Buru wanita 7 pagi
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Difahamkan, kumpulan terbabit yang bergerak dengan kereta Proton Waja hitam itu berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana wanita yang berjalan sendirian.
Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas, di sini, kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau itu apabila diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun.
Malah, kejadian rogol itu dirakam kumpulan berkenaan dipercayai sebagai koleksi peribadi mereka.
Mangsa yang dibebaskan selepas diperlakukan seperti binatang oleh kumpulan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini.
Menurut sumber, mangsa yang bersendirian dalam perjalanan ke kedai mendakwa tiba-tiba dihampiri dua lelaki tidak dikenali.
“Kedua-dua suspek memegang tangannya sebelum seorang daripada mereka meletakkan pisau di leher wanita berkenaan.
“Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.
“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ, dia terus dinodai kumpulan berkenaan di rumah kosong. Kali ini, mangsa dirogol bergilir-gilir tiga lelaki terbabit. “Selepas diperlakukan demikian, seorang daripada suspek menyerahkan semula pakaian mangsa,” katanya memberitahu barang berharga milik mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai lebih RM100 dirampas kumpulan itu.
Katanya, kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan, di sini.
Mangsa yang dibantu orang awam menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun usaha memburu kumpulan itu giat dijalankan. Kami masih meneruskan siasatan namun tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan sama seperti dengan beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.
Pada 30 Mac lalu, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.
Manakala, pada 24 Mac lalu akhbar ini melaporkan seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya.
Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi.
Lagi satu kes yang dilaporkan pada 22 Februari lalu, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki terbabit bertemu sebelum itu diculik dan dirogol bergilir-gilir.
Fasha berbadan dua
Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my
murshid@hmetro.com.my
ROMANTIK...Rizal dan Fasha pada majlis perkahwinan mereka, 28 April lalu.
Dia yang diijabkabulkan dengan suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36, pada 28 April lalu di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai berita gembira itu kerana semuanya terlalu baru dan masih perlu menjalani satu lagi pemeriksaan minggu depan.
Fasha yang dihubungi semalam menyifatkan berita itu hadiah paling istimewa buat dia dan suami.
“Alhamdulillah semuanya rezeki dan saya sendiri tidak pernah menyangka ia terlalu awal buat kami berdua. Saya sebenarnya tidak tahu sehingga membuat pemeriksaan pagi tadi (semalam) di klinik di Ampang bersama pembantu peribadi dan kemudiannya doktor mengesahkan ujian air kencing positif yang mana saya sah mengandung.
“Suami sendiri terkejut kerana tidak menyangka menerima berita ini. Jika benar apa yang dikhabarkan kepada kami berdua ini, ia adalah rezeki dan doa kami berdua akhirnya terjawab untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin.
“Namun saya masih perlu menjalani ujian seterusnya bagi mengesahkan sekali lagi yang saya benar-benar mengandung,” katanya.
Fasha yang sebelum ini popular menerusi puluhan filem dan drama termasuk Cicak-Man dan Anak Halal sah menjadi isteri kepada Rizal yang juga seorang usahawan berjaya dalam majlis perkahwinan yang cukup indah dan sederhana di hadapan ahli keluarga dan sahabat rapat.
Pasangan ini baru saja pulang dari berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu pada minggu lalu selama lima hari.
“Siapa gembira apabila dia (Fasha) menghubungi saya dan menyampaikan berita ini. Saya terlalu seronok dan bersyukur kerana diberikan rezeki begitu awal. “Sudah pasti saya akan lebih menjaga Fasha dan inginkan dia berehat dengan cukup bagi menjaga kandungan anak kami bersama. Inilah hadiah paling bermakna buat saya dan isteri,” katanya.
Lori curi jahanam
Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PERIKSA...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam.
Hamidi berkata, beliau yang ketika itu masih di dalam kereta bergegas keluar untuk membantu selepas melihat Rasul terbaring di atas tanah akibat dirempuh lori berkenaan.
Menceritakan detik cemas itu, Hamidi berkata, dia bersama Rasul menerima maklumat sebuah lori dicuri jam 6.40 pagi dan kenderaan itu dikesan mereka di Kawasan Perindustrian Kelemak lalu mengejarnya.
“Pemandu lori yang menyedari kami memecut kenderaan itu ke arah Masjid Tanah melalui Kampung Kelemak.
“Rasul mengeluarkan lebih 20 arahan kepada pemandu lori terbabit supaya berhenti, namun dia sebaliknya memandu kenderaan itu secara melulu termasuk tidak berhenti di lampu isyarat merah serta masuk ke laluan bertentangan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Budak bermain di taman jam 1 pagi
Bagaimanapun, identiti kanak-kanak lelaki terbabit masih menimbulkan tanda tanya kerana usaha penduduk mendapatkan maklumat dirinya menemui jalan buntu kerana dia hanya berdiam.
Beberapa pelanggan restoran berhampiran yang prihatin dengan nasib kanak-kanak terbabit kemudian berusaha mendapatkan maklumat keluarganya dengan menghebahkan kepada penduduk setempat, namun tidak berjaya.
Kanak-kanak berkenaan kemudian diserahkan kepada polis kira-kira jam 2.45 pagi selepas diberi makan dan minum.
