Friday, October 1, 2010

DUNIA NI LADANG BAGI MENCARI BEKAL ATAU JAMBATAN UNTUK KE AKHIRAT....PILIHAN SYURGA NERAKA DI DUNIA LAGI...MUNGKAR NERAKALAH TEMPATNYA...KEBAJIKAN MAKA SYURGALAH BALASAN...INGAT HIDUP NI HANYA SEKALI...JANGAN DIAMBIL MUDAH...

CUAI BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN..DAN MASYARAKAT JADI TAKUT....

Ibu dakwa ahli farmasi beri anak sukatan ubat salah

KUALA LUMPUR – Seorang ibu kesal apabila ahli farmasi didakwa memberi sukatan ubat-ubatan salah terhadap anaknya sehingga menyebabkannya berpeluh dan mengantuk sepanjang masa.

Teoh Lee Thin, 26, dikatakan membawa anaknya, Teoh Jing Teng, 20 bulan, ke sebuah klinik swasta kerana demam, pada 23 September lalu.

Lee Thin berkata, doktor di situ mengesahkan anaknya demam panas sebelum menasihatinya memberi ubat dalam tempoh empat jam sekali selama tiga hari.

“Ketika mengambil ubat di kaunter, ahli farmasi itu sekali lagi memberikan arahan yang sama berserta sukatan ubat yang perlu diberi kepada anak saya.

“Dia beritahu anak saya perlu diberi 4 mili meter (ml) Paracetamol (empat kali sehari), 8 ml Antibiotik (tiga kali sehari) dan satu sudu Dequatin (tiga kali sehari),” katanya ketika ditemui di Wisma MCA, di sini, semalam.

Menurutnya, dia terkejut kerana sukatan ubat antibiotik itu dirasakan terlalu banyak bagi bayi dan bertanya sekali lagi kepada ahli farmasi itu untuk memastikan hal berkenaan.

Katanya, pakar ubat-ubatan tersebut mengesahkannya tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.

“Saya percaya kata-katanya, dan memberi anak saya makan ubat itu mengikut arahannya, tetapi saya berasa ragu-ragu selepas itu.

“Saya menelefon pakar kanak-kanak keesokan harinya untuk bertanya sukatan ubat yang betul kepada anak, dan mendapati sukatan antibiotik untuk bayi yang demam panas ialah 3 ml untuk tempoh masa empat hingga enam jam sekali,” katanya.

Lee Thin berkata, dia juga mengesahkan perkara itu kepada klinik lain dan tetap menerima jawapan yang sama.

Dia yang risau dengan keadaan anaknya yang sentiasa berpeluh dan mengantuk sepanjang masa itu, membawa Jing Teng ke hospital untuk memeriksa kesihatannya selepas terlebih dos memakan ubat.

Katanya, dia akan membawa perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kecuaian kakitangan klinik terbabit.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, pihaknya mahu pengamal perubatan memeriksa pesakit mereka dengan teliti dan memberi sukatan ubat-ubatan yang betul kerana perkhidmatan tersebut dibayar.

“Buat pemeriksaan betul-betul kepada pesakit kerana mereka (pengamal perubatan) dibayar, bukan diberi percuma.

“Pesakit juga tidak tahu apa iyang dilakukan doktor dan mereka hanya mengikut arahan yang diberikan memandangkan kepakaran yang dimiliki doktor dan ahli farmasi,” katanya

Bayi berpeluh terlebih dos

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/10/02

KUALA LUMPUR: Kesilapan preskripsi seorang doktor sebuah hospital pakar berhubung dos ubat yang perlu dimakan hampir meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia 20 bulan apabila ubat yang diberikan melebihi had.
KESAL...Teoh menunjukkan ubat yang diberikan kepada anaknya.
KESAL...Teoh menunjukkan ubat yang diberikan kepada anaknya.
Arahan berkenaan yang menyebabkan bayi terbabit diberikan dos ubat berlebihan mengakibatkan mangsa berpeluh sepanjang masa, selain tidak sedarkan diri sejurus diberi makan ubat berkenaan. Ibu mangsa yang juga guru, Teoh Lee Thin, 26, berkata, anaknya, Teoh Jing Teng mengalami demam panas pada 23 September lalu sebelum dihantar ke sebuah hospital pakar di ibu kota.
Menurutnya, dia yang bergegas mendapatkan rawatan untuk anaknya di klinik kecemasan hospital berkenaan dibawa bertemu doktor pakar bertugas kira-kira jam 10 malam.

“Doktor terbabit memberitahu bayi saya demam panas mencecah hampir 40 darjah celcius selain jangkitan kuman pada kerongkong.

“Sebaik selesai diperiksa, doktor mengarahkan saya memberi makan tiga ubat kepada bayi saya selama tiga hari,” katanya ketika ditemui di Biro Aduan Awam MCA, semalam.

Menurutnya, kakitangan farmasi yang bertugas memberikannya tiga ubat iaitu cecair paracatemol untuk demam, cecair Amoxyllin sebagai antibiotik dan pil dequatin bagi melegakan sakit tekak.

“Mulanya timbul rasa pelik berikutan jumlah ubat yang diberikan terlalu banyak terutama cecair antibiotik sebanyak lapan mililiter berikutan jumlah itu untuk dewasa. Bagaimanapun, kakitangan farmasi terbabit mendakwa mengikut arahan doktor tanpa mahu merujuk arahan itu sekali lagi. “Namun, selepas diberi makan ubat terbabit, saya mula tidak sedap hati apabila mendapati bayi saya berpeluh melampau selain khayal tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, dia yang bimbang keadaan kesihatan anaknya itu segera menghubungi doktor di hospital berkenaan bagi mendapatkan kepastian.

“Hanya selepas dua jam panggilan terbabit, seorang jururawat menghubungi semula saya dan memberitahu dos diberikan berlebihan.

“Saya terkejut sebelum membawa anak saya ke hospital lain bagi menjalani rawatan dan pemeriksaan ultrasound. Doktor berkenaan mendakwa pil sakit tekak yang diberikan itu untuk pesakit dewasa,” katanya.

Malah, mangsa dimaklumkan ubat demam terbabit yang diberikan berlebihan boleh mengakibatkan kesan buruk pada bahagian hati selain cecair antibiotik berlebihan pula boleh menyebabkan kerosakan pada tulang dan saraf.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, kecuaian itu akan dirujuk kepada Majlis Perubatan Malaysia selain laporan akan dihantar pihaknya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


KEADAAN ANAK TAK TAKUT BAHAYA DAN TAK HORMAT@TAK MENDENGAR NASIHAT IBUBAPA

Anak gadis suka keluar malam hilang



2010/10/02

SHAH ALAM: Seorang bapa kebingungan selepas anak perempuannya yang berusia 22 tahun menghilangkan diri sejak 27 September lalu tanpa khabar berita.
Zulkefli Mohd Yusof, 55, berkata anak perempuannya, Nur Zulaiha dipercayai keluar dari rumahnya di No 29, Jalan Relong Dua 19/44B, Seksyen 19D, di sini, tanpa memaklumkan kepadanya mahupun isteri, Latipah Patol Robaniah Abdullah, 53.
Menurutnya, dia menyedari Nur Zulaiha hilang selepas anaknya itu tidak pulang ke rumah selepas jam 11 malam hari sama.

Katanya, Nur Zulaiha dipercayai keluar dari rumah pada jam 2 petang tanpa alasan.

“Isteri saya keluar rumah untuk berniaga kuih-muih pada jam 1.45 tengah hari dan ketika itu Zulaiha masih berada di dalam rumah.

“Dia sempat meminta wang RM4 sebelum keluar dari rumah,” katanya ketika datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.

Zulkefli berkata, selepas kehilangannya disedari, beliau menelefon anak perempuan tunggalnya itu dan Zulaiha hanya memberitahu dia berada di sebuah kompleks sebelum memutuskan talian dan tidak dapat dihubungi selepas itu. Zulkefli dan keluarga sudah berusaha mencari di merata tempat termasuk di rumah saudara-mara serta pusat-beli belah sekitar Shah Alam, namun tidak menemuinya.

“Anak saya seorang yang pendiam dan tak suka bergaul dengan rakan sebayanya yang tinggal berdekatan rumah.

“Saya juga tak tahu dengan siapa dia berkawan sebab dia tak nak bagi tahu walaupun sudah banyak kali didesak.

“Sebelum ini pun dia selalu keluar malam, tapi balik walaupun kadang-kadang keluar pada jam 12 malam dan balik pada jam enam pagi keesokan harinya. Saya tak pernah pukul dia, tapi sekadar marah dengan memberi nasihat setiap kali tahu dia pulang lewat,” katanya.

Menurut Zulkefli, dia membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 untuk tindakan selanjutnya

Zulkefli meminta anaknya pulang segera kerana ibunya yang kini kerap sakit sering bertanyakan mengenai keadaan anaknya itu.

“Saya juga sangat bimbangkan keselamatan anak gadis saya dan risau jika dia diperalatkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Zulaiha dipercayai memakai seluar hitam dan berbaju kemeja jalur kelabu serta membawa beg tangan berwarna emas ketika keluar dari rumahnya.

Orang ramai mempunyai maklumat mengenai Nur Zulaiha diminta menghubungi Zulkefli di talian 017-6306547 atau balai polis berhampiran.



Bakal pengantin hantar kad jemputan ‘ghaib’



2010/10/02

BUTTERWORTH: Tarikh 10 Oktober ini dipilih gadis berusia 22 tahun sebagai hari akad nikah manakala majlis perkahwinan pada 16 Oktober, tetapi impian gadis berkenaan untuk bergelar isteri kepada lelaki dicintainya mungkin tidak kesampaian berikutan dilaporkan hilang, dipercayai dilarikan individu tidak dikenali sejak seminggu lalu.
Sebelum dilaporkan hilang pada 25 September lalu, Siti Nor Paraf Ismail menghantar kad jemputan majlis perkahwinannya pada 16 Oktober ini kepada rakannya di Pinang Tunggal, Kepala Batas.
Siti Nor Paraf yang tinggal di Kampung Lahar Kepar, Kepala Batas, keluar dari rumah kira-kira jam 5.30 petang 25 September lalu, menunggang menaiki motosikal Yamaha LC135 hitam dengan nombor pendaftaran PJE719.

Bapanya, Ismail Abdullah, 52, berkata ketika itu dia bersama isteri, Maimunah Lebai Shaari, 52, tiada di rumah kerana keluar mengundang saudara-mara serta sahabat handai ke majlis perkahwinan anaknya itu.

Katanya, Siti Nor Paraf yang juga anak ketiga daripada 10 beradik dijadual diijab kabul pada 10 Oktober ini di Masjid Lahar Kepar, Kepala Batas, dengan pasangannya yang bekerja sebagai pekerja industri dari di Kampung Paya Keladi Hujung, dekat sini.

Bagaimanapun, anak lelakinya, Syazwan, 16, memaklumkan Siti Nor Paraf tidak pulang apabila dia dan isteri pulang ke rumah kira-kira jam 8.30 malam.

Menurutnya, dia menghubungi telefon bimbit anak perempuannya itu yang bekerja sebagai pekerja industri di Bayan Lepas kira-kira jam 9 malam pada hari sama dan terdengar suara lelaki tidak dikenali menghalang Siti Nor Paraf daripada bercakap.

“Ketika menghubunginya, ada deringan dan selepas talian dijawab saya terdengar suara lelaki cuba menghalang anak saya yang seolah-olah berusaha hendak bercakap sebelum talian diputuskan.

“Saya percaya anak saya dilarikan individu tidak dikenali kerana kami sekeluarga tiada perselisihan faham dengan Siti, malah dia tidak meninggalkan pesanan ketika keluar rumah,” katanya yang mengunjungi pejabat Harian Metro di sini, semalam. Menurut Ismail, dia membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Kepala Batas pada 27 September lalu selepas gagal menghubunginya.

“Saya juga menghubungi rakannya selain keluarga terdekat bagi mengesannya, tetapi gagal. Kami kini bimbang keselamatannya selain persiapan perkahwinannya juga sudah dilakukan,” katanya.

Orang ramai yang menemui atau mempunyai maklumat mengenai Siti Nor Paraf diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ismail menerusi talian 04-5756169 atau Abdul Razak Darus (012-4904228)

BILA HUKUM ALLAH DIABAIKAN...TIDAK ADA APA YANG PERLU DITAKUTKAN...

Mi segera bongkar pelacur



2010/10/02

KUALA LUMPUR: Puluhan bungkusan mi segera dibawa seorang lelaki tempatan menjadi petunjuk kepada polis sebelum membongkar kegiatan pelacuran di sebuah hotel terkenal di Jalan Klang Lama, di sini, malam kelmarin.
Lelaki terbabit yang membawa bungkusan mi segera di dalam beberapa beg plastik besar itu memasuki hotel berkenaan dalam keadaan mencurigakan sebelum menaiki lif dan memasuki sebuah bilik.
Hasil risikan polis yang mengekori lelaki terbabit mendapati mi segera itu untuk makanan 13 wanita warga asing yang disembunyikan dalam beberapa bilik.

Wanita warga China dipercayai pelacur terbabit ditahan bersama dua penjaga mereka. Polis turut menjumpai beberapa kondom dipercayai digunakan mereka untuk aktiviti pelacuran.

Dalam operasi kira-kira jam 6.45 petang itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman mendapati wanita terbabit menunggu pelanggan, malah ada yang melayan pelanggan ketika itu.

Wanita terbabit disembunyikan dalam beberapa bilik di tingkat 14,15 dan 18 hotel berkenaan.


BILA HUKUM DIABAIKA...MUSIBAH ALLAH TURUNKAN SEBAB KEINGKARAN KITA PADA ALLAH...ALLAH YANG TADBIR DUNIA INI...JANGAN KITA RASA HEBAT@PERASAN PULAK...DAH MAMPUS...MASUK KUBUR ..MUNGKIN BARU SEDAR...

Tengkorak, tulang milik wanita dibunuh



2010/10/02

MARANG: Tengkorak manusia dan cebisan tulang yang ditemui di belakang tapak pelupusan sisa pepejal Majlis Daerah Marang berhampiran alur sungai di Kampung Gong Tepah, dekat sini, dipercayai milik seorang wanita disyaki dibunuh.
Setakat ini, polis percaya mangsa dibunuh dengan hentakan objek tertentu di belakang kepala berikutan penemuan kesan rekahan pada tengkorak, namun pihak berkuasa masih menunggu laporan pakar patologi bagi membantu siasatan.
Semalam, sepasukan anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu mendapat petunjuk baru apabila menemui sebelah kasut, sehelai baju dan 11 cebisan tulang baru ketika menjalankan siasatan susulan di tempat kejadian bersama pakar patologi dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, penemuan baru itu dipercayai dapat membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, terdapat kesan rekahan di belakang tengkorak mangsa menyebabkan pasukan penyiasat percaya mangsa mungkin dihentak dengan objek tertentu, namun tidak dapat dipastikan sama ada akibat hentakan senjata tajam atau objek keras.

Difahamkan, pakar patologi yang turun ke lokasi kejadian berpuas hati dengan siasatan di tempat kejadian dengan penemuan baki tulang mangsa yang tidak mencukupi beberapa hari lalu ketika dihantar ke HTAA untuk dianalisis.

Beliau berkata, tidak banyak perkara yang dapat dikatakan mengenai kes berkenaan kerana pihak berkuasa masih berusaha menjejaki bahan bukti yang boleh membantu siasatan.

“Saya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan kerana perkara ini memerlukan bukti, bukan andaian semata-mata.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diharap tampil membuat laporan bagi membantu siasatan,” katanya kepada Harian Metro



NI TANDA AKHIR ZAMAN...BILA MANUSIA TAK BERFIKIRAN WARAS LAGI....

Bayi dilekat pada dinding



2010/10/02
LINCOLN (Nebraska): Gambar dipaparkan ini menceritakan kisah yang menyayat hati apabila seorang bayi lelaki dipercayai menjadi mangsa kekejaman ibu dan kekasihnya.
JAYLA dan Honea bergambar dengan bayi itu yang cuba melepaskan tangannya yang dibalut dengan pita pelekat.
JAYLA dan Honea bergambar dengan bayi itu yang cuba melepaskan tangannya yang dibalut dengan pita pelekat.
pix_topright
Bayi berusia 22 bulan itu dilekatkan ke dinding selepas ibu dan kekasih wanita itu seronok berparti di kediaman mereka di Lincoln, Nebraska, Amerika Syarikat. Jayla Hamm, 18, dikatakan membantu kekasihnya, Corde Honea,19, melekatkan lengan, kaki dan tubuh bayinya ke dinding menggunakan pita pelekat. Jayla dan Honea kemudian mengambil gambar bayi malang itu yang menangis kesakitan sambil mengacukan minuman kegemarannya. Perbuatan tidak berhati perut pasangan itu terdedah apabila Jayla menunjukkan gambar berkenaan kepada seorang rakan yang kemudian menghubungi polis. Polis merampas kamera digital yang digunakan pasangan itu untuk mengambil gambar bayi terbabit.
Menurut polis, bayi itu dilihat menangis kesakitan ketika dilekatkan ke dinding dengan pita pelekat.

Satu daripada gambar memaparkan bayi itu cuba melepaskan diri apabila lengan dan tangannya dilekatkan ke belakang pada dinding.

Gambar lain pula menunjukkan pita pelekat dilekatkan merentangi tubuh dan kakinya.

Polis berkata, pasangan itu yang didapati khayal selepas seronok berparti melekatkan bayi berkenaan ke dinding untuk tujuan hiburan bukan mendisiplinkannya.

Perbuatan kejam itu berlaku selepas kisah seorang budak perempuan dilekat pada dinding tersebar di Internet sebelum ini.

Hakim Paul Korslund menjatuhkan hukuman penjara 10 hari ke atas Jayla dan tempoh percubaan selama dua tahun. “Apa yang mengejutkan mengenai kes ini ialah ia menyalahi fitrah semula jadi ibu bapa yang biasanya akan melindungi anak mereka daripada penderaan dan penghinaan,” kata Korslund. Bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat perlindungan negeri.

Honea pula dihukum 3 hingga 5 tahun penjara kerana mendera kanak-kanak dengan niat. Dia juga dipenjara 2 hingga 5 tahun atas tuduhan berasingan iaitu melakukan rompakan dan 12 ke 24 bulan kerana memiliki senjata api curi. -Agensi


ABAI NI KADANG2 BERLAKU DISEMUA PIHAK...NI SEMUA KERJA2 SYAITAN AGAR RUMAH TANGGA BERCERAI BERAI

Abai isteri demi Internet



2010/10/02

JEDDAH: Golongan wanita Arab Saudi dilaporkan mengadu hubungan mereka dengan suami kini semakin dingin apabila lelaki di negara itu lebih banyak menghabiskan masa melayari Internet.
Mendakwa suami mereka kini ketagih melayan laman sesawang sembang dan sosial, golongan begitu dikatakan semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Antara tumpuan lelaki di Arab Saudi ketika ini adalah Facebook dan Twitter.

Menurut media, kebanyakan wanita kini menganggap mereka dimadukan dan kedudukan mereka sebagai isteri diambil alih oleh Internet.

“Pelbagai kaedah untuk mengakses Internet lebih mudah - termasuk menggunakan telefon bimbit - hanya menambahkan lagi kemarahan wanita,” lapor media tempatan.

Ibu kepada lima anak, Srab al-Safadi, berkata suaminya semakin kerap meluangkan masa untuk Internet berbanding keluarga.

“Suami saya menganggur dan ada banyak masa lapang.

“Setahun lalu saya mendapat tahu dia berkahwin dengan wanita Palestin yang dikenalinya melalui Facebook,” katanya.

Kata Srab, beberapa kali dia meminta suaminya memotong talian Internet dalam keadaan dia menganggur dan kos penggunaan perkhidmatan itu hampir RM300 sebulan.

“Wang sebanyak itu boleh dimanfaatkan untuk keperluan lebih penting,” katanya. Guru dan ibu tiga anak, Suhaila al-Sheikh, berkata dia gagal menghalang ketagihan Internet pada suaminya.

“Dia kemaruk Internet sejak di universiti pada 1990-an.

“Pada mulanya, saya gagal memahami mengapa dia begitu bersungguh-sungguh di depan komputer sehinggalah baru-baru ini saya dapati dia menjalin semula cinta dengan bekas kekasihnya,” katanya. - Agensi.



KAHWIN NI BAGUS..SUNNAH...TAPI BERTUNANG ATAU TEMAN ISTIMEWA BUKAN TIKET KELUAR SECARA BEBAS....

Mula rancang soal kahwin

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
2010/10/02
KUALA LUMPUR: “Kami sudah menetapkan tempoh akan berkahwin dalam masa kurang daripada setahun. Kami sendiri tidak mahu berkawan terlalu lama, tapi jika tidak ada jodoh tidak boleh buat apa,” kata pelakon Fasha Sandha mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Fasha yang ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri di Restoran Bora Ombak, di sini, semalam berkata buat masa ini dia dan Jejai masih berkawan dan sentiasa menghormati antara satu sama lain. “Saya tidak mahu memikirkan perkara berat buat masa ini. Memang kami menjalinkan perhubungan sebagai seorang kawan. Saya selesa dengan keadaan ini. Dia cukup istimewa buat saya,” katanya yang kini popular dengan drama bersiri Chinta di TV3.
Majlis ringkas dan meriah dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut menyaksikan kemunculan Jejai seawal jam 5 petang berpakaian ringkas kemeja dan berseluar jeans duduk di satu meja khas untuk tetamu.

Mengulas kehadiran Jejai di majlis itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memberitahu, kekasihnya itu hadir kerana menerima jemputan daripadanya. “Sebelum ini Jejai pernah datang beraya di rumah. Begitupun ini kali pertama dia memberi sokongan dan menghadiri majlis seperti ini,” kata Fasha yang memaklumkan Jejai kurang gemar gambarnya dirakam media.

Usaha mendapat kenyataan Jejai mengenai Fasha tidak kesampaian kerana menghormati permintaannya mahu menjaga status sebagai usahawan dan nama baik keluarga. Begitupun, Jejai sempat bergambar di samping Fasha sebelum beredar pulang daripada majlis itu.



NEGARA


Fasha berani tunjukkan cinta



GAYA pasangan romantik Fasha dan Jejai di Restoran Bora Ombak, Ampang semalam.



KUALA LUMPUR - Setelah tiga bulan mendiamkan diri, pasangan kontroversi Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli muncul bersama di khalayak umum semalam.
Lebih menarik, Rizal, 33, yang merupakan bekas suami aktres Nora Danish menemani Fasha dalam mood sangat mesra pada satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Fasha sendiri.
Kemunculan mereka di Restoran Bora Ombak, Ampang itu mengesahkan desas-desus bahawa Fasha sememangnya ada niat mahu bersuamikan Rizal yang lebih mesra dengan panggilan Jejai.
Malah sudah menjadi cakap-cakap di kalangan teman rapat bahawa Fasha memang mahu bersuamikan Jejai sebelum anak bekas Menteri Besar Perak itu berkahwin dengan Nora lagi tetapi hubungan mereka mendapat tentangan keluarga.
Semalam pasangan romantik itu menyedari kehadiran mereka menarik perhatian sekumpulan wartawan yang dijemput ke majlis itu



DAH KAHWIN BAGUS..JADIKAN DIRI DAN ISTERI ITU SOLEH DAN SOLEHA...ITU TANGGUNG JAWAB KITA



Jimmy Shanley Bergelar Suami

SUNGAI BULOH: Dengan tiga kali lafaz, pengacara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Jimmy Shanley Norjahan Saleh selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.
Majlis akad nikah yang berlangsung di banglo mewah milik keluarga perempuan berlangsung di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Adib, bekas peserta rancangan Imam Muda.
Kira-kira 500 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar. Ia disaksikan oleh Mohd Fadhil Mohd Nor dan Mohd Yusof Mohd Isa.
Majlis akad nikah dilakukan di atas pelamin mini dihiasi bunga ros dan kekwa merah dan merah jambu yang direka oleh perunding perkahwinan Baha.
Jimmy kelihatan segak berpakaian baju Melayu rona emas rekaan Rizman Ruzaini manakala Nursuhaila anggun mengenakan baju kebaya bertatahkan manik dan permata. Nursuhaila diwalikan bapanya.
Rombongan pengantin lelaki hadir seramai 50 orang diketuai oleh abang kepada Jimmy Shanley iaitu Datuk Ir Young Juwahir Muhammad Idrus yang membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.
Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada sebuah jam tangan, satu set barang kemas, sebuah komputer iPad, tas tangan, alatan dandanan dan wangian, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka peninggalan dan wasiat arwah ibunda pengantin lelaki.
Pihak perempuan pula menyerahkan sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sehelai seluar, sebuah iPhone, kek, manisan, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu.
Bagi upacara pembatalan air sembahyang, Jimmy menyarungkan sebentuk cincin pusaka peninggalan arwah ibunya ke jari manis pengantin perempuan.
Cincin pusaka berpermata nilam merah itu adalah amanat arwah ibu Jimmy supaya disarungkan kepada isteri Jimmy.
Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitu pada 31 Januari 1986. Ketika ditemui selepas akad nikah selesai, Jimmy memberitahu dia berasa gugup semasa melafazkan nikah kerana julung kali berbuat demikian.
Bagaimanapun, bekas pengacara Trek Selebriti itu melahirkan rasa lega kerana akhirnya hasratnya memperisterikan Nursuhaila tercapai.
"Tempoh perkenalan kami singkat sahaja. Banyak lagi yang saya tidak tahu tentang isteri saya. Selepas ini, saya akan lebih memahaminya," kata jejaka berusia 30 tahun itu tersenyum lebar semasa sidang akhbar.
Jimmy turut berkata, dia ingin memiliki empat anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama isteri tersayangnya.
Sementara itu, isterinya, Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim itu berkata, dia bersyukur dan tetap memberikan sokongan penuh kepada suaminya menceburkan diri dalam bidang seni.
Majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam ini di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC

Dia Fadila kini isteri Redza







DIA FADILLA bersama Redza selepas diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR - Percintaan yang berputik pada November tahun lalu berakhir di jenjang pelamin buat penyanyi Dia Fadila dan pasangannya, Redza Abdullah Sanusi semalam.
Pasangan itu memilih 1 Oktober 2010 sebagai hari bersejarah mereka kerana ia sama dengan hari ulang tahun kelahiran Redza.
Sebagai balasannya, Redza memberi mas kahwin iaitu senaskhah al-Quran, telekung dan wang berjumlah RM2,309.84 iaitu sama dengan tarikh lahir Dia Fadila pada 23 September 1984.
Dia Fadila atau nama sebenarnya Nur Nadia Fadila Abu Bakar, 26, diijabkabulkan dengan Redza, 33, seorang pengurus pengiklanan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini semalam










NI LAGI KESAN HUKUM ALLAH DIABAIKAN...MACAM DIPERLEKEH HUKUM ALLAH ITU...BUKTI DAH JELAS...APA LAGI ALASAN...NI SEMUA NAK MENEMPAH NERAKA DAN KEMURKAAN ALLAH...


Terima padah teguk arak

KUANTAN - Seorang lelaki yang mengaku bersalah atas kesalahan minum arak berjaya dalam rayuannya apabila tidak dikenakan hukuman penjara sebaliknya didenda RM5,000 dan disebat enam sebatan setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu dalam Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, semalam.

Bagaimanapun jumlah denda dan sebatan yang diputuskan Hakim Datuk Abdul Rahman Md Yunos terhadap Mohamed Rezzal Mohamed Yusoff, 24 jauh lebih tinggi berbanding hukuman yang diminta dalam rayuannya iaitu denda RM3,000 dan tiga sebatan.

Dalam hujahnya, Abdul Rahman berpendapat, hukuman denda dan sebatan boleh menyedarkan tertuduh atas kesalahannya itu berbanding hukuman penjara yang dilihat boleh mengelapkan masa depannya yang masih muda.

Bagaimanapun beliau mengutuk perbuatan tertuduh kerana minum arak merupakan perbuatan keji dan boleh mendorong peminumnya melakukan dosa yang lebih berat.

Menurutnya, perbuatan tertuduh minum arak jenis ‘Tiger’ di kawasan sebuah pusat membeli belah di sini kira-kira jam 5.30 petang 13 Februari lalu bukan sahaja melanggar perintah agama malah turut mengheretnya ke mahkamah atas tuduhan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

“Jika disabitkan bersalah, kamu boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun dan tidak kurang enam sebatan,” katanya.

Dalam keputusannya itu, Abdul Rahman mengarahkan tertuduh menjalani hukuman sebat di mana-mana penjara yang bakal diputuskan kelak.

Tertuduh yang ditahan Pegawai Penguat kuasa Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dalam serbuan cegah jenayah syariah dihadapkan ke mahkamah itu buat pertama kali pada 18 Februari sebelum mengaku bersalah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh menukar keputusannya dan melantik peguam bagi mewakilinya dalam perbicaraan yang ditetapkan pada 24 Mei lalu.

Tertuduh yang dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 ketika itu bagaimanapun mengekalkan pengakuan bersalahnya dan tidak bersedia melantik peguam dalam sebutan yang ditetapkan 1 Julai lalu.

Mengambil kira ‘ikrar’ atau pengakuan tertuduh itu, mahkamah berpuas hati dan menyabitkan tertuduh atas kesalahan tersebut, semalam.

Menurut beliau, dokumen bahan bukti yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Syarie, Azuahani Abdul Rahman berjaya membuktikan tertuduh atas kesalahan itu apabila hasil laporan kimia mendapati terdapat 39.9 peratus kandungan alkohol dalam sampel minuman yang dirampas.

Sementara hasil ujian air kencing lelaki itu juga mendapati terdapat 254 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter air kencingnya.

Tertuduh yang ditemani keluarga hadir berpakaian kemeja T berbelang hijau tenang mendengar keputusan.

Mahkamah bagaimanapun membenar tertuduh membuat rayuan berhubung hukuman tersebut dalam tempoh 14 hari

NEGARA


Hukuman jaga kaki seks ditambah

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang jaga untuk dibebaskan dari penjara Isnin ini kerana menyiarkan gambar bogel serta gambar hubungan sejenis dirinya di laman web tiga tahun lalu tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam mengubah perintah hukuman penjara terdahulu selama enam bulan kepada setahun.
Hakim Datuk Mohd. Sofian Tan Sri Abd. Razak memutuskan hukuman tersebut setelah mendengar rayuan pihak pendakwaan yang mahukan tertuduh, Shahrom Mahadi, 45, dikenakan hukuman penjara lebih lama dan berjalan secara berasingan.
Shahrom sebelum ini mengaku salah terhadap enam pertuduhan alternatif iaitu menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet untuk membuat dan memulakan penghantaran gambar bogelnya dengan niat untuk mengganggu orang lain.
Hakim Mahkamah Sesyen, Azizah Mahamud pada 4 Jun lalu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan dan diarahkan berjalan secara serentak mulai tarikh tersebut.
Tertuduh sepatutnya dibebaskan dari Penjara Kajang Isnin ini setelah tempoh hukuman enam bulan itu berakhir 4 Oktober ini.


INI KERJA2 SYAITAN...HUBUNGAN SEX BEBAS,PELACURAN,ZINA DLL MEMANG DAH SUBUR....SYAITAN NAK PERSUBURKAN LAGI...LEBIH2 LAGI UNDANG2 ALLAH DIPANDANG SEPI...ULAMAK2 RELAX DALAM KEHIDUPAN YANG MEWAH...WALAUPUN IA TIDAK SEMUA...TAPI MULA DAH RAMAI MENGEJAR KEMEWAHAN...KEKAYAAN DAN MENUNJUK2...

DUNIA


Laman web untuk si curang



NOEL BIDERMAN



LONDON - Satu laman web yang menggalakkan suami berlaku curang kini telah melanda Britain, lapor akhbar The Sun semalam.
Sebelum ini laman web itu, ashleymadison.com. telah mempunyai tujuh juta ahli di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Australia.
Pemilik laman web itu, Noel Biderman yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berharap, seramai sejuta orang di Britain diharap akan mendaftar menjadi ahli menjelang Krimas tahun ini.
Menurut Biderman: "Ashleymadison seperti satu laman temu janji tradisional tetapi ia hanya untuk orang yang telah mempunyai hubungan (dengan isteri atau kekasih)."
Dia berkata, lelaki yang mahu menipu pasangan mereka kini menggunakan laman tradisional seperti Facebook dan match.com tetapi menyembunyikan fakwa bahawa mereka sudah berkahwin.
"Penyelidikan saya menunjukkan 30 peratus daripada mereka menanggalkan cincin perkahwinan apabila menggunakan talian (Internet)," katanya.
"Justeru, saya tidak mewujudkan kecurangan tetapi saya mendapati saya boleh menggunakannya dengan menjauhkan orang dari laman temu janji tradisional dan membiarkan mereka mengetahui bahawa terdapat komuniti lain yang membolehkan kedua-dua pihak menjadi lebih jujur dengan apa yang mereka lakukan," tambahnya.
Laman itu yang mengggunakan slogan Hidup Ini Singkat telah mendapat liputan di AS dan rangkaian televisyen termasuk CNN dan Fox News.
Anggota-anggota laman itu dikenakan bayaran £49 (RM239) dan mereka boleh saling menghantar e-mel, bersembang di Internet, memasuki bilik tidur maya dan menghantar hadiah maya. - Agensi



Pulau tenggelam setiap kali bulan mengambang

JAKARTA - Dua buah pulau di Sumenap, Madura, Indonesia akan tenggelam setiap kali bulan mengambang, lapor sebuah akhbar semalam.
Kepulauan Kangean dan Pulau Saobi akan ditenggelami air laut setinggi 20 sentimeter menyebabkan penduduk berasa tidak selesa ekoran situasi itu.
Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD), Badrul Aini menyatakan semua tanah di kedua-dua pulau itu akan ditenggelami air laut apabila bulan mengambang.
"Yang paling buruk terjadi (ditenggelami air laut) pada bulan September sampai November," kata Badrul kepada wartawan di pejabat DPRD Sumenep, Jalan Trunojoyo.
Menurut ahli politik itu yang berasal dari Pulau Kangean, tiada projek untuk menahan kemasukan air laut di kedua-dua pulau tersebut.
Penggalian atau pengambilan pasir secara haram turut berlaku di pulau itu selain tiada projek untuk menanam semula pohon bakau bagi mengelak hakisan. - Agensi



GUNA AYAT QURAN TU BAGUS...TAPI DE KE DEDAH AURAT SERTA BERGAUL BEBAS ITU DIBENARKAN OLEH SYARAK....JANGAN JADI PENAWAR...HUKUM DIDALAMNYA DILEPAS PANDANG.....

Ashraf Muslim Dianggap Bomoh Ilmu Hitam

PETALING JAYA: Pelakon kacak, Ashraf Muslim kesal dengan pandangan segelintir masyarakat yang menganggap teknik rawatan alternatif dan perubatan tradisional yang diamalkan telah disamakan dengan bomoh.
Jelas Ashraf, teknik perubatan tersebut hanya berpandukan kepada ayat-ayat suci al-Quran dan tidak mengamalkan jampi serapah atau ilmu hitam.
"Saya agak kecewa sebab ada juga segelintir yang anggap saya seperti bomoh. Jika mereka tidak percaya atau berasa was-was dengan saya, itu terpulanglah.
"Tapi saya memang seratus peratus hanya berpandukan ayat suci al-Quran bagi mengubati pesakit," katanya yang mengubati pesakit di Pusat Perubatan Darussyifa', Kampung Sungai Pusu, Gombak sejak dua bulan lalu.
Dalam pada itu, Ashraf mengakui kerjayanya sebagai seorang pelakon sedikit sebanyak mengganggu kepercayaan pesakit kepadanya.
"Ada juga pesakit yang datang untuk berubat dan apabila mereka lihat saya, mereka anggap saya sedang berlakon sehinggakan kadang-kadang membuatkan saya marah.
"Tapi bagi saya mereka perlu percaya pada Allah dan al-Quran. Saya hanya sekadar membantu sahaja," katanya.
Ashraf berkata, sebagai pengamal perubatan cara Islam dia juga sentiasa menjaga batasan dan perlakuannya terutamanya ketika berlakon.
"Sudah semestinya saya menjaga setiap perlakuan, percakapan, penglihatan terutamanya ketika berlakon. Kalau boleh saya akan tolak adegan yang pegang tangan, berpelukan dan atas katil.
"Untuk melakukan perkara tersebut saya boleh berbincang dengan pengarah. Apa yang penting ialah mesej tersebut sampai kepada penonton walaupun tanpa adegan seperti itu," katanya.
Selain itu, menurut pelakon itu, sambutan terhadap pusat perubatan tersebut meningkat membuatkan dia terpaksa membahagikan masa antara lakonan dan aktiviti perubatannya.
"Sambutan semakin meningkat, sehari lebih dari 60 pesakit datang, kebanyakannya yang menghadapi sakit seperti kanser dan misteri.
"Saya juga terpaksa membahagikan masa iaitu lakonan pada sebelah siang dan mengubati pesakit pada sebelah malam sahaja," katanya.


Anak kecil saksi ibu mati tergantung

POKOK SENA - Pengunjung sebuah kedai makan di sini, gempar apabila seorang wanita ditemui mati tergantung di sebuah rumah berhampiran warung itu kira-kira jam 11 pagi semalam.

Lebih menyayat hati, anak wanita itu yang berusia tiga tahun dikatakan menjadi saksi pertama melihat ibunya tergantung sebelum memberitahu hal kejadian itu kepada bapanya.

Sinar Harian difahamkan, sebelum kejadian itu, wanita tersebut yang berusia 34 tahun memberitahu ibunya, dia mahu keluar ke Pekan Pokok Sena.

Ibu wanita berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia tidak melihat sebarang perubahan pada diri anaknya dalam pertemuan terakhir mereka.

“Saya melihat dia berkeadaan seperti biasa, tidak ada sebarang perubahan ditunjukkan. Dia cuma beritahu, ada urusan dan mahu keluar ke Pekan Pokok Sena,” katanya.

Seorang lagi kenalan wanita itu yang juga tidak mahu dikenali berkata, kira-kira sejam sebelum kejadian, dia melihat wanita berkenaan bertegur sapa dengan beberapa pengunjung kedai makan berhampiran rumahnya sebelum pulang.

“Ketika itu, dia berkeadaan baik sahaja. Tidak nampak seperti dalam masalah,” katanya.

Bagaimanapun kata lelaki itu, ketika dia bersama beberapa pengunjung lain sedang bersembang di warung, mereka dikejutkan dengan teriakan dua anak wanita tersebut memberitahu tragedi yang menimpa ibu mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya mendapati tidak ada sebarang unsur jenayah untuk dikaitkan dengan tragedi berkenaan. 
 
 
 
Empat remaja didakwa rogol gadis bawah umur

AYER KEROH - Empat remaja, tiga daripada mereka adik beradik, didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, semalam, kerana merogol seorang pelajar Tingkatan Satu, minggu lalu.

Tiga tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Mujab Zamzam.

Seorang lagi yang berusia 16 tahun juga mengaku tidak bersalah di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Syarina Shaarani @ Tan.

Mohd Saiful Md Jais, 20, dari Taman Ayer Molek, didakwa merogol seorang gadis berusia 13 tahun 4 bulan di rumah kosong di Taman Air Molek antara jam 10 dan 10.30 malam, 21 September lalu.

Rakannya, Mohd Rizam Md Isa, 20, pula didakwa merogol gadis yang sama antara 10.30 dan 10.45 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Sementara seorang remaja berumur 18 tahun didakwa merogol gadis berkenaan di rumah yang sama pada 22 September lalu antara jam 4.15 dan 4.30 petang.

Adiknya yang di bawah umur didakwa merogol gadis sama antara jam 4 dan 4.15 petang, pada 22 September di rumah yang sama.

Keempat tertuduh didakwa mengikut Sesyen 376 Kanun sama yang boleh dihukum penjara antara lima dan 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus, yang mengendalikan kes bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya memohon jaminan RM15,000 terhadap tertuduh.

Muhather turut memohon jaminan RM8,000 terhadap tertuduh juvana.

Mujab kemudian membenarkan jaminan RM8,000 dan menetapkan 1 November ini sebagai tarikh sebutan terhadap Mohd Saiful dan Mohd Rizam, sementara 3 November ini bagi tertuduh berumur 18 tahun itu.

Syarina membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 11 November ini

No comments:

Post a Comment