Wednesday, September 29, 2010

ARTIS DLL..ELOKLAH PAKAI TUDUNG...WAJIB..JANGAN NAFIKAN HUKUM...MATI TAK KIRA UMUR....

Dalam sebuah hadis rwyt al-Bukhari & Muslim, Nabi saw bersabda yg bermaksud : Barangsiapa yg ada pd dirinya 3 perkara ini, maka dia akan mendapat kemanisan beribadah kpd Allah:Kecintaannya kpd Allah & Rasul melebihi yg lain,kecintaannya kpd saudara seaqidah semata krn Allah swt dan kebenciannya kembali kpd kufur setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana dia benci dilempar ke dlm api...

 

Ejen Hartanah Dakwa Ditipu, Wan Norazlin Jelaskan RM16,000

PETALING JAYA: Seorang ejen hartanah yang mendakwa ditipu pelakon drama terkenal, Wan Nor Azlin Wan Mohd Husain,42, sudah menerima pembayaran sebanyak RM16,000 yang telah dibuat oleh pelakon tersebut, Isnin lalu.
Eksekutif Kanan Harta, Asian Land Realty, Khaliah Abas, 42, (gambar) itu juga memberitahu pembayaran tersebut telah dibuat melalui cek yang disampaikan oleh peguam pelakon itu dari Tetuan Azaine & Fakhrul selepas satu perbincangan di luar mahkamah dilakukan.
"Saya sudah menerima cek pembayaran sebanyak RM16,000 Isnin lalu melalui Tetuan Azaine & Fakhrul. Pembayaran dibuat selepas mereka menganggap saya serius untuk mengambil tindakan terhadap Wan Norazlin.
"Saya sudah serahkan semua dokumen kepada peguam saya iaitu Tetuan Kc Lim & Co untuk difailkan ke mahkamah, namun kemungkinan peguam saya sudah berbincang dan mahu perkara ini diselesaikan secara baik di luar mahkamah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, semalam.
Wan Nor Azlin
Mangsa, Khaliah telah membuat pendedahan kepada mStar Online pada 2 September lalu selepas beberapa kali gagal menghubungi artis berkenaan dan peguamnya bagi menuntut komisen sebanyak 2 peratus dari hasil jualan rumah yang berjumlah RM16,000.
Menurutnya, artis wanita itu gagal menunaikan janji untuk memberikan komisen sebaik sahaja harta iaitu sebuah rumah miliknya dan suami itu berjaya dijual.
Bagaimanapun, Khaliah berkata pelakon tersebut masih tidak menghubunginya bagi menjelaskan perkara sebenar kelewatannya membuat pembayaran tersebut, malah mengeluarkan kenyataan kepada media sebelum ini bahawa dia tidak mengenalinya Khaliah.
"Selepas urusan jual beli itu saya banyak kali cuba hubungi dia tetapi tidak berjawab sehinggalah saya terpaksa mengambil tindakan berjumpa media.
"Semasa membuat pembayaran ini juga tiada sebarang pesanan daripada dia kecuali sepucuk surat daripada peguamnya sahaja. Saya lebih kesal apabila dia beritahu kepada pihak media bahawa saya cuba mengaibkannya," katanya.
Dalam pada itu, Khaliah memberitahu peristiwa tersebut benar-benar mengajarnya agar lebih berwaspada untuk berurusan dengan golongan selebriti.
"Sebelum ini saya cuba untuk bantu dia tapi ini balasanya terhadap saya. Bukan dia seorang sahaja selebriti yang mengunakan khidmat saya, ada beberapa orang lagi tetapi semuanya tiada masalah," katanya


Tidak Sehaluan Punca Fara Asyikin Putus Tunang

PETALING JAYA: Penyanyi, Farah Asyikin,31, mengakui hubungan yang tidak sehaluan menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk mengakhiri ikatan pertunangan pada dua bulan lalu.
Jelas Farah, keputusan dibuat selepas memikirkan secara rasional perhubungan tersebut dan tidak mahu peristiwa penceraiannya dengan bekas suami Dr Fariz Yahya berulang kembali.
"Kami berkawan setahun tetapi bertunang hanya bertahan selama sebulan sahaja. Saya banyak berfikir dan menilai perkara-perkara yang saya nampak berlaku sepanjang kami berkawan.
"Pada mulanya saya boleh terima apa sahaja yang datang dan menganggap ia sebagai dugaan dalam sesebuah perhubungan, namun semakin hampir pada tarikh perkahwinan, saya seperti dapat petunjuk dari Allah untuk buat keputusan ini," katanya.
Farah Asyikin yang mengikat tali pertunangan dengan jejaka dari Singapura pada Jun lalu sepatutnya mengakhiri zaman jandanya pada Julai lalu dan menetap di Macau, China.
"Persiapan kahwin memang saya dah buat serba sedikit memandangkan kami merancang untuk bertunang sekejap sahaja.
"Malah yang paling ralat, saya terpaksa menolak tawaran berlakon dalam Muzikal Tun Mahathir kerana pada mulanya merancang untuk ikut dia yang bekerja di Macau," katanya.
Bagaimanapun, menurut Farah, dia reda dengan ketetapan yang telah ditentukan oleh yang maha esa, namun begitu dia tidak pernah sekali-kali menutup pintu hatinya kepada lelaki.
"Saya pasrah dan reda dengan apa yang terjadi, semuanya sudah tertulis. Saya tidak serik tetapi lebih berhati-hati setelah berbagai-bagai dugaan yang datang kepada saya.
"Bagaimanapun saya tidak sekali-kali menutup pintu hati untuk berkawan dengan mana-mana lelaki, jika ada jodoh Insya-Allah ia akan dipermudahkan," katanya yang bakal muncul dengan single terbaru yang mana dia berduet dengan Shamrin Fotograf berjudul Kamu Aku Satu




Sebutan Kes Cerai Zakiah Anas 26 Oktober
PETALING JAYA: Permohonan cerai secara baik personaliti TV3, Zakiah Anas terhadap suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 26 Oktober ini.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Syarie, Ghazali Ahmad pada Rabu, selepas beliau tidak berpuas hati dengan laporan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Pendamai yang dilantik dalam kes tersebut.
Ghazali yang telah menyemak laporan yang disediakan oleh pengerusi jawatankuasa mendapati, laporan itu tidak memenuhi kehendak mahkamah.
"Saya dapati proses dalam jawatankuasa tidak berjaya kerana pengerusi dan pihak berkenaan tidak memahami dan menggunakan kaedah lain," katanya.
Justeru itu, Ghazali memerintahkan wakil-wakil dalam AJKP untuk hadir semula ke mahkamah pada tarikh akan datang.
"Saya akan cuba jelaskan dan beri kefahaman kepada mereka," tambah beliau.
Prosiding itu hanya dihadiri oleh Zakiah, 43, yang pernah mengacarakan rancangan berbentuk kepolisan 999.
Zakiah diwakili peguam syarie Abdullah Anuar Sahri manakala Mohamad Yusof tidak diwakili peguam.
Pada 30 Jun lalu, mahkamah secara rasmi melantik dua wakil untuk mewakili jawatankuasa itu di mana Zakiah memilih anak saudaranya, Affendi Yusoff.
Mohamad Yusof, 48, seorang ahli perniagaan pula diwakili oleh sepupunya, Md Hairi Md Salleh.
Pelantikan dua wakil itu adalah mengikut Seksyen 47(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 selaras dengan permohonan cerai secara baik.
Zakiah yang telah berkhidmat di TV3 selama 20 tahun memfailkan cerai secara baik pada Januari lalu.
Dia dan pasangannya telah berkahwin selama 17 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 16, dan Amir Muzhaffar, 14 tahun.
Sebelum ini, Zakiah pernah memfailkan permohonan cerai secara fasakh sebelum menukarnya kepada cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini.
Bagaimanapun, permohonan itu ditarik semula pada 1 September 2009 tanpa memberikan sebarang alasan lanjut




Bekas Isteri Halang Ash (Bau) Jumpa Anak

Ash dan Dira, di saat-saat bahagi dalam program Sehati Berdansa 3.
PETALING JAYA: Gitaris kumpulan Bau, Ash, bengang gara-gara bekas isterinya, pelakon Dira Abu Zahar dikatakan mengelak untuk menemukan Ash dengan anak mereka, Anggun Deandra.
Beritahu Ash, walaupun Dira telah bersetuju sebelum ini untuk membenarkan dia bertemu anak mereka yang berusia 3 tahun itu setiap dua minggu sekali, malangnya Dira telah memberikan pelbagai alasan supaya Ash tidak bertemu dengan anak sulungnya itu.
"Dia sedang bermain tarik tali dengan saya. Nak diikutkan, kami memang tidak ada sebarang masalah dan dari segi hak penjagaan juga kami tidak membuat sebarang "hitam putih", sekadar cakap-cakap mulut sahaja. Jadi kami bersetuju yang saya boleh jumpa Anggun setiap hari dan bawa keluar setiap dua minggu sekali.
"Tapi, bila tiba masa saya bertemu dengan anak, dia langgar perjanjian itu. Ada saja alasan yang dia reka.
"Sedangkan saya memberitahu pembantu rumahnya bila gagal menghubunginya. Itu pun dia mahu jadikannya sebagai isu.
"Biasalah, kadang-kala bila kita sibuk, ada kalanya masa kita sedikit berubah. Saya pun mestilah rindukan anak dan pastinya saya teringin mahu berjalan dengan Anggun.
"Kalau saya tak hubungi dia, dia akan buat tak tahu saja apabila tiba giliran saya menjaga Anggun," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Dakwa Ash lagi, dia juga diugut Dira untuk membawa masalah hak penjagaan anak ke mahkamah jika Ash tidak mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu, Ash mesti menghubungi Dira untuk mendapatkan Anggun tanpa menggunakan pihak lain.
"Setiap kali berbincang tentang hal ini, mesti dia akan ugut saya untuk membawa masalah ini ke mahkamah. Bila dah kerap sangat diugut, saya pun panas juga. "Sekarang ini saya mahu keadilan dari dia sahaja. Kalaulah sumber kewangan saya kukuh sepertinya, sudah lama saya selesaikan masalah ini di mahkamah, cuma sekarang ini kehidupan saya agak susah sedikit," ujarnya yang sedang dalam proses menyiapkan studio syarikat rakamannya.
Tambahnya, kenyataan yang dikeluarkan ini bukan kerana mahu memalukan Dira, sebaliknya Ash bengang dengan tindakan bekas isterinya itu.
Malah Ash juga teringin unutk meluangkan masa bersama anaknya dalam dua hingga tiga hari memandangkan dia sempat bersama dengan anaknya sehari sahaja iaitu pada Hari Raya kedua baru-baru ini


Kristen Stewart Kecewa Dengan Emma Watson
AKTRES Hollywood, Kristen Stewart (gambar) dikhabarkan kecewa dengan Emma Watson kerana wanita itu mendekati kekasihnya, Robert Pattinson.
Emma dan Robert sudah berkawan sejak sekian lama. Kedua-duanya juga turut membintangi filem Harry Potter and the Goblet of Fire pada tahun 2005. Kristen seolah-olah berasa terancam dengan keakraban hubungan mereka.
"Seperti semua gadis, Kristen sangat cemburu dan menganggap Emma seperti ancaman," ujar sumber yang dipetik dari Showbiz Spy, Rabu.
Ternyata bukan hanya Emma yang dicemburui Kristen. Bintang filem The Runaway itu juga tidak menyukai persahabatan Robert dengan Stephanie Ritz.
"Rob dan Stephanie selalu rapat dan Kristen tidak senang dengan hubungan itu," jelas sumber.


JIKA MAMPU...BERHENTI KERJA..JAGA SAJA ANAK TU....................
WANG NI BANYAK MANA PUN 
TAK CUKUP....LEBIH2 KALAU NAK BERGAYA HIDUP MEWAH



