Tuesday, September 28, 2010

DIMANA KECERDIKAN TIDAK MENJAMIN KETAKWAAN..


NEGARA


Gadis mangsa pakar motivasi



IMA yang mendakwa dirogol oleh pakar motivasi menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Seorang pakar motivasi bergelar doktor didakwa memperdaya seorang wanita muda yang merupakan pekerjanya menggunakan ilmu pukau.
Mangsa yang dikenali sebagai Ima dan berusia awal 20-an itu juga mendakwa dia dirogol oleh majikannya itu sebelum dilarikan ke Thailand untuk dikahwinkan melalui sindiket nikah.
Menurut Ima, segalanya bermula kira-kira dua tahun lalu ketika dia mula bekerja dengan sebuah syarikat motivasi di Bukit Bintang di sini.

“Saya ditawarkan untuk bekerja sebagai pembantu koordinasi program tetapi peliknya dalam pejabat yang begitu besar, hanya saya seorang pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Menurut Ima, dia mengesyaki majikannya itu menggunakan pukau kerana dia sering memintanya memandang tepat ke matanya setiap kali memujuk dan bertanya sama ada dia menyayanginya.
Selain itu, pakar motivasi itu juga sering memberinya minum air yang dicampur madu.
Selepas itu, menurut Ima, dia telah dirogol oleh majikannya sebelum dibawa ke Kedah dan kemudian ke Danok, Thailand untuk dikahwinkan secara sindiket di sebuah kedai



MACAM2 JENIS PENIPU


TERKINI


Rugi RM1.7 juta ditipu kenalan

28/09/2010 7:32pm

KUALA LUMPUR — Seorang pemandu lori mendakwa kerugian kira-kira RM1.7 juta selepas ditipu seorang kenalan lelakinya, yang berjanji menjadikan beliau seorang usahawan buah-buahan.
Pengerusi Biro Aduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata Lim Seik Kuang, 51, ditipu rakannya sejak 2008 selepas diminta menandatangani dua dokumen perjanjian, yang kononnya diperlukan membuat pinjaman perniagaan.
"Beliau yang tidak tahu berbahasa Inggeris, hanya menandatangani dokumen tersebut tanpa bertanya kandungan dokumen itu. Rakannya pula menipunya dengan mengatakan ia bagi tujuan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Chong berkata Lim turut diminta menukar alamat dalam kad pengenalannya, kononnya bagi memudahkan proses pinjaman tersebut.
"Lelaki itu menyuruh Lim menukar alamat di kad pengenalan yang baru, dengan alasan setiap pinjaman bank yang ingin dibuat, mesti disertakan dengan latar belakang,” katanya.
Lelaki itu juga memberikan Lim antara RM200 hingga RM300 setiap kali menandatangani dokumen di bank, dan ini menyebabkan beliau mempercayai lelaki tersebut.
Katanya, Lim menyedari dirinya ditipu setelah menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada sebuah bank pada 20 Sept lepas kerana dikatakan terlewat membayar ansuran bulanan kereta, sedangkan beliau tidak memiliki kenderaan berkenaan ketika itu.
"Selepas menerima SMS tersebut, beliau terus ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyemak status kereta tersebut, dan pihak JPJ memaklumkan bahawa beliau mempunyai tiga lagi kereta yang didaftarkan atas namanya, dan sebuah lagi kereta yang didaftarkan sebagai penjamin, yang keseluruhannya berjumlah RM1.1 juta,” katanya.
Chong berkata, Lim yang tidak berpuashati, terus ke Bank Negara untuk bertanyakan perihal pinjaman kesemua kereta berkenaan, sebaliknya pihak bank telah menyenaraikan kepadanya lapan lagi tunggakan kad kredit berjumlah RM163,800 selain 13 pinjaman peribadi di pelbagai bank berjumlah RM467,800 yang dibuat atas namanya.
Lim kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak pada 21 Sept lepas. — Bernama



NEGARA


Wanita tunjuk isyarat lucah ditahan












KOTA TINGGI - Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan ditahan selepas enggan memberhentikan keretanya ketika diarahkan selain menunjuk isyarat lucah kepada anggota polis kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot (gambar) berkata, wanita itu memandu dari kawasan sebuah bank di Jalan Niaga Utama dan berlegar di kawasan Jalan Tun Seri Lanang di sini pada pukul 11.50 pagi.
"Wanita berusia 30-an yang memandu kereta Honda Accord secara meluru telah diarahkan berhenti namun dia enggan mengikut arahan sebaliknya menunjukkan isyarat lucah kepada polis bertugas.
"Malah, wanita itu juga nyaris melanggar seorang pegawai polis ketika diminta menyerah diri di persimpangan bangunan Kolej Komuniti di Jalan Abdullah," katanya ketika dihubungi semalam.
Osman berkata, kereta itu berjaya dikepung di Taman Jaya, tetapi wanita itu nekad mengundur dan merempuh sebuah kereta peronda polis

Jual klip video lucah remaja



MOHD. NAIM (dua dari kiri) bersama tiga kakitangannya menunjukkan muat turut klip video lucah yang dirampas di Butterworth semalam.



BUTTERWORTH - Asalkan membawa keuntungan, peniaga kedai menjual telefon bimbit dan kad prabayar kini menukar strategi dengan menjadikan klip video lucah sebagai 'umpan' untuk menarik pelanggan.
Taktik terbaru paling berkesan itu menawarkan perkhidmatan muat turun klip video lucah untuk dipilih yang kebanyakkannya memaparkan aksi panas remaja tempatan dengan bayaran hanya RM10 sahaja.
Pelanggan hanya perlu pergi ke kedai menjual telefon bimbit tertentu yang menawarkan perkhidmatan berkenaan dan memuat turunkan klip video yang menjadi pilihan ke dalam kad memori.
Jika ingin menambah koleksi klip video lucah yang lain, pelanggan boleh berbuat demikian di kedai berkenaan sebanyak mana yang dimahukan pada harga yang sama.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Cawangan Unit Penguat Kuasa, Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri cawangan Pulau Pinang, Mohd. Naim Hashim.
Menurut Mohd. Naim, kegiatan tidak bermoral itu dikesan setelah pihaknya membuat risikan hasil aduan orang awam diikuti serbuan terhadap empat premis menjual telefon bimbit di tiga lokasi berasingan di negeri ini Ogos lalu

Main kutu haram di Malaysia



MAIN kutu yang popular di kalangan masyarakat rupa-rupanya salah di sisi undang-undang. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam


NEGARA


Petunjuk di lokasi baru

KUALA LUMPUR - Polis semalam mengesahkan menemui beberapa lokasi baru yang dipercayai mempunyai bukti-bukti berkaitan dengan kehilangan dan pembunuhan mangsa-mangsa lain di sebuah ladang ternakan di Ladang Gadong, Banting, Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin yang tidak mendedahkan lokasi-lokasi tersebut berkata, daripada siasatan, pihaknya percaya beberapa lokasi baru yang ditemui itu boleh membantu siasatan bukan saja membabitkan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya tetapi juga kes-kes orang hilang dan bunuh lain.
"Kita menyiasat dua aspek. Pertamanya, kes pembunuhan Sosilawati bersama tiga rakannya dan yang kedua berkaitan kes kehilangan dan pembunuhan mangsa-mangsa lain," kata beliau.
Menurut beliau, pasukan polis forensik masih meneruskan usaha mencari bahan-bahan bukti di seluruh ladang itu dan memberi tumpuan di beberapa lokasi baru yang ditemui.
"Kita mengesyaki terdapat beberapa bukti yang dibuang atau ditanam di kawasan tersebut," kata beliau



NEGARA


Bahana berkasih dengan isteri orang

TELUK INTAN - Gara-gara bermalam dengan isteri orang, seorang anggota polis cedera dibelasah penduduk kampung selepas 'dicekup' di dalam sebuah rumah di Batu 3 1/2, Jalan Changkat Jong, dekat sini malam Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, anggota polis itu dikatakan naik angin dan terus memarahi penduduk kampung selepas rumah kekasihnya yang juga ibu kepada 10 anak tersebut diketuk.
Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, pelakuan sumbang anggota polis berusia 50 tahun bersama pasangannya, sejak beberapa tahun lalu itu telah menjadi perhatian banyak pihak.
Katanya, sebaik pintu rumah papan itu dibuka oleh wanita berkenaan selepas diketuk berulang kali, anggota polis terbabit yang hanya memakai kain pelikat terus memarahi orang kampung sebelum berlaku satu pertengkaran.
"Penduduk yang malu dengan apa yang berlaku mempertahankan tindakan mereka mengetuk pintu rumah berkenaan dan selepas itu tercetuslah pergaduhan menyebabkan anggota polis terbabit cedera pada bahagian muka," katanya.
Semasa kejadian, tiga kanak-kanak dipercayai anak kepada wanita tersebut berada dalam rumah tersebut


NEGARA


Penganggur bunuh model ke tali gantung







ISMAWI dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh Azhary (gambar kecil).





ALOR SETAR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam apabila dia didapati bersalah membunuh seorang model sambilan di Sungai Petani enam tahun lalu.
Ismawi Ishak, 25, dituduh membunuh Mohamad Azhary Mohamed Osman, 32, pada 4 Mei 2004 di antara pukul 12.01 hingga 7.15 pagi di rumah bernombor 180, Jalan Anggerik 1/7, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani.
Ketika Hakim Datuk Zamani A. Rahim membacakan keputusan tersebut, tertuduh dilihat menundukkan kepala dan kelihatan tenang manakala kakak tertuduh pula menangis teresak-esak.
Pendakwaan terhadap Ismawi dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Zamani berkata, semasa tertuduh memberi keterangan membela diri, dia gagal membuktikan dia berada dalam kemarahan yang melampau atau tindakannya itu kerana cubaan untuk membela diri.



DUNIA


Puluhan bantah festival filem gay



SEORANG anggota Barisan Pembela Islam memegang poster mengenai golongan lelaki homoseks semasamelaukan protes di sebuah lokasi tayangan filem gaydi Jakarta semalam.



JAKARTA - Berpuluh-puluh anggota Barisan Pembela Islam memprotes satu festival filem gay antarabangsa yang berlangsung di sini sekali gus menyebabkan beberapa tayangan filem mengenai golongan itu dibatalkan.
Mereka memprotes Festival Filem Q! yang diadakan di beberapa pusat kebudayaan asing sejak minggu lalu dan dijadual berlangsung sehingga malam ini.
Anggota-anggota kumpulan tersebut yang sebahagiannya memakai topeng, jubah putih dan serban melaungkan slogan antigay dan menyatakan bahawa filem-filem itu adalah kufur.
Menurut seorang pembantu program pusat terbabit, Dinyah Latuconsina, tayangan filem itu di Institut Goethe Jerman yang dikawal oleh polis tidak akan dibatalkan.
Bagaimanapun, Pusat Kebudayaan Perancis dan Yayasan Jepun mengambil keputusan untuk membatalkan baki tayangan filem gay.
Indonesia dianggap sebagai sebuah negara sekular yang mempunyai jumlah penduduk seramai 237 juta orang. Ia mempunyai bilangan penganut Islam yang teramai di dunia. - AP


ALLAH MAMPU BUAT APA SAJA...


DUNIA


Los Angeles catat suhu paling panas



SEORANG budak lelaki bermain air di sebuah air pancut di Los Angeles kelmarin.



LOS ANGELES - Bandar raya Los Angeles di Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod suhu paling panas iaitu 45 darjah Celsius kelmarin sekali gus memaksa warganya menyejukkan badan di pantai atau tidak keluar dari rumah.
Menurut seorang pakar cuaca dari pejabat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Stuart Seto, suhu di bandar raya itu mencecah 45 darjah Celcius selama beberapa minit sekitar pukul 12.15 tengah hari.
Ia memecahkan rekod suhu setinggi 44 darjah Celsius yang dicatatkan pada 26 Jun 1990.
Catatan bersejarah tersebut merupakan sebahagian daripada catatan suhu melebihi 38 darjah Celsius yang dicatatkan di kebanyakan bandar seperti di Anaheim dan San Luis Obispo yang pada kebiasaannya bercuaca nyaman.
Anggota-anggota bomba terpaksa memadamkan kebakaran kecil di kawasan Thousand Oak akibat cuaca panas. Sementara itu, Sekolah Los Angeles Unified membatalkan semua aktiviti luar, termasuk pertandingan sukan dan latihan.
Gangguan bekalan elektrik turut berlaku.
Lebih 30,000 pelanggan firma bekalan elektrik Southern California Edison terputus bekalan pada pukul 8 malam kelmarin.
Antara bandar yang terjejas kerana bekalan elektrik terputus ialah Santa Monica, Compton, Whittier dan Hollywood Barat di wilayah Los Angeles.
Pihak pengurusan Dewan Bandar Raya Los Angeles menggesa orang ramai menggunakan taman-taman, kemudahan rekreasi, pusat untuk warga emas dan perpustakaan bagi menyejukkan badan. - AP.


DUNIA


Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook


RYAN HOMSLEY mengaku di akaun Facebook miliknya bahawa dia merompak sebuah bank di Oregon, Amerika Syarikat.


PORTLAND, Oregon - Seorang perompak bank, Ryan Homsley yang menggelarkan dirinya sebagai 'Where's Waldo' ditangkap dua hari selepas dia mengaku melakukan jenayah itu dalam laman sosial Facebook miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Nama 'Where's Waldo' diberikan kepadanya yang diambil sempena watak ciptaan pelukis British, Martin Handford itu kerana dia sebelum ini sukar ditangkap.
Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Homsley berusia 29 tahun selepas dia menulis: "Saya kini seorang perompak bank" di laman Facebook pada 22 September lalu.
Pengakuan itu ditulis hanya selepas beberapa jam dia merompak sebuah bank di Tualatin, dekat Portland, Oregon Amerika Syarikat (AS).
Homsley turut menjadikan gambarnya yang dirakamkan kamera pengawasan bank dan yang telah disiarkan media sebagai gambar profilnya di Facebook.
Satu klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut menunjukkan Homsley berdiri di hadapan sebuah kaunter dengan memakai baju belang dan cermin mata tebal. Dia memberitahu kakitangan bank bahawa dia membawa sebutir bom.
Namun, satu beg dan kotak kecil yang ditinggalkannya selepas melarikan wang itu sebenarnya tidak berbahaya.
Rakan-rakan Homsley memberitahu dia menghidap diabetes dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatannya. Homsley di tangkap semasa dia mendapat rawatan di sebuah hospital. - Agensi


DUNIA


Guru akui pernah jadi pelacur




NEW YORK - Seorang guru di Amerika Syarikat (AS), Melissa Petro (gambar) menggemparkan ibu bapa apabila dia mengaku pernah menjadi seorang pelacur dan penari bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Mengajar di sebuah sekolah rendah di kawasan penempatan kulit hitam, di sini sejak tiga tahun lalu, guru berkenaan, Melissa Petro menggelarkan dirinya sebagai bekas pekerja seks.
Guru berusia 30 tahun itu disukai oleh anak-anak muridnya tetapi ibu bapa mereka berasa resah selepas dia mendedahkan di Internet mengenai masa lampaunya termasuk pengalaman seksnya di Mexico dan London.
Akhbar The New York Post pula menyifatkan Petro terlalu berani apabila menulis dalam sebuah kolum pada bulan ini bahawa dia pernah menjadi pelacur.
"Sejak dari Oktober 2006 hingga Januari 2007, saya menerima wang sebagai imbuhan khidmat seks saya kepada beberapa lelaki yang saya kenali secara dalam talian di laman iklan Craiglist.org," kata Petro yang menulis untuk akhbar The Huffington Post.
Wanita itu menulis dengan menggunakan nama sebenarnya dan turut meletakkan gambarnya di akhbar berkenaan.
Mengulas mengenai kontoversi yang melanda gurunya, guru besar sekolah berkenaan, Kerry Castellano berkata, Petro kini diberikan tugas pentadbiran sementara sehingga siasatan mengenai kesnya selesai. - Agensi

No comments:

Post a Comment