Wednesday, April 11, 2012

KUASAILAH ILMU2 AKHIRAT..TAHU ILMU BATAL ISLAM...ROSAK IMAN ..JANGAN ASYIK DENGAN ILMU DUNIA HINGGA JAUH DARI TAAT PADA ALLAH...INGATLAH JUGA HARI KEMATIAN..SERTA HARI DIBANGKITKAN SEMULA...

Riuh kompleks ‘kena goncang’

Oleh Azma Razana Johari
am@hmetro.com.my

PANIK...orang ramai bergegas keluar selepas gempa berukuran 8.7 pada skala Richter landa Aceh, Indonesia, semalam. Gambar kecil, Nurul Nadiha.
PANIK...orang ramai bergegas keluar selepas gempa berukuran 8.7 pada skala Richter landa Aceh, Indonesia, semalam. Gambar kecil, Nurul Nadiha.
SEBERANG JAYA: “Tiba-tiba saya rasa bangunan bergegar dan lihat semua pengunjung lari selamatkan diri,” kata Nurul Nadiha Kasim, 28, yang turut bergegas menyelamatkan diri ketika berada di Kompleks Sunway Carnival, di sini, selepas berasa gegaran akibat gempa bumi yang melanda Aceh, Indonesia.
Menurutnya, ketika itu dia bersama rakannya sedang memilih barang di sebuah kedai di dalam kompleks membeli-belah itu.
“Selepas berasa bergoyang, saya segera mencampak barang dan menarik kawan saya keluar dari bangunan berkenaan,” katanya yang pertama kali berdepan pengalaman kejadian seperti itu.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Hafiz Najmi Soaid, 23, berkata, ketika kejadian dia bersama dua rakannya sedang menonton wayang di kompleks berkenaan.

“Sedang asyik menonton, saya berasa pening dan bangunan seakan bergoyang,” katanya yang berasal dari Baling, Kedah.
Menurutnya, dia dan kawannya tanpa berlengah segera berlari keluar untuk menyelamatkan diri, begitu juga pengunjung yang lain.

Maut akibat main bola

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

 TERLANTAR
...Afiq Hamizan ketika diberikan rawatan di hospital.
TERLANTAR ...Afiq Hamizan ketika diberikan rawatan di hospital.
AFIQ HAMIZAN...ajal
AFIQ HAMIZAN...ajal
KAJANG: Malang tidak berbau buat seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Semenyih yang menemui ajalnya, kelmarin selepas kepalanya cedera disepak pemain lawan ketika satu perlawanan bola sepak.
Difahamkan, mangsa Afiq Hamizan Abdul Hamid berusia 15 tahun itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 2.45 petang kelmarin selepas menjalani pembedahan di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, dalam kejadian Isnin lalu, mangsa mewakili pasukan sekolahnya dalam kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL) yang diadakan di sebuah sekolah menengah agama.
Menurutnya, mangsa yang bermain sebagai penjaga gol mewakili sekolahnya itu cedera di kepala selepas terkena sepakan pemain pasukan lawan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Semenyih jam 4 petang untuk rawatan oleh pihak sekolah.

“Bagaimanapun, keadaannya menjadi parah sebelum dihantar ke Hospital Kajang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, selepas doktor mengesahkan mangsa perlu menjalani pembedahan kepala berikutan darah beku selain keadaannya yang sudah kritikal, dia dibawa ke HKL pula namun gagal diselamatkan.

Katanya, mangsa meninggal dunia jam 2.24 petang kelmarin di HKL namun tiada unsur jenayah dipercayai menjadi punca kematian mangsa.

Kuasai ilmu, nilai dinamik

KETUA NEGARA...Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di singgahsana semalam.
KETUA NEGARA...Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di singgahsana semalam.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, rakyat Malaysia perlu menjadi warga perkasa dan dinamik bagi memastikan negara mencapai status negara maju menjelang 2020.
“Bukan saja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran, malah tinggi nilai akhlak, moral dan etikanya,” titah baginda pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, semalam.

Istiadat kali ini melakar sejarah penting bagi Seri Paduka Baginda kerana ini kali kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, selain menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baru di Jalan Duta di sini.
Tuanku Abdul Halim dilantik Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970 ketika berusia 42 tahun dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Seri Paduka bertitah, “Negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak berilmu dan kemajuan pula tidak bererti jika nilai positif diketepikan penghuninya.” Titah baginda, tidak ada negara di dunia ini yang mampu mencapai kemajuan dan mencipta kejayaan dengan hanya bergantung kepada inisiatif kerajaan semata-mata tanpa sokongan dan peranan yang dimainkan rakyat.

"Maka jadilah insan yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh agama, iaitu insan yang berilmu dan berpekerti mulia serta sedar dan patuh terhadap tanggungjawabnya kepada negara," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat negara bukan saja ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 tetapi terus menjadikan negara ini kekal maju dan dihormati dunia.

"Persaingan global yang perlu dihadapi hari ini begitu kompetitif dan serba mencabar. Justeru, setiap dari rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan melaksanakan peranan masing-masing dengan sepenuh hati," titah baginda. Baginda juga menyeru seluruh rakyat bersatu padu, berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan negara terus maju, aman dan harmoni.
“Perkukuhkah diri dan pikullah tanggungjawab kita sebagai warga yang benar-benar cintakan tanah air. Sesungguhnya Malaysia adalah hak, lambang maruah dan kedaulatan bersama. Untuk itu, masa depan negara kita haruslah dicorak dan diadun kita semua.

“Kemajuan dari segi kebendaan sahaja belum cukup menjadikan kita satu bangsa yang kuat. Kita perlu menjaga dan mengamalkan ciri hidup masyarakat yang berbudi bahasa.

“Kemajuan fizikal yang diimbangi dengan nilai hidup berbudi bahasa mengangkat tamadun bangsa, menjulang agama dan negara. Beta menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menjaga tatasusila dan ciri hidup ketimuran yang diamalkan selama ini,” titah baginda.

Menyentuh mengenai kepemimpinan negara dan pertabalannya sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, baginda bertitah, “Sesungguhnya juga, selepas lebih empat dekad berlalu seperti yang dipertentukan Yang Maha Kuasa, dan tertulis dengan kehendak-Nya jua, pemerintahan Beta pada kali dahulu dan kali kedua ini, berpeluang menerima khidmat daripada dua Perdana Menteri yang mempunyai pertalian darah.

“Pertamanya, ketika zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak. Kini pula pada kala tampuk kerajaan di bawah pimpinan anakandanya, yakni Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Abdul Razak,” titah baginda. - Bernama

No comments:

Post a Comment