Sunday, August 21, 2011

SEGALANYA DALAM TAKDIR ALLAH SWT....ALAUPUN BINATANG.....BILA AJAL SAMPAI IA TETAP DATANG DAN MELINTAS...REDHALAH DENGAN SEGALA TAKDIR....TENTU DE HIKMAH...KITA NAMPAK YANG TERSURAT...YANG TERSIRATNYA DALAM ILMU ALLAH SWT....

 Tren langgar gajah

Oleh Ramly Ibrahim
am@hmetro.com.my

MATI...seekor daripada dua gajah liar mati dirempuh  kereta api ekspres.
MATI...seekor daripada dua gajah liar mati dirempuh kereta api ekspres.
KUALA KRAI: Kira-kira 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bharu cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, menyebabkan pemandu tren terbabit terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut sebelum terpaksa melanggar ibu dan anak gajah terbabit yang dilihat sedang melintasi landasan berkenaan.

Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Fazil Ismail berkata, situasi mencemaskan itu menyebabkan perjalanan tren terbabit tergendala kira-kira enam jam sebelum meneruskan perjalanan kira-kira jam 4.30 pagi sebaik koc digantikan dengan yang lain.
“Kejadian berlaku ketika tren KTM berada antara Bukit Abu ke Manek Urai. Ketika itu, dua ekor gajah berkenaan dilihat sedang melintas jalan menyebabkan tindakan memberhentikan kenderaan terpaksa dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Meskipun pemandu lokomotif sudah membunyikan hon, tetapi berikutan jarak terlalu hampir menyebabkan berlaku rempuhan sebelum kedua-dua gajah terbabit maut, termasuk anak gajah terbabit tersepit di bawah koc, manakala ibunya pula tercampak ke dalam gaung,” katanya ketika di temui di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, berikutan kejadian itu, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat lokomotif dari Tumpat untuk membawa keluar tren berkenaan ke Kuala Krai, sebelum perjalanan diteruskan.

“Kami terpaksa menggunakan khidmat jengkaut untuk mengeluarkan anak gajah terbabit selepas tersepit di bawah lokomotif selepas terseret kira-kira 700 meter menyebabkan lokomotif berkenaan mengalami kerosakan sebelum ditunda ke Kuala Krai.

“Sebaik tiba di stesen terbabit, perjalanan kemudian diteruskan seperti biasa, manakala kejadian berkenaan tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada penumpang,” katanya.
Penduduk Kampung Slow Pak Long, Norzawawi Mohd Nor, 37, berkata kemalangan membabitkan dua ekor gajah itu diketahui kira-kira jam 9 pagi sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat situasi sebenar.

Deraian air mata suami

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

SEDIH...Mohamad Noor Idham ditenteramkan ibunya, semalam.
SEDIH...Mohamad Noor Idham ditenteramkan ibunya, semalam.
REMUK...keadaan kereta selepas terbabit kemalangan.
REMUK...keadaan kereta selepas terbabit kemalangan.
PEKAN: Hanya beg tangan putih berbunga merah jambu milik isteri menjadi penawar duka seorang pegawai kanan polis apabila wanita itu maut bersama bayi dalam kandungan berusia tujuh bulan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Paloh Hinai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, berasal dari Kota Bharu, Kelantan, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya, Inspektor Mohamad Noor Idham Ali Mat Noor, 27, berasal dari Kluang, Johor, dan bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju Kluang untuk berbuka puasa di rumah ibu Mohamad Noor Idham di Taman Sri Kluang apabila kereta dipandu pegawai polis itu gagal dikawal dan terbabas ke kiri sebelum melanggar tiang elektrik.
Menurutnya, selepas kenderaan terbabit melanggar tiang elektrik ia berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terlanggar sebuah lagi kereta dinaiki sepasang suami isteri dari Melaka menuju Kuantan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang bertugas di Hospital Kuala Krai dan mengandung anak sulung maut di tempat kejadian, manakala suaminya yang hanya calar ditubuh dikejarkan ke Hospital Pekan (HP) untuk rawatan lanjut. “Pasangan suami isteri yang turut terbabit dalam kemalangan itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sudah mengambil keterangan mereka untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika ditemui selepas melawat pegawai polis itu di wad kecemasan hospital berkenaan.

Dalam lawatan itu, Mohamad Noor Idham dilihat mengalami trauma teruk dengan kejadian terbabit apabila sukar untuk menceritakan kejadian sebenar kepada Yahaya, sebaliknya hanya menangis dan memeluk beg tangan isterinya.

Mohamad Noor Idham hanya mampu berkata dia mahu pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama ibunya dan dia masih tidak dapat melupakan detik bersama isteri sebelum kejadian berlaku.

Sementara itu, ibu Mohamad Noor Idham, Salbiah Abdullah, 50, berkata dia tidak tahu anak sulungnya daripada lima beradik itu merancang untuk pulang ke kampung dan berbuka puasa bersamanya.
“Anak saya tidak memberitahu pun dia akan pulang bersama menantu untuk berbuka puasa bersama saya, sebaliknya dia hanya memaklumkan perkara ini kepada adiknya, Norlidaya, 22. “Dia mungkin mahu memberikan kejutan kepada saya kerana tidak dapat pulang beraya di kampung disebabkan menantu yang bertugas di hospital tidak dapat cuti,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat hospital berkenaan.

Merangkak keluar hutan

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

PARAH...mangsa dibawa ke unit kecemasan HTJS.
PARAH...mangsa dibawa ke unit kecemasan HTJS.
KUALA PILAH: Berpantang maut sebelum ajal perumpamaan sesuai bagi seorang lelaki apabila berjaya menyelamatkan diri selepas ditikam lapan kali di dada dan belakang badan dengan pisau sebelum dicampak ke dalam Hutan Lipur Ulu Bendul, Bukit Putus, di sini Khamis lalu.
Mangsa dikenali sebagai Arman Shah, 29, hanya tersedar setelah dua hari kejadian dan dalam kesakitan dan kehilangan banyak darah kerana kecederaan parah akibat tikaman di badannya itu berjaya merangkak keluar dari hutan itu.

Menurut sumber, selama sehari mangsa berusaha mencari jalan keluar dari hutan itu sebelum sampai ke jalan raya, tetapi malang kerana hasrat mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang menggunakan jalan berkenaan tidak tercapai kerana tidak seorang pun mahu memberikan bantuan.
Difahamkan, berikutan itu Arman dalam keadaan lapar, dahaga dan lesu selain menahan kesakitan, terpaksa berjalan tiga kilometer ke sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Menurut sumber, mangsa sampai di stesen minyak itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan meminta orang ramai menghubungi ambulans.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) bagi rawatan segera di wad kecemasan,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa dipercayai ditikam menggunakan pisau oleh dua kenalannya di Bahau.

“Kami percaya dua rakannya itu berdendam dengan mangsa dan menyangka dia sudah mati lalu mencampak nya ke dalam hutan.
“Kita masih lagi menyiasat tempat kejadian dan mengenal pasti dua suspek utama yang melakukannya,” katanya. Menurutnya, hasil siasatan setakat ini polis tidak menolak motif samun berikutan tiada barang atau wang mangsa yang hilang. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi hotline rakan cops Negeri Sembilan di talian 06-7619999. Harian Metro difahamkan, mangsa kini dirawat dan menerima beberapa jahitan di badan serta enggan ditemubual.

No comments:

Post a Comment