Dia kini diberi perlindungan di Balai Polis Seksyen 15, di sini hingga pagi semalam sementara menunggu tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Umno cawangan Kota Kemuning, Datuk Rosli Mohd Amin yang juga bendahari Umno bahagian Kota Raja mengunjungi kanak-kanak itu di balai polis berkenaan untuk membantu mencari keluarganya, namun gagal.
Bagaimanapun, usaha itu juga gagal kerana kanak-kanak terbabit tidak menjawab sebarang pertanyaan sebaliknya tekun menonton televisyen di balai polis itu.
“Saya mohon orang ramai membantu polis mencari ahli keluarga kanak-kanak ini. Kami turut rasa bertanggungjawab kerana lokasi penemuan kanak-kanak itu tidak jauh dari pejabat cawangan kami,” katanya.
Buruan bermula esok
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini, seramai 21 peserta sudah ditahan selepas menyerah diri kepada polis. Kebanyakan mereka dari Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang berdegil dengan mengadakan operasi besar-besaran dari rumah ke rumah selepas amaran terakhir diberikan, semalam.
“Polis terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak menyerah diri dalam tempoh ditetapkan walaupun banyak peringatan sudah dikeluarkan.
“Kita akan memburu mereka dari rumah ke rumah selepas identiti peserta dikehendaki sudah dikenal pasti,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Derma Darah Polis Kuala Lumpur Sempena Sambutan Hari Polis ke-205 di Plaza Sungei Wang, di sini, semalam.
Lari ‘tak tahan’
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
nadirah@hmetro.com.my
Mangsa yang baru mendaftar ke sekolah terbabit awal tahun ini dijadikan sasaran belasahan serta pemuas nafsu songsang pelajar senior.
Pelajar berkenaan yang tidak tahan diperlakukan sedemikian akhirnya melarikan diri dari sekolah itu pada penghujung April lalu.
Ketika mendedahkan penderitaan ditanggung, bapanya yang hanya mahu dikenali sebagai Ayub, berusia lingkungan 40-an berkata, anaknya itu minat untuk mendalami ilmu agama sebelum mendaftarkannya di sekolah berkenaan.
“Sejak masuk ke sana, anak saya kerap mengadu diganggu pelajar senior. Pada mulanya saya minta dia bersabar.
“Dia kemudiannya mengadu menjadi mangsa belasahan pelajar senior. Saya sendiri pernah bertemu dengan guru sekolah itu untuk melaporkan kejadian, namun ia seolah-olah tidak diendahkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kulai, semalam.
Menurut Ayub, anaknya yang tidak tahan akhirnya melarikan diri dari sekolah terbabit.
“Saya terkejut apabila anak akhirnya memaklumkan dia diliwat beberapa kali oleh pelajar senior.
Ayub kemudiannya pergi semula ke sekolah terbabit untuk mengadu dan mendapatkan penjelasan berkaitan kejadian.
Bagaimanapun, Ayub mendakwa, pengurusan sekolah seolah-olah buat tidak tahu dengan perkara terbabit.
Ayub kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pada 21 April lalu.
Selain laporan polis, Ayub turut mengadukan perkara itu ke Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Md Nor A Ghani berkata, jika laporan berkenaan memang ada, pihaknya akan membuat siasatan terhadap pelajar serta sekolah terbabit.
“Kami akan jalankan siasatan secepat mungkin. Jika sekolah terbabit berada di bawah pentadbiran kami, maka kami akan mengambil tindakan sesuai,” katanya.
Pelajar tingkatan lima diberkas
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, pelajar terbabit ditahan pada hujung April lalu sebelum direman seminggu bagi membantu siasatan kes terbabit.
“Kami sudah merekodkan keterangan pelajar terbabit sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Perunding cukai didakwa tipu pengarah RM1.3j
Tertuduh, Kamolnat Kijvanit, 44, yang memakai kemeja-T biru, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, wanita berkenaan bersama seorang lagi tertuduh, Ismahadi Ahyali, 49, penasihat kewangan didakwa menipu Heng Hee Hooi, 48, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM834,210 milik syarikat Barisan Elite Sdn Bhd yang dipindahkan ke dalam akaun milik Ismahadi. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.10 tengah hari pada 10 Disember 2008 di Bank OCBC di Jalan Tun Perak, dekat sini.
Mengikut pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh itu didakwa menipu mangsa sama untuk menyerahkan wang berjumlah RM303, 576 milik syarikat Wawasan Elite Sdn Bhd yang dipindahkan ke akaun milik Ismahadi.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada jam 12.34 tengah hari pada tarikh 11 Disember tahun sama di Bank Hong Leong di Jalan Kuchai Lama, dekat sini.
Remaja direman 7 hari
Perintah reman dikeluarkan Timbalan Pendaftar, Amni Mat Jahari di Mahkamah Majistret di sini, semalam dan suspek akan disiasat mengikut Seksyen 354/376 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata suspek ditahan reman sehingga 20 Mei ini untuk membantu siasatan berhubung kes itu. Menurutnya, polis mendapat maklumat orang awam sebelum berjaya menahan suspek kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Katanya, suspek yang juga seorang penganggur ditahan di sebuah rumah banglo di Taman Intan, Lundang yang dipercayai menjadi tempat kejadian rogol dan cabul itu.
“Hasil soal siasat yang dijalankan polis sedang mengesan tiga lagi suspek yang sudah dikenal pasti.
“Semua suspek dinasihatkan supaya serah diri membantu siasatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment