Jerat syarikat hantu
Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my
georgie@hmetro.com.my
KESAL...Janarthanan (kiri) menunjukkan invois palsu syarikat terbabit kepada Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong (tengah).
Mangsa, R A Janarthanan, 30, mengusahakan syarikat keluarganya, Janar Textile Sdn Bhd dan mula melakukan urus niaga membeli kain secara dalam talian daripada sebuah laman web syarikat tekstil terkenal Sunrise ‘SHENG ZHOU’ Textile Co Ltd di China sejak awal tahun ini.
Menurutnya, urus niaga pertama dilakukan pada Mac lalu dan dia membeli kain bernilai kira-kira RM170,000 daripada syarikat itu.
Selepas berpuas hati dengan kualiti produk yang dibeli itu, mangsa membuat tempahan kedua pada 13 Jun lalu menerusi e-mel dan pada keesokan harinya, dia menerima satu invois menggunakan kepala surat rasmi syarikat tekstil terkenal itu yang menyatakan dia perlu membayar RM503,150 iaitu nilai tempahan.
“Selepas bersetuju, saya mendapat invois kedua dan melakukan transaksi pertama berjumlah RM277,603.76 ke dalam satu akaun bank atas nama syarikat berbeza, namun transaksi berkenaan gagal kerana nombor akaun tidak lengkap.
Lahir bayi di sekolah
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu disedari seorang pekerja sekolah terbabit selepas pelajar perempuan berusia 18 tahun itu ditemui bersama bayi lelakinya yang baru dilahirkan di atas katil dalam bilik asrama tingkat satu bangunan itu.
Menurut sumber, curiga dengan tangisan itu, pekerja berkenaan memanggil rakannya untuk memeriksa bilik asrama sekolah dan terkejut mendapati dua beranak terbabit berada di atas katil.
Beliau berkata, pelajar berkenaan kelihatan lemah, selain bimbang dengan kejadian berkenaan selepas melahirkan bayi di sekolah.
“Bimbang dengan keselamatan pelajar itu, pekerja berkenaa memaklumkan kepada pihak sekolah dan yang kemudian mendapatkan bantuan ambulans,” katanya.
Pelajar berasal dari Pasir Mas itu dipercayai melahirkan bayi di dalam tandas sebelum membawa anaknya yang masih bertali pusat ke dalam bilik tidur asrama sebelum terlantar akibat keletihan.
Pelajar terbabit dikatakan pernah mengadu sakit perut pada malam sebelum kejadian, namun dia mendakwa hanya sakit senggugut sebelum dipercayai meminta kunci bilik daripada pengawal keselamatan untuk naik ke bilik asrama.
“Pelajar itu mendakwa tertinggal barang dan meminta kunci bilik daripada pengawal keselamatan untuk naik ke biliknya.
“Dia pernah mengadu sakit perut kepada rakannya, namun bila ditanya dia kata senggugut, malah rakan-rakanya tidak mengesyaki apa-apa dan turut terkejut ," kata sumber.
Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi memberitahu tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian berkenaan.
“Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan dan tidak pasti kejadian itu berlaku di kawasan ini atau sebaliknya. Bagaimanapun siasatan akan dilakukan sekiranya laporan berhubung kejadian itu diterima,” katanya.
Suami isteri penyamun
Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Zarina Abdullah
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Sebelum ini, pasangan berusia 27 dan 29 tahun yang mempunyai rekod jenayah itu pernah dipenjara pada 2008 kerana kegiatan memecah kereta sebelum melarikan barangan berharga.
Namun, selepas hampir setahun berleluasa, pasangan yang mempunyai tiga anak berumur antara tiga bulan hingga tujuh tahun itu akhirnya tumpas apabila penginapan mereka di sebuah hotel diserbu polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 1 pagi, 13 Ogos lalu yang bertindak hasil maklumat awam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, tangkapan itu membongkarkan 50 kes pecah kereta di sekitar daerah ini dengan anggaran kerugian bernilai RM100,000.
“Susulan penahanan mereka, kami merampas barangan yang percayai dicuri pasangan ini bernilai RM30,000.
“Antara barang ditemui ialah 11 unit komputer riba, 18 unit telefon bimbit, 16 unit pemacu storan, 22 keping kad SIM, lima utas jam tangan, empat unit cakera keras, dua unit kamera, dua unit alat pemain MP3 dan MP4 serta empat unit beg komputer riba.
“Pengadu yang pernah membuat laporan berkaitan kejadian pecah kereta atau kehilangan komputer riba diminta hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Terengganu untuk membuat pengecaman barang dirampas atau menghubungi talian 09-6246222, sambungan 5769 atau Inspektor Selvakumar, 019-5767731,” katanya dalam sedia media di IPD Kuala Terengganu di sini, semalam.
Angkara cemburu
Suspek berusia 28 tahun itu kini direman selepas ditahan, petang kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, suspek bertindak sedemikian kerana cemburu terhadap teman wanita mangsa.
“Kita yakin penahanan suspek kes simbah asid berkenaan selesai. Namun, penahanan suspek hanya membabitkan kes seorang mangsa bukan kes simbah asid bersiri sebelum ini.
“Kebiasaannya setiap kes pasti ada motif tetapi bagi lebih 20 kes simbah asid bersiri seolah-olah masalah mental kerana sesuka hati menyimbah asid,” katanya.
Menurutnya, polis sudah mengenal pasti seorang suspek kes bersiri, namun belum ada tangkapan dibuat.
Khalid berkata, pihaknya mengharapkan kerjasama orang awam bagi menyelesaikan kes simbah asid bersiri menggemparkan orang ramai.
Sultan Selangor syor tubuh majlis syura
Majlis itu akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.
Abdul Khalid berkata, idea penubuhan majlis itu dicadangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika beliau dan baginda mengadakan perbincangan, minggu lalu.
“Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.
“Saya juga berjumpa Mufti Selangor dan kami merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.
Majlis itu akan mengkaji isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan sikap hormat-menghormati serta harmoni pelbagai kaum dan agama terus terpelihara.
Kelar muka, leher rakan sekuliah
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa, Muhammad Khairul Amir Zulkifli, 18, cedera di leher, muka dan badan selepas suspek yang juga berusia 18 tahun berang sebelum menyerangnya dengan pisau berkenaan.
Difahamkan, suspek sebelum itu tertekan kerana kerap diperli rakan yang lain mengenai beberapa perkara membabitkan peribadinya.
Mangsa yang secara kebetulan bertanya kepada suspek berkenaan perkara itu, menerima padah apabila suspek menyerangnya.
Kejadian dipercayai di asrama universiti berkenaan ketika mereka baru bangun untuk bersahur.
Keluarga wajib bertaubat
Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, berkata selepas menerima aduan daripada Sham, pihaknya kini dalam proses untuk memfaraqkan pasangan itu kerana secara jelas berlaku penipuan dalam perkahwinan terbabit.
“Secara umumnya, wali mujbir atau wali akrab menjadi satu syarat utama sah sesebuah pernikahan, tetapi dalam kes ini berlaku manipulasi undang-undang apabila si anak lebih sanggup mengaku anak tidak sah taraf daripada meminta bapa kandung menjadi wali.
“Kes seumpama ini pernah berlaku apabila seorang wanita menipu dengan menggunakan sijil kematian palsu bapanya untuk bernikah secara berwali hakim. Mahkamah kemudian memerintahkan pasangan itu difaraqkan serta-merta. Justeru, mengambil intipati perundangan sama tindakan tegas perlu diambil bagi kes ini,” katanya yang ditemui, semalam.
Beliau berkata, pasangan itu hanya boleh dinikahkan semula dengan berwalikan bapa kandungnya yang masih hidup kerana mengikut hukum syarak, perkahwinan tanpa wali mujbir tidak sah.
“Dalam kes ini, jurunikah juga bukan sekadar memastikan semua maklumat dalam borang nikah lengkap, malah sahih bukan bersikap sambil lewa.
“Malah, semua pihak yang mengetahui mengenai perkara ini, tetapi tidak menghalangnya wajib bertaubat kerana melakukan dosa besar selain melanggar undang-undang syariah,” katanya.
Anak gadis pukul ibu OKU kerana hidang makanan tak sedap
Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, ibu malang berusia 46 tahun berkenaan dikatakan menyediakan makanan untuk keluarganya seperti biasa sebelum anak gadisnya berusia 16 tahun menjamah makanan terbabit. Gadis terbabit mengamuk dan memaki-hamun ibunya sambil mengatakan makanan terbabit tidak sedap.
Menurut sumber, suspek kemudian mencapai cawan plastik yang berada berdekatan lalu menghentak kepala ibunya berkali-kali sambil memaki-hamun.
“Mangsa tidak dapat mempertahankan dirinya berikutan keadaannya yang berkerusi roda dan lemah.
“Lebih keji apabila suspek sanggup melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa hanya kerana tidak berpuas hati dengan masakannya,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, ini bukan kali pertama wanita OKU itu diperlakukan sebegitu, malah sebelum ini, mangsa pernah membuat laporan polis berikutan suspek memukulnya hanya kerana perkara kecil.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Ajak guru bertarung
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Georgie Joseph
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Difahamkan, selain melakukan pelbagai kesalahan termasuk ponteng, suspek yang belajar di tingkatan tiga sekolah itu turut memeras ugut pelajar lain untuk mendapatkan wang perlindungan. Malah, jika permintaannya ditolak, ‘gengster junior’ terbabit dikatakan akan memukul mereka.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 7.30 pagi semalam, pelajar terbabit turut dikatakan mengugut untuk mencederakan guru lelaki berusia 30 tahun sehingga parah dalam pergaduhan yang dirancangnya itu sebagai balasan terhadap perbuatan mangsa yang membongkarkan kegiatan tidak bermoralnya kepada pengetua sekolah berkenaan.
Bimbang dengan ancaman berkenaan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Brickfields, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, semuanya bermula apabila pelajar terbabit berjumpa guru berkenaan selepas tamat perhimpunan pagi di tapak perhimpunan sekolah itu.
5 along tagih RM300,000
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
maryvictoria@hmetro.com.my
Berikutan itu, Sacitheran terlantar di Hospital Sultan Ismail (HSI) selama dua bulan malah turut hidup umpama pelarian apabila dia sekeluarga terpaksa berpindah ke 11 lokasi berbeza dalam tempoh setahun kerana bimbang dengan ancaman along terbabit.
Menurut bapa kepada tiga anak termasuk seorang yang menghidap sindrom down itu, berikutan gagal melangsaikan hutang along terbabit, dia menerima pelbagai ugutan hingga tidak dapat keluar bekerja.
“Saya mula terjebak dengan pinjaman along apabila syarikat pembinaan di Taman Desa Cemerlang mengalami kerugian RM1.3 juta, pada 2009.
“Atas desakan seorang kontraktor yang juga pemaju utama sebuah projek pembinaan yang dijalankan di Mersing untuk membayar ganti rugi, saya terpaksa mendapatkan pinjaman daripada beberapa along selain kenalan secara berperingkat,” katanya, semalam.
Menurut Sachiteran, usahanya melunaskan hutang terbabit dengan menjual barangan di syarikat kepada pihak tertentu gagal apabila kontraktor terbabit turut didakwa memecah masuk pejabatnya dan melarikan pelbagai barangan bernilai hampir RM300,000.
“Saya menuntut kembali wang ganti rugi yang diserahkan kepada kontraktor terbabit tetapi dia tidak mempedulikannya,” katanya.
Menurut Sacitheran, keluarganya juga dihalau dari kediamannya di Taman Bestari Indah pada hujung 2009 sebelum mereka berpindah ke sebuah flet di Kuala Lumpur dan tinggal di sana selama lapan bulan.
Bagaimanapun, Sachiteran berkata, keluarganya kembali diancam along selepas mereka mengesan alamat tempat tinggalnya.
“Saya terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori dan kembali ke Johor, sepanjang tempoh setahun, kami sudah berpindah ke 11 lokasi termasuk menyewa di hotel bajet selain pernah terputus bekalan makanan.
“Akibat tidak berkerja, kami terpaksa bergantung kepada bantuan bapa mentua yang bekerja sebagai tukang cuci” katanya.
Bukan itu saja, malah dua anak Sachiteran iaitu Misha, 9, dan Pauline, 12, juga gagal ke sekolah sejak lebih dua bulan lalu.
Sachiteran turut mendakwa gagal membawa anak bongsu, Fiona yang berusia lapan tahun untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan kerana bimbang diserang along.
“Saya sudah membuat lebih 10 laporan polis berkaitan perkara ugutan along dan yang terbaru di Balai Polis Pelangi Indah, Ulu Tiram pada 16 Ogos lalu.
“Saya berharap ada pihak yang tampil membantu kami menyelesaikan masalah ini, pada masa sama saya mahu menyekolahkan anak semula selain berusaha mendapatkan pekerjaan sesuai,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Negeri Johor, Michael Tay berkata, pihaknya yang sudah berjaya mengendalikan dan menyelesaikan 30 kes membabitkan mangsa along bersedia menawarkan nasihat kepada keluarga Sacitheran.
“Sebelum membantu keluarga itu, kami akan menyiasat bagi mendapatkan gambaran jelas berkaitan permasalahan dialami lelaki itu.
“Kemudian kami akan berusaha untuk menghubungi along dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mangsa suami cemburu buta
Oleh Nur Lela Zulkipli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian di Bandar Botanik, di sini, mangsa hanya mahu dikenali sebagai Shikin, 28, mendakwa suaminya mengurungnya kerana cemburu serta tidak mahu orang lain melihat mangsa.
Shikin mendakwa sudah hampir seminggu dikurung tanpa sebab, sebelum dibebaskan jam 12.30 awal pagi kelmarin.
“Saya baru berkahwin tahun lalu. Suami mula mengurung saya sejak awal tahun beberapa kali tetapi akan melepaskan saya semula.
“Sebelum ini suami turut memukul tetapi saya bersabar dengan harapan suami berubah kerana suami baru dibuang kerja. Mujur saya terfikir untuk memberi memo kepada penghantar kuih untuk memaklumkan kesulitan saya,” katanya.
Shikin kemudian melaporkan kejadian di balai polis berdekatan.
Sementara itu, kakak mangsa dikenali sebagai Isma, 30-an berkata, dia mendapat panggilan misteri daripada seorang wanita yang tidak dikenalinya supaya menyelamatkan adiknya di rumahnya.
“Saya tak senang hati apabila dapat panggilan yang mengatakan adik saya dalam bahaya. Saya takut kalau adik saya diapa-apakan.
Difahamkan, pihak polis terpaksa memecahkan kunci pintu rumah kerana mangsa terkunci dari dalam dan bimbang jika mangsa mengalami sebarang kecederaan.
Isma berkata, adiknya itu menyedari cemburu buta suaminya itu sebelum berkahwin lagi, tetapi berharap suaminya berubah. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, kes diserahkan kepada Mahkamah Syariah kerana mangsa tidak tahan lagi dengan sikap suaminya dan mangsa dalam proses menuntut cerai.
Lelaki Jepun mati terikat dalam hotel
Polis bergegas ke tempat kejadian atas maklumat pihak hotel jam 12.30 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, siasatan mendapati kedua-duanya berusia 50-an diikat di dalam bilik hotel.
“Seorang sudah meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada kepala manakala rakannya cedera ringan. Kedua-duanya ditemui dengan kaki dan tangan terikat,” katanya selepas merasmikan Kempen Balik Kampung Rumah Selamat di bazar Ramadan Tasik Permai, semalam.
911, The Clone semarak kefahaman Islam di Brazil
Itu antara beberapa perkataan Arab yang diketahui Omar dan dia serta-merta menyambung perbualan dalam bahasa Portugis dengan jemaah lain yang kebanyakan sepertinya, baru saja menganut Islam di Brazil, negara Katolik terbesar dunia.
Di bumi yang lebih terkenal dengan wanita berpakaian bikini mini dan karnival besar-besaran yang memaparkan wanita mengenakan pakaian mendedahkan hampir seluruh tubuh mereka, sekumpulan kecil warga Brazil daripada pelbagai latar belakang kehidupan, menggelar diri mereka Muslim.
Selama puluhan tahun, hanya keluarga pendatang dari Libya, Palestin dan Syria mengamalkan Islam di Brazil.
Omar, yang empat tahun lalu menjadi paderi di sebuah gereja tempatan menjelaskan alasan dia menganut Islam.
