Sunday, August 21, 2011

BUAT KEBAJIKAN BAGUSLAH TU...TAPI BUAT BENDA ALLAH HARAMKAN...BERCAMPUR LELAKI PEREMPUAN...BUKAN MUHRAM....ADA YANG TAK TUTUP AURAT@TAK BERTUDUNG.....PAYAH JUGA ORANG YANG TAK RETI HUKUM DAN TAK RETI NAK HORMAT HUKUM ALLAH SWT...KITA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG...TAK JALAN HUKUM ALLAH SEOLAH2 MENGALAKKAN ZINA...ROGOL...BUANG ANAK...MENCURI..MURTAD ..TAK SOLAT...MINUM ARAK...BANYAK KES BUNUH DLL....AKHIRAT KORANG PANDAI2 JAWAB....SABIT NERAKA API YANG MENJULANG2 MENUNGGU....YANG DIDUNIA TUNJUK PANDAI...BERLAGAK SOMBONG...DAN LAWAN HUKUM ALLAH...DISITU BARU SAPE DIRI KITA SEBENAR.........

Singgah Sahur turut agih Jalur Gemilang



KUCHING: Program Singgah Sahur Ramadan TV3 menyaksikan rombongan dari stesen televisyen berkenaan mengunjungi beberapa rumah umat Islam yang kurang bernasib baik di Sarawak, sebelum mengakhiri rakaman di perkampungan mualaf Bidayuh di Kampung Tembawang Baru, Bau, awal pagi semalam.
Rakaman program itu bermula dengan rombongan kru Singgah Sahur dari Hotel Merdeka Palace, kira jam 12 tengah malam ke lokasi pertama di gerai makan Benteng Satok.

Rombongan itu diketuai Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusuf; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad, Datuk Anthony Firdauz Bujang serta Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar.
Pada program itu, mereka mengagihkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan kepada peniaga dan pengunjung.

Lokasi kedua program Singgah Sahur diteruskan dengan rombongan kru TV3 mengunjungi rumah pasangan kembar lelaki kelainan upaya di Jalan Nanas Barat, Satok untuk menyampaikan hamper dan makanan bersahur kepada keluarga terbabit.

Hamijah Tapah, 74, berkata kunjungan kru TV3 amat bermakna kepada mereka sekeluarga.

Lokasi rakaman Singgah Sahur diteruskan ke dua rumah orang kurang bernasib baik di Kolong Dua, Matang dengan kunjungan rombongan kru disambut keluarga Mislah Bulus, 40, yang cacat kaki kanannya.

Kementerian, Tesco taja baju raya anak yatim



KUALA LUMPUR: Seramai 200 kanak-kanak yatim dan fakir miskin, termasuk 90 orang kelainan upaya (OKU) dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini diberi kebebasan memilih sendiri pakaian dan keperluan Aidilfitri mereka di Tesco Scott Garden, Jalan Klang Lama, semalam.
Program di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), itu memboleh setiap mereka memilih pakaian dan keperluan Aidilfitri dengan nilai maksimum barangan RM150 seorang.

Menteri KWPKB, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sumbangan menerusi Program Membeli Belah Keperluan Aidilfitri 2011/1432 itu antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) kementerian dan Tesco Stores (M) Sdn Bhd dalam meraikan golongan kurang bernasib baik membuat persiapan raya.
Sumbangan itu meliputi peruntukan RM100 oleh KWPKB manakala RM50 lagi ditanggung pihak Tesco.

Menurut beliau, program itu julung kali dianjurkan KWPSB di Kuala Lumpur.

Syarikat rokok tawar hadiah, wang tunai

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan terdapat syarikat rokok yang menganjurkan skim tawaran kepada orang ramai supaya mengumpul kerajang (foil) penutup dalaman peket rokok untuk ditukarkan dengan pelbagai hadiah, termasuk wang tunai.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya semalam, berkata aktiviti yang mula dikesan sejak awal tahun itu selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai. Katanya, syarikat atau ejen rokok berkenaan menawarkan pelbagai hadiah termasuk kerusi roda, rokok percuma, wang tunai dan hadiah lain.

