Apabila mengetahui wanita itu kekasih suaminya, berlaku pertengkaran sebelum isteri malang itu ditikam dengan pisau lipat menyebabkan dia cedera pada lengan kanan selain lebam di muka dan tubuh akibat diserang.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Selasa lalu di rumah mangsa yang berusia 28 tahun di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini.
“Sebelum itu, kekasih suami wanita berkenaan cuba berhelah dengan memberi alasan dia kenalan adik ipar mangsa. Namun, mangsa tidak puas hati dengan jawapan itu kerana menemui pakaian dan seluar dalam wanita terbabit dalam bilik tidurnya.
“Berikutan itu berlaku pertengkaran sehingga wanita berusia 34 tahun terbabit bertindak ganas dengan mengeluarkan pisau lipat dan mengelar lengan kanan tangan mangsa sehingga berlumuran darah sebelum lari meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, lebih malang suami mangsa langsung tidak menunjukkan tanda simpati kepada isterinya, sebaliknya menghubungi mangsa pada jam 8 malam dan mengugut mahu membunuhnya.
Sumber itu berkata, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.
“Berdasarkan laporan mangsa, wanita yang menyerangnya mula mengenali suaminya sejak Mac lalu sebelum mereka menjalin hubungan intim. Wanita terbabit berjumpa suami mangsa di KL Sentral pada 9 September lalu sebelum dibawa pulang ke rumah mangsa.
Perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret Hurman Hussain bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengenai kes kehilangan jutawan warga India Allal Kanthan Muthuraja.
Kelima-lima suspek yang tiba di mahkamah dengan van polis pada jam 9.30 pagi dikawal ketat oleh anggota polis.
Mereka kemudian meninggalkan mahkamah kira-kira jam 10.50 pagi.
Ini adalah kali keempat tahanan reman mereka dilanjutkan.
Sebelum ini, kelima-lima suspek ditahan reman bermula 12 September lalu bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Muthuraja, 34, dilaporkan hilang selepas dipercayai dijemput dua peguam rakyat tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, sejurus tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu.
Isteri mangsa, S Usharani, 24, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 Sept lepas dan memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sejak beberapa hari lalu.
-Bernama
MALANG TAK BERBAU
SUBANG JAYA: Seorang lelaki berusia awal 20-an sanggup membelasah dan menetak bekas teman wanitanya berusia 18 tahun dengan parang hingga parah hanya kerana cemburu, semalam.
Difahamkan, suspek berang apabila mengetahui bekas kekasihnya itu mula menjalinkan hubungan percintaan dengan lelaki lain walaupun baru beberapa hari menamatkan hubungan mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi di sebuah asrama sebuah kolej swasta, di sini, suspek pergi ke kawasan berkenaan kononnya mahu menunjukkan seorang wanita yang baru menjadi pasangannya dipercayai bertujuan membuatkan mangsa cemburu.
Menurut sumber, sebaik tiba di asrama itu, suspek dengan bersahaja meminta keizinan daripada pengawal keselamatan untuk bertemu mangsa.
“Pengawal keselamatan yang tidak curiga dengan kehadiran suspek memanggil mangsa yang tidur di biliknya,” katanya.
Sumber berkata, sebaik mangsa bertemu bekas teman lelakinya itu, suspek mula mempersoalkan perbuatan mangsa meninggalkannya kerana lelaki lain.
“Suspek mula memarahi mangsa dengan kata-kata kesat menyebabkan berlaku pertengkaran. “Keadaan mula menjadi tegang apabila suspek mula bertindak agresif dengan memukul mangsa menyebabkan berlaku pergelutan,” katanya.
Difahamkan, wanita berusia 20-an yang dibawa suspek untuk ditunjukkan kepada mangsa pula hanya mendiamkan diri.
Katanya, akibat tidak berpuas hati kerana mangsa melawannya, suspek pergi ke keretanya mengambil sebilah parang.
“Tersentak dengan itu, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal menyebabkan dia cedera di bahagian belakang dan kepala.
