Wednesday, May 16, 2012

CERAI ITU DIHARUSKAN...TAPI PERKARA YANG ALLAH BENCI...DAN SYAITAN SUKA...BERGEGAR ARASY BILA BERLAKU TALAK.....BAGI ISTERI TIADA ALASAN KUKUH MOHON CERAI MAKA TIDAK AKAN CIUM SYURGA....TERMASUK ORANG MENJADI PENASIHAT AGAR BERCERAI...

Tebusan RM5j jadi RM100,000

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bermula dengan tuntutan RM5 juta, sekumpulan empat penculik bersenjatakan pistol akhirnya terpaksa berpuas hati dengan bayaran tebusan RM100,000 saja sebelum melepaskan seorang mangsa culik yang ditahan mereka sembilan jam, kelmarin.
Insiden penculikan membabitkan seorang lelaki berusia 40-an itu bermula apabila mangsa diculik ketika makan di sebuah restoran di Rawang, dekat sini, jam 1 petang kelmarin.
Sumber polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang makan bersama tiga rakannya dihampiri empat lelaki bersenjatakan pistol yang memaksanya masuk ke dalam Proton Gen.2 kumpulan penjenayah itu.

Menurutnya, mata mangsa ditutup dengan kain dan dia dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui sebelum kumpulan penculik itu menghubungi keluarganya dan meminta bayaran wang tebusan RM5 juta.


“Mangsa memberitahu tidak mempunyai wang sebanyak itu dan meminta jumlah berkenaan dikurangkan. Suspek pada mulanya enggan, namun mangsa bertegas, malah mengarahkan suspek menembaknya sehingga mati,” katanya

Laman banjir minyak sawit

Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

LIHAT...seorang penduduk, Mariam Haris, 63, melihat  lori tangki yang terbalik.
LIHAT...seorang penduduk, Mariam Haris, 63, melihat lori tangki yang terbalik.
BANJIR...jiran, Riduan Amiruddin, 33,  melihat minyak sawit mentah tumpah di halaman rumah mangsa.
BANJIR...jiran, Riduan Amiruddin, 33, melihat minyak sawit mentah tumpah di halaman rumah mangsa.
KUALA BERANG: “Apabila mendengar bunyi brek kuat dari luar rumah, saya terus meluru dan mengambil cucu yang berada dalam buaian sebelum melarikan diri melalui pintu belakang,” kata Minah Che Idris, 60, ketika menceritakan detik cemas sebuah lori tangki membawa minyak sawit mentah terbabas sebelum terbalik menyebabkan muatan itu melimpah di halaman rumahnya dan empat penduduk lain di Kampung Tengkawang, di sini, semalam.
Menurutnya, dalam kejadian jam 9.30 pagi, hanya dia bersama cucunya, Nurquni Azmadi, sembilan bulan, berada di rumah. Walaupun tidak nampak lori itu terbabas di hadapan rumahnya, namun hatinya terdetik sebaik terdengar bunyi brek kuat mendorongnya untuk menyelamatkan diri.

“Sebaik mendengar bunyi brek yang kuat, saya terus meluru mengambil cucu yang ketika itu tidur di ruang tamu rumah sebelum melarikan diri.
“Beberapa saat kemudian terdengar pula dentuman kuat dari arah ruang tamu rumah dan sebaik keluar, saya melihat persekitaran rumah dibanjiri minyak sawit,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur lori itu tersangkut pada pokok mempelam sebelah rumahnya. Jika tidak kemungkinan merempuh kediamannya.

Jirannya, Farijah Abdullah, 37, berkata, akibat kejadian itu dia mengalami kerugian RM8,000 apabila kedai menjual telefon bimbit miliknya ranap akibat dirempuh lori berkenaan.

Sementara itu, pemandu lori, Jesni Hussin, 43, berkata, dia dalam perjalanan membawa minyak sawit yang belum diproses dari kilang di Ciku, Gua Musang, Kelantan ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

‘Saya nak Rita’

Oleh Nor Azura Abdul Jalil dan Rudy Imran Shamsudin
am@hmetro.com.my

SERIUS...Aidil berbincang dengan peguamnya, semalam.
SERIUS...Aidil berbincang dengan peguamnya, semalam.
PETALING JAYA: “Saya masih sayangkannya. Kalau boleh saya nak kembali bersama Rita dan anak-anak,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dia yang mesra dengan panggilan Aidil ditemui selepas menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.


“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.

Mangsa petir mimpi mati

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

TINGGAL KENANGAN...penduduk, Zulkifli Suid menunjukkan keadaan motosikal milik arwah. 
Gambar kecil, Azizan.
TINGGAL KENANGAN...penduduk, Zulkifli Suid menunjukkan keadaan motosikal milik arwah. Gambar kecil, Azizan.
YAN: “Kira-kira dua minggu lalu, arwah ayah memberitahu rakannya yang dia bermimpi akan mati dan saya tidak sangka mimpi itu menjadi kenyataan.
“Lebih menyedihkan kematian ayah begitu tragis,” kata Muhammad Faiz, 21, anak sulung kepada Azizan Abu, 50, yang terbunuh akibat disambar petir dalam kejadian di Kampung Setar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan baru pulang mengerjakan sawah dan mahu mengambil anak bongsunya pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Setar yang terletak berhampiran.
Mangsa dipercayai disambar petir ketika menunggang motosikal sebelum terjatuh di tepi sawah, kira-kira empat kilometer dari rumahnya. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk melecur di muka, badan, kepala dan kedua-dua betis. Sebelum itu, hujan lebat kira-kira 15 minit disusuli petir melanda kawasan berkenaan.

Muhammad Faiz berkata, ketika kejadian dia berada di Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis.

“Minggu lalu, saya rasa tidak sedap hati kerana terlalu memikirkan ayah di rumah menyebabkan Sabtu lalu, mengambil keputusan pulang ke kampung menjenguk keadaannya.

“Ketika itu, saya sudah melihat perubahan pada arwah ayah apabila tidak banyak cakap dan bertukar pendiam.

“Saya ketika itu tidak mengesyaki sesuatu kerana memikirkan arwah mungkin penat menguruskan sawah selain aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya yang ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya, arwah bapanya ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) SK Kampung Setar selain aktif sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) kawasan Jerai serta amil zakat di daerah itu.

Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Rozi Zainal, 53, berkata, ketika kejadian, dia ternampak mangsa menunggang motosikal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Tiba-tiba saya nampak cahaya terang dari langit dan selepas itu tidak lagi melihat mangsa menyebabkan saya terus bergegas pulang memanggil penduduk kampung untuk membantu mencarinya.

“Bagaimanapun, mangsa ditemui terbaring dihempap motosikalnya yang terbalik di tepi sawah dipercayai sudah meninggal dunia.,” katanya.

Katanya, dia sendiri turut terkena panahan petir apabila mengalami kecederaan di pipi kiri selain badan terasa panas hingga kini.

“Mangsa dihantar ke Hospital Yan oleh anggota polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Setar, di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak berusia antara sembilan hingga 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kenyataan maaf dan penarikan balik



MERUJUK kepada artikel bertajuk ‘Ibuku isteriku, bapaku suamiku’ yang disiarkan Metro Ahad dan di dalam myMetro Online (www.hmetro.com.my) pada 13 Mei 2012, Metro Ahad dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua masyarakat Sarawak, khususnya kaum Penan yang tersinggung atau mengalami pengaiban ekoran penyiaran artikel berkenaan.
Metro Ahad juga mengakui ada beberapa salah faham dan kesilapan fakta dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel itu sehingga memberi gambaran salah yang mengaibkan kaum Penan. Kami difahamkan bahawa perkahwinan sesama ahli keluarga bukanlah amalan adat resam kaum Penan.

Metro Ahad juga mengakui bahawa pernyataan-pernyataan dalam artikel berkenaan dibuat tanpa merujuk kepada ketua-ketua masyarakat Penan yang lebih arif mengenai adat resam kaum Penan.

Sehubungan itu, Metro Ahad dengan ini menarik balik sepenuhnya semua pernyataan-pernyataan terkandung dalam artikel berkenaan.

Menggigil jumpa mayat

REMBAU: “Menggigil tubuh apabila menemui mayat lelaki berkain pelekat berlumuran darah di tepi jalan berhampiran laluan masuk ke ladang kelapa sawit,” kata Lai Tai Sun, 54, yang menemui jasad seorang lelaki dipercayai dibunuh sebelum dicampak di tepi jalan di Jalan Besar Linggi- Lubok China, di sini, kelmarin.
Difahamkan, Lai menemui mayat lelaki tanpa identiti itu kira-kira jam 4 petang lalu bergegas ke Balai Polis Linggi memaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, dia menunggang motosikal bersendirian untuk keluar dari kebun getahnya apabila menemui mayat itu.
“Saya sangka objek lain, selepas mendekatinya ternyata tubuh manusia berlumuran darah. Saya bergegas ke balai polis berdekatan memaklumkan penemuan itu. “Keadaan mayat itu mengerikan dengan beberapa kesan luka di dada dan hanya berkain pelekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, siasatan mendapati berlaku pergelutan antara mangsa dengan penyerangnya berdasarkan luka pada kedua-dua belah tangan. “Mangsa dipercayai warga tempatan berketurunan Melayu berusia 40-an dan ditemui berlumuran darah dengan kesan tiga tikaman di dada serta terdapat kesan jerutan pada leher. “Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan ladang kelapa sawit,” katanya.

Mizan berkata, pihaknya percaya mangsa lelaki warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG pada bahu kirinya.

“Lelaki itu berkulit sawo matang, hanya memakai kain pelikat dan seluar dalam hitam tetapi tiada pengenalan diri. Dia dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan RK Naga di talian 016-2212497.

24,053 guru naik pangkat

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

KUALA KANGSAR: Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikkan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini.
Khabar gembira itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-41 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat 8,222 guru lepasan ijazah dan 15,831 lepasan diploma itu boleh diketahui mulai semalam menerusi semakan melalui laman web Kementerian Pelajaran, www.moe.gov.my.
Menurutnya, peruntukan kenaikan pangkat secara ‘time based’ itu selaras usaha kerajaan menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan.

“Ia juga sebahagian daripada peruntukan berasaskan kecemerlangan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mac lalu.

“Menerusi skim itu, guru lepasan ijazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk kenaikan ke gred DG44, lapan tahun untuk gred DG44 ke DG48, enam tahun untuk gred DG48 ke DG52 dan hanya tiga tahun untuk gred DG52 ke DG54,” katanya.

Cabul lepas tolong angkat barang



PETALING JAYA: Seorang warga asing berpura-pura menolong mengangkat barang sebelum mencabul wanita dibantu dengan meraba payudaranya di dalam lif sebuah pusat beli-belah di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, lelaki itu diberkas pengawal keselamatan keesokannya selepas dikenal pasti mangsa. Menurut sumber, dalam kejadian jam 4 petang itu wanita berusia 19 tahun itu mengangkut barang menggunakan troli sebelum suspek menawarkan bantuan.

“Pada mulanya, suspek hanya menyentuh tangan mangsa ketika menolak troli masuk ke lif. Bagaimanapun, sebaik pintu lif terbuka, suspek yang membantu menolak keluar troli terus meraba buah dada mangsa sebelum menutup pintu lif.
“Mangsa yang terkejut cuba menahan pintu lif namun gagal,” katanya.

Menurutnya, keesokannya, mangsa pergi ke tempat kerjanya dan terserempak suspek sebelum melaporkan perkara itu kepada pengawal keselamatan.

No comments:

Post a Comment