Wednesday, August 24, 2011

SOMALIA ADA TAK MAKAN..SINI DUIT ZAKAT BERJUTA2 KUTIP DAN SIMPAN...RAKYAT SINI NAK MINTA PUN SUSAH...DAPAT PUN TAK SEBANYAK MANA....AKHIRAT YANG MENGURUS ZAKAT JAWAB...SABIT DAN TAK AMANAH...MASUK NERAKALAH....BARU PADAN MUKA AKU....

Pusat sembelih ayam masih tiada sijil halal



PERIKSA...Jailani memeriksa ayam yang disembelih dalam operasi, semalam.
PERIKSA...Jailani memeriksa ayam yang disembelih dalam operasi, semalam.
KUALA LUMPUR: Walaupun sudah berulang kali diserbu pihak berkuasa dan diberi ‘tarbiah’, segelintir pemilik pusat pemprosesan ayam di beberapa pasar di sini, berdegil dan enggan membuat permohonan sijil halal.
Lebih membimbangkan apabila pelanggan pusat penyembelihan terbabit bukan saja di kalangan peniaga bukan Islam, malah dipercayai turut dibeli pemborong dan peniaga kecil yang beragama Islam.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 4 pagi semalam, di Pasar Borong Selayang dan Pasar Jinjang, di sini, yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati selain tidak mempunyai sijil halal, beberapa aspek penyembelihan turut diabaikan.
Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah, setiap ayam yang disembelih tidak dilakukan pemeriksaan, malah pisau yang digunakan pula tidak dibasuh setiap kali sembelihan.

“Sepatutnya setiap ayam yang disembelih perlu diperiksa untuk memastikan ia benar-benar disembelih dan sah mengikut hukum syarak.

“Malah, hanya dua tukang sembelih yang bekerja dalam dua jam bagi menyembelih 4,000 ayam,” katanya yang turut serta operasi terbabit.

Menurut Jailani, tiga pusat penyembelihan yang diperiksa juga mengabaikan aspek kebersihan iaitu kotor dan menjijikkan apabila ayam mati dilonggokkan di atas lantai.

Bagaimanapun, beliau berkata, dua daripada tiga pusat penyembelihan itu menggunakan khidmat tukang sembelih yang bertauliah dan memiliki kad penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi).
Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati ayam yang dibekalkan mereka tidak sihat dan mungkin berpenyakit berdasarkan bahagian yang lebam dan hitam.

“Permintaan tinggi ketika Ramadan dan menjelang Syawal menyebabkan pengusaha agresif menghabiskan stok ayam sehingga mengabaikan aspek pematuhan halal.

“Atas sebab itu, kami mahu menyedarkan masyarakat dan jabatan agama negeri membuat pemeriksaan dan memantau pusat penyembelihan ayam supaya penguasa yang memiliki sijil halal turut mengambil berat,” katanya.

Operasi itu disertai pegawai Bahagian Pelesenan dan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memastikan penguasa memiliki lesen sah dan mematuhi syarat.

Lain salah lain dibalas

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

GOMBAK: Seorang lelaki yang berang selepas dibelasah sekumpulan lelaki minggu lalu bertindak balas dengan membelasah seorang pelajar menggunakan topi keledar menyebabkan pelajar itu retak tangan kiri walaupun dia tidak terbabit serangan sebelum itu.
Dalam kejadian di Selayang kira-kira jam 1 tengah hari semalam, mangsa berusia 17 tahun yang tamat sesi persekolahan berjalan menuju pondok menunggu bas untuk pulang ke rumah.

Menurut sumber, selang beberapa minit kemudian datang seorang lelaki tidak dikenali berusia 20-an berbual-bual dengan mangsa.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa berbual sekejap sebelum lelaki itu ingin tahu tempat tinggal mangsa.

“Pelajar terbabit memberitahu dia tinggal di Taman Intan Baiduri dan sebaik mendengar jawapan mangsa, lelaki itu naik angin dan memukul badan mangsa dengan topi keledar,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek yang tiba-tiba bertukar ganas cuba mempertahan diri, namun gagal apabila lelaki itu bagaikan dirasuk membelasahnya bertubi-tubi.

“Selepas beberapa minit, lelaki itu berhenti dan memberitahu dia memukul mangsa kerana tidak berpuas hati sebelum ini dia menerima nasib sama apabila dipukul penduduk di kawasan tempat tinggal mangsa.