“Mangsa bernasib baik apabila kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang kemudian menenangkan suspek sebelum merampas parang dipegangnya,” katanya
AMPANG: Dua pelajar sebuah sekolah menengah di sini, terpaksa meringkuk dalam lokap selama dua hari selepas ditahan di rumah masing-masing di Ampang, di sini kerana mencabul dua pelajar perempuan, Selasa lalu.Difahamkan, suspek berang apabila mengetahui bekas kekasihnya itu mula menjalinkan hubungan percintaan dengan lelaki lain walaupun baru beberapa hari menamatkan hubungan mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi di sebuah asrama sebuah kolej swasta, di sini, suspek pergi ke kawasan berkenaan kononnya mahu menunjukkan seorang wanita yang baru menjadi pasangannya dipercayai bertujuan membuatkan mangsa cemburu.
Menurut sumber, sebaik tiba di asrama itu, suspek dengan bersahaja meminta keizinan daripada pengawal keselamatan untuk bertemu mangsa.
“Pengawal keselamatan yang tidak curiga dengan kehadiran suspek memanggil mangsa yang tidur di biliknya,” katanya.
Sumber berkata, sebaik mangsa bertemu bekas teman lelakinya itu, suspek mula mempersoalkan perbuatan mangsa meninggalkannya kerana lelaki lain.
“Suspek mula memarahi mangsa dengan kata-kata kesat menyebabkan berlaku pertengkaran. “Keadaan mula menjadi tegang apabila suspek mula bertindak agresif dengan memukul mangsa menyebabkan berlaku pergelutan,” katanya.
Difahamkan, wanita berusia 20-an yang dibawa suspek untuk ditunjukkan kepada mangsa pula hanya mendiamkan diri.
Katanya, akibat tidak berpuas hati kerana mangsa melawannya, suspek pergi ke keretanya mengambil sebilah parang.
“Tersentak dengan itu, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal menyebabkan dia cedera di bahagian belakang dan kepala.
“Mangsa bernasib baik apabila kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang kemudian menenangkan suspek sebelum merampas parang dipegangnya,” katanya
Dua pelajar tidur lokap
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/10/01
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/10/01
Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang Jumaat lalu di dalam kawasan sekolah ketika kedua-dua dua mangsa menuruni tangga sebelum terserempak sekumpulan pelajar lelaki yang berada di situ.
“Dua pelajar perempuan berkenaan pada mulanya berniat ponteng kelas, bagaimanapun nasib mereka malang apabila dikepung sekumpulan pelajar lelaki yang ketika itu melepak di tangga.
“Seorang daripada pelajar lelaki terbabit meraba buah dada mangsa,” katanya.
Sumber terbabit berkata, berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan dua pelajar lelaki terbabit ditahan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas dua hari berada dalam lokap.
“Kami sudah memanggil pelajar yang menjadi mangsa untuk membuat pengecaman. Bagaimanapun, dia mendakwa dua pelajar terbabit hanya berada di situ dan tidak meraba mereka.
“Hanya seorang pelajar yang melakukan perbuatan terkutuk itu, tetapi dia sudah dibuang sekolah dan kami mungkin akan menahannya dalam tempoh terdekat untuk siasatan lanjut,” katanya.
Selain itu, polis memburu beberapa pelajar di sekolah sama selepas seorang lagi mangsa membuat aduan berhubung kes cabul membabitkan dirinya yang berlaku Julai lalu.
“Mangsa takut untuk membuat laporan polis kerana pelajar lelaki terbabit mengambil gambarnya ketika dicabul dan mengugut akan memasukkan foto itu dalam laman facebook.
“Malah, mangsa turut diminta membayar wang kepada pelajar terbabit jika mahu rahsianya tidak didedahkan. Bagaimanapun, dia yang sudah tidak tahan pelbagai ugutan membuat laporan,” katanya
BUKIT MERTAJAM: “Selepas asid mengenai tubuh, pakaian saya cair seperti plastik terbakar manakala kulit bertukar kemerah-merahan sebelum menjadi keputih-putihan.
SARUDIN...harap polis teruskan siasatan.