“Kementerian memandang serius terhadap kegiatan ini kerana Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 melarang sebarang kegiatan tajaan atau tawaran hadiah bagi mempromosikan suatu hasil tembakau.
“Pihak yang terbabit dalam kegiatan itu sama ada sebagai pemberi tajaan atau penerima tawaran adalah melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan mahkamah. “Mereka yang disabitkan dengan kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Kementerian juga memberi amaran keras kepada syarikat rokok atau ejen supaya tidak menjalankan aktiviti berkenaan, sementara orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil bahagian dalam kegiatan itu.

“Kami meminta orang ramai supaya menghubungi talian 03-8883 4400 atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran sekiranya ingin melaporkan aduan terhadap mereka yang terbabit dalam aktiviti yang dilarang ini,” katanya.

80 penghuni RTK terima sumbangan raya



KUALA LUMPUR: Pelbagai corak dan warna baju dipilih anak yatim serta fakir miskin Rumah Perlindungan Titian Kasih (RTK) apabila mereka berpeluang memilih sendiri pakaian hari raya sumbangan Syarikat Takaful Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) di sebuah pusat beli-belah terkenal, di sini, semalam.
Sumbangan itu diberi menerusi program Takaful myJalinan Kasih yang menyediakan bantuan kewangan kepada golongan memerlukan termasuk anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang kurang bernasib baik.

Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Korporatnya, Noor Irzamwati Zainal Abidin, berkata seramai 80 anak yatim dan fakir miskin RTK berumur satu hingga 18 tahun diberikan peluang memilih sendiri pakaian kesukaan mereka sempena Aidilfitri nanti.
“Setiap seorang daripada mereka diberikan RM200 dan berpeluang membeli sepasang baju kurung dan Melayu, kasut, samping, tudung, dan songkok mengikut kegemaran masing-masing.

“Selain sumbangan itu, kami juga memberi sebuah ketuhar bersaiz besar khas untuk ibu tunggal di RTK yang giat membuat kuih sebagai salah satu sumber menjana pendapatan mereka,” katanya.

Noor Irzamwati berkata, jumlah keseluruhan sebanyak RM38,000 yang diperuntukkan untuk tujuan itu ternyata berbaloi apabila keceriaan dan kegembiraan dapat dilihat di wajah anak-anak berkenaan.

Penjaga anak RTK, Haslinda Dol Hamid, berkata pihaknya amat berbesar hati dan bersyukur kerana nasib kanak-kanak di RTK mendapat perhatian Takaful Malaysia.

“Alhamdulillah, ini semua rezeki. Mereka sangat seronok dan saya berharap Aidilfitri kali ini memberi seribu satu kegembiraan kepada mereka,” katanya.
Anak yatim, Mohd Iqbal Shah Hujang, 10, dan adiknya Azwan Shah Hujang, 9, teruja dapat memilih baju Melayu dan kasut jenama kartun kegemaran, Ben 10, untuk digayakan pada pagi raya.

“Bukan selalu dapat peluang macam ini sebab kami tidak mampu untuk berbelanja besar. Pengalaman hari ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila,” kata Mohd Iqbal Shah.

Maksiat waktu sahur



ALOR SETAR: Dua remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas membawa teman wanita berkongsi sebuah bilik di sebuah hotel dekat Kuah, Langkawi, untuk mengadakan hubungan seks, awal pagi kelmarin.
Malah, mereka bukan saja melakukan kegiatan tidak bermoral itu ketika umat Islam bersiap-siap untuk bersahur, tetapi turut ‘berani’ dengan menyewa hotel yang hanya terletak bersebelahan Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal).

Pegawai Penyiasat Padal, Muhammad Hidayat Halim, berkata dalam serbuan itu, sepasukan anggotanya yang diketuai Saiful Aswad Kasa membuat pemeriksaan di hotel itu dan mendapati sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bilik itu dikunci, manakala lampunya tertutup menyebabkan anggotanya mengetuk pintu dan memberi salam berulang kali.