“Dia meninggalkan mangsa yang kesakitan dan beredar dari situ.
“Sebaik ditinggalkan, mangsa pergi ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan sebelum diberitahu tangan kirinya retak ketika menepis serangan suspek,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang berhubung kejadian itu.

 

Datuk mati langgar Porsche



KEMAMAN: Seorang ahli perniagaan maut selepas kenderaan jenis Mitsubishi yang dipandunya bertembung dengan sebuah Porche dalam kemalangan di Kilometer 134, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, semalam.
Dalam kemalangan jam 11 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Datuk Abu Bakar Kamar@Kamal, 61, beralamat di Lot No. 35D, Jalan Besar, Dungun dan dia yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu mangsa terbabas selepas cuba memotong sebuah kenderaan lain.
Menurutnya, kereta mangsa kemudian bergesel dengan sebuah Proton Wira dari arah bertentangan sebelum melanggar kereta Porsche terbabit yang berada di belakang kereta Proton Wira berkenaan.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumahnya ke Chukai, Kemaman bagi menguruskan perniagaannya di sana.

Abdullah Sani berkata, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat patah tulang rusuk dan mengalami pendarahan dalaman yang serius.

Difahamkan pemandu Porche berkenaan cedera ringan dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar.


Naik berahi dalam bas

Oleh Norasikin Daineh
norasikin@hmetro.com.my

SANDAKAN: Seorang lelaki dipercayai ‘gila seks’ bukan saja cuba mencabul kehormatan seorang gadis, malah bertindak samseng apabila cuba memperkosa mangsa di dalam bas yang sedang bergerak dan dipenuhi penumpang, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar kolej berusia 20 tahun itu menaiki bas berkenaan dari Terminal Bas Milimewa untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini, kira-kira jam 4 petang.

Bas terbabit berhenti dan dinaiki seorang penumpang lelaki berusia 35 tahun yang duduk di sebelah mangsa sebelum mereka berbual dan pada masa sama lelaki terbabit cuba meletakkan tangan di bahu gadis itu, tetapi dihalang mangsa.

Lelaki itu mengulangi perbuatannya menyebabkan mangsa dan penumpang lain menegur tindakannya dan mangsa yang berang dengan perbuatan itu menolak suspek menyebabkan dia berang.


Seperti dirasuk hantu, suspek cuba memeluk dan menanggalkan skirt dipakai mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan beberapa penumpang lain kemudian campur tangan sebelum menahan suspek dan diserahkan kepada polis.

Ramai tunggu untuk mati

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Bayangkan ada ibu yang tinggalkan anaknya di tepi jalan dan dibiarkan sehingga nyawanya diambil Tuhan kerana tidak mampu memberi mereka makan.
“Memang sedih, tapi itu yang terpaksa dia lakukan kerana akhirnya si ibu menemui ajal dengan cara serupa,” cerita penuntut dari Somalia, Shafie Sharif Mohamed, 29.

Dia yang sudah empat tahun di Malaysia, menyambung pengajian ijazah kedoktoran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dekat sini, memberitahu bencana kebuluran di negara asalnya semakin kritikal.
Katanya, walaupun tidak berada di sana, namun dia dapat merasakan penderitaan penduduk yang terjejas, khususnya apabila bekalan makanan dan minuman tidak mencukupi bagi menampung keperluan terutama kanak-kanak.

“Mendengar rakan di sana (Somalia) memaklumkan terdapat ibu meninggalkan anak di tepi jalan dan menunggu kematian, sudah cukup untuk menterjemahkan betapa teruknya masalah kebuluran yang melanda negara kami.

“Situasi ini yang terburuk dan kelihatan seperti sukar diubati, tetapi kami percaya masih ada harapan bagi penduduk yang menderita untuk memperoleh rawatan dan bantuan sewajarnya.

“Syukur kerana banyak pihak yang mahu membantu termasuk apa yang dilakukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak lain di Malaysia. Mereka tidak hanya menyatakan sokongan, tapi mencari jalan membantu, terima kasih diucapkan,” katanya.

Shafie Sharif ditemui pada sesi khas anjuran Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) bersama 30 penuntut Somalia di pejabat Mercy Malaysia, di sini, semalam yang dihadiri Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia, Zahrah Yaacob.
Bagi Graduan Pengurusan Pelancongan Universiti Utara Malaysia (UUM), Yaser Mohamed Baffo, 27, sebagai menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa, kira-kira 5,000 komuniti penduduk Somalia yang menetap di negara ini melakukan pelbagai cara bagi menyalurkan bantuan.