Demikian kata pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Sarudin Mansor, 37, mengimbas kejadian dia disimbah asid pada Julai lalu sehingga mengakibatkan kecederaan parah di muka, kaki dan badan.
Dalam pertemuan kali pertama bersama media selepas kejadian 5 Julai itu, Sarudin berkata dia hanya terfikir menyelamatkan diri selepas disimbah asid oleh lelaki tidak dikenali.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, dia yang memandu kereta melalui sebuah kedai di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, didatangi seorang lelaki bermotosikal mengetuk cermin tingkap keretanya sebelum menyimbah asid ke arahnya.
Dalam keadaan kelam-kabut itu dia terus memandu kereta sambil berdoa agar terselamat daripada perkara buruk
Sarudin berkata, ketika kejadian dia baru 11 bulan bertugas di Unit Kompaun, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Wilayah Utara selepas dipinjamkan daripada JPJ Kedah.
“Sepanjang bertugas sama ada di LPKP atau JPJ, saya tiada musuh, malah tidak menerima sebarang ugutan. Sehingga hari ini, saya tak tahu mengapa menjadi sasaran,” katanya yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah, selama 51 hari.
Sehingga kini Sarudin masih mendapatkan rawatan susulan tiga hari sekali di Hospital Seberang Jaya dan sekali seminggu di HSB.
Disebabkan kejadian itu, isterinya, Junainah Abdul Kadir, 36, yang bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, terpaksa mengambil cuti separuh gaji selama tiga bulan menguruskan diri dan anak.
Bapa kepada empat anak berusia antara satu hingga sembilan tahun itu berkata, kejadian terbabit tidak mematahkan semangatnya untuk menjalankan tugas, malah tidak sabar kembali bertugas di pejabat JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya selepas permohonan pertukarannya diterima.
“Pada 4 Oktober ini saya akan melaporkan dirinya, namun tidak tahu bila boleh mula bekerja sehingga diberitahu doktor,” katanya yang berharap polis meneruskan siasatan kes itu.
Sementara itu, Omar berharap kerajaan dapat menyediakan insurans khas kepada penjawat awam khususnya yang terbabit dalam penguat kuasaan undang-undang bagi menjamin kebajikan mereka apabila terbabit dalam kejadian tidak diingin.
'Macam gempa'
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/10/01
am@hmetro.com.my
2010/10/01
TEGANG...beberapa penduduk hilang sabar sebelum mencabar pihak pemaju.
KUGAHAN...patah dua tulang kaki kanan
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasang suami isteri dan dua pelajar cedera selepas lif dinaiki mereka untuk pulang ke unit rumah masing-masing terhempas di tingkat bawah Blok A, Pangsapuri Impian Baiduri.
“Ketika itu beberapa penghuni pangsapuri yang terkejut dengan bunyi dentuman itu segera turun sebelum berusaha mengumpil pintu lif berkenaan.
“Sebaik pintu lif terbabit dibuka, saya melihat beberapa mangsa bergelimpangan kesakitan dalam lif dan seorang pelajar sekolah perempuan terbaring tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurutnya, ketika itu, dia sempat melihat salah seorang mangsa adalah guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama yang dikenali sebagai Cikgu Zarina.
“Dia dipercayai patah pinggang didukung suaminya keluar dari lif, sebelum dibaringkan di lantai ruang legar di hadapan lif terbabit.
“Lelaki terbabit yang juga suami kepada Cikgu Zarina turut mendukung pelajar perempuan tingkatan satu bernama Azizah keluar. Keadaan menjadi kelam-kabut berikutan orang ramai berpusu-pusu melihat apa yang berlaku,” katanya
Menurutnya, seorang lagi mangsa yang juga pelajar lelaki tingkatan dua turut patah pergelangan kaki.
“Tidak berapa lama kemudian ambulans dan jentera bomba dan penyelamat Petaling Jaya muncul sebelum semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Penduduk Pangsapuri Impian Baiduri, Tambi Chik Hassan, 45, berkata, kejadian lif rosak di pangsapuri Blok A kerap kali berlaku hingga menyukarkan kehidupan harian 1,000 penduduk.
