Sunday, August 21, 2011

BAGUS KITA CADANG DAN CAKAP ...MAKA KITA KENA BUAT...CADANG TAPI TAK BUAT NAK BUAT APA....ADA SATU KES BICARA BUNUH...IA MENGAKU TELAH BERZINA 3 KALI SEBELUM DIJUMPAI MATI...TIADA PUN BAWA IA KEMAHKAMAH SYARIAT UNTUK DIDAKWA...UNTUK DISABIT HUKUM ZINA...ALASANNYA TAK ADA ORANG MENGADU...AKHIRAT NANTI JAWAB DIHADAPAN ALLAH...SEPATUT IA DIREJAM SEBAB LELAKI MUHSAN@DAH KAWIN...IKUT HUKUM ISLAM...IA JUGA MEROSAK NAMA KERJAYA,,,DAN MELANGGAR AKU JANJI...TAPI MEREKA LEPAS...DAN KERJA SEMULA...SEBAB TAK SABIT KESALAHAN MEMBUNUH...DUNIA LEPAS DOSA ZINA...AKHIRAT ALLAH TAK KAN LEPAS MANUSIA NI...INSYAALLAH....

Pertubuhan Islam boleh tuntut



PETALING JAYA: Pertubuhan Baitul Fiq (Baitul Fiqh) boleh memohon kepada Mahkamah Syariah untuk menuntut hak penjagaan anak berkenaan.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Ralip, berkata daripada perspektif undang-undang syariah di Malaysia, hak kepada anak dan isu penjagaan adalah dua perkara berbeza.

“Meskipun anak itu masih di bawah hak ibu bapa mereka, jika timbul isu membabitkan hak penjagaan sebagaimana berlaku sekarang, ia boleh diketengahkan.
“Bapa anak berkenaan perlu tampil ke mahkamah. Jika dia tidak mampu memelihara anaknya, anak berkenaan perlu diserahkan pihak lebih wajar dan sepatutnya,” katanya.

Isa berkata bapa kepada kanak-kanak berkenaan sewajarnya berlapang dada serta yakin dengan jabatan dan institusi agama Islam mahupun rumah perlindungan seliaan orang Islam di negara ini yang mampu memberi perhatian serta menjaga anaknya.

“Kenapa perlu ada pertikaian mengenai baik atau tidak (jabatan agama dan rumah perlindungan seliaan Islam), yang penting adalah akidah anak itu perlu diselamatkan.

“Dalam hal ini, saya memuji tindakan pastor terbabit apabila cuba menghantar anak berkenaan kepada Baitul Fiqh. Ini kerana dia tahu sensitiviti agama dan hak jagaan anak berkenaan sepatutnya kepada orang Islam juga,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika dihubungi berkata, tindakan bapa berkenaan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Seksyen 35 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan: “Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada seseorang yang bukan beragama Islam adalah melakukan satu kesalahan. Apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.” Jelas jurucakap itu lagi, demikian juga jika timbul polemik berkaitan hak penjagaan anak terhadap mualaf jika diperintahkan memberi hak jagaan anak muslimnya kepada pasangannya yang bukan Islam.

Mengikut undang-undang syariah negara ini, mualaf berkenaan melakukan kesalahan tetapi pada masa sama, jika beliau ingkar perintah mahkamah, mualaf ini boleh disabitkan atas kesalahan menghina mahkamah.

Tak serik kena cekup

SEREMBAN: Seorang duda beranak satu yang masih dalam jaminan mahkamah kerana kesalahan memiliki dadah, tidak serik apabila dicekup lagi di rumahnya di Taman Sri Rembau, di sini, Jumaat lalu.
Difahamkan, lelaki berusia 43 tahun yang tiada pekerjaan tetap itu, pernah ditahan sebulan lalu kerana memiliki barangan haram itu serta mempunyai 10 rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan R Ravi Chandran, berkata suspek ditahan dalam serbuan sepasukan polis Rembau pada jam 6.30 pagi selepas mendapat maklumat awam mengenai kegiatan haram bapa kepada seorang bayi lelaki berusia 12 bulan itu.
“Hasil pemeriksaan, polis menemui tujuh paket kecil dipercayai mengandungi dadah jenis heroin dalam poket seluar suspek, manakala sepaket syabu dijumpai di dalam beg sandangnya,” katanya, semalam.