Pengasuh Farisha Nur Hazreen Tiada Kemahiran Bantuan Kecemasan

PETALING JAYA: Pengasuh kepada bayi perempuan berusia tiga bulan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz yang mati di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Presint 9, Putrajaya pada Selasa dipercayai tidak mahir dalam bantuan kecemasan.
Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Shamsinah Che Shariff berkata, pengasuh itu setakat ini hanya menjalani Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak.
“Dia belum lagi mengikuti Kursus Bantuan Kecemasan dan Kursus Menggunakan Kelengkapan dan Pentadbiran Kewangan.
“Bagaimanapun, dia sudah boleh mengasuh kanak-kanak selepas menyertai kursus asas itu. Kursus bantuan kecemasan dan yang lain adalah fasa kedua sebagai pelengkap,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Sehubungan itu, bapa bayi berkenaan, Mohd Fairuz Mohamad Stap yang memberitahu mStar Online berkata, beliau meminta agar semua pengasuh di negara ini menjalani semua kursus berkaitan penjagaan kanak-kanak.
Katanya, ini bertujuan mengelakkan kejadian yang menimpanya berulang kerana tanggungjawab pengasuh menjaga kanak-kanak tidak seharusnya diambil ringan.
“Perkara asas saja tidak cukup. Setiap pengasuh juga perlu mengetahui bagaimana mengendalikan kanak-kanak pada waktu kecemasan.
"Oleh itu, mereka seharusnya menghabiskan semua kursus yang ada bagi memastikan mereka mempunyai persediaan dan kemahiran secukupnya,” katanya lagi.
Mengulas kenyataan Mohd Fairuz itu, Shamsinah berkata, kursus asas itu adalah persediaan untuk mengasuh kanak-kanak dan pengasuh ‘mengorbankan’ masa lima hari bagi membolehkan mereka menyertai kursus tersebut.
Menurut beliau, setakat ini lebih 2,000 pengasuh di seluruh negara menjalani kursus asas itu bersama PPBM untuk TASKA Rumah saja.
Ini katanya, tidak termasuk TASKA lain seperti TASKA di Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti.
“Bagaimana pula dengan suri rumah dan ibu tunggal lain yang turut menjalankan operasi mengasuh kanak-kanak tetapi tidak menghadiri kursus?
“Jumlah mereka mungkin lebih ramai lagi meskipun antaranya banyak pengalaman sehingga ada yang lebih 10 tahun mengasuh kanak-kanak,” ujarnya.
Shamsinah berkata, bukan mudah untuk pengasuh pergi kursus selalu kerana mereka mempunyai kanak-kanak yang perlu dijaga dan diharapkan oleh ibu bapa.
“Tak kan pengasuh kena tutup TASKA untuk menghadiri kursus-kursus lain? Jika ya, maka ibu bapa pula perlu ambil cuti untuk jaga anak-anak di rumah,” katanya




“Anak Kami Hanya Selesema” - Bapa Farisha Nur Hazreen

PETALING JAYA: Bapa bayi perempuan berusia tiga bulan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz yang mati akibat terserdak susu di taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Presint 9, Putrajaya pada Selasa lalu, Mohd Fairuz Mohamad Stap berkata, anaknya hanya selesema pada hari kejadian.
Beliau berkata, beberapa hari sebelum itu anaknya tidak sihat dan dibawa ke klinik di Bukit Beruntung, Rawang bagi mendapatkan rawatan kesihatan.
“Anak kami demam sebelum itu namun keadaannya bertambah baik selepas diberikan rawatan. Dia cuma selesema, hidung berair.
“Kami bercuti selama dua minggu sempena Hari Raya. Biasalah, bayi tidak sihat sebab tidak biasa berjalan jauh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Mohd Fairuz berkata, sehari sebelum kejadian, isterinya, Haney Usneza Abdul Hamid, mengambil cuti sehari bagi menjaga anak mereka.
Katanya, keadaan kesihatan Farisha yang bertambah baik meyakinkan mereka untuk menghantar Farisha di TASKA itu pada Selasa.
“Anak saya semakin sihat sebab itu kami berani untuk menghantarnya. Jika tidak, buat apa isteri saya mengambil cuti untuk menjaganya yang sebelum itu masih sakit.
“Isteri saya menghantar anak kami ke TASKA itu sekitar pukul 8 pagi. Pengasuh sudah pun dimaklumkan mengenai keadaan anak kami.
“Ini termasuk rawatan kesihatan terhadap anak kami. Kami mahu pengasuh itu memberikan lebih perhatian kepadanya sekiranya berlaku apa-apa.
“Benar, isteri saya ada memberikan susu sudah siap dibancuh dan ubat antibiotik sewaktu menyerahkan anak kami kepada pengasuh,” katanya lagi.
Mohd Fairuz mula menghantar anaknya pada 16 Ogos lalu untuk diasuh di TASKA yang terletak di kawasan sama dengan kediamannya di Fasa 8, Presint 9, Putrajaya.
Berhubung TASKA itu tidak berdaftar, pihaknya hanya dimaklumkan pengasuh terbabit mempunyai pengalaman mengasuh kanak-kanak selama empat tahun.
Beliau berkata, antara kanak-kanak dijaga oleh pengasuh di TASKA terbabit adalah anak-anak jiran dan kawannya yang turut menetap di kawasan sama.
“Pengasuh itu telah menjalani Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak anjuran Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM). Ini menambah keyakinan kami mengenai dia dan tidak syak apa-apa apatah lagi mempertikaikan kredibilitinya.
“Kami tiada pilihan lain. Ini mungkin turut dialami ibu bapa di seluruh negara apabila mahu menghantar anak mereka ke TASKA dengan pilihan dan masa terhad,” ujarnya.
Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan terhadap pengasuh itu, Mohd Fairuz berkata, belum ada keputusan mengenainya pada masa ini.
Beliau berkata, pihaknya memerlukan masa terhadap sebarang pertimbangan kerana mahu memulihkan semangat seluruh keluarganya.
“Kami baru saja kehilangan anak. Biarlah kami tenang dahulu. Sebarang tindakan tidak dapat diputuskan. Kami akan dapatkan nasihat ahli keluarga terdekat,” katanya.
Mohd Fairuz berkata, berdasarkan laporan bedah siasat di Hospital Putrajaya mendapati Farisha Nur Hazreen dipercayai mati akibat teserdak susu.
Katanya, tiada laporan mengatakan anaknya mengalami komplikasi lain berhubung punca kematian.
Selain Farisha Nur Hazreen, Mohd Fairuz mempunyai dua anak iaitu Muhammad Haziq Farish, 5 tahun, dan Farisha Nurhadriana, 2 tahun


DALAM 4 HANYA SORANG PAKAI TUDUNG...DAH ADA ANAK TAK KAN TAK TAHU WAJIB...JANGAN DEGIL PADA ALLAH...ALLAH TELAH BAGI HIDUP..ANAK DAN SUAMI...SENDIRI MAU INGATLAH....



HIBURAN


Status bukan penghalang






TANGGUNGJAWAB sebagai seorang ibu tidak pernah menghalang seseorang itu untuk meneruskan kerjaya mereka sebagai seorang wanita berkerjaya. Melakukan dua perkara dalam satu masa juga adalah satu cabaran buat seseorang wanita.
Apatah lagi jika kerjaya yang dijalani bukan kerjaya biasa. Sebaliknya ia menuntut lebih banyak pengorbanan termasuk masa, dan komitmen yang sukar untuk diberi kompromi. Kerja dan kehidupan peribadi dalam masa yang sama harus berjalan seiring.
Namun perkara itu tidak menimbulkan masalah buat empat ibu popular Malaysia seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Lisdawati dan Wardina Safffiyah Fadlullah. Walaupun bergelar ibu, mereka masih menjalankan karier mereka sebagai seorang selebriti tanpa masalah.
Kebijaksanaan membahagi masa, kecintaan terhadap kerjaya dan tahu bagaimana memilih perkara utama membuatkan Erra, Ziana, Lisdawati atau Lisda dan Wardina yang berkongsi status sebagai duta produk kecantikan pelangsing badan, SlimWorld menguruskan segala hal dengan sempurna.


SEJAK berkahwin dan mempunyai anak, rezeki Erra Fazira dan Ziana Zain tidak pernah putus. 'Saham' mereka masih tinggi.



Umpama seperti supermama, keempat-empat selebriti cantik ini malah semakin ligat di pentas seni walau dalam masa yang sama sibuk mengurus rumah tangga dan anak-anak.
Bagi pelakon Lisdawati, 32 tahun, rezekinya selepas melahirkan anak kedua, Nur Aina Fazheesya yang kini mencecah usia setahun semakin murah. Selain begitu terkenal dengan karakter antagonis sebagai ular emas dalam drama rantaian Ular Emas yang banyak memberi kesan terhadap kerjayanya, dia kini sedang bersedia untuk menjadi salah seorang mentor dalam program realiti terbitan Astro, Mari Menari. Turut terlibat sebagai mentor dalam program tersebut adalah Erra, Zul Huzaimi dan Ferhad.
Mengulas tentang kesan drama tersebut, Lisda yang perlu memberikan tip dan semangat kepada peserta yang menyertai pertandingan itu berkata: "Watak itu sangat berkesan kepada diri saya sehinggakan ada yang memanggil saya ular emas.
"Sepatutnya saya dapat watak lain dalam drama itu, tetapi saya minta untuk membawakan watak Ular Emas kerana saya mahu mencuba satu watak yang lain daripada yang pernah saya bawa sebelum ini. Ternyata ia berhasil."