Menurutnya, walaupun terdapat tiga lif di pangsapuri berkenaan, namun hanya dua lif berfungsi manakala satu lagi lif digunakan sebagai stor mengisi perkakas kontraktor.
“Bagaimanapun lif berkenaan kerap kali rosak walaupun pihak pemaju mendakwa ia baru diselenggara. Keadaan lif uzur berikutan lampu dan alat penghawa dinginnya tidak berfungsi.
“Sering kali lif berkenaan berhenti tanpa sebab mengakibatkan penduduk terperangkap di dalamnya. Lebih menakutkan apabila lif berkenaan kerap menggelungsur ke bawah secara mendadak menyebabkan pengguna di dalamnya ketakutan,” katanya.
Menurutnya, kejadian kemalangan yang hampir meragut empat nyawa penduduk pangsapuri itu kemuncak kepada kebimbangan yang selamanya menghantui penduduk.
“Saya kesal apa yang berlaku berikutan setiap rumah membayar hampir RM50 sebulan bagi kos penyelenggaraan pangsapuri terbabit. Malangnya hak kami diabaikan termasuk keselamatan anak kami,” katanya.
Menurutnya, kejadian terbabit dianggap pelik berikutan pihak pemaju mendakwa lif terbabit baru diselenggara lima hari lalu.
Sementara itu, keadaan menjadi panas apabila beberapa penduduk tidak dapat menahan sabar mengamuk dan meminta pemaju memberi jawapan bernas.
NEGARA
Lif jatuh dari tingkat enam
PETALING JAYA – Sepasang suami isteri dan dua remaja mengalami detik cemas apabila lif yang mereka naiki tiba-tiba terjatuh dari tingkat enam Blok A, Flat Impian Baiduri di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 2 petang, empat mangsa yang ada dalam lif itu ialah seorang anggota bomba dan penyelamat dan isterinya seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Utama, Petaling Jaya manakala dua remaja yang merupakan pelajar sekolah.
Pasangan suami isteri yang tinggal di tingkat 13 menaiki lif itu selepas mereka habis bekerja manakala dua remaja itu pula baru pulang dari sekolah.
Empat mangsa yang cedera ialah Zarinah Jaafar dan suaminya, Rahim Yunus masing-masing berusia 30-an. Dua remaja itu pula ialah Azizah Ermonchatib, 13, dan S. Kugahan, 14
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Cif Inspektor maut ketika mengetuai operasi cegah lumba haram apabila motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta di simpang tiga Jalan Datuk Senu, di sini jam 10.30 malam tadi.
Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Mohd Khairul Zaini Mohd Zain, 31, sedang mengetuai pasukan operasi cegah lumba haram di situ bersama lapan orang lagi anggotanya dengan menaiki motosikal.
"Ketika sampai di simpang tiga sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berumur 44 tahun yang sepatutnya berhenti memberi laluan tetapi tidak berhenti dan melanggar mangsa, menyebabkan mangsa tercampak di tengah jalan.
"Mangsa yang dipercayai cedera di kepala mati serta-merta di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan dimandikan serta dikafankan di Masjid Bukit Aman pagi ini.
Abdullah berkata, Mohd Khairul yang berkhidmat selama sembilan tahun dengan PDRM akan dikebumikan di kampungnya di Kota Baharu, Kelantan.
"Mayat mangsa akan dihantar ke sana dengan menaiki pesawat unit udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Panchor-Panji Kota Baharu hari ini," katanya.
Beliau berkata, wanita itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Bernama
Polis maut kejar pelesit rempit
KUALA LUMPUR – Semalam ialah hari yang paling bermakna buat Cif Inspektor Mohd. Khairuzaini Mohd. Zain kerana pada hari berkenaan genap sembilan tahun dia berkhidmat sebagai pegawai polis selepas menyertai pasukan itu pada 1 Oktober 2001.
Bagaimanapun, Khairuzaini, 31, tidak sempat meraikannya apabila dia maut akibat terlibat dalam kemalangan ketika mengejar seorang pelesit rempit yang melakukan aksi bahaya di Jalan Dato Senu di sini kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, mangsa bersama 10 anggota dari Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini membuat rondaan di kawasan lumba haram dengan menunggang motosikal seorang diri.
Ketika melakukan rondaan, Khairuzaini yang berpakaian preman ternampak seorang lelaki menunggang motosikal sambil melakukan aksi berbahaya.
Dia kemudian dikatakan berpecah daripada 10 anggota trafik lain dan bertindak mengejar pelesit rempit terbabit.
“Mangsa tercampak selepas motosikal Yamaha 125z yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta yang keluar dari satu simpang di kawasan tersebut,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini malam kelmarin
Operasi terakhir: Cif inspektor kejar Mat Rempit maut
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
2010/10/02
sab@hmetro.com.my
2010/10/02
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, mangsa yang mengetuai operasi mencegah lumba haram maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dan anggotanya mengejar kumpulan Mat Rempit yang cuba melepasi sekatan jalan dalam operasi berkenaan dengan mengekori motosikal kumpulan itu.
Bagaimanapun, ketika mengejar Mat Rempit itu yang membuat pusingan U, sebuah kereta dipandu seorang wanita berusia 44 tahun gagal berhenti bagi memberi laluan kepada mangsa menyebabkan kenderaan mereka bertembung.
Mangsa tercampak di tengah jalan dan cedera di kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Jenazah yang selamat dimandi dan disembahyangkan di Masjid Bukit Aman dibawa menaiki pesawat Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, jam 10 pagi semalam.
Menceritakan kejadian menimpa arwah suaminya, Harlina yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Sains Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkata, berita kemalangan itu diketahui daripada bapa saudara suaminya pada malam kejadian.
“Pada malam kejadian, saya didatangi bapa saudara suami yang memberitahu arwah sudah tiada. Ketika itu, saya dapat rasakan suami sudah meninggal dunia kerana sudah biasa dengan ayat seperti itu. “Cuma saya bagai tidak percaya dengan kejadian itu kerana kami baru bertemu. Macam sekejap sangat saya tidak bercakap dengannya sebelum arwah keluar bertugas menaiki keretanya,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Panji di sini, semalam.
Sejurus menerima berita sedih itu, Harlina berkata, dia segera menaiki kereta bersama bapa saudaranya menuju ke HKL.
“Sebelum meninggalkan rumah kira-kira jam 9 malam, arwah suami melakukan rutin biasa iaitu mencium tangan dan bergurau dengan anak. Saya tidak nampak sebarang perbezaan sebelum arwah keluar.
“Namun, sebelum kejadian, arwah mengeluh dia begitu penat. “Saya tidak berprasangka buruk kerana tugas sebagai polis memang memerlukan komitmen tinggi, apatah lagi bekerja pada syif malam,” katanya
9 wanita tukang urut asing dicekup
2010/10/01
PETALING JAYA: Sembilan wanita warga asing dicekup dalam serbuan di sebuah pusat spa dan refleksologi di Sunway Mentari, di sini selepas menjalankan kegiatan tidak bermoral, malam kelmarin.
Jurucakap polis berkata, premis yang berselindung di sebalik khidmat urut refleksologi itu diubah suai dengan menjadikannya sebagai pusat urutan batin yang turut menawarkan perkhidmatan seks dengan harga RM178 hingga RM200 sejam. Katanya, dalam serbuan itu, polis turut menemui kondom, cecair pelincir dan pil perangsang yang digunakan bagi melayani pelanggan serta pil pencegah kehamilan.
“Daripada jumlah ditahan itu, tujuh warga Thailand dan dua warga Vietnam. “Turut ditahan seorang lelaki warga Indonesia yang berperanan sebagai penjaga premis berkenaan,” katanya.
Difahamkan, ketika serbuan, tiada pelanggan di dalam premis itu. Ini memudahkan polis menjalankan pemeriksaan ke atas premis dan pekerja.
Semua wanita terbabit ditahan mengikut Seksyen 11(7) Peraturan Imigresen 1969 kerana menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai pelacur.
No comments:
Post a Comment