Saturday, August 27, 2011

SOLAT ITU WAJIB TAK BOLEH DIABAIKAN LANGSUNG...BEGITU TUTUP AURAT...WANITA JADI PEMANGKIN...TAPI KENA JAGA DOSA PAHALA...JANGAN MAIN BELASAH AJE...DALAM NERAKA WANITA YANG INGKAR PADA HUKUM ALLAH..DIBAKAR DALAM NERAKA...



Seven Colour Crystal Ball haram

PRODUK SCCB diharamkan penjualannya kerana boleh membahayakan kanak-kanak. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan seeds growing kits yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun dipercayai akibat tertelan SCCB.
"SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu," katanya di sini semalam.
Beliau berkata, sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaharu di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.
Menurut beliau, berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati, barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan.
Katanya, kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.
"Mereka (kanak-kanak) mungkin menganggapnya sebagai makanan.
"Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 sentimeter tetapi apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball," kata Ismail Sabri.
Sehubungan itu, kementerian akan meneruskan pemantauan dan memberi khidmat nasihat kepada pihak industri supaya menarik balik barangan itu daripada pasaran serta melupuskan dengan cara selamat, selain bekerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan larangan import bagi SCCB dan seumpamanya dilaksanakan.
"Mereka yang masih menjual barang ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. - Bernama

Kopitiam guna logo halal palsu diserbu


SEORANG pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang memeriksa barangan beku sebuah kopitiam yang diserbu di negeri itu semalam.


GEORGE TOWN - Sebuah kopitiam terkenal di bandar ini tergamak mengaburi mata pelanggan beragama Islamnya apabila mempromosikan hidangan bufet Ramadan walaupun tidak mempunyai pensijilan halal yang sah.
Hasil risikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), sepasukan penguat kuasa membuat serbuan dan mendapati kopitiam tersebut menggunakan logo halal kononnya mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 10.30 pagi oleh Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP mendapati, premis berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) itu tidak memiliki sijil pensijilan halal Jakim ataupun mana-mana pihak berkuasa agama.
Malah, pemeriksaan ke ruang dapur kopitiam terbabit turut menjumpai stok sardin yang diimport dari China yang tidak memiliki pengesahan halal dipercayai turut dihidangkan kepada para pelanggannya.
Ketua Penolong Pengarah JHEAIPP, Faizal Ibrahim berkata, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat orang ramai dan hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit telah melakukan kesalahan terhadap penggunaan logo halal.
"Pihak pengurusannya diarah menurunkan kesemua promosi iklan bufet Ramadan yang digantung di setiap bahagian premis termasuk menanggalkan kain rentang yang diletakkan di ruang hadapan.
"Menjadi kesalahan sekiranya sesebuah premis makanan mempamerkan logo halal tanpa mendapat pengesahan daripada Jakim atau pihak berkuasa agama negeri," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Wanita pemangkin transformasi


NAJIB bersama Rosmah (tiga dari kiri) dan Shahrizat (dua dari kanan) bergambar bersama tokoh-tokoh wanita pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Wanita merupakan pemangkin perpaduan dan rakan kongsi pintar kepada kerajaan dalam menjalankan proses transformasi negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, peranan wanita tidak boleh diketepikan dalam proses transformasi kerana mereka merupakan satu daripada modal insan.
"Wanita perlu diberi ruang dan peluang yang besar dalam bidang ekonomi dan politik sebab kalau hendak negara maju, kita tidak boleh asingkan wanita, kena beri peluang supaya potensi mereka dapat direalisasikan," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.


Taktik haram edar heroin di R&R


NORDIN menunjukkan heroin yang dirampas daripada empat individu pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kegiatan tiga individu termasuk seorang wanita yang mengedar heroin di kawasan hentian Rawat dan Rehat (R&R) sejak beberapa bulan lalu memakan diri apabila kesemua mereka ditahan bersama dadah berkenaan bernilai RM74,000 dalam serbuan di Ulu Bernam, Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor Isnin lalu.
Dadah seberat 3.3 kilogram (kg) itu dirampas ketika ketiga-tiga suspek berusia di antara 20 dan 47 tahun sedang menunggu pelanggan di kawasan R&R tersebut di dalam sebuah kereta jenis Mercedes pada pukul 8.30 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, hasil pemeriksaan menemui lima bungkusan plastik lutsinar mengandungi heroin di dalam kereta itu.
Katanya, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Taman Aman, Petaling Jaya dan menemui tiga lagi bungkusan plastik lutsinar mengandungi dadah yang sama.
“Di situ, kita menahan seorang wanita yang kebetulan pulang ke rumah itu ketika serbuan dilakukan untuk membantu siasatan.

Badan hancur digilis lori simen


ANGGOTA polis mengangkat mayat Mahmud yang maut selepas digilis lori simen dalam kejadian di Jalan Seri Mata Ayer, Kangar kelmarin.


KANGAR - Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila badannya hancur digilis lori pembancuh simen dalam kemalangan di Jalan Seri Mata Ayer, di sini kelmarin.
Kejadian pukul 6 petang itu mengakibatkan Mahmud Salleh, 61, mati di tempat kejadian. Kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Honda ditunggang Mahmud dilanggar dari belakang oleh lori itu sebelum dia terjatuh lalu digilis.
Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Supritendan Rosli Yahaya memberitahu, pihaknya telah menahan pemandu lori berusia 35 tahun tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, siasatan mendapati pemandu lori tidak memperlahankan kenderaan lalu merempuh Mahmud ketika mangsa hendak memasuki simpang.
Sementara itu, anak Mahmud, Mohd. Zuhairi, 24, memberitahu, bapanya berperangai pelik apabila membeli sofa untuk menyambut Syawal. Sebelum ini, dia tidak pernah berbuat demikian.
Katanya, bapanya sempat berbaring di atas sofa itu pada pagi kejadian sebelum keluar.
"Tidak lama kemudian kami menerima panggilan mengatakan ayah dilanggar lori. Ketika sampai, saya lihat jasad ayah berada di celah tayar lori dan hancur digilis," ceritanya sayu.

Tutup setengah jam ketika Maghrib

26/08/2011 3:00pm

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bercadang melaksanakan pemberhentian sementara operasi pasar-pasar malam selama 30 minit ketika solat Maghrib.
Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad berkata, cadangan itu melibatkan penutupan selama 15 minit sebelum Maghrib dan 15 minit selepas Maghrib bagi membolehkan peniaga dan pembeli menunaikan solat Maghrib dan menghormati waktu solat.
Beliau berkata, untuk permulaan pihaknya akan berjumpa dan berbincang dengan peniaga-peniaga di Pasar Malam Pantai Johor di sini berkaitan dengan cadangan penutupan sementara waktu perniagaan di pasar malam itu.
"Kita akan mulakan di pasar malam itu dahulu memandangkan pasar malam itu berhadapan dengan masjid,” katanya di sini.
Beliau berkata, jika berjaya dilaksanakan, pihaknya akan melaksanakan kaedah itu di pasar malam lain yang berhampiran surau atau masjid. - Bernama

Ibu berusia 44 tahun miliki 18 anak


KELLY BATES dan suaminya, Gil bergambar bersama 18 orang anak mereka.


LAKE CITY, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Kelly Bates mahu memiliki dua lagi cahaya mata lelaki walaupun dia dan suaminya telah memiliki 18 orang anak, lapor sebuah akhbar semalam.
Kelly yang merupakan seorang suri rumah tinggal bersama suaminya, Gil dan 18 anak mereka di sebuah rumah di sini, negeri Tennessee.
Suami Kelly yang berusia 46 tahun merupakan seorang pekerja pemotong dan pemeliharaan pokok.
Ketika ditanya semasa diwawancara dalam program berita ABC News yang disiarkan kelmarin mengenai hasratnya untuk memiliki lebih ramai anak, Kelly yang berusia 44 tahun itu berkata, dia berasa lebih normal apabila mengandung.

KELLY BATES dan suaminya.


"Saya juga akan gembira jika dapat mendukung bayi," katanya yang melahirkan anak pada setiap tahun.
Anak-anak pasangan tersebut ialah Zach, 22, Michaella, 21, Erin, 20, Lawson, 19, Nathan, 18, Alyssa, 16, Tori, 15, Trace, 14, Carlin, 13, Josie, 12, Katie, 10, Jackson, 9, Warden, 8, Isaiah, 6, Addallee, 5, Ellie, 4, Callie, 2, dan akhir sekali, Judson yang berusia 11 bulan.
Menurut Kelly, memiliki keluarga besar tidak semestinya memerlukan belanja yang besar.
Keluarga itu kini tinggal di sebuah rumah berkeluasan 371.6 meter persegi yang memiliki lima bilik tidur.
Bagi memastikan pakaian anak-anaknya kekal bersih, Kelly memiliki lima buah mesin basuh dan tiga mesin pengering serta ampaian yang dapat menyidai beratus-ratus baju, seluar dan juga pakaian dalam.
Keluarga berkenaan menaiki dua buah van untuk ke sesuatu destinasi.
Sebuah van itu dapat membawa 15 penumpang manakala van kedua memiliki 7 tempat duduk.
Mereka akan keluar membeli barangan dapur setiap dua hari dan membelanjakan lebih AS$250 (RM747) setiap kali berbuat demikian. - Agensi

No comments:

Post a Comment