Tuesday, September 28, 2010

BILA HUKUM YANG ADA TAK MENJANJIKAN KEADILAN DARI SEGI HUKUM ALLAH..BILAKAH KITA NAK YAKIN HUKUM ALLAH YANG LEBIH ADIL SERTA TEPAT...MUSUH2 ISLAM SERTA SYAITAN MEMANG NAK MENYESATKAN ORANG2 ISLAM DALAM PELBAGAI SUDUT...INSAFLAH

Lelaki rogol anak dipenjara 20 tahun
Oleh Betty Subaryati dan Nik Khazami Nik Aziz

2010/09/22

Hakim anggap bapa tak rasa kesal seperti haiwan

KOTA BHARU: Saya menyifatkan taraf awak sama seperti kambing dan lembu kerana sanggup melakukan perbuatan menjijikkan ini terhadap anak sendiri, kata Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal L Salleh, sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh sumbang mahram, di sini, semalam.

Sebelum itu, Zainal bertanya kepada tertuduh yang mengaku bersalah merogol anaknya yang berusia 15 tahun sama ada dia mempunyai rasa malu atau menyesal dengan perbuatan menjijikkan itu?

Tertuduh berusia 37 tahun dari Tanah Merah didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak sulungnya di rumah mereka pada jam 6 petang pada 27 Februari 2009 dan pada jam 5 petang pada 10 April 2009.

Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Nooriah Osman.

Berikutan pengakuan bersalah tertuduh, Nooriah memohon hukuman paling berat memandangkan perbuatannya jenayah serius yang perlu dibanteras bagi memberi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat.
Sebagai bapa, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung anak perempuannya yang sedang membesar, namun gagal menjalankan tanggungjawabnya, malah tergamak merogol darah daging sendiri, katanya

No comments:

Post a Comment