Thursday, August 25, 2011

KEJADIAN PERLU KITA FIKIR PUNCANYA...ADAKAH NI KESAN BANYAKNYA MUNGKAR DARI AMAR MAKRUF...BANYAKNYA MAKSIAT DARI PERKARA2 TAQWA...BERTAUBATLAH SERTA BERTAQWALAH...KERANA KITA SEMUA AKAN MATI...DIHIMPUN DIAKHIRAT SERTA DIHISAB...KEMUDIAN DIHUKUM MENGIKUT AMALAN BAIK ATAU JAHAT DIDUNIA...DUNIA YANG KITA CINTAI AKAN MUSNAH...INSAFLAH...

Cincang nenek suruh masak nasi

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

TENOM: Hanya kerana meminta dimasakkan nasi, seorang nenek mati dalam keadaan tragik apabila dicincang seluruh tubuh oleh cucunya di rumahnya di Kampung Melalap di sini, kelmarin.
Ketika kejadian, hanya mangsa, Dayu Rawang, 77, dan cucu perempuannya yang berusia 27 tahun itu berada di rumah kerana anggota keluarga lain menghadiri majlis berikutan kematian jiran di rumah berhampiran.
Menurut sumber, sebaik bapa suspek yang mahu dikenali Abdul Hamid, 47, pulang ke rumah bersama seorang lagi anak berusia 15 tahun kira-kira jam 10 malam, dia curiga kerana panggilannya tidak bersahut.

Abdul Hamid masuk ke rumah dan menuju dapur dan terkejut apabila melihat jenazah ibunya, Dayu Rawang, terbujur dalam keadaan ngeri dengan berlumuran darah.


Dia bertambah terkejut apabila melihat suspek yang juga anak perempuannya berada di sisi mayat warga emas berkenaan sambil memegang pisau.

Tubuh kekuningan

Oleh Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my

PRIHATIN...Wan Amizan (tengah) melawat murid yang mengalami penyakit misteri di Hospital Jerantut.
PRIHATIN...Wan Amizan (tengah) melawat murid yang mengalami penyakit misteri di Hospital Jerantut. 
 
JERANTUT: Sejak seminggu lalu, sekurang-kurangnya sembilan murid berusia tujuh hingga 12 tahun dari Kampung Kuala Tahan, dekat sini, diserang penyakit misteri yang mengakibatkan seluruh tubuh serta mata mereka bertukar menjadi kekuningan.
Antara simptom sebelum dijangkiti penyakit misteri itu, mereka mengalami demam panas dan muntah-muntah manakala mata dan tubuh beransur-ansur berubah menjadi kuning.
Ada penduduk mengesyaki ia penyakit hepatitis dan tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan masalah virus kencing tikus, namun hingga kini, masih belum ada bukti sahih atau kenyataan rasmi pihak berkuasa mengenai punca sebenar penyakit berkenaan.

Pengarah Hospital Jerantut, Dr Devaraj Salam ketika dihubungi berkata, penyakit misteri yang dialami sembilan murid dari Kuala Tahan itu masih dalam siasatan dan pihaknya masih berusaha mengenal pasti punca sebenar.


Ibu seorang daripada murid terbabit, Norazimah Abdullah Sidek, 34, berkata, anaknya, Norafieqah Mohd Ali Saifudin, 12, dimasukkan ke Hospital Jerantut selepas demam dan matanya mula bertukar menjadi kuning.

Diserang kera

Oleh Jauhariatul Akmal Johar
am@hmetro.com.my

BERDARAH...Nur Aishah menunjukkan kakinya yang luka akibat diserang  kera sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas.
BERDARAH...Nur Aishah menunjukkan kakinya yang luka akibat diserang kera sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas.
SAKIT...Shafiq cedera di bahagian lutut.
SAKIT...Shafiq cedera di bahagian lutut.
RANTAU PANJANG: “Sebaik melihat kera cuba menerkam, saya terus menendang kera itu. Akibatnya, motosikal yang ditunggang terbalik dan kami bertiga tercampak ke tepi.
“Saya tidak lagi mampu bergerak kerana lutut sakit dan dalam keadaan cemas, saya sempat lihat kera itu melompat di atas badan saya dan adik,” kata mangsa serangan kera, Mohd Shafiq Mat Zulkapli, 16.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi semalam, Mohd Shafiq dan dua adiknya, Nur Aishah, 13, dan Nur Yasmin, 8, diserang seekor kera liar ketika dalam perjalanan menunggang motosikal Honda C70 untuk membantu ibu bapa mereka mengutip getah beku di kebun getah di Kampung Tasek Bakong, di sini.

Akibat terjatuh dari motosikal, Mohd Shafiq patah tulang lutut kanan, manakala Nur Aisyah cedera di kaki kanan dan Nur Yasmin pula tidak cedera.


Mohd Shafiq dihantar sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang dengan kenderaan pacuan empat roda ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, manakala Nur Aisyah pula dirawat di Hospital Pasir Mas dan menerima lapan jahitan di kaki.

No comments:

Post a Comment