3 bayi, seorang budak sakit jantung kritikal



KUALA LUMPUR: Tiga bayi dan seorang kanak-kanak yang menghidap masalah jantung serius memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan mereka secepat mungkin.
Ibu seorang daripada pesakit, Noor Wahidah Samsu, 25, berkata, anaknya, Muhammad Haziq Zakwan Omar, berusia dua bulan bukan saja mengalami masalah jantung berlubang, malah arteri jantungnya terbalik sejak lahir dan perlu dibedah segera bagi mengelakkan komplikasi lebih buruk.

Seorang lagi pesakit, Chin Kai Qing, bayi perempuan berusia lima bulan pula perlu menjalani pembedahan untuk kali kedua bagi memperbaiki saluran darahnya yang sempit dengan pembedahan pertama dijalankan empat bulan lalu.
“Kami sudah berhabis untuk anak kedua kami dan kini mengharap bantuan orang ramai,” kata bapanya, Chin Su Lin, 34, ketika ditemui di Hospital Gleneagles di sini, semalam.

Anak angkat pasangan Sim Yoke Choi dan Chong Sewau Meey, Sim Wei Han, 9, pula mengalami masalah jantung sejak berusia tiga tahun dengan tiada saluran paru-paru ke jantung.

Turut berdepan masalah sama ialah Risif Bah Amaraffi berusia sebulan.

Muhammad Haziq dan Kai Qing, masing-masing memerlukan RM45,000 dan RM18,000 untuk menampung kos pembedahan jantung mereka yang dijadualkan hari ini.

Manakala Risif memerlukan RM20,000 dengan pembedahannya dijadualkan Sabtu ini manakala Wei Han memerlukan RM67,000 dan dijadualkan menjalani pembedahan September depan.
Orang ramai yang ingin menderma boleh menyumbang melalui cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis nama pesakit di belakang cek dan dialamatkan ke Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Tentera, remaja tak mengaku perkosa wanita



KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera berpangkat Lans Koperal dan seorang penjual burger bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol, melakukan seks di luar tabii dan merompak dua pendandan rambut, tiga minggu lalu.
Hamzi Amni Zamali, 25, dan remaja berusia 18 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap semua tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan Hamzi dan remaja itu didakwa merogol seorang wanita berusia 19 tahun di bilik sewa, 313, B500-4-14, Wisma Indah, Pudu, di sini pada jam 3.45 dan 4 pagi, 1 Ogos lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebat jika sabit kesalahan.

Hamzi yang pernah dihadapkan di mahkamah sama bagi pertuduhan merompak dan merogol, dua tahun lalu turut didakwa melakukan seks di luar tabii dengan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut wanita berusia 19 tahun itu sebelum merogol rakan mangsa berusia 20 tahun pada tarikh dan lokasi sama, jam 3.45 pagi. Kedua-dua tertuduh secara bersama didakwa merompak berkumpulan sebuah telefon bimbit Sony Eriksson, wang tunai RM800, dua gelang emas, dua bentuk cincin emas dan permainan video Sony PSP milik kedua-dua mangsa.

Tumbuk kakak

Oleh Na’imah Mohamed
na’imah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa dipukul dua lelaki yang cuba mengganggu adik perempuannya ketika mahu ke bazar Ramadan di kawasan perumahan mereka di Pantai Dalam, di sini, kelmarin.
Menceritakan kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, sumber berkata, wanita berusia 24 tahun itu berada di rumahnya menyediakan juadah berbuka sebelum mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada adiknya memberitahu diganggu beberapa lelaki di tingkat bawah.

Menurut sumber, mangsa kemudian bergegas ke tingkat bawah untuk membantu adiknya sambil membawa getah paip untuk mempertahankan diri.
“Setibanya mangsa di tempat kejadian, dia terus menegur perbuatan dua lelaki terbabit sebelum tiba-tiba seorang daripada mereka bertindak menolak dan menampar mangsa.

“Mangsa turut ditumbuk suspek bertubi-tubi walaupun cuba dihalang adik mangsa,” katanya.

Menurutnya lagi, suspek hanya berhenti membelasah mangsa sebaik saja orang ramai mula berkumpul dan meleraikan pergaduhan itu.

Mangsa yang mengalami bengkak di bahagian mata kirinya kemudian membuat laporan di Balai Polis Pantai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Rashid, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

No comments:

Post a Comment