“Saya menemui Islam dalam semua perkara yang saya cari selama ini. Saya menemui Tuhan yang memang sudah sedia mempunyai ciri-ciri ketuhanan dan kebesaran, tanpa sebarang pengubahsuaian,” kata pereka grafik berusia 34 tahun itu.
Dia yang berjubah enggan memberitahu nama sebenarnya, sebaliknya hanya mendedahkan nama Islamnya - Omar Israfil Dawud bin Ibrahim.
“Di gereja, anda dimaklumkan Islam adalah satu daripada agama yang mempercayai satu tuhan. Tidak ada prasangka terhadap agama itu,” kata Omar, dengan isteri, Alessandra Faria atau nama Islamnya Fatima, berdiri di sisinya.
Seperti Omar, Fatima juga adalah penduduk tempatan yang baru menganut Islam dan mengambil keputusan untuk berpurdah.
“Mulanya ibu saya begitu malu hendak keluar dengan saya. Saya memakai purdah sebagai tanda keislaman saya dan pada masa sama sedar saya adalah sebahagian daripada masyarakat minoriti,” katanya.
Pemakaian purdah oleh Fatimah mencetuskan kejutan di Rio. Di sana, wanita berjalan di tengah bandar dengan hanya berbikini adalah perkara biasa. Namun, dia yakin, Islam mempunyai tempat di situ.
“Brazil adalah gabungan pelbagai budaya berbeza. Campuran ini menjadikan rakyat Brazil boleh menyesuaikan diri dan bersifat tolak ansur,” kata suri rumah itu. Seperti kebanyakan penganut Islam di Rio, Omar dan Fatimah hanya memeluk Islam baru-baru ini. Mereka merancang untuk ke Arab Saudi tahun depan bagi mengikuti pengajian bahasa Arab dengan pembiayaan daripada kerajaan Saudi.
Pengubahsuaian terhadap masjid tempat mereka bersolat di Tijuca, bandar pinggir utara Rio itu, mula dijalankan empat tahun lalu dengan sumbangan daripada jemaah. Apabila siap kelak, ia mampu memuatkan 400 orang untuk satu-satu waktu, satu peningkatan besar.
“Jumlah penduduk Islam terus meningkat dan kebanyakan yang menganut agama itu ialah rakyat Brazil. Sebahagian besar anggota baru yang kami terima ialah secara dalam talian,” kata Sami Isbelle, jurucakap Persatuan Amal Muslim Rio de Janeiro.
Menurutnya, terdapat 500 keluarga Islam di Rio, 85 peratus daripadanya rakyat Brazil yang menjadi saudara baru tanpa sebarang hubungan dengan keturunan Arab yang menetap di sini,” kata Isbelle.
Keadaan di Sao Paulo berbeza dengan wilayah di selatan Brazil yang hampir semua penduduk Islam dilahirkan dan biasanya daripada keturunan Arab.
Bancian yang dijalankan pihak berkuasa Brazil tidak mengambil kira jumlah umat Islam. Ia hanya menyediakan data untuk penganut Katolik, mazhab lain dalam agama Kristian, Yahudi dan agama Afro-Brazil.
Penduduk Islam disenaraikan dalam ‘kategori lain’ sama seperti penganut Buddha, contohnya, kata pakar mengenai Islam di Brazil, Paulo Pinto dari Universiti Persekutuan Fuminense. Dia menganggarkan negara itu mempunyai kira-kira sejuta penduduk beragama Islam.
Penunjuk terbaik perkembangan Islam di negara ini ialah pembinaan pesat masjid, kata Pinto. Kini terdapat 127 masjid, empat kali ganda lebih banyak berbanding pada 2000.
“Selepas serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat , minat terhadap Islam meningkat dan ramai yang mengambil keputusan menganut agama itu,” kata Pinto.
“Islam dilihat sebagai tentangan baru. Tetapi, sebenarnya, apa yang mencetuskan minat penduduk Brazil terhadap Islam ialah ‘telenovela’ atau drama televisyen, ‘The Clone’ yang mula ditayangkan tiga minggu selepas serangan itu.
Berlatar belakangkan suasana di Maghribi, rancangan popular itu menunjukkan imej positif mengenai kehidupan seorang wira beragama Islam,” kata Pinto. - AFP
No comments:
Post a Comment