WARDINA gembira dengan banyak kemunculan pendatang baru yang semakin bijak tampil dengan imej sopan.



Selain membuat persediaan untuk menjadi mentor Mari Menari, sejak 27 September lalu, dia telah sibuk di lokasi penggambaran drama Aku Bukan Maryam.
"Drama itu mengisahkan tentang dua orang wanita yang bercinta dengan seorang lelaki yang sama," katanya tentang drama yang bakal menjalani penggambaran di Mekah awal tahun hadapan.
Erra santai
Sedang sibuk dengan pementasan teater Muzikal Tun Mahathir, kata Erra, 36 tahun, dia tidak mahu berasa tertekan hanya kerana diberi kepercayaan memegang watak sebagai isteri kepada Tun Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah.
Ini kerana selain sudah sedaya upaya membuat persediaan rapi, dia mahu khalayak menikmati 'pelayaran' Tun Siti Hasmah dengan sederhana.
"Jujurnya, saya tidak banyak babak dalam pementasan ini. Watak saya hanya bermula pada pertengahan pementasan. Maka saya rasa, tekanan yang mungkin dirasai Zizan dan Esma Daniel yang membawa watak Tun Mahathir tidak begitu saya rasai," katanya.
Eksperimen Ziana





Sudah lama tidak mempunyai album dan lagu baru, ia telah menerbitkan kerinduan yang bukan kepalang kepada ibu anak empat, Ziana Zain. Justeru dia bertekad, tahun hadapan dia wajib keluar dengan album baru. Sementelah katanya, tiga lagu sudah disiapkan, hanya tinggal beberapa lagu sahaja lagi yang perlu dilunaskan.
"Bila buat persembahan, saya terpaksa menyanyikan lagu lama. Sebenarnya, saya teringin menyanyikan lagu baru. Jadi sebab itu saya nak cepat buat album baru untuk peminat saya juga," ujarnya.
Tambahnya, dia bersedia memberi peluang kepada komposer-komposer baru untuk lagu album barunya nanti.
"Saya bersedia untuk menjadi bahan eksperimen dengan menyanyikan lagu-lagu yang dicipta oleh komposer-komposer baru," katanya yang juga bersedia untuk menukar konsep sesuai dengan peralihan tahun.
Wardina sambung belajar


BERKONGSI rezeki. Empat selebriti terkenal memberi duit raya kepada anak yatim pada majlis rumah terbuka SlimWorld baru-baru ini.



Wardina Saffiyah, 31 tahun, tidak pernah berganjak daripada pendiriannya yang mula memakai tudung sejak hampir 10 tahun lalu. Menjadi antara artis wanita muda yang tidak memperdulikan keadaan dunia seni yang hampir tidak boleh berkompromi dengan imejnya, dia yang pernah ditolak menjadi kulut wajah majalah hanya kerana bertudung kini lega dengan senario dunia seni yang semakin berubah.
Kehadiran banyak muka baru yang semakin sopan dan manis bertudung memberi perspektif positif terhadap dunia seni.
"Jika dahulu mungkin tidak ramai artis bertudung tetapi sekarang sudah ramai. Hanya setiap individu perlu mempunyai identiti tersendiri," katanya.
Bercakap mengenai perkembangan terbarunya selain ligat menulis buku, Wardina memberitahu, dia kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Psikologi di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
"Walaupun sudah ada anak, saya tetap mahu meneruskan pengajian kerana itu penting dan sesuai dengan penulisan saya. Kalau boleh, saya mahu cuba buktikan walaupun menggalas tugas sebagai isteri, ibu dan penulis serentak, dalam masa yang sama, saya juga boleh menuntut ilmu," katanya yang kini turut menjadi duta kepada ubat gigi, Mukmin.

No comments:

Post a Comment