Sunday, May 13, 2012

BANYAK AMALAN SALAH SERTA SESAT TAPI TAK DITEGUR DAN DIFATWAKAN...PERKARA BERLAKU BEGITU KERAP TANPA HENTI HINGGA TIDAK TERASA DOSA...SEPERTI BUKA AURAT...BERGAUL BEBAS DALAM DRAMA...DI PENGAJIAN TINGGI2...DI SEKOLAH2...DI KONSERT2 DLL...MENGAPA PERKARA TIDAK TEGUR DAN DISENTUH....

Budak terkejut lintah masuk dubur


MOHD. FARHAN menunjukkan lintah yang keluar dari duburnya di rumahnya di Ketereh, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.
Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.
Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.
"Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.
"Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.
"Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Hanya tuhan yang boleh ampunkan dosa manusia






KUALA LUMPUR - Ritual membakar lilin oleh pengikut Ajaran Ibu Puteri kononnya untuk menghapus dosa dengan hanya membayar sejumlah wang jelas terpesong kerana hanya tuhan yang berhak mengampunkan dosa seseorang.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar ) menegaskan, Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang rasul pun tidak berkuasa untuk mengampunkan dosa seseorang manusia, apatah lagi manusia biasa.
"Ajaran tersebut ternyata sesat dan hukumnya adalah haram serta perlu ditangani segera supaya tidak terus memperdaya masyarakat.
"Pengikut ajaran ini perlu segera bertaubat dan kembali mengucap dua kalimah syahadah bagi mengembalikan akidah mereka kepada ajaran Islam yang sebenar," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo! meriah



ORANG ramai berpusu-pusu mengunjungi gerai Kosmo! bagi mendapatkan pelbagai hadiah menarik.



GEMILANG. Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo! yang dianjurkan sempena pelancaran akhbar kompak itu di Sarawak berlangsung meriah di tapak fiesta di The Square Tower, Tebingan Kuching semalam.
Orang ramai mula mengunjungi gerai Kosmo! sejak pukul 5 pagi bagi mendapatkan 500 helai baju-T eksklusif Kosmo!, cenderamata, payung dan beg yang diedarkan secara percuma.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya senamrobik, pertandingan Ironman menarik trak pikap Isuzu Dmax seberat 300 kilogram, Muay Thai serta Battle of the Band.

Hidup dengan minum air sungai



HARDIP ditemui cedera dan letih selepas empat hari hilang di Hutan Taman Rimba Templer, Rawang semalam.



RAWANG - Nyawa seorang eksekutif sebuah syarikat cari gali minyak dan gas Shell tempatan ternyata masih panjang apabila dia ditemui selamat semalam biarpun sudah empat hari terkandas di dalam Hutan Taman Rimba Templer di sini.
Hardip Singh, 51, ditemui pada pukul 12 tengah hari semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat yang melancarkan gerakan mencarinya selepas dilaporkan hilang dipercayai tersesat ketika mendaki hutan itu pada Rabu lalu.
Ketika ditemui, Hardip berada di lereng bukit dalam keadaan sejuk dan letih dengan memeluk batu di lereng bukit.
Usaha membawa keluar lelaki itu mengambil masa kira-kira dua jam kerana mangsa terpaksa diusung oleh pasukan penyelamat.
Hardip kemudian dibawa ke Hospital Selayang selepas mengalami kecederaan di kaki selain patah bahu kiri.
Sepanjang tempoh empat hari di dalam hutan itu, Hardip yang masuk ke kawasan itu seorang diri dikatakan terpaksa bergantung hidup dengan hanya meminum air sungai berhampiran lereng bukit itu.
Mangsa dikatakan terkandas di lereng bukit itu selepas terjatuh dari ketinggian empat meter ketika memasuki hutan itu.

Misteri air berbau busuk terbongkar



anggota bomba dan penyelamat menurunkan mayat lelaki yang ditemui dalam tangki air di Taman Sri Titingan, Tawau kelmarin.



TAWAU – Misteri air berbau busuk yang membelenggu penduduk di Taman Sri Titingan dekat sini sejak seminggu lalu terbongkar dengan penemuan satu mayat lelaki di dalam sebuah tangki air di taman itu kelmarin.
Mayat lelaki yang mereput itu ditemui oleh pekerja penyelenggara tangki air di taman itu ketika mereka melakukan kerja-kerja pembersihan tangki pada pukul 8.30 pagi.
Difahamkan, ketika ditemui, mayat itu dalam keadaan bogel dan terapung selepas dipercayai sudah mati sejak seminggu lalu.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 34, berkata, dia mencurigai kebersihan air di tangki rumahnya selepas terhidu air itu berbau busuk sejak beberapa hari lalu.
Sejak hari itu, katanya, dia langsung tidak menggunakan air tangki di rumahnya dan sanggup membeli air yang dibeli dari kedai.
“Dalam tempoh itu, kami memaklumkan masalah air busuk kepada pihak pengurusan air sebelum pekerja-pekerjanya menemui mayat di dalam salah sebuah daripada sembilan buah tangki air di taman itu,” kata Osman ketika ditemui di sini.

Denda RM10,000 kerana pemetik api



MOHAMMAD HASRI dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – Gara-gara mengugut seorang lelaki menggunakan pemetik api yang menyerupai pistol dan memiliki sebilah pisau, seorang pemuda dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut selepas Mohammad Hasri Mohd. Hashim, 20, mengaku salah bagi tiga tuduhan iaitu mengugut dengan cara menakutkan, memiliki pistol palsu dan memiliki senjata tajam.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohammad Hasri dari Kubang Kerian di sini didakwa mengugut seorang lelaki di hadapan sebuah kedai runcit dengan cara menakutkan mangsa menunjukkan pemetik api menyerupai pistol sepanjang enam sentimeter.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.50 tengah hari 31 Mac lalu semasa tertuduh mengacukan pemetik api bersaiz sepucuk pistol yang bertulis MI-6 ke arah mangsa.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mengugut dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 memilik pistol palsu.

Polis minta konsert Lady Gaga dibatalkan



GAMBAR fail bertarikh 29 April lalu menunjukkan beberapa aktivis Islam menyertai tunjuk perasaan bagi membantah konsert Lady Gaga di Jakarta.



JAKARTA - Konsert Lady Gaga dijadualkan diadakan pada 3 Jun depan.Bagaimanapun, polis masih belum memutuskan sama ada 40,000 orang pemegang tiket akan dibenarkan menonton konsert tersebut.
"Permit konsert itu dikeluarkan Polis Nasional Indonesia," kata jurucakap polis Jakarta, Rikwanto.
Bagaimanapun, pihak polis bandar raya Jakarta tidak mengesyorkan konsert tersebut diadakan.
"Kami masih membincangkan (tentang pengeluaran permit konsert itu)," kata jurucakap Polis Nasional Indonesia, Rafli Amar kepada portal berita Beritasatu.com.
Menurutnya, konsert itu akan diadakan pada bulan depan menyebabkan pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mengeluarkan permit.
Pasukan Pembela Muslim mendesak polis untuk membatalkan konsert itu bagi mengelak konflik antara kumpulan Islam dengan para peminat Lady Gaga.
"Kami meminta Polis Nasional Indonesia untuk menimbangkan tentangan orang awam terhadap konsert Lady Gaga," kata pengerusi lembaga pasukan itu, M. Mahendradatta.
Menurutnya, penyanyi itu mempromosi pemujaan ke atas syaitan dan akan menjejaskan moral golongan muda.

 

 

No comments:

Post a Comment