Sunday, September 26, 2010

KISAHNYA MASIH JADI PERBUALAN HANGAT

Rapat dengan Jamal

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

2010/09/25
KUALA LUMPUR: “Datuk Sosilawati (Lawiya) rapat dengan saya. Jika saya buat persembahan, dia sendiri menghubungi saya untuk menempah tempat, malah kami ada merancang untuk bekerjasama memasarkan produk kesihatan saya sendiri.
Jamal, 51, berkata perbincangan panjang lebar untuk kerjasama itu berlaku ketika dia menghadiri majlis hari lahir anak Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, pada Julai lalu.

“Ketika itu saya menghadiri majlis hari lahir Rita (Erni Dekritawati Yuliana). Sosilawati sememangnya baik, tidak sombong dan mudah dibawa berbincang. Untuk menghasilkan produk ini bukan mudah, beliau banyak memberi idea dan bersedia membuat pelaburan untuk produk saya.

“Kami turut berbincang untuk bekerjasama menggunakan stokis produknya memasarkan produk saya dan dia tidak kisah jika dia memasarkan produk saya,” katanya ketika ditemui di Majlis Aidilfitri Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), di sini, semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Pengasih, Mohd Yunus Pathi, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusop.
Menurut Jamal, Sosilawati seorang yang pemurah dan tegas dengan keputusannya.

“Saya masih ingat lagi, ketika saya buat persembahan sempena Hari Ibu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Mei lalu, Sosilawati hadir menyaksikan persembahan saya. Saya beri dia menontonnya secara percuma tetapi dia berkeras mahu membayarnya dan sanggup menunggu untuk membayar kerana dia tidak mahu pulang selagi saya tidak mahu menerima bayaran.

“Ketika Konsert Jamal... Kembara Seniman di Istana Budaya September tahun lalu, Sosilawati turut memberi sumbangan dengan membeli tiket berjumlah RM25,000,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamal berkata, dia belum bersedia mencari pasangan hidup kerana mahu melihat anaknya membesar terlebih dulu.

“Anak saya kecil lagi dan saya mahu memberi tumpuan membesarkan mereka. Kalau sibuk cari pasangan, mengganggu pula nanti.

“Justeru, buat masa ini saya selesa sendiri,” katanya yang sibuk mengumpul lagu untuk album baru, Raja Pop 2 yang dijangka menemui peminat sebelum Disember depan

Berjumpa dalam mimpi



2010/09/25

SHAH ALAM: Bukan saja ungkapan maaf daripada Sosilawati, malah jutawan pemurah itu turut hadir di dalam mimpinya.
Selepas ke bilik air pada jam 3 pagi dan kembali ke bilik, tidurnya didatangi mimpi.

“Saya bermimpi bertemu Sosilawati di dalam ladang getah ketika tengah hari. Dia memakai baju biru.

“Saya memeluknya dan memberitahu, dia selamat rupanya, tetapi Sosilawati hanya mendiamkan diri dan riak wajahnya biasa saja,” katanya eksklusif kepada Metro Ahad.

Siti berkata, dalam mimpinya, Sosilawati menjalani sesi fotografi untuk majalah khusus untuk Aidilfitri.
“Walaupun ladang getah, saya lihat suasananya cantik. Staf Sosilawati beritahu, majikannya mahu char kuetiau dan fresh orange dan saya menyediakannya.

“Ketika menyediakan makanan itu, saya lihat Sosilawati disolek dan kemudian diambil gambar. Selepas habis sesi fotografi, dia menepuk belakang saya dan menyuruh saya menjaga anaknya,” katanya.

Selepas menerima pesanan supaya menjaga anak daripada Sosilawati, Siti tersedar daripada mimpinya apabila azan Subuh berkumandang.

Selepas habis bersolat, Siti menerima panggilan telefon daripada saudaranya yang memberitahu Sosilawati dibunuh dan mayatnya dibakar.

“Hancur luluh hati saya apabila mendengar perkhabaran berkenaan. Saya sangkakan mimpi itu menggembirakan tetapi ada khabar duka disebaliknya,” katanya.

Menurut Siti, selepas mengetahui Sosilawati hilang, setiap hari selepas bersolat dia berdoa supaya sahabat karibnya selamat. Pada masa sama dia turut bersolat hajat memohon supaya Sosilawati ditemui semula dalam keadaan selamat.

“Barangkali ada yang beranggapan saya membuat cerita mengenai mimpi itu tetapi demi Allah, memang saya didatangi mimpi sedemikian rupa,” katanya

Beriya-iya minta maaf

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

2010/09/25
SHAH ALAM: “Aku minta maaf ya. Manalah tahu raya nanti kita tak jumpa.” Begitu luahan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, kepada sahabat ‘suka dan duka’nya, Siti Rudziah Lembek, 46, beberapa minggu sebelum jutawan kosmetik itu dipukul sampai mati dan mayatnya dibakar serta abunya dibuang ke sungai.
“Pelukan itu sungguh luar biasa. Sambil memeluk, dia (Sosilawati) meminta maaf. Saya tidak berasakan apa-apa keanehan ketika itu dan menganggap dia bergurau.

“Saya beritahu raya nantilah minta maaf tetapi dia menjawab, manalah tahu raya nanti kami tidak berjumpa,” katanya.

Siti berkata pertemuan itu yang berlangsung di restorannya pada hari ketujuh Ramadan hanya seketika, tidak seperti kebiasaan pertemuan mereka sebelum itu.

Biasanya, jika mereka berjumpa ia memakan masa berjam-jam tetapi ketika itu dia hanya meluangkan masa kira-kira 20 minit.
“Dia ambil makanan kegemarannya, tempoyak untuk juadah berbuka puasa dan terus meminta diri,” katanya.

Pemilik Restoran RNS Corner di Seksyen 16, di sini itu tidak menyangka ungkapan maaf dan pelukan luar biasa itu rupa-rupanya petanda sahabat baiknya pergi untuk selama-lamanya.

Siti mengakui kehilangan Sosilawati sangat dirasai kerana persahabatan mereka menjangkau sehingga berkongsi kesedihan, kegembiraan, masalah peribadi dan meminta nasihat.

“Bayangkan, zaman bujang dulu kami duduk serumah, berkongsi bantal dan tilam. Apabila masing-masing sudah berumah tangga, hubungan kami tetap akrab.

“Jika ada masalah, arwah akan berkongsi dengan saya dan minta nasihat. Jika beli kereta baru, dia akan datang ke Shah Alam dan menyuruh saya mencuba kereta barunya,” katanya, sedih.

Menurut Siti, selain meminta maaf, Sosilawati turut mengungkapkan perkataan ‘pergi’ kepadanya ketika dia mengadakan majlis tahlil seminggu sebelum Ramadan.

“Ketika majlis itu arwah kelihatan gembira. Dia beritahu sudah buat persiapan untuk masa depan anaknya.
“Masih terngiang-ngiang, dia ada sebut, ‘kalau aku ‘pergi’ harta semua aku sudah siapkan untuk anak aku. Wang dah ada... rumah dah ada’,” katanya.

Siti turut memberitahu, pada tempoh berkenaan, Sosilawati beriya-iya menyuruhnya menyewa banglo miliknya di Shah Alam.

“Dia tak minta wang, tetapi hanya mahukan persetujuan sebelum Aidilfitri. Dia beritahu, jika buat majlis kahwin untuk anak saya yang dirancang pada April tahun depan, sesuai sangat sebab kawasannya luas.

“Dia bersungguh-sungguh menyuruh saya menyewa rumahnya kerana bimbang berubah fikiran selepas Aidilfitri. Begitupun, saya tidak menerima tawarannya kerana belum ada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.

Bagi Siti, sukar mendapat rakan seperti Sosilawati yang disifatkannya sebagai pemurah, tidak sombong, tidak suka bercerita mengenai keburukan orang lain dan mudah membantu rakan dalam kesusahan.

“Paling tidak dapat saya lupakan, ketika ibu saya meninggal dunia pada Ogos 2004, dia yang pertama datang menziarah. Ketika saya mahu ke bank untuk mengeluarkan wang bagi menguruskan jenazah, dia menyuruh saya duduk di rumah saja dan memberikan wang sebanyak RM3,000.

“Banyak jasanya kepada saya. Jika saya buat majlis, walaupun kecil, sedaya upaya dia akan datang walau sesibuk mana sekalipun,” katanya.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 12 September lalu polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Sosilawati mencari kasih



2010/09/25
SEBAGAI individu, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bertuah kerana dianugerahkan Ilahi harta melimpah ruah hasil usaha kerasnya dalam bidang perniagaan, terutama kosmetik, selama ini.
Wartawan Metro Ahad, NORIAH IDRIS yang mengenali dan antara teman rapatnya sejak 16 tahun lalu, mempunyai bingkisan istimewa mengenai kisah hidup jutawan berhati waja itu.

“SATU hari ketika saya bermalam di rumahnya, dia pernah meluahkan rasa yang sangat meruntun hati saya sebagai sahabat dan wanita.

Beliau berkata: “Aku ada segala-galanya... (harta). Apa yang aku inginkan semua Tuhan bagi kecuali satu, iaitu kasih sayang. Aku tak pernah mengharapkan harta daripada mereka sebab aku sudah ada. Yang aku inginkan hanya kasih sayang.

“Sebenarnya, susah mencari lelaki yang benar-benar ikhlas menyayangi diri ini. Kalaulah aku dapat, pasti aku hidup bahagia. Lebih baik kita hidup sendiri daripada terus dikhianati.” Banyak kegembiraan dan kedukaan di sebalik tabir hidupnya tersingkap antara kami sehingga kepada hal peribadi. Namun hebatnya wanita bernama Sosilawati (Wati) ini, dia tidak pernah mempamerkan kepada khalayak akan kepedihan hatinya, misalnya duka perceraiannya dengan Bukhari Mohamad yang juga bapa kepada enam anaknya, sebagai batu penghalang kejayaannya.
Melihat kegigihannya bekerja dan sikapnya cepat mesra dengan sesiapa saja, terdetik di hati bahawa wawasan anak penoreh getah dari Kampung Sri Medan, Batu Pahat, Johor ini untuk melebarkan empayar perniagaan kerana dia terkenal sebagai gigih, degil, fokus dengan apa dilakukan serta bijak mengetepikan antara masalah peribadi dengan kerjaya, pasti tercapai.

Bercerita pengalamannya ketika premisnya di Jalan Raja Bot, dia pernah dihalau dan dengan titisan air mata, dia keluar dari pejabat berkenaan tetapi azam kuat disemat di dada bahawa dia akan buktikan sesuatu keajaiban akan berlaku.

Teringat kata-katanya bahawa dia perlu bekerja keras demi mempertaruhkan seluruh hidupnya dalam perniagaan selepas rumah tangga yang dibina lebih 10 tahun sebagai isteri kedua gagal. Ketika perniagaan beralih ke Diamond Square, Jalan Gombak, dia mendapat khabar bangunan kedai di Jalan Raja Bot bakal dilelong dan dia terus meminta penasihat kewangannya sebelum membuat permohonan untuk ‘mendapatkannya’ dan ternyata nasib menyebelahinya apabila dia membeli bangunan kedai itu dengan ‘bermaruah’.

Biarpun berpendidikan SPM, kesedaran terhadap pentingnya pelajaran sering menjadi pertaruhan buat anak dan sekali gus mewariskan perniagaan itu buat mereka.

Justeru, tidak hairan apabila dia membuat keputusan menghantar tiga anak perempuannya iaitu Erni Dekritawati Yuliana (Rita), 25, Erni Erinawati Sofia (Rina), 21, dan Erni Reenilawati (Reeni), 19, ke United Kingdom untuk mempelajari bidang yang menjadi aspirasi impian masing-masing.

Manakala Erwan Suwari Ridzuan, 24 dan Erwan Nasri, 23, banyak membantu urusan perniagaan ibunya manakala si bongsu, Siti Nur Fatimah, 13, masih menuntut dalam tingkatan satu di sebuah sekolah antarabangsa.

Sepanjang ketiadaan anaknya, saya bersama beberapa lagi rakan rapatnya yang lain banyak menemaninya demi mengelak kesunyian. Dia sebenarnya tabah menghadapi apa juga situasi dan terkenal sebagai insan yang kental semangatnya.
Setiap tahun dia terbang ke London bagi meninjau keadaan anak dengan membawa tiga lagi anaknya untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar dan untuk teman, dia tidak pernah melupakan buah tangan, bahkan sering mengajak menemaninya bercuti.

Derita perkahwinan bagi Wati tidak lama kerana dia sering dikelilingi lelaki yang sering mengintip hatinya. Antara kebahagiaan yang pernah terakam dalam hidupnya dan pernah berbahagia rasa itu adalah mengenai rahsia cinta yang paling dalam terhadap vokalis rock kumpulan Lefthanded, Jamaluddin Elias (Nash).

Setiap kali bercerita mengenai lelaki yang bertakhta di hatinya itu, matanya sentiasa bersinar dan nama hebat itu tidak lekang daripada bibir apabila saya dapat menghidu bibit cintanya selepas dia mengerjakan umrah pada 2006 dan memberitahu pada tahun itu juga akan berkahwin.

Lalu perkahwinan paling berprestij dilangsungkan dalam tiga majlis resepsi dengan perbelanjaan hampir menelan lebih RM300,000.

Namun kebahagiaan dikecapi tidak panjang kerana di awal perkahwinan, beliau dapat menghidu sesuatu yang menyedihkan berlaku. Hampir dua minggu saya menyimpan rahsianya apabila dia sudah pun meminta peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd Zain untuk memfail kes cerai.

Apabila segala-galanya terbongkar dan putuslah kasih antara mereka, cerita perceraiannya menjadi tatapan umum dan semua itu menjadi bahan luahan rasanya apabila kami berbual. Lepas satu-satu kontroversi melanda diri wanita bertaraf jutawan ini, namun sesuatu yang mengagumkan mengenainya, dia memang seorang yang tabah.

Seperkara lagi yang sering menjadi ingatan, apabila tidak lalu makan dan ke rumahnya, perkara pertama yang dilakukan adalah terus menuju ke dapur. Di atas meja sedia terhidang makanan buat rakan rapat atau sesiapa saja kerana dia terkenal hebat di dapur. Kalau saya ada masalah dan tidak mahu makan, dia akan menyuapnya ke mulut dan memaksa kita untuk terus mengunyahnya selayak ibu memaksa si anak makan. Sempat juga bergurau dengannya, selalu kami katakan kalau hendak ‘diet’ jangan datang ke rumah Wati dan dia akan tergelak besar.

Pernah dalam gurauannya dia berkata, bila ‘banglonya’ bakal dibina di Cyberjaya siap kelak, dia meminta ‘menjaga’ banglo di Taman Harmonis, Gombak apabila dia dan anak sudah ke sana. Pernah juga dia menunjukkan pelan banglo baru yang dianggar bernilai RM5 juta siap kelak, dia sudah menyiapkan bilik khusus buat rakan baiknya.

Mengenali Wati sebenarnya, hidup wanita itu ditabiri warna yang beraneka. Apabila sekali lagi kisah hidupnya tersingkap berikutan kes tangkap khalwat pada malam tahun baru 2010 bersama pasangannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tetapi dinafikannya bahawa beliau sudah bernikah dengan lelaki berkenaan. Saya yang tahu perancangan pernikahannya seawal November hanya tersenyum dengan spekulasi itu.

Kenangan terindah yang tidak mungkin saya lupa sampai bila-bila adalah berpeluang mengerjakan umrah pada April 2008 bersama dia yang tujuh kali melakukan ibadat itu, selain ditemani saudara-maranya, stokis dan kenalan yang rapat dengannya. Ketika kunjungan ke Makkah waktu itu, dia membawa adik perempuan tiri dan ibu tirinya.

Di situlah saya mengenali hati budi pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin (Kamal), 44, dan Noorhisham Mohammad, 38 (pegawai bank CIMB) yang dipercayai turut dibunuh serta isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangat.

Hubungan kami sangat akrab dan ketika Sosilawati, Kamal, Norhisham dan peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, diberitakan hilang dan dibunuh kejam, hati ini menangis pedih kerana sudah tiada lagi teman tempat menyandarkan serta berkongsi rasa.”

Lega anak urus niaga

Oleh FIRDAUS SAHAT

2010/09/25

KUALA LUMPUR: “Allahyarham pernah berkata kepada saya, dia lega anaknya boleh diharap dan mempercayai mereka seratus peratus untuk mengendalikan semua perniagaannya, lebih-lebih lagi tiada orang lain yang boleh dipercayai,” kata Datuk Zaidi Zain, peguam peribadi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh kejam.
BEROPERASI.... bangunan Nouvelle Beauty Centre di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
BEROPERASI.... bangunan Nouvelle Beauty Centre di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
SIMPATI... Nash ketika melawat anak tirinya.
SIMPATI... Nash ketika melawat anak tirinya.

“Tidak lama dulu dia pernah memberitahu untuk membuat surat wasiat tetapi ia tidak diteruskan. Cuma pada perbincangan terakhir antara kami di bilik saksi sewaktu kes tuntutan harta terhadap bekas suaminya, Nash (Nasharudin Elias) di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos lalu, pelbagai perkara diluahkannya kepada saya.

“Antaranya, dia tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang menipunya. Malah dia berkali-kali menyatakan tidak mempercayai sesiapa selain anaknya.

“Secara lisan, Allahyarham berhajat menyerahkan segala urusan perniagaannya kepada anak sulung iaitu Erni Dekritawati Yuliana atau Rita,” katanya.

Selain Rita, 25, lima lagi anak Allahyarham hasil perkahwinan dengan Bukhari Mohamad adalah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erwan Nasri, 23, Erni Erinawati Sofia, 21, Erni Reenilawati, 19, dan Siti Nur Fatimah, 13.

Ketika itu, Zaidi berkata, arwah menjelaskan hatinya kembali tenang dan betul-betul lega apabila lima daripada enam anaknya mampu menguruskan perniagaannya.

“Daripada percakapannya, saya pasti dia betul-betul lega. Malah, gayanya seperti terlepas daripada satu beban yang sangat berat apabila dia mengatur tugas terhadap lima anaknya mengenai setiap perniagaan dimiliki.

“Arwah juga menjelaskan, dia tidak mahu memikirkan mengenai perniagaan yang diserahkan kepada anaknya. Dia ingin menumpukan perhatian terhadap bidang hartanah saja,” katanya.

Namun selepas kejadian ngeri yang berlaku, Zaidi yakin segala perihal mengenai perniagaan dan harta milik arwah yang dianggarkan bernilai lebih RM150 juta akan dimiliki waris pengasas kosmetik Nouvelle Visages iaitu anaknya meskipun tiada wasiat bertulis.

“Mulanya saya beranggapan apa diluahkan kepada saya waktu itu hanya kenyataan biasa. Namun bila sudah jadi begini, baru saya sedar apa diperkatakan arwah waktu itu.

“Ia boleh diibaratkan sebagai kenyataan secara lisan. Malah isu mengenai harta pusaka ini boleh berbalik kepada hukum syarak mengikut sisi perundangan.

“Bagi orang Islam, wasiat digunakan untuk memudahkan segala urusan dan mengelak kerumitan. Bagaimanapun, dalam situasi ini mungkin sistem fara’id diberi keutamaan terhadap pembahagian harta pusaka arwah,” katanya.

Allahyarham yang ditemui mati dalam keadaan ngeri awal bulan ini bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, turut meninggalkan seorang suami selain enam anaknya.

Selama perkenalannya dengan arwah, perbincangan mengenai harta keseluruhan milik jutawan itu mahupun penyampaian wasiat secara terperinci tidak pernah diadakan.

Menyentuh mengenai tuntutan harta bernilai RM1.38 juta yang difailkan Allahyarham terhadap Nash, Zaidi menjelaskan, kes itu tertangguh buat sementara waktu dan terserah kepada waris arwah sama ada mahu meneruskannya atau tidak.

“Saya tidak pasti sama ada waris arwah mahu meneruskannya atau tidak. Sehingga kini mereka adik-beradik masih berbincang. Setahu saya, anak Sosilawati sangat rapat dan menyayangi Nash.

“Namun ada dua isu di sini. Pertama sekali ialah kehendak dan hasrat arwah untuk menyelesaikan kes berkenaan manakala yang kedua adalah hubungan baik antara waris dengan Nash.

“Saya sudah menjelaskan semua hal berkaitan kepada Rita. Kini terpulang kepadanya sama ada mahu menghalalkan segala harta yang bakal menjadi miliknya bersama adik beradik atau meneruskan hasrat arwah ibu,” katanya.

Selain memasarkan produk kosmetik dengan beratus rangkaian termasuk stokis dan cawangan, Nouvelle Visages membuka galeri pengantin, penjagaan kesihatan, salun rambut dan kecantikan serta hartanah.

Butik andaman pengantin, salun rambut dan spa beroperasi di Wisma Nouvelle, Cyberjaya manakala Nouvelle Development pula membangunkan kawasan komersial di Kota Damansara.


>INFO:
Anggaran harta Sosilawati:-
> Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta
> Bangunan Nouvelle Beauty Centre
di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan
di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta
> Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta
> Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta
> Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta
> Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta
> Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta
JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta


Nota terakhir wanita

Oleh RAJA NORAINA RAJA RAHIM

2010/09/25
KUALA LUMPUR: “Saya tidak mahu meneruskan kehidupan. Terima kasih kerana menjadi suami saya. Kepada adik, ibu sudah tua, bawa dia jalan-jalan dan jaga dia dengan baik.”
MAUT... kanak-kanak mati bersama ibu di Gohtong Jaya, kelmarin
MAUT... kanak-kanak mati bersama ibu di Gohtong Jaya, kelmarin

Wanita itu tergamak membunuh anaknya terlebih dulu dengan mengurung dan melemaskannya menggunakan asap daripada kayu arang di bilik air sebelum dia membunuh diri.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, wanita dan anaknya yang berusia empat tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil dan tidak sedarkan diri oleh pekerja hotel yang kebetulan mahu mengemas bilik.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, siasatan mendapati mangsa dikenali sebagai Woo Wian Kian, 36, namun identiti anaknya belum dapat dikenal pasti.

“Dua beranak terbabit ditemui mati terbaring di atas katil bilik hotel yang didaftar masuk atas nama si ibu beberapa jam sebelum kejadian. Hasil siasatan mendapati ada kesan abu kertas dan kayu arang di bilik air selain ruangan udara bilik air berkenaan ditutup dengan surat khabar.

“Polis turut menemui kesan abu berwarna hitam pada tapak kaki kedua-dua mangsa di lantai bilik air itu. Malah, polis juga menemui dua tin minuman keras di tong sampah dan tidak menolak kemungkinan si ibu dalam keadaan mabuk sebelum kejadian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, wanita berkenaan dipercayai minum minuman keras sebelum mengurung anaknya di bilik air.

“Si ibu kemudian mengeluarkan anaknya dan diletakkan di atas katil sebelum dia membunuh diri. Punca sebenar kematian wanita itu belum dikenal pasti sama ada dia turut lemas atau akibat minum minuman keras secara berlebihan.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Keluarga mangsa yang menetap di Kepong dihubungi dan suami mangsa mengesahkan identiti isteri dan anaknya,” katanya.

Ditanya berhubung motif kejadian, Norel Azmi berkata, siasatan masih dijalankan dan kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Keputusan bedah siasat dijangka dikeluarkan esok (hari ini),” katanya.



Tiga suspek kes Sosilawati dan jutawan India direman enam hari



2010/09/26

SEPANG: Mahkamah Majistret Sepang membenarkan tahanan reman terhadap tiga suspek termasuk peguam dua beradik dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, bermula hari ini sehingga 1 Oktober ini.
Semalam, ketiga-tiga suspek yang tamat tahanan remannya di atas siasatan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, ditahan semula bagi membantu siasatan kehilangan jutawan dari India itu.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

Ketiga-tiga suspek tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.35 pagi dalam tiga kereta berasingan dengan kawalan rapi polis.

Mereka kemudian meninggalkan mahkamah selepas perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Hurman Hussain pada pukul 11.40 pagi.
Ravi berkata majistret meminta seorang anak guamnya yang mendakwa dipukul oleh pihak polis semasa direman sebelum ini supaya membuat laporan mengenai perkara itu.

"Kita akan berjumpa dia (anak guamnya) bagi membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata laporan itu dijangka dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di Banting pada hari ini atau dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau berkata seorang lagi suspek masih lagi tidak diwakili peguam.

Selain daripada Ravi, dua beradik peguam itu diwakili oleh Datuk Ng See Teong, R.Pushpa dan Amer Hamzah Arshad.- Bernama


Masih siasat

Oleh RUDY SYAREME SHERIFFUDIN

2010/09/25
GEORGETOWN: “Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, dan siasatan dijangka selesai dalam tempoh terdekat,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas.

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Ketua Cawangan Khas, Datuk Rosli Abbas dan Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Chilman Arisman.

Kelmarin, polis membawa semula semua suspek dan beberapa rakannya ke lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi rakannya yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor, dipercayai bagi menjalankan siasatan lanjut.


Usharani beri kerjasama penuh

Oleh ABDULLAH WAHAB

2010/09/25
BANTING: S Usharani, 24, isteri kepada saudagar permata dari Chennai, India, Allal Kathan Muthu Raja, 34, memberi kerjasama penuh kepada polis bagi membolehkan penjenayah yang membunuh suaminya didakwa dan menerima hukuman setimpal.
“Dulu ketika mula-mula tiba ke negara ini, dia menangis sebaik diberitahu polis yang suaminya dipercayai bertemu peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

“Namun kini dia mula menunjukkan kesungguhan dan bersemangat untuk memberi kerjasama kepada polis.

“Malah, pagi tadi (semalam) awal-awal lagi dia menghubungi saya memberitahu mengenai hasratnya menyambung keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Banting berhubung kehilangan suaminya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Manikavasagam membantu Usharani memberi keterangan kepada polis kerana wanita itu tidak boleh berbahasa Inggeris.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai mendakwa suaminya tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Bagaimanapun, sejak 19 Januari lalu, beliau gagal menghubungi suaminya.

Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia pada 8 September lalu dan membuat laporan polis di Banting.

Dalam laporannya, beliau memaklumkan suaminya pernah menyebut dia dibawa ke sebuah ladang milik peguam berkenaan


Lanjut reman suspek

Oleh HAYATI IBRAHIM

2010/09/25
SEPANG: Tempoh tahanan reman dua suspek disyaki terbabit dalam kes ugut isteri seorang jutawan India yang dilaporkan hilang di Banting, di sini, sejak awal tahun ini, disambung enam hari lagi bermula semalam hingga 1 Oktober ini.
Lanjutan tahanan reman ke atas kedua-dua lelaki berusia 34 dan 21 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kes itu, sekali gus membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warga India, S Usharani, 24.

Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1 juta yang kononnya bagi membebaskan suaminya, Allal Kathan Muthu Raja, 34, yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini.

Mereka yang berbaju oren tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi menaiki kereta polis dengan iringan dan kawalan tiga anggota polis berpakaian preman.

Mereka kemudian dibawa ke bilik mahkamah tertutup bagi mendapatkan tempoh tahanan reman yang berakhir semalam sebelum dilihat dibawa keluar, kira-kira jam 10.15 pagi.
Turut kelihatan di pekarangan mahkamah ialah peguam yang mewakili kedua-dua suspek, S Chelvarajan daripada Chelva R Suppiah & Co serta beberapa ahli keluarga, dipercayai ibu bapa kepada suspek.

Kedua-dua suspek ditahan di Kampung Laksamana, Batu Caves, Selangor dan Taman Wilayah Selayang pada 17 September lalu kerana dipercayai terbabit dengan kes ugut jutawan India terbabit.

Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang sejak tiba di negara ini dari Chennai, India pada 18 Januari lalu selepas dikatakan berjumpa seorang peguam yang juga rakannya di Banting.

Berikutan itu, Usharani membuat laporan polis di Banting pada 8 September lalu.

Kedua-dua lelaki ditahan itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam terbabit yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

SEPANG: Tempoh tahanan reman dua suspek disyaki terbabit dalam kes ugut isteri seorang jutawan India yang dilaporkan hilang di Banting, di sini, sejak awal tahun ini disambung enam hari lagi bermula semalam hingga 1 Oktober ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Hurman Hussain di Mahkamah Majistret Sepang, di sini, selepas tempoh tahanan reman selama tujuh hari yang ditetapkan terhadap mereka sebelum ini berakhir semalam.
Lanjutan tahanan reman ke atas kedua-dua lelaki berusia 34 dan 21 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kes itu, sekali gus membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warga India, S Usharani, 24.

Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1 juta yang kononnya bagi membebaskan suaminya, Allal Kathan Muthu Raja, 34, yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini.

Mereka yang berbaju oren tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi menaiki kereta polis dengan iringan dan kawalan tiga anggota polis berpakaian preman.

Mereka kemudian dibawa ke bilik mahkamah tertutup bagi mendapatkan tempoh tahanan reman yang berakhir semalam sebelum dilihat dibawa keluar, kira-kira jam 10.15 pagi.

Turut kelihatan di pekarangan mahkamah ialah peguam yang mewakili kedua-dua suspek, S Chelvarajan dari Chelva R Suppiah & Co serta beberapa ahli keluarga, dipercayai ibu bapa kepada suspek.

Kedua-dua suspek ditahan di Kampung Laksamana, Batu Caves, Selangor dan Taman Wilayah Selayang pada 17 September lalu kerana dipercayai terbabit dengan kes ugut jutawan India terbabit.

Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang sejak tiba di negara ini dari Chennai, India pada 18 Januari lalu selepas dikatakan berjumpa seorang peguam yang juga rakannya di Banting.

Berikutan itu, Usharani membuat laporan polis di Banting pada 8 September lalu.

Kedua-dua lelaki ditahan itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam terbabit yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain


Penyelam ke kunci air Banting

Oleh ABDULLAH WAHAB

2010/09/25

BANTING: Lokasi kunci air Pekan Banting, di sini, sekali lagi dikunjungi Unit Menyelam, Pasukan Gerakan Marin (PGM) dipercayai untuk mengesan beberapa lagi bahan bukti yang dibuang dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga lagi rakannya.
Pada 21 September lalu, unit menyelam PGM menemui sebentuk gelang emas dipercayai milik Sosilawati di kunci air Kampung Sungai Lang, kira-kira 400 meter dari situ.

Turut dibawa ke lokasi kejadian ialah suspek utama dan dia dilihat menunjukkan sesuatu kepada pegawai penyiasat.

Dua hari lalu, unit menyelam membuat selaman di kawasan terbabit tetapi terpaksa menghentikan operasi berikutan hujan lebat.

Difahamkan, tujuan menyelam untuk mengesan telefon bimbit mangsa dan barang lain yang dipercayai dibuang suspek ke dalam sungai itu.
Sebelum ini polis menjalankan operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau dan menemui sejumlah tulang manusia dipercayai milik ke empat-empat mangsa.

Selain sungai itu, beberapa senjata seperti pisau, batang besi dan dua utas jam tangan dipercayai milik mangsa ditemui di Sungai Kanchung Laut, di sini. Polis turut menemui enam keping zink di dasar Sungai Gelanggang Buaya di Kampung Kelanang, di sini.

Wartawan dan orang ramai dilarang melalui laluan itu dan hanya dibenarkan berada di lokasi kira-kira 100 meter dan garisan kuning turut dipasang di situ.

Operasi itu dihentikan jam 1.10 tengah hari, namun kumpulan wartawan yang berkumpul di situ tidak dapat melihat barang bukti ditemui berikutan kedudukan agak jauh selain terlindung.

Sosilawati bersama tiga lagi rakannya dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu sebelum dipercayai dibunuh di Ladang Gadong, di sini.

BANTING: Lokasi Kunci Air Pekan Banting, di sini, sekali lagi dikunjungi Unit Menyelam, Pasukan Gerakan Marin (PGM) dipercayai untuk mengesan beberapa lagi bahan bukti yang dibuang dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya.

Pasukan unit penyelam PGM serta beberapa kenderaan polis dilihat memasuki memasuki kawasan itu, kira-kira jam 11 pagi semalam.
Pada 21 September lalu, unit menyelam PGM menemui sebentuk gelang emas dipercayai milik Sosilawati di kunci air, Kampung Sungai Lang, kira-kira 400 meter dari situ.

Turut dibawa ke lokasi kejadian ialah suspek utama dan dia dilihat menunjukkan sesuatu kepada pegawai penyiasat.

Dua hari lalu unit menyelam membuat selaman di kawasan terbabit, namun terpaksa menghentikan operasi berikutan hujan lebat.

Difahamkan, tujuan menyelam untuk mengesan telefon bimbit mangsa dan barang lain yang dipercayai dibuang suspek ke dalam sungai itu.

Sebelum ini polis menjalankan operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau dan menemui sejumlah tulang manusia dipercayai milik ke empat-empat mangsa.

Selain sungai itu, beberapa senjata seperti pisau, batang besi dan dua utas jam tangan dipercayai milik mangsa ditemui di Sungai Kanchung Laut, di sini. Polis turut menemui enam keping zink di dasar Sungai Gelanggang Buaya di Kampung Kelanang, di sini.

Wartawan dan orang ramai dilarang melalui laluan itu dan hanya dibenarkan berada di lokasi kira-kira 100 meter dan garisan kuning turut dipasang di situ.

Operasi itu dihentikan jam 1.10 tengah hari, namun kumpulan wartawan yang berkumpul di situ tidak dapat melihat barang bukti ditemui berikutan kedudukan agak jauh selain terlindung.

Sosilawati bersama tiga lagi rakannya dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu sebelum ditemui dibunuh di Ladang Gadong, di sini.



Cerita menarik ‘Banting’ dan ‘Benteng’
Oleh - Tok Perak



SUDAH hampir sebulan, pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya masih mendapat perhatian umum. Hampir setiap hari media menjadikannya sebagai laporan utama.

Setiap detik ada sahaja perkembangan terbaru. Rupanya jutawan kosmetik dan tiga yang lain itu bukan mangsa pertama tragedi ngeri ‘Ladang Maut’ di Banting itu. Sebelum ini beberapa pembunuhan telah dilakukan di situ.

Sekurang-kurangnya dua mangsa sebelum ini menerima nasib serupa – dibunuh, mayatnya dibakar, dan abunya dibuang ke sungai untuk melenyapkan bahan bukti. Mohd Shafiq Abdullah, 37, dilaporkan hilang April lalu setelah dikatakan menemui suspek utama.

Jutawan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 35, juga hilang Januari lalu setelah tiba di sini untuk rundingan perniagaan dengan suspek utama. Isteri jutawan tersebut, Usharani datang ke negara ini untuk membuat laporan mengenai kehilangan suaminya.

Mungkin sehari dua ini akan terungkai banyak lagi pembunuhan dan ‘kehilangan’ yang dikaitkan dengan suspek utama, seorang peguam bergelar Datuk yang wajahnya kelihatan tenang menghiasi halaman akhbar setiap hari.

Pembunuhan Sosilawati telah mengorek bukti mengenai pembunuhan dan kehilangan sebelum ini, dan mula menimbulkan pertanyaan umum: Mengapa kes sebelum ini gagal dibongkar walaupun telah lama terjadi? Dan, apakah betul suspek utama ‘kebal’?



* DI Kuala Lumpur, ‘Banting’ tiba-tiba menjadi sebutan harian sebab di daerah itulah terletaknya Ladang Gadong di mana peguam bergelar Datuk itu menjadi suspek utama dalam siri pembunuhan ngeri yang kini membangkitkan kemarahan orang ramai.

Di Jakarta, istilah ‘Benteng’ menarik perhatian media. Itulah Benteng Demokrasi Rakyat, atau Bendera, yang tidak habis-habis berdemonstrasi sambil mengutuk Malaysia, dan mengancam rakyat kita yang berada di sana.

Sebelum raya kumpulan ‘hero’ jalanan ini mengepung kedutaan kita di Jakarta dan memijak serta membakar bendera Malaysia, sebagai protes pihak berkuasa kita menahan pegawai marin Indonesia yang memasuki perairan kita (masalah itu telah diselesaikan secara baik).

Waktu Aidilfitri mereka berehat sebentar dan pulang beraya di kampung. Terbaru kumpulan tersebut sekali lagi merusuh di kediaman kedutaan kita kerana protes mengenai pembantu rumah Indonesia yang didera di Pulau Pinang.

Kita mempunyai beratus ribu – mungkin berjuta – pembantu rumah dari Indonesia, kalau ada seorang dua yang diperlakukan begitu bolehlah dianggap kes terpinggir. Kita pernah membaca betapa ramai pembantu rumah yang dijadikan hamba seks dan didera oleh majikan-majikan mereka di negara-negara Arab.

Bendera khasnya, dan rakyat Indonesia amnya, patut berterima kasih kerana kita telah bermurah hati menerima lebih 3 juta orang seberang untuk mencari rezeki dalam berbagai sektor di sini. Mereka menghantar berbilion RM untuk keluarga mereka di Indonesia setiap tahun.

Bendera jangan hanya melihat seorang dua pembantu rumahnya yang didera, tetapi patut juga melihat – dan menginsafi – betapa ramai rakyat kita yang terbunuh akibat perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang dari Indonesia.



* DILAPORKAN dua hari lalu jumlah gangguan siber yang diterima Pusat Bantuan Cyber999 meningkat sebanyak 92 peratus kepada 4,390 kes sepanjang lapan bulan pertama tahun ini berbanding 2,289 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, gangguan itu melibatkan kes penipuan, cubaan pencerobohan, pencerobohan, kod berbahaya, spam dan gangguan perkhidmatan.

Jelaslah jenayah siber semakin menjadi-jadi. Itu belum termasuk kegiatan menyebarkan fitnah, juga usaha memburukkan negara melalui siber yang bagaikan tidak terkawal sekarang. Setiap hari kita diberitahu atau membaca fitnah di alam siber.

Apa yang tidak kita ketahui ialah berapa ramai setakat ini ‘penjenayah’ dan ‘penceroboh’ siber yang berjaya ditangkap dan dihukum? Apa yang telah dilakukan terhadap kumpulan dan individu yang menghina negara juga menyebarkan perkauman di alam siber?

Apa yang kita buat dengan 4,390 kes gangguan siber itu? Apakah kita hanya berupaya menyebut angka tetapi tidak berupaya untuk bertindak? Atau, kita hendak tunggu hingga bilangan kes mencecah sejuta baru kita hendak lawan?



* BAGI orang berduit, mereka bukan sahaja berebut untuk membeli kondo atau banglo mewah, malah berebut juga untuk mendapatkan nombor plat kenderaan. Ada yang sanggup membayar RM beratus ribu untuk tender mendapatkan plat yang dikehendaki.

Plat yang hangat sekarang ialah bagi kenderaan yang didaftarkan di negeri Melaka, yang kini sudah masuk huruf MCA.

Ada arahan supaya nombor plat MCA 1 hingga MCA 999 tidak dibuka kepada umum. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, arahan itu dulu dikeluarkan ketika Datuk Seri Ong Tee Keat menjadi Menteri Pengangkutan.

Kalau dibuka kepada umum, pasti JPJ boleh buat banyak duit dengan membuka tender untuk mereka yang berminat terhadap nombor-nombor tersebut, mungkin boleh dapat juta-juta dari tauke berduit.

Selain MCA, nanti akan tiba juga plat MIC, PKR (Pulau Pinang) dan sebagainya. Mungkin sudah ada yang sejak awal menempah MIC 1 atau PKR 1. Memang tempat kita banyak orang berduit!

Satu lagi bukti orang kita berduit: rumah terbuka Aidilfitri terus diadakan di hotel-hotel lima bintang, tanpa mengira hotel itu mempunyai sijil halal Jakim atau tidak!


- TOK PERAK







No comments:

Post a Comment