Thursday, September 30, 2010

TAKDIR KENA REDA....CUMA KECUIANNYA ITU KENA...TANGGUNG JAWABLAH

'Kami mahu keadilan'

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/09/30

PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri yang kematian anak berusia sembilan bulan pada 20 September lalu, dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan di pusat asuhan di Presint 18, di sini, mahu pengusaha pusat yang tidak berdaftar itu dikenakan tindakan tanpa mengira ‘bulu’ walaupun dia anak seorang kenamaan bergelar ‘Datuk’.
SEDIH...Shahrul Nizam dan Mazliana bersama anak sulung menunjukkan gambar Noramirah.
SEDIH...Shahrul Nizam dan Mazliana bersama anak sulung menunjukkan gambar Noramirah.
Pasangan terbabit, Shahrul Nizam Reihan, 36, dan isterinya, Mazliana Nordin, 27, masih trauma apabila ‘kehilangan’ anak kesayangan Noramirah sembilan bulan, dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaaan pusat asuhan terbabit.

Bukan itu saja, pasangan terbabit kecewa kerana tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap pengusaha pusat berkenaan walaupun insiden sama membabitkan bayi tersedak susu pernah berlaku pada Julai tahun lalu.

“Saya hairan mengapa tidak ada sebarang tindakan dilakukan walaupun kejadian sama pernah berlaku di pusat itu tahun lalu.

“Saya tidak tahu sama ada ia ada kaitan dengan pengusaha terbabit sebagai anak kepada seorang kenamaan menyebabkanya ‘kebal’ sehingga tidak ada sesiapa berani tampil bertindak terhadapnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Presint 9, semalam.

Difahamkan, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah mendapatkan maklumat berkaitan insiden berkenaan daripada Mazliana, pagi semalam...

Shahrul berkata, dia bukan mahu menimbulkan sebarang masalah, tetapi mahu keadilan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang membabitkan ibu bapa yang masih menghantar anak mereka di pusat asuhan berkenaan.

“Saya difahamkan, pusat asuhan itu hanya mempunyai tiga pengasuh bagi melayani kanak-kanak berusia antara dua bulan hingga empat tahun,” katanya yang membayar RM600 bagi dua anaknya yang dihantar ke pusat itu sebelum ini.

Malah, katanya dia juga mengakui sebelum kejadian itu, pengasuh hanya membenarkan ibu bapa menghantar anak di depan pintu masuk saja dengan alasan ia adalah peraturan yang ditetapkan dan perlu dipatuhi ibu bapa.

Shahrul berkata, dia masih berbincang dengan keluarga bagi mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya menghantar anak saya ke pusat asuhan ini kerana diberitahu ia adalah antara pusat asuhan terbaik di Putrajaya tanpa menyedari ia pusat yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Tanpa berselindung, Shahrul berkata, dia berharap tindakan sewajarnya dikenakan terhadap pengusaha pusat berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang kepada ibu bapa yang masih menghantar anak mereka ke pusat tidak berdaftar itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Datuk Dr Maamor Osman, berkata tindakan bersepadu perlu dilakukan bagi memastikan tindakan terhadap pengusaha pusat asuhan yang degil bagi mendaftarkan perniagaan mereka.

Beliau berkata, isu pusat asuhan tidak berdaftar memang pernah menjadi perbincangan ‘hangat’ satu ketika dulu, tetapi ia masih sukar untuk ditangani, walaupun membabitkan kematian bayi atau kanak-kanak yang dihantar di pusat berkenaan.

“Jangan biarkan pusat ini beroperasi tanpa kawalan pihak berkuasa kerana ia boleh membahayakan penghuni yang kebanyakan kanak-kanak yang dijaga di pusat berkenaan.

“Undang-undang sedia ada yang diperuntukkan mengikut Seksyen 6, Akta Pusat Asuhan Kanak-kanak 1984 perlu dikuatkuasakan tanpa memilih bulu,” katanya, semalam.

Selain itu, katanya, pihak berkuasa perlu memastikan pengusaha dan pengasuh di pusat asuhan memiliki kelayakan sepatutnya sebelum dibenarkan membuka pusat asuhan itu bagi mengelak ada nyawa yang melayang berikutan kecuaian mereka.

Katanya, ibu bapa juga perlu menyiasat pusat asuhan itu sama ada berdaftar atau tidak bagi mengelak mereka menyerah ‘nyawa’ anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh yang sifar asas penjagaan kanak-kanak



'Kesal pemilik taska tak diambil tindakan'



2010/10/02

PUTRAJAYA: “Kami kesal kerana tiada tindakan diambil terhadap pemilik taska berkenaan walaupun laporan dibuat kepada pihak terbabit sehingga seorang lagi bayi menjadi mangsa kecuaian kakitangan terbabit,” kata Sofia Noor Yahya, 27.
Sofia Noor, ibu kepada bayi lelaki berusia empat bulan yang meninggal dipercayai akibat tersedak susu di sebuah taska dikatakan milik anak seorang kenamaan bergelar Datuk di Presint 18, di sini, Julai tahun lalu.
Katanya, dia amat terkejut apabila mengetahui tragedi sama berlaku terhadap anak pasangan Shahrulnizam Reihan dan Mazliana Nordin yang menghantar bayi mereka di taska berkenaan, sekali gus menunjukkan tiada sebarang tindakan diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, selepas tragedi menimpa anak sulungnya, Muhammad Syamil Nazhan Saiful Afzan, Julai tahun lalu dia membuat laporan kepada JKM selepas mengetahui taska itu tidak berdaftar.

“Mereka (JKM) berjanji menyiasat dan membuat pemantauan. Bagi saya pemantauan tidak perlu dilakukan kerana sudah terang-terangan ia tidak mempunyai lesen.

“Sepatutnya JKM terus memberhentikan operasi taska terbabit, tetapi tiada sebarang tindakan diambil hingga hari ini dan kes sama berulang terhadap pasangan terbabit,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Presint 11 di sini, semalam.

Sofia Noor berkata, dia enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap taska berkenaan selepas kematian anaknya kerana tidak mahu bedah siasat dijalankan.

Anak sulung pasangan Sofia Noor dan Saiful Azhan Abdul Rashid meninggal dunia 7 Julai 2009 selepas dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan taska terbabit, dan pada 20 September anak bongsu pasangan Shahrulnizam Reihan dan Mazliana Nordin, Noramirah menerima nasib sama di taska itu.

Difahamkan pemilik taska terbabit pernah beberapa kali memohon lesen, tetapi tidak mendapat kelulusan atas beberapa alasan termasuk tidak mengasingkan bayi dengan kanak-kanak.

Apa yang menghairankan, katanya, peraturan ditetapkan taska terbabit yang tidak membenarkan penjaga masuk ke dalam premis mereka juga amat diragui.

“Saya pelik kenapa mereka tidak membenarkan kami masuk ke dalam taska dan meminta kami menyerahkan anak kepada pengasuh di depan pintu taska saja

“Selain itu, saya juga turut dimaklumkan kebanyakan bayi di situ dibedung sebelum diberikan susu dipercayai bagi mengelakkan bayi bergerak,” katanya.

Sofiah Noor juga tidak menolak kemungkinan tindakan itu menyebabkan bayi tersedak susu hingga meninggal dunia.

Malah, katanya ketika dia menghantar anaknya ke taska berkenaan tahun lalu, hanya mempunyai dua pengasuh dan seorang penyelia untuk menjaga tujuh bayi dan 10 kanak-kanak.

Apa yang menyedihkan, katanya pemilik taska berkenaan membuat cerita kononnya anaknya tidak sihat ketika dihantar ke taska terbabit dan alasan sama diberikan terhadap kes pasangan suami isteri terbabit.

Darling didenda RM15,000

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
2010/09/30
 
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau Darling dikenakan hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan alternatif iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.
DISAMAN...Darling ditemani ibunya, Habibah, semalam.
DISAMAN...Darling ditemani ibunya, Habibah, semalam.
Hakim Jagjit Singh menjatuhkan hukuman itu terhadap Darling, 27, dan memerintahkan jika pelakon itu gagal membayar denda, dia boleh dipenjara tiga bulan.

Darling didakwa atas pertuduhan alternatif menggunakan dokumen ‘Director’s Circular Resolution’ Syarikat Nasridz Sdn Bhd sebagai tulen sedangkan dia mengetahui ia palsu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di RHB Bank Bhd, Level 1 Tower 2, RHB Centre, 426 Jalan Tun Razak Cheras di sini, pada 16 Ogos 2007.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Darling yang diwakili peguam bela A Kailesh dalam rayuannya memberitahu mahkamah anak guamnya sudah menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dengan pengadu kes iaitu Mohamad Ridzuan Mat Hussin

Kailesh turut memanggil Mohamad Ridzuan yang mengesahkan dia sudah mendapat semula wang RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank.

Selain itu, Kailesh memberitahu bahawa Darling membuka akaun baru itu selepas akaun asal syarikat di CIMB Bank dibekukan pengadu. Selain Kailesh, peguam Amir Feisal Ariff Mohamad Shukri mewakili Darling.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah KM Abu Bakar dan Anselm Charles Fernandez.

Sebelum ini, Darling mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan utama iaitu menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu ‘Director’s Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd’ bertarikh 16 Ogos 2007 dan didakwa dilakukan di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ini dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Darling yang membayar denda itu hadir ke mahkamah bersama suaminya, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibunya Habibah Jaafar.

Darling didakwa kali pertama di mahkamah pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Mengikut fakta kes, polis membuat siasatan selepas Mohamad Ridzuan membuat aduan bahawa Darling menggunakan dokumen mengandungi tandatangan pengadu selaku pengarah bagi membuka akaun syarikat di bank itu.

Selain Darling, dokumen itu mengandungi nama Mohd Khairul Amin A Ramli sebagai setiausaha syarikat

“Pengadu juga sudah menarik balik laporan bertarikh 18 Mac 2008 dan menandatangani perjanjian penyelesaian pada Mei lalu. Darling juga sudah menyerahkan cek bernilai RM150,000 iaitu wang milik Mohamad Ridzuan.

“Anak guam saya kini mengandung dua bulan. Dia mengalami tekanan perasaan sejak kes ini dibawa ke mahkamah dan tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak lagi menerima tawaran berlakon,” katanya

Kailesh turut memanggil Mohamad Ridzuan yang mengesahkan dia sudah mendapat semula wang RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank.

Selain itu, Kailesh memberitahu bahawa Darling membuka akaun baru itu selepas akaun asal syarikat di CIMB Bank dibekukan pengadu. Selain Kailesh, peguam Amir Feisal Ariff Mohamad Shukri mewakili Darling.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah KM Abu Bakar dan Anselm Charles Fernandez.

Sebelum ini, Darling mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan utama iaitu menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu ‘Director’s Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd’ bertarikh 16 Ogos 2007 dan didakwa dilakukan di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ini dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Darling yang membayar denda itu hadir ke mahkamah bersama suaminya, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibunya Habibah Jaafar.

Darling didakwa kali pertama di mahkamah pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Mengikut fakta kes, polis membuat siasatan selepas Mohamad Ridzuan membuat aduan bahawa Darling menggunakan dokumen mengandungi tandatangan pengadu selaku pengarah bagi membuka akaun syarikat di bank itu.

Selain Darling, dokumen itu mengandungi nama Mohd Khairul Amin A Ramli sebagai setiausaha syarikat


Lelaki ditemui mati ditetak di Felda Kemahang



2010/09/30

KOTA BAHRU: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di kepala dipercayai ditetak dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Gubir, Bukit Panau, Tanah Merah, pagi ini.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui oleh seorang penduduk kampung itu yang dikatakan sedang dalam perjalanan bekerja di Felda Kemahang kira-kira jam 9 pagi. "Mengikut laporan yang diterima mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di ladang kelapa sawit dan getah itu. "Pemeriksaan mendapati mangsa yang lengkap berpakaian itu berlumuran darah di kepalanya dan dipercayai ditetak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan pihaknya di kawasan berhampiran juga menemui sebilah sabit berukuran 42 sentimeter berada kira-kira 1.7 meter dari tempat mangsa ditemui.

Bagaimanapun identiti mangsa tidak dapat diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa," katanya. Mazlan berkata, pihaknya percaya lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an itu merupakan rakyat tempatan berbangsa Melayu dan telah mati hampir semalaman. Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu atau mempunyai sebarang maklumat tampil membantu pihak polis menjalankan siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah di talian 09-9556122 atau Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di talian 09-7450999. -Bernama



Dipenjara 25 tahun kerana tikam teman wanita 36 kali



2010/09/30

SHAH ALAM: Seorang penyelenggara barangan elektrik tergamak menikam teman wanitanya sebanyak 36 kali sehingga mati menggunakan sebilah pisau hanya kerana mangsa berhasrat untuk memutuskan hubungan dengannya.
Tertuduh, G Selvaraaj, 26, bagaimanapun hari ini menerima balasan yang setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu, dua tahun lalu.
Hakim Mohtarudin Baki memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu pada 6 Januari 2008.

Dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata, tertuduh sangat bernasib baik kerana telah ditawarkan pertuduhan pilihan oleh pihak pendakwaan berbanding dengan tuduhan asal, iaitu bunuh.

"Sekiranya kes berjalan penuh dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan fakta kes, mana-mana hakim tidak akan teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman mati kerana fakta menunjukkan kamu sangat liar dan betapa seksanya mangsa sebelum menemui ajal.

Daripada kecederaan, jelas kamu mempunyai niat untuk membunuh," katanya sambil menambah tertuduh perlu diasingkan daripada masyarakat untuk satu tempoh yang lama.

Selvaraaj didakwa menyebabkan kematian M. Indra Devi, 22, di sebuah rumah di Taman Sungai Kapar Indah, Kapar, Klang, dekat sini, antara jam 3.30 dan 4.30 pagi, 6 Januari 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, Indra Devi sempat menghubungi polis apabila melihat teman lelakinya, Selvaraaj cuba memecah masuk ke dalam rumah dalam keadaan mabuk.

Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan mengunci pintu bilik selepas Selvaraaj memecah masuk ke dalam rumah dengan cara mengumpil pintu geriji dan membuka pintu menerusi cermin tingkap yang dipecahkan.

Tertuduh kemudian menyeret mangsa ke bahagian dapur di mana dia menggunakan sebilah pisau yang berada di atas sinki untuk menikam mangsa berkali-kali

Seorang jiran mangsa yang datang ke tempat kejadian kerana mendengar jeritan mangsa melihat Selvaraaj sedang menangis dalam keadaan memangku mangsa yang terbaring.

Seorang anggota polis yang datang ke tempat kejadian kemudian melihat tertuduh sedang menikam dirinya dengan menggunakan pemutar skru.

Selepas dipujuk, Selvaraaj akhirnya memberi kunci rumah kepada polis sebelum ditangkap.

Laporan bedah siasat menunjukkan bahawa mangsa mati akibat pendarahan yang banyak disebabkan tikaman berganda di dada. Selain itu, mangsa juga mengalami kecederaan di leher dan abdomen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Kamal Roslan sementara tertuduh diwakili peguam K. Renuka Devi.-Bernama


Tindakan hina agama tidak boleh dibiarkan - Chor Chee Heung



2010/09/30

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang menghina mana-mana agama dan jika dibiarkan, perbuatan itu boleh mengugat keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung berkata, pemimpin pelbagai agama di negara ini perlu kerap mengadakan perbincangan menerusi Jawatankuasa Antara Agama bagi menjamin keharmonian yang dinikmati selama ini.
"Kita tidak boleh membenarkan mana-mana pihak menghina agama lain kerana ia menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia," kata Chor, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selepas melancarkan Seminar Pencegahan Jenayah Menerusi Persekitaran (CPTED) 2010 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kewujudan klip video dalam laman web 'YouTube' yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam di Kuching, Sarawak.

Dalam laporan akhbar Isnin lalu, Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen berkata paderi yang didakwa bernama Benjamin Stephen itu dikatakan menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di negeri itu.

-Bernama


Gelaran "Temenggong" Tengku Fakhry ditarik balik



2010/09/30

KOTA BAHRU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran "Temenggong" dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuat kuasa hari ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini setelah surat pemakluman itu diserahkan kepada kakitangan Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini, 10 pagi tadi.
Mohd Aiseri berkata, Sultan Muhammad Ke-V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry.

"Penarikan dimaklumkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini melalui surat kepada beliau yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian," katanya.

Tengku Muhammad Fakhry Petra adalah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Petra, manakala Sultan Muhammad Ke-V adalah yang sulung.-Bernama


Ibu bohong: Wanita nafi bersuami dua

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my
2010/09/30

SHAH ALAM: “Saya tidak pernah bersuami dua seperti didakwa ibu, malah perkahwinan bersama suami baru dilakukan mengikut proses undang-undang sah dan didaftarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),” kata Shazlinda Che Ali, 35, menafikan dakwaan ibunya, Muliani Mahmud, 54.
Menurutnya, dia yang bernikah dengan suami baru di Masjid Kampung Pandan, Kuala lumpur Februari lalu sehingga kini masih sah suami isteri dan tidak pernah bercerai seperti didakwa ibunya.
Katanya, ibunya membuat pelbagai dakwaan kerana keengganannya menyerahkan semula anak perempuannya berusia lima tahun yang sebelum ini dipelihara Muliani.

“Perkahwinan dengan suami terdahulu dilakukan di Thailand kerana saya adalah isteri kedua, bagaimanapun selepas tiga tahun saya memohon fasakh apabila suami menghilangkan diri dan gagal memberi sebarang nafkah. Malah surat pengesahan fasakh saya juga sehingga kini disimpan ibu.

“Saya hairan mengapa ibu sanggup memalukan saya dengan dakwaan dan fitnah seperti itu, malah ibu sendiri hadir sewaktu pernikahan saya bersama suami baru,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan Muliani keliru dengan tindakan Shazlinda yang didakwanya berkahwin lain dengan seorang kakitangan kerajaan di sini, walaupun masih belum bercerai dengan suami pertama dikenali sebagai Hassim, 48.

Muliani berkata, keliru dan bingung dengan tindakan anaknya, menyebabkan dia enggan menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Malah, dia turut mendakwa perkahwinan Shazlinda hanya bertahan selama tiga bulan sebelum diceraikan dengan talak tiga, bagaimanapun anaknya itu masih tinggal bersama bekas suami yang dikatakan sering mendera cucunya.



NEGARA


Penyeludup mercun temui ajal


zaid.mohdnoor@kosmo.com.my">


ANGGOTA bomba memeriksa sebuah lori membawa muatan mercun yang terbalik hingga mengorbankan pemandunya di Jeli semalam.



JELI – Tindakan seorang penyeludup mercun melarikan diri daripada dikejar sebuah kenderaan pacuan empat roda kastam mengundang padah apabila dia mati selepas mengalami kecederaan parah apabila lori yang dinaiki bersama seorang kelindan terbabas dan terbalik di Jalan Kampung Lawa-Batu 10, Jalan Raya Timur Barat di sini semalam.
Kejadian pukul 6.40 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 26 tahun tersebut dikatakan cuba melarikan diri selepas merempuh kenderaan kastam yang ingin menahan mereka selepas disyaki cuba menyeludup mercun dan bunga api bernilai puluhan ribu ringgit.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Muhammad Hanifa Abd. Malek berkata, suspek cuba melarikan diri sambil dikejar oleh anggota kastam tersebut

NEGARA


Dr. Kasi beri keterangan



SEORANG pekerja mengangkat kotak berisi fail yang diambil dari pejabat guaman Patmanaban di Jalan Sultan Alam Shah, Banting semalam.



BANTING – Dr. Kasi Viswanathan, adik hartawan India, Allal Kathan Muturaja yang dilaporkan hilang Januari lalu, semalam hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini buat pertama kali untuk memberikan keterangan berhubung kes kehilangan abangnya itu.
Kasi dilihat memasuki IPD itu pada pukul 12 tengah hari dengan ditemani isterinya yang dikenali Maria, abangnya Vijaya Subramaniam dan peguam G. Saraswaty. Dia selesai memberi keterangan kira-kira enam jam kemudian.
Bagaimanapun, hanya Kasi yang diambil keterangan bagi membantu polis melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes tersebut.
Sementara itu, Vijaya ketika ditemui pemberita di luar IPD itu berkata, sehingga kini dia dan ahli keluarga lain belum lagi memberi sampel kepada polis bagi menjalani ujian asid deosiribonukleik (DNA) untuk membantu siasatan.
“Kami menaruh harapan tinggi polis negara ini dapat menyelesaikan kes kehilangan itu dengan segera,” katanya.

Shazlinda berkata, itu bukan dakwaan tidak berasas pertama dibuat ke atasnya, malah sebelum ini, ibunya membuat aduan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan menyatakan dia dan suami terbabit dengan dadah. Malah, gagal dengan taktik itu, ibunya sekali lagi membuat aduan di Talian Nur kononnya anaknya didera.

“Semua itu adalah fitnah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada datang ke rumah untuk memeriksa dan mendapati anak saya dalam keadaan baik, ujian saringan air kencing juga kami negatif. Ibu melakukan semua ini semata-mata mahu memastikan dia mendapat kembali anak saya.

“Cukuplah dua anak saya hasil perkahwinan sebelum ini dipelihara ibu. Berilah saya peluang memelihara anak bongsu saya ini kerana sebagai ibu saya mempunyai naluri dan keinginan mendidik sendiri anak yang dilahirkan,” katanya



NEGARA


Tiga dituduh rasuah eksekutif TNB



SENG FATT (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh semalam selepas dituduh melakukan suapan kepada eksekutif TNB atas kesalahan mencuri arus elektrik.



IPOH – Seorang pengarah urusan kilang plastik dan dua kakitangannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menawar dan memberi rasuah kepada seorang eksekutif keselamatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ogos lalu.
Lee Seng Fatt, 48, dan Choo Poh Gaik, 52, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norhayati Mat.
Mengikut pertuduhan, Seng Fatt dan Poh Gaik didakwa menawarkan suapan sebanyak RM30,000 kepada Mat Daud Gimo sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kilang terbabit atas kesalahan mencuri arus elektrik.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memberikan wang berkenaan kepada Mat Daud dan perbuatan mereka itu dilakukan di Dulang Coffee House, Hotel Excelsior di sini masing-masing pada pukul 12.20 tengah hari dan 12.47 tengah hari 5 Ogos lepas.



Mati tergantung

PASIR GUDANG – Seorang lelaki dipercayai pesakit jiwa ditemui mati tergantung di tingkat atas sebuah rumah kosong di Jalan Delima, Taman Cahaya Masai kira-kira jam 7 malam, semalam.

Mayat Abd Rahim Hasan, 39, ditemui seorang kanak-kanak, Mohd Amirul Ashraf Ismail, 12, yang sedang bermain bola bersama beberapa rakan di padang bola berhampiran rumah kosong tersebut.

Mohd Amirul Ashraf berkata, dia terpandang kepala orang tergantung dari tingkat atas rumah kosong tersebut ketika salah seorang rakannya menendang bola yang melambung tinggi dan terjatuh beberapa meter dari rumah itu.

Menurutnya, dia yang ketakutan berlari ke arah rakan-rakannya sambil menunjukkan ke arah rumah kosong lalu bergegas memberitahu kepada bapa rakannya yang tinggal berhampiran.

“Selepas memastikan objek yang saya lihat adalah mayat, bapa rakan saya segera menghubungi pihak polis.

“Saya masih terkejut kerana pertama kali melihat kejadian seumpama ini dan mungkin selepas ini kami akan bermain bola jauh dari rumah kosong ini kerana masih berasa takut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, mayat tersebut dipercayai mati lebih 24 jam memandangkan keluarga memaklumkan si mati tidak pulang ke rumah di Jalan Delima Sembilan, Taman Cahaya Masai sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, mangsa dipercayai seorang pesakit jiwa berdasarkan keterangan keluarga dan turut terdapat kad rekod rawatan Hospital Permai di Tampoi yang dijalani mangsa.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian


Kebumi cebisan tulang Sosilawati sebelah kubur kakak

BATU PAHAT - Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh secara kejam di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, mahu cebisan tulang Allahyarham disemadikan di sebelah kubur kakaknya, Saniah, yang meninggal dunia lebih tiga bulan lalu.

Adik Sosilawati, Rosnani Lawiya, 45, berkata, mereka reda jika polis mengesahkan secara rasmi tulang yang ditemui di lokasi pembunuhan itu milik kakak mereka.

“Kami berharap agar ketua kampung akan membenarkan cebisan tulang Kak Wati disemadikan di sebelah atau berhampiran dengan kakak kami, arwah Saniah yang meninggal akibat kanser beberapa bulan yang lalu.

“Walaupun berat untuk menerimanya (kematian Sosilawati), kami sekeluarga akan menganggap semua ini adalah cabaran dan juga ujian daripada tuhan, dan percaya pasti ada hikmahnya berlaku kejadian ini,” katanya.

Sementara itu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Seri Menanti masih tidak menerima sebarang permohonan daripada keluarga Sosilawati untuk dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut

Pengerusinya, Omar Salleh berkata, pihaknya tiada masalah untuk mengebumikan jenazah Sosilawati dan menguruskan segala urusan berkaitan sekiranya keluarga Allahyarham membuat permohonan.

"Memang tidak ada masalah untuk kami kebumikan jenazah Allahyarham di tanah perkuburan di sini. Batu nisan juga masih tidak ditempah setakat ini," katanya.

Sosilawati, 47; pemandu peribadinya Kamarudin Shansuddin, 44; pegawai CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat




Polis nafi tidak siasat kes kehilangan Muthuraja

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan keluarga ahli perniagaan warga India, Allal Kathan Muthuraja, 34, yang mengatakan polis tidak bertindak sewajarnya berhubung laporan kehilangan usahawan batu permata dari Chennai itu sejak awal tahun ini.

Sebaliknya, dalam laporan pada 29 Mac lalu yang dibuat abang mangsa, Dr Kasi Vismanathan, hanya berkaitan penipuan yang kononnya dilakukan anggota polis dari Bukit Aman bagi ‘membebaskan’ adiknya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail berkata, dalam laporan polis yang dibuat pada awalnya adalah berhubung penipuan dan bukannya kehilangan Muthuraja.

“Sebelum ini siasatan hanya berdasarkan laporan yang dibuat di Balai Polis Klang berhubung dakwaan penipuan yang dilakukan ‘Polis Bukit Aman’ yang meminta sejumlah wang dari Vismanathan bagi membebaskan Muthuraja.

“Bagaimanapun, 8 September lalu kes itu disiasat di bawah orang hilang apabila isteri mangsa, S Usharani membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Hussin berkata, walaupun pada awalnya laporan yang diterima berhubung penipuan tetapi polis tetap berusaha menjejaki Muthuraja dalam tempoh tersebut, namun tidak berhasil, sehinggalah pada 8 September lalu, apabila satu laporan dibuat tentang kehilangan Muthuraja.

“Selepas menerima laporan itu, barulah kita siasat lebih mendalam kaitannya dengan siasatan kes Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Hussin meminta pihak keluarga mangsa terutamanya memberi ruang sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kes tersebut

“Biarlah kita teliti dan ambil tindakan perlu dalam siasatan, selain elak maklumat disalurkan kepada individu-individu yang tiada kaitan dengan kes ini,” katanya






 Darling didenda RM15,000 guna dokumen palsu


KUALA LUMPUR – M:ahkamah Majistret semalam menjatuh hukuman denda RM15,000 ke atas pelakon Nasreen Ngasri atas Darling, 27, setelah mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu secara tulen.

:Hakim Jagjit Singh, berpuas hati hujah diberikan peguam bela tertud:uh A Kailesh dan Amir Feisal Ariff dan memutuskan Darling bebas tuduhan jaminan RM15,000.

:Darling, pada 16 Ogos 2007, melakukan kesalahan itu di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak dengan membawa resolusi dokumen untuk membuka akaun bagi Syarikat Nasridz Picture.

:Dokumen mengandungi tandatangan pengadu Mohd Ridzuan Mat Husin, tandatangan tertuduh sebagai pengarah bersama serta tandatangan Mohd Khirul Amin A Ramli sebagai setiausaha.

:Darling maklum tandatangan pengadu dipalsukan tetapi menggunakannya sebagai tulen dan laporan kimia mengesahkan mungkin pengadu tidak menandatangani dokumen itu.

Pegawai Pandakwa Raya, Aishah K M Abu Bakar, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Namun A Kailesh mengemukakan bukti di mana saksi iaitu pengadu hadir mengesahkan laporan polis dibuat pengadu ditarik balik.

Pada 10 Mei 2010, tertuduh dan pengadu menandatangani satu perjanjian menyelesaikan pertikaian termasuk kes itu diselesaikan di luar mahkamah

No comments:

Post a Comment