Jangan tertipu kurma RM1
GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.
Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.
Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.
Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.
“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.
“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut.
Hasrat tunaikan umrah berkecai
|
KUALA LUMPUR – Hasrat dua beranak untuk menunaikan ibadah puasa 10 hari terakhir serta menyambut Aidilfitri di Mekah berkecai apabila kedua-dua mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan ejen syarikat pengurusan umrah yang beroperasi di Wangsa Maju di sini.
Muhammad Bahauddin Arif Karkhi, 26, dan ibunya, Rohaiza Yaacob, 46, mendakwa, mereka hanya menyedari penipuan itu apabila mendapati nama mereka tiada dalam senarai penumpang umrah penerbangan Saudi Arabian Airlines yang sepatutnya berlepas petang semalam.
Muhammad Bahauddin berkata, ejen terbabit memberitahu bahawa dia dan ibunya sepatutnya berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada pukul 3 petang semalam.
Pantang maut sebelum ajal
KUALA PILAH – Berpantang maut sebelum ajal! Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 29 tahun yang masih bernyawa walaupun ditikam sebanyak lapan kali di badannya sebelum dicampak di dalam hutan di Jalan Bukit Putus di sini pada Khamis lalu.
Lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit yang tersedar dari pengsan pada pagi Jumaat lalu itu masih berupaya berjalan sejauh beberapa kilometer sebelum diselamatkan oleh orang ramai di Jalan Seremban-Kuala Pilah semalam.
Sumber berkata, lelaki dikenali sebagai Arman Shah itu diselamatkan oleh orang ramai yang menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar sebelum menghubungi ambulans.
“Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dekat sini dan kakitangan di wad kecemasan terkejut selepas mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat lapan kesan tikaman pada badannya.
“Mangsa sempat menceritakan yang dia tidak sedarkan diri selepas diserang dua lelaki yang dikenalinya dengan menggunakan pisau pada petang Khamis lalu di Bahau, dekat sini,” katanya di sini semalam.
Drama culik peminjam wang
KUALA LUMPUR – Kebijaksanaan polis menangani satu kes penculikan dapat menyelamatkan seorang gadis dan ibunya dari terus menjadi tebusan selama lapan jam oleh seorang peminjam wang bersenjatakan pedang dalam kejadian di Taman Bukit Cheras di sini semalam.
Kejadian mencemaskan itu berlaku pada pukul 2.30 pagi apabila lelaki berusia 32 tahun tersebut menunggu gadis berumur 24 tahun pulang dari kerja sebagai ahli perniagaan di depan rumahnya di sebuah apartmen di Gombak. Motif kejadian dipercayai berkaitan dengan masalah keluarga dan cinta.
Selepas mendapati mangsa tiba, suspek telah masuk ke dalam kereta mangsa jenis BMW putih sebelum memaksa gadis itu memandu ke arah Cheras.
Sempat berseloroh selepas dihukum
MARANG – Seorang peniaga yang dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menyembunyikan mercun di dalam reban ayam sempat bersalaman dan berseloroh dengan wartawan bertanyakan bila berita mengenainya akan disiarkan.
Tertuduh, Yusof Awang, 53, berkelakuan demikian ketika dibawa keluar dari mahkamah itu selepas Majistret Nor Azizah Yusof mengarahkannya untuk menjalani hukuman tersebut.
“Berita saya akan keluar malam ni dekat TV ke? soalnya selepas dijatuhi hukuman semalam.
Isteri hamil 7 bulan maut nahas
PEKAN – Kegembiraan seorang inspektor polis untuk membuat kejutan pulang berbuka puasa di rumah ibunya bertukar sedih apabila isterinya yang mengandung tujuh bulan maut nahas di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat di sini.
Kedua-dua suami isteri itu terlibat nahas ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke rumah ibu Mohd. Nor Idham di Kluang, Johor dalam kejadian pukul 3.30 petang kelmarin.
Dalam kejadian itu, Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, yang mengandung anak sulung berusia tujuh bulan disahkan maut di tempat kejadian manakala suaminya, Mohd. Nor Idham Ali Mat Nor, 27, cedera ringan.
Ibu mertua mangsa, Salbiah Abdullah, 50, berkata, dia diberitahu anak ketiganya, Norlidaya, 22, mengenai niat menantunya itu berpakat dengan ipar duai yang lain untuk membuat kejutan pulang berbuka puasa bersamanya di Taman Sri Kluang dekat Kluang.
“Anak dan menantu saya bekerja di Kota Bharu. Sebelum ini, mereka beritahu tak dapat pulang berhari raya di Johor atas sebab Noor Edlina perlu bertugas pada hari raya nanti.
“Terharu selepas dapat tahu mereka merancang dalam diam untuk berbuka puasa dengan saya, tetapi semua perancangan berakhir dalam pilu,” cerita Salbiah semasa ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan di sini malam kelmarin.
Tinggal rakan elak diberkas
KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah yang terdesak untuk melarikan diri sanggup meninggalkan rakannya yang tercedera di tepi jalan selepas kereta jenis Naza Citra berwarna hitam yang dinaiki mereka dikejar polis dalam kejadian di Damansara Damai dekat sini semalam.
Kejadian pukul 7.30 pagi itu berlaku apabila dua suspek berusia di antara 20-an dan 30-an sedang melarikan diri selepas cubaan mereka bersama seorang lagi rakan menyamun sebuah kafe siber di Kampung Baru, Sungai Buloh dekat sini sejam sebelum itu gagal.
Dalam kejadian itu, salah seorang daripada tiga penjenayah tersebut mati selepas ditembak di perut oleh dua anggota polis yang ketika kejadian sedang melakukan intipan dan risikan di kafe siber itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, sebelum itu, ketiga-tiga mereka yang menaiki kereta Naza Citra datang ke premis itu dan masuk melalui pintu belakang.
Novelis Azizi Abdullah meninggal dunia
GEORGE TOWN – Novelis terkenal, Azizi Abdullah (gambar) meninggal dunia pagi semalam setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas.
Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd. Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata, Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.
Jalan TAR, Masjid India sesak
KUALA LUMPUR – Beberapa tempat membeli-belah utama di ibu negara semakin sesak dikunjungi umat Islam yang mahu membuat persiapan terakhir bagi menyambut Aidilfitri yang bakal disambut kira-kira seminggu lagi.
Tinjauan Kosmo! di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India mendapati orang ramai mula membanjiri kawasan tersebut sejak pagi lagi.
Seorang peniaga baju kurung dan tudung, Puji Rahayu Sujadi, 40, berkata, orang ramai mula membanjiri gerainya seawal pukul 9 pagi untuk mendapatkan koleksi pakaian dari kilangnya di Sentul yang berdasarkan fesyen selebriti.
“Saya dapati jumlah pengunjung yang membeli-belah di Jalan TAR dan Jalan Masjid India lebih ramai berbanding pada tahun lalu,” katanya.
Kolam renang paling padat di dunia
DAYING, China – Lebih sejuta orang telah mengunjungi sebuah kolam renang gergasi yang dikenali dengan nama Laut Mati China dan terletak di sebuah taman tema air di sini, wilayah Sichuan.
Ramai pengunjung mandi di kolam tersebut walaupun ia dipenuhi dengan orang ramai pada cuti hujung minggu baru-baru ini.
Taman tema dalam bangunan itu merupakan taman tema air terbesar di China merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi.
Laut buatan itu mengandungi 43 bahan mineral.
Ekoran kadar kemasinan kolam itu lebih 22 peratus, orang ramai akan mudah terapung sama seperti di Laut Mati di Asia Barat. – Agensi
No comments:
Post a Comment