Monday, August 22, 2011

KESAN BANYAK BIROKRASI...BUATLAH CARA MUDAH...UNDANG2 KITA GUBAL...NAK CARI#NAK PERANGKAP ANAK LUAR NIKAH...IA TETAP BERLAKU BERLAMBAK2...TAK JUGA KURANG..INI KERANA TAK JALANKAN HUKUM ALLAH......NIKAH LUAR NEGARA BEGITU JUGA...MELAMBAK2.....NIKAH SENDIKET BANYAK JUGA...JANGAN NAK SEKAT JODOH...JODOH DITANGAN ALLAH...SEKAT2LAH DENGAN UNDANG2 UNTUK MENGELAK POLIGAMI...IA TETAP BERLAKU...ITU NAMANYA JODOH MAUT...MALAH SEMUANYA DALAM TAKDIR ALLAH...JANGANLAH BODOH SANGAT....

Hidup terasing angkara tiada sijil kelahiran


ROHANI bersama anak-anaknya, Nordiana (dari kanan), Norhidayah, Nurul Fatihah, Mohd. Alif dan Mohd. Syawal ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong Che Damak, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Empat beradik yang berusia antara lima hingga sembilan tahun terpaksa hidup seperti pelarian di negara sendiri apabila mereka gagal memiliki sijil kelahiran sejak dilahirkan.
Ekoran masalah tersebut, kanak-kanak terbabit iaitu Norhidayah Mohd. Zaki, 9; Nordiana, 8; Mohd. Alif, 7, dan Mohd. Syawal, 5, terpaksa melupakan hasrat untuk melalui alam persekolahan.
Ibu kepada empat beradik malang itu, Rohani Ngah, 33, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong Che Damak dekat sini semalam berkata, kegagalan empat daripada lima anaknya itu untuk memperoleh sijil kelahiran adalah disebabkan kelalaiannya ketika bernikah pada tahun 2000.
Katanya, dia dan suami, Mohd. Zaki Othman, 48, bernikah tanpa mendapat restu keluarga sehingga menyukarkannya untuk mendapatkan surat nikah.
“Saya akui apa yang berlaku kepada empat anak saya sekarang ini adalah disebabkan kesilapan saya dan suami. Kami tidak memikirkan langsung kesan jangka panjang ketika bernikah.
“Akibatnya, saya sukar untuk mendaftarkan sijil kelahiran empat anak saya disebabkan tidak mempunyai bukti perkahwinan,” ujarnya.
Bagaimanapun jelasnya, anak kelimanya, Nurul Fatihah yang kini berusia tiga tahun telah mempunyai sijil kelahiran selepas dia dan suami mendaftarkan semula perkahwinan mereka pada 2005.
Menurut Rohani, dia kini terpaksa bergantung harap kepada Biro Aduan Pemuda UMNO untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat berhubung masalah yang dihadapinya.
“Sepanjang sembilan tahun mengurus sijil kelahiran anak, saya dan suami terpaksa membelanjakan lebih RM10,000 bagi membayar orang tengah yang kononnya dapat membantu menyelesaikan masalah saya,” katanya.
Lebih memalukan, ujar Rohani, apabila ada orang di sekelilingnya memandang sinis di atas kekurangan keluarganya.

No comments:

Post a Comment