PKR mahu SPRM siasat isu Shafie-Zahida
16 Mei 2012
Kedua-dua pihak berkenaan telah pun menafikan dakwaan itu bulan lalu.
Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, pihaknya menggesa agar isu ini diberi tindakan sewajarnya dan meminta agar Shafie boleh menjelaskan bagaimana beliau mampu memberi sejumlah wang secara tunai, dalam jumlah yang banyak, kepada Zahida.
“Kita tidak mahu rakyat tertanya-tanya bagaimana seorang menteri mampu memberi wang tunai yang banyak kepada seorang artis. Ini menunjukkan yang beliau telah salah gunakan kuasa sebagai menteri,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Pihaknya juga mendesak agar Shafie tampil dan secara jujur menjelaskan berhubung isu ini bagi membersihkan nama bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi yang sebelum ini dituduh melarikan wang tunai RM200,000.
Menurut Azman, sepanjang tiga tahun bertugas sebagai pemandu peribadi, gajinya dibayar oleh Shafie dan beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana tidak mahu terus tertekan akibat terpaksa menyimpan rahsia besar ini.
“Shafie berjumpa Zahida sekurang-kurangnya seminggu sekali di mana-mana hotel sekitar ibu negara. Setiap kali bertemu, Shafie akan memberi wang tunai dan jumlah yang paling besar pernah Zahida terima berjumlah RM1 juta ringgit, diterima tahun lepas,” dakwa Azman.
“Sepanjang tiga tahun ini, saya tidak pernah membawa wang tunai yang diberi Shafie bersendirian, setiap transaksi di bank melibatkan Zahida”, ujar beliau lagi.
Man Dio · Top Commenter · Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
...ZAHIDA BUKA BAJU JER.....SPRM TAK JADI NAK SIASAT!!!...KES TUTUP...SEMUA BUAYA JUGAK!!!....
Kaharudin Haron · Works at SMK Bandar Mas, Kota Tinggi
phk polis ambil lah berat aduan ni...siasat...lau btul..antar kat sprm...steady lah skt...jgn bila PR je laju mcm jet ko orang siasat...brulah adil namanya kan..kan...kan...
Barney Stinson · Top Commenter
ye, setuju.. siasat sampai lubang cacing.. kalau terbukti ada kesalahan sila ambil tindakan.. tp kalau sume tu terbukti fitnah, sila ambil tindakan tegas kt penyebar fitnah..
Alfonso Aizat · Top Commenter · Works at Mafia Wars
saya dapat tau kedua dua pasangan ini dah bernikah dah lama .... sila mengaku saja la x yah ngaku saja ... !!
Mohd Sapuri Ayob · SMSIS II Grik
tang pr sepantas kilat siasat.tang bn nak kena desak pun tak pasti nak siasat.apa nak jadi dgn negara ku.terserahlah....
Ooi Koh Siong · Top Commenter
kalau pakatan bukan mai cepat2 ini isu moral sampai hujon tapak kaki siasat kalau puk2umno tak tak ada cerita .
JoHn Labu · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
sprm kan dibawah konkongan BN,sampai PRU13 pun tak siasat,sbd kes org umno,kalau kes pembangkang hari ini suruh,semalam dah siasat,inilah dikatakan keadilan dan transformasi
Che Intan Haque · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
PUKIMAK HARAM JADAH SPRM TAK AKAN SIASAT PUNYA. DIA AKAN SIASAT SIAPA YG BOCOR MAKLUMAT. ORG TU YANG SALAH SEBENARNYA. AL KAFIRUNNNNNNNNNN SPRM.Reply · Like · Follow Post · 8 hours ago
Beraksi ghairah: Nora Danish dikritik!
13 Mei 2012
Rasanya ramai yang mencari Nora kerana sepanjang pemergiannya di Tanah Suci, gambar pelakon drama Tentang Dhiya ini beraksi seksi di sebuah majalah menjadi perbualan hangat.
Penampilan Nora mengejutkan peminatnya kerana biarpun sering tampil dengan imej seksi, namun Nora kelihatan lebih ‘berani’ dalam majalah itu.
Zass cuba menghubungi Nora bagi mendapatkan kenyataannya berkenaan perkara itu tetapi gagal. Mungkin Nora masih mahu berehat selepas pulang ke tanah air.
Apa pun, sama-samalah kita tunggu Nora memberikan kenyataannya dalam masa terdekat.
Isu ghairah: Nora Danish tutup mulut!
15 Mei 2012
Penampilan heroin drama Tentang Dhiya ini dikatakan terlalu berani sehingga mengejutkan peminatnya. Malah, gara-gara gambar seksinya itu, bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram ini dikritik teruk.
Namun sehingga kini Nora belum tampil memberikan penjelasan, sementelah lagi dia berada di Tanah Suci sepanjang isu ini hebat diperkatakan. Bagaimanapun, selepas pulang ke tanah air, Sabtu lalu, Nora masih juga belum bersedia.
Ketika dihubungi Zass, pembantu peribadinya, Elly memaklumkan Nora tidak boleh memberikan sebarang jawapan berhubung isu ini.
“Nora baru sahaja menandatangani perjanjian sebagai artis MIG (Metrowealth Production). Apa sahaja isu yang timbul akan dijawab oleh pihak syarikat dan buat masa sekarang dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan,” jelas Elly.
Bagaimanapun, pihak pengurusan MIG gagal dihubungi.
Zafuan tarik balik hasrat cerai Rita
16 Mei 2012
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Mohamad Aidil Zafuan berhubung penarikan permohonan cerai yang difailkannya pada 12 April lalu.
Beliau juga mengarahkan Mohamad Aidil Zafuan membayar kos kepada Rita, 36, sebanyak RM250.
"Kamu (Mohamad Aidil Zafuan) perlu membayar kerugian kepada Rita kerana menarik balik kes ini pada saat akhir iaitu sehari sebelum sebutan kes ditetapkan (15 Mei)," katanya.
Mohamad Aidil Zafuan, 25, yang diwakili peguam Ahmad Nazib Johari mengemukakan tiga alasan berhubung penarikan balik permohonan bercerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Menurut Ahmad Nazib, permohonan anak guamnya tidak diteruskan kerana Rita tidak bersetuju pada untuk bercerai pada prosiding 30 April lalu.
"Justeru, anak guam saya berhasrat untuk berbaik semula dan mengarahkan isterinya kembali taat dan tinggal di rumah yang disediakannya.
"Anak guam saya juga risau jika diwujudkan jawatankuasa pendamai akan ada campur tangan daripada pihak ketiga. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.
Ahmad Nazib berkata, pihaknya membantah permohonan kos yang diminta Rita kerana ia bukan dari kesilapan anak guamnya sebaliknya Rita tidak bersetuju untuk bercerai.
Bagaimanapun, Rita yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain memberitahu mahkamah pihaknya hanya dimaklumkan mengenai penarikan balik itu beberapa jam sebelum prosiding bermula.
Mohd Zaidi berkata tuntutan itu dibuat kerana ia membabitkan masa dan perjalanan beliau, anak guamnya serta kos penerbangan bapa tiri Rita, Johari Jonid, 62.
"Saya dan Rita agak terkesima apabila Mohamad Aidil Zafuan ingin menarik permohonannya itu. Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah untuk melantik wakil ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa Pendamai.
"Kami sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita yang datang dari Kangar, Perlis sebagai menurut arahan mahkamah. Oleh itu, kos perjalanan itu harus dibayar pihak Mohamad Aidil Zafuan," katanya.
Rita yang memakai jubah hitam dan bertudung merah jambu kelihatan tidak bertegur sapa dengan Mohamad Aidil Zafuan, sebaliknya masing-masing pulang bersama ahli keluarga yang hadir di mahkamah.
Mohamad Aidil Zafuan ketika ditemui berharap agar hubungannya dan Rita kembali pulih demi dua anak mereka.
Sementara itu, Ahmad Nazib berkata, permohonan kembali taat terhadap Rita telah difailkan semalam dan notis itu sudah diserahkan kepada peguam yang mewakili Rita.
"Rita akan memfailkan jawapan pembelaan mereka pada tarikh sebutan ditetapkan iaitu pada 18 Jun ini," katanya.
Mengenai kos pembayaran RM250 yang diperintahkan mahkamah semalam, Ahmad Nazib bercadang mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah berhubung keputusan itu.
Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2.
Perkahwinan mereka pada awalnya mendapat tentangan keluarga Mohamad Aidil Zafuan.
وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٣١)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. / (31
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (٥٩)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Yatt Hamzah Bertudung Takut Azab Allah
Tarikh: 5 April 2012Jika minggu lepas Abby Abadi melakukan penghijrahan dengan imej bertudung,hari ini seorang lagi dramatis mengikut jejak sama iaitu Yatt Hamzah.
Ketika dihubungi MH Online sebentar tadi, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata;
"Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.
"Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah."
Tambah Yatt lagi, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T.
"Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.
"Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini," kongsi Yatt dengan nada sebak.
Peniaga keropok rugi ribuan ringgit
15 Mei 2012
Peniaga, Normahayu Mohd Noor, 28, berkata, seminggu yang lalu, ketika dia sedang menjual keropok di gerainya secara tiba-tiba air daripada saluran paip mencurah keluar dan mengeluarkan bau busuk yang berpunca daripada sisa makanan dari kedai makan di bahagian atas bangunan berkenaan.
“Akibat kejadian itu saya terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit kerana tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa. “Malah sudah seminggu gerai saya terpaksa ditutup kerana masalah saluran paip yang bocor masih belum dibaiki,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, masalah berkenaan sudah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), tetapi masih tiada tindakan diambil sehingga hari ini (semalam).
“Jika masalah ini berteru-san, bagaimana saya mahu mencari rezeki. “Tambahan pula tidak lama lagi musim cuti sekolah akan tiba dan tentu ramai pelancong yang datang ke sini,” katanya.
Menurutnya, mereka membayar sewa sebanyak RM50 sebulan selain bayaran bulanan kepada Persatuan Pasar Besar Kedai Payang berjumlah RM60 setiap bulan, tetapi pihak bertanggungjawab masih tidak melakukan sebarang tindakan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Sementara itu, Wan Siti Nazia Wan Mohd Najib, 24, yang turut terkena tempias saluran paip bocor berkata, pendapatan hariannya terjejas berikutan masalah itu kerana orang ramai tidak lagi ke gerai keropoknya kerana digenangi air.
“Walaupun kami menadah besen dan meletakkan kertas di kaki lima gerai bagi mengelak air terus membasahi kawasan ini, tetapi pelanggan tidak datang ke gerai kami kerana mereka mempunyai banyak pilihan. “Saya sedih dengan masalah ini kerana masih tiada tindakan susulan biarpun sudah banyak kali turun naik pejabat MBKT,” katanya.
Sinar Harian akan mendapatkan respons daripada pihak MBKT esok.
Anak derhaka bakar rumah
15 Mei 2012
Kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, anak derhaka yang juga merupakan anak sulung daripada tiga beradik dipercayai berada dalam pe-ngaruh dadah sebelum menggesa ayahnya berusia 45 tahun menyerahkan wang sebanyak RM10 kepadanya.
Bagaimanapun, permintaannya itu gagal ditunaikan menyebabkan suspek naik berang dan bertindak di luar kawalan dengan membakar kediaman mereka dipercayai menggunakan minyak petrol.
Sinar Harian difahamkan, semasa api sedang merebak di bahagian dapur, suspek masih berada di dalam rumah sedang leka menonton televisyen sebelum bertindak meloloskan diri setelah menyedari api semakin marak.
Namun, tindakannya yang ingin ‘cabut lari’ itu berjaya dihalang oleh anggota Rakan Cegah Jenayah (RCJ) Terengganu yang berada di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada unit kereta Ronda MPV Balai Polis Gong Badak, di sini.
Difahamkan, sebelum ini suspek yang berusia 22 tahun pernah beberapa kali ditahan polis atas kesalahan jenayah dadah, curi motosikal dan pecah rumah.
Menurut saksi yang hanya mahu dikenal ‘makcik’, sebelum keja-dian, suspek ada mengugut akan membakar rumahnya sendiri.
“Saya dapat tahu dia ada minta duit dengan ayahnya dan selepas itu, dia keluar beli minyak motor yang diletakkan di dalam botol. “Balik saja beli minyak, dia terus pergi ke belakang rumah dan tidak lama kemudian, saya ada bau hangus sebelum ternampak asap tebal dari rumah dia,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Sementara itu, Pegawai Pengurusan Operasi dan Balai Negeri, Timbalan Penguasa Bomba, Zakariya Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.28 petang dan sebanyak dua jentera dengan kekuatan anggota seramai 17 orang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, rumah separa kekal itu gagal diselamatkan dan musnah seratus peratus. Kini, siasatan punca kejadian masih dijalankan dan anggaran kerugian kira-kira RM200,000,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi Sinar Harian, semalam mengesahkan menerima tangkapan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.Md Rahim bimbang anak turut warisi penyakit misteri
16 Mei 2012
Menurutnya, selepas kisahnya disiarkan Sinar Harian pada 17 Januari lalu, dia terhutang budi dengan banyak pihak yang mengambil berat mengenai penyakit keturunan dialaminya, walaupun menyedari ia tidak mampu pulih selepas menghidapnya ketika berumur 25 tahun.
“Namun, saya bimbang jika anak sulung saya mewarisi penyakit ini kerana sudah ada benjolan kecil di bahagian lehernya seperti mana dialami saya sebelum ini,” katanya yang turut mengalami masalah kecederaan kaki kiri akibat dihempap kayu getah lima tahun lalu.
Md Rahim berkata demikian selepas menerima kunjungan pakar perubatan kulit dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Dr Chong Yew Thong yang berjanji akan melakukan pemeriksaan rapi terhadap bapa tiga anak itu.
Hadir sama dalam kunjungan itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Muhammad Omar, Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Razali Idris dan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Toh Puan Rosnani Ngah.
Pemeriksaan rapi terhadap Md Rahim termasuklah melakukan imbasan menggunakan mesin pengimbas tercanggih bagi mengesan punca sebenar penyakit kulit misteri atau nama saintifiknya ‘neurofibromatosis’ yang dideritai bapa tiga anak itu.
Difahamkan, penyakit yang dideritai Md Rahim adalah akibat keganjilan genetik dan penyakit itu boleh diwarisi melalui keturunan pesakit, namun ia sangat jarang berlaku dengan nisbah 1: 4000 penduduk di seluruh dunia.
Sementara itu, Naib Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Razali Idris turut menyarankan kerajaan melalui agensi tertentu, membuat kajian terperinci mengenai penyakit itu termasuk langkah pencegahan agar ia tidak diwarisi.
Menurutnya, penyakit kulit misteri dihidapi Md Rahim hanya dikesan selepas dia berumur 25 tahun, iaitu sebelum dia berumah tangga, dan kini ia mula dialami anaknya.
“Kajian itu bukan hanya tertumpu untuk membantu keluarga Md Rahim dan anaknya, tetapi kepada mereka yang menghadapi masalah penyakit sama di seluruh negara, mungkin kita mampu menemui penawar atau mencegahnya daripada terus diwarisi ahli keluarga pesakit,” katanya.
No comments:
Post a Comment