Buaya terkejut latah isteri



KUCHING: Aksi melatah biasanya dijadikan bahan jenaka, namun berlainan bagi seorang wanita yang menghidap penyakit itu apabila menyelamatkan nyawa suaminya daripada dibaham buaya ketika menjala udang di Sungai Paruh, malam kelmarin.
Kejadian berlaku ketika Wan Sahari Wan Ateng, 47, bersama isteri, Saliah Jini, 47, memilih udang tersangkut pada jala di atas perahu sebelum buaya sepanjang 6.5 meter menghampirinya lalu menyambar lengan kanan, jam 8 malam.

Menceritakan detik cemas dilalui, Wan Sahari berkata, kejadian berlaku begitu pantas apabila buaya berkenaan tiba-tiba menyambar lengan kanannya, menyebabkan isteri di sebelahnya terkejut lalu melatah.
“Dalam keadaan cemas ketika lengan ditarik buaya, saya menggunakan tangan kiri untuk bertahan sambil memaut pada perahu. Ketika itu kedengaran suara isteri melatah menyebabkan buaya itu ‘terkejut’ lalu melepaskan gigitan.

“Sukar bagi saya membayangkan keadaan berlaku ketika itu namun bersyukur kerana penyakit latah dialami isteri ‘membantu’ saya daripada menjadi mangsa,” katanya ketika temui, semalam.

Dalam fikirannya terbayang ajal bakal tiba ketika tarik-menarik antaranya dengan buaya itu.

“Ketika itu juga, saya terbayang anak di rumah membuatkan bersemangat untuk melawan reptilia ganas itu semakin kuat,” katanya.


Warga emas rentung



HUTAN MELINTANG: “Hancur luluh hati saya menemui mayat bapa saudara separuh rentung dalam keadaan kedua-dua tangannya memeluk pinggang seperti bersolat dan badannya terlentang mengadap ke arah kiblat,” kata Siti Zaharani Majidah, 43.
Bapa saudara Siti Zaharani, Mat Sairi Mohd Sameon, 94, meninggal dunia dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Parit 21, Batu 13, Sungai Sumun, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang tiada anak dan tinggal bersendirian sejak kematian isterinya tiga tahun lalu, dipercayai terperangkap di dapur rumah papan dua tingkat itu ketika cuba menyelamatkan diri dan mati lemas akibat tersedut asap hitam.

Buru empat suspek

Laporan dan foto MOHAMMAD ISHAK
metahad@hmetro.com.my

JERTIH: Polis meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat mengenai empat suspek disyaki terbabit dalam lima kes jenayah ragut dan samun yang berlaku di daerah Besut, di sini, bulan ini.
Bagi tujuan itu, polis mengeluarkan lakaran empat wajah suspek dan orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran dengan segera.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, empat lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai melakukan kes ragut dan pecah rumah di beberapa kampung di daerah ini.
Katanya, jenayah terbabit dilakukan di Kampung Padang Landak, Gong Duek, Gong Bayor, Kerandang dan Pengkalan Setor, dekat sini, dengan semua mangsanya adalah wanita yang tinggal di rumah agak terpencil daripada penduduk lain.

“Penjenayah terbabit melakukan aktiviti jenayah berkenaan secara berkumpulan iaitu dua atau tiga orang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini, semalam.

Kamaruddin berkata, penjenayah melakukan taktik sama dalam lima kes yang dilaporkan itu dengan berpura-pura bertanyakan mangsa mengenai sesuatu dan biasanya hal berkaitan suami wanita terbabit.

“Selepas berpura-pura bertanyakan mangsa, mereka kemudian terus melakukan jenayah seperti meragut dan menyamun,” katanya.

No comments:

Post a Comment