakukan di atas namanya?'' Jawab Baginda: Ya, berhajilah menggantikannya. Bagaimana pendapat kamu, jika berhutang apakah kamu akan membayarkannya? Oleh itu, bayarlah hutang kepada Allah kerana hutang kepada Allah adalah lebih utama dibayar. Sebagai kesimpulannya, marilah sama-sama kita menghayati semula peranan seorang anak kepada ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita dan adakah kita boleh berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita miliki pada hari ini? Sedarlah bahawa tanpa keredhaan mereka, kita juga tidak akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang diredhai Allah. � Dipetik dari:NURHELMI IKHSAN, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Selangor. |
DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Friday, April 13, 2012
Kebajikan Kepada Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment