Saturday, October 2, 2010

BERITA INI SEMUA DALAM ILMU DAN TELAH TAKDIR ALLAH...SEBAGAI UJIAN SERTA PENGAJARAN BAGI ORANG YANG MAHU BERFIKIR

'Tolonglah, saya nak jumpa anak'



WAN NORESAH bermain bersama anaknya, Danish Rayyan Izuwan Rafiwel di HTAA, Kuantan semalam.



KUANTAN - Seorang kerani cedera di bahagian mata dan tengkuk selepas dilanggar sebelum kepalanya dipukul dengan topi keledar oleh peragut semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Padang di sini Khamis lalu.
Akibat kejadian itu, Wan Noresah Mat Isa, 24, yang trauma terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bagi mendapatkan rawatan.
Menceritakan kejadian itu, Wan Noresah berkata, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Jaya Gading di sini dengan menaiki motosikal.
"Apabila sampai di satu simpang gelap berdekatan rumah saya, tiba-tiba sebuah motosikal meluru dan melanggar saya menyebabkan saya terjatuh.


Mangsa ragut, Wan Noresah Mat Isa, 24, ditemani anaknya, Danish Rayyan Izuawan Rafiwel,1, menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah mengalami kecederaan pada bahagian mata kanan, kepala, muka dan tengkuk selepas diragut seorang lelaki pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Balang dekat sini. Mangsa yang ketika itu menunggang motosikal dirempuh dari belakang oleh suspek sehingga terjatuh dan kemudiannya dipukul di bahagian muka dengan topi keledar dan kemudiannya melarikan diri dengan mengambil dompet dan telefon bimbit miliknya. Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam yang kebetulan lalu di tempat kejadian. - Foto BERNAMA


NEGARA


Tiga maut nahas langgar babi hutan



LAKARAN kemalangan yang meragut nyawa dua beranak selepas terbabit dalam kemalangan dengan seekor babi hutan di Kampung Jambu Bongkok, Merchang, Marang, Terengganu semalam.



MARANG - Seorang ibu bersama anak tunggalnya terbunuh apabila kenderaan yang dinaiki terbabas selepas dirempuh seekor babi hutan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi di Kilometer 54, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Jambu Bongkok, Merchang dekat sini.
Dalam kejadian itu, Nor Aslina Izan, 25, gagal mengawal kereta Perodua Kancil yang dipandu selepas terperanjat dengan haiwan berkenaan yang tiba-tiba melintas jalan dan merempuh keretanya.














Nor Aslina









Berikutan kejadian itu, kereta mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok menyebabkan mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala anak tunggalnya, Nur Ain Nabila Zulkifli, 6, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).














NEGARA


Seorang lagi ahli perniagaan hilang



JAYANTHY menunjukkan gambar Anpalagan pada sidang akhbar di Klang semalam. anpalagan yang hilang sejak setahun lalu dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan Allal di Banting.



KLANG – Selepas dua ahli perniagaan dilaporkan hilang secara misteri ketika menjalankan urusan perniagaan di Banting, seorang lagi mangsa yang juga ahli perniagaan dikatakan turut menerima nasib sama apabila dia gagal dikesan sejak lebih setahun lalu.
S. Anpalagan, 43, dilaporkan hilang pada 4 Ogos tahun lalu selepas menemui seorang pegawai polis bernama ‘Maniam’ di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini sebelum berjumpa dengan seorang lagi rakannya di Banting.
Difahamkan, Anpalagan yang berasal dari Telok Bunut, Banting dekat sini turut berkawan rapat dengan peguam yang kini ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki.
Isteri Anpalagan, S. Jayanthy, 33, memberitahu, pada hari kejadian, dia cuba menghubungi suaminya tetapi gagal kerana telefon bimbit dimatikan.


NEGARA


Keadaan Tun Mahathir stabil



TUN MAHATHIR bersama Tun Dr. Siti Hasmah selepas beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN Kuala Lumpur pada 2007.



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85, dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia semalam selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan.
Beliau yang menghidap selesema dan batuk dimasukkan ke hospital itu pukul 9 pagi (pukul 6 pagi waktu Malaysia) dan kini dilaporkan stabil.
Pegawai Khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof berkata, bekas Perdana Menteri itu kini menerima rawatan antibiotik serta menjalani fisioterapi di hospital berkenaan.
Menurutnya, doktor hospital itu berpendapat Dr. Mahathir perlu berada di wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan kesihatan.
“Tun Mahathir telah dinasihatkan untuk berehat dalam masa beberapa hari ini,” ujarnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.



Bapa tiada di rumah punca jenayah meningkat













SHAHRIZAT Abdul Jalil melihat slogan yang dibawa oleh kanak-kanak pada Seminar Kebangsaan Undang-Undang Kanak-Kanak Kali Kedua 2010 di Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.








KUALA LUMPUR 2 Okt. - Ketiadaan bapa di rumah kerana sibuk dengan tuntutan kerja dan hal lain menjadi antara faktor utama peningkatan kadar jenayah melibatkan kanak-kanak sejak kebelakangan ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, keadaan itu menyebabkan generasi muda merasakan diri mereka tidak mendapat perhatian daripada bapa masing-masing.
Menurutnya, keadaan ini berbeza dengan zaman dahulu apabila ibu, bapa, datuk, nenek dan sanak saudara sentiasa berada di sekeliling untuk mengawasi pergerakan mereka.
"Jaringan keselamatan pada masa dahulu sangat mantap kerana setiap ahli keluarga akan mendidik dan mengawasi kanak-kanak pada setiap masa kerana kebanyakan ibu menjadi suri rumah dan bapa pula akan balik dari kerja sebelum pukul 5 petang.
"Situasi sekarang adalah sebaliknya kerana setiap ibu bapa termasuk datuk dan nenek sangat sibuk mencari sumber pendapatan.
"Oleh itu, jaringan keselamatan terhadap kanak-kanak makin terhakis dari hari ke hari,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Undang-Undang Kanak-Kanak Kali Kedua 2010 bertemakan isu-isu terkini dan cabaran masa depan di sini hari ini.
Tambah Shahrizat, kementeriannya juga akan mengemaskinikan Dasar Sosial Negara (DSN) bagi membendung masalah sosial negara yang semakin parah secara lebih strategik.



DUNIA


36 maut kereta api dirempuh di Jawa Tengah



PULUHAN pekerja penyelamat dan penduduk tempatan mencari mangsa yang terperangkap di dalam sebuah gerabak kereta api di Pemalang, Jawa Tengah semalam.



PEMALANG - Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh manakala 41 cedera apabila sebuah kereta api merempuh belakang sebuah lagi kereta api yang berhenti di stesen Petarukan, wilayah Jawa Tengah di sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi (4 pagi waktu Malaysia) apabila kereta api Argo Bromo Anggrek memasuki landasan yang salah akibat silap faham sebelum melanggar kereta api Senja Jaya yang berada di situ.
Pengawai penyelamat, Rindang Krisnoputro berkata, siasatan awal mendapati nahas berpunca daripada faktor kecuaian manusia kerana Argo Bromo tidak mengikut jadual dan memasuki landasan bukan pada jadual waktu yang telah ditetapkan.
Tiga buah gerabak tergelincir daripada landasan. Saksi-saksi memberitahu mereka mendengar dentuman amat kuat menyebabkan ramai penduduk yang sedang tidur terjaga dan diikuti suara tangisan mangsa.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono terkejut dengan kemalangan dahsyat itu dan mengarahkan siasatan segera dilakukan bagi menghukum pihak yang didapati sebagai cuai, jelas jurucakap pejabat presiden, Julian Aldrian Pasha.
Menteri Kesihatan, Endang Rahayu Setyaningsih turut melawat mangsa-mangsa yang ditempatkan di tiga buah hospital tempatan dan menghantar sekumpulan pakar bedah bagi merawat pesakit yang parah.
- Agensi

Afrika Selatan lulus pokok atasi lapar






JOHANNESBURG - Afrika Selatan kelmarin mengeluarkan lesen pertama kepada sebuah firma tempatan, HGH Pharmaceuticals untuk menjual pokok herba tradisional yang didakwa mampu mengatasi masalah lapar dan letih.
Tumbuhan dengan nama saintifik Sceletium tortuosum dikenali di negara itu sebagai Kanna, Channa atau Kougoed. Ia sering digunakan oleh masyarakat pribumi San sejak ratusan tahun lalu tanpa memberi sebarang kesan sampingan dan ketagihan.
Kementerian Alam Sekitar Afrika Selatan memberi kelulusan untuk pokok itu dikomersialkan sebagai makanan tambahan kesihatan. Ia dijangka menjana ekonomi penduduk miskin apabila aktiviti penanaman berskala besar dilakukan tidak lama lagi.
"Selain menyebabkan kita berasa sentiasa kenyang, tumbuhan ini juga didapati sesuai untuk merawat tekanan di pejabat, ketegangan perasaan atau meredakan kesedihan seseorang," kata Pengarah Penyelidikan HGH, Nigel Gericke. - Agensi



DUNIA


UAE biak baka unta klon



SEORANG lelaki membawa dua ekor unta keluaran VRC untuk dilelong di Abu Dhabi baru-baru ini.



DUBAI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini giat memajukan Pusat Penyelidikan Veterinar (VRC) di Sweihan, Abu Dhabi sebagai sebuah pusat pembiakan baka unta terbaik secara peralihan embrio dan klon bagi tujuan komersial serta sukan yang pertama di dunia.
VRC yang dimiliki oleh dua kerabat diraja UAE, Sheikh Hamdan Zayed Al-Nahayan dan Sheikh Hazza Zayed Al-Nahayan berjaya menjual sebanyak 15 ekor unta lumba terkenal spesies Jabbar dengan harga AS$560,000 (RM1.7 juta) pada minggu lalu.
"Kami memilih hanya baka unta betina yang terbaik. Setiap seekor berjaya melahirkan 10 sehingga 20 ekor anak sepanjang tahun. Unta biasa hanya mampu melahirkan seekor anak pada setiap dua tahun," kata Pengarah VRC, Abdul Haq Anouassi.
Seorang pelelong tempatan, Saif Omeir al-Kutbi berkata, unta keluaran VRC menjadi rebutan banyak pihak kerana dianggap sebagai terbaik di dunia dan pernah dijual sehingga AS$2.72 juta (RM8.4 juta) seekor awal tahun ini. - AFP


DUNIA


Pengacara CNN hina Yahudi dibuang kerja

NEW YORK - Seorang penyampai popular radio satelit Cable News Network (CNN), Rick Sanchez dipecat pihak pengurusan stesen itu kelmarin sehari selepas dia mengeluarkan kenyataan yang berbaur menghina masyarakat Yahudi.
Hos rancangan bual bicara Stand Up! itu dikatakan menyindir Jon Stewart, seorang pengacara stesen televisyen satelit, Comedy Central sebagai taksub dan tidak pernah didiskriminasi kerana beragama Yahudi.
Bekas pengacara CNBC yang menyertai CNN pada 2004 itu mendakwa, stesen tersebut dan banyak syarikat media gergasi dikuasai oleh golongan elit Yahudi yang suka memandang rendah kelompok minoriti kaum Hispanic seperti dirinya.
Ibu pejabat CNN di Atlanta kelmarin menggantikan slot selama dua jam rancangan kendalian Sanchez, Rick's List pada setiap hari bekerja dari pukul 3 petang itu kepada program berita CNN Newsroom. - Agensi

No comments:

Post a Comment