“Pemeriksaan kemudian menemui pasangannya hanya berseluar pendek. Kedua-dua remaja itu mengaku baru selesai melakukan hubungan seks,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Muhammad Hidayat berkata, turut berada di situ sepasang kekasih yang berpakaian lengkap dipercayai baru bangun tidur.

Katanya, pihaknya turut mendapati remaja itu membuat ‘tembok’ menggunakan kerusi dan tuala di katil bilik itu supaya masing-masing tidak dapat melihat ketika melakukan hubungan seks dipercayai kerana malu.

“Berdasarkan soal siasat, dua remaja perempuan berusia 16 tahun dan sudah tidak bersekolah itu bekerja di sebuah kafe dan baru berkenalan pelajar lelaki itu.
“Mereka berasal dari Langkawi dan mengaku menyewa di hotel berkenaan semata-mata untuk melakukan hubungan seks berikutan keadaan katil dan tilam berselerak dalam bilik itu,” katanya.

Along tagih cinta

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa demi keselamatan anak perempuannya dengan menawarkan diri bertukar tempat anaknya yang dijadikan tebusan lelaki bersenjatakan pedang samurai dalam kejadian di Taman Bukit Cheras, pagi semalam.
Lelaki berusia 32 tahun dan menjalankan kegiatan Along bertindak menculik dan mengurung mangsa yang berusia 24 tahun di rumahnya bagi membalas dendam terhadap kakak mangsa yang menolak cintanya. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, ibu terbabit berusia 42 tahun bertindak menghubungi polis sebaik mengetahui anaknya dijadikan tebusan sebelum bergegas ke rumah lelaki berkenaan yang memang dikenalinya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Mohan Singh berkata, ketika kejadian, mangsa yang baru pulang dari kerja terkejut apabila lelaki berkenaan masuk ke dalam keretanya serta mengugut ke rumahnya.
“Pada masa sama, ibu mangsa memujuk dengan sedia menjadi tebusan dan lelaki berkenaan bersetuju sebelum menarik masuk ibu mangsa serta membebaskan mangsa,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, belum sempat melarikan diri, kereta polis dari Gombak, Cheras dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bertindak mengepung kereta berkenaan.

“Sebaik mengetahui dikepung, lelaki tersebut mengugut membunuh ibu mangsa serta rakannya jika tidak dibenarkan bebas.

Mohan berkata, semua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala dua rakan lelaki itu yang berusia 21 dan 22 tahun ditahan sebagai saksi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu adalah Along yang mempunyai rekod jenayah dan menemui tiga parang dan selaras senapang palsu.
“Motif mangsa diculik sedang disiasat tetapi polis tidak menolak ia mungkin mempunyai kaitan dengan cinta dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) kerana culik, Seksyen 307 KK cubaan membunuh, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 342 KK kerana membuat kurungan secara salah,” katanya.

Anak jumpa celah pokok



KUALA NERANG: Seorang lelaki warga emas yang menghilangkan diri sejak Rabu lalu, dijumpai salah seorang anaknya di hutan Bukit Perik berhampiran rumahnya di Kampung Baru Lembah Permai, di sini, kelmarin.
Azmi Sidek, 59, dijumpai dalam keadaan lemah dan pucat di celah pokok di hutan berkenaan kira-kira jam 11 pagi oleh anak keduanya, Mohd Firdaus, 29, yang turut mengikuti operasi mencari dan menyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung sejak Khamis lalu.

Mohd Firdaus bersyukur kerana bapanya yang mengalami masalah kemurungan akhirnya dijumpai dalam keadaan sihat. “Ketika gerakan mencari, seorang wanita yang juga penduduk kampung membacakan surah Yassin serta melaungkan azan dan tidak lama selepas itu, bapa dijumpai.
“Kawasan dia ditemui hanya 100 meter dari rumah, malah sebelum itu kami sudah mencarinya di kawasan itu, tetapi kelibatnya tidak nampak langsung,” katanya.

Harian Metro, Sabtu lalu melaporkan kehilangan Azmi, yang juga bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Bakti, di sini, selepas keluar dari rumahnya kira-kira jam 2 petang, Rabu lalu.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Nerang, di sini untuk menerima rawatan.

No comments:

Post a Comment