Wednesday, May 16, 2012

BILA HUDUD TIADA..MAKA MEROGOL ADIK PUN TAK TAKUT...BERZINA DENGAN MENANTU PUN TAK TAKUT...MELANGGAN PELACUR PUN TAK TAKUT....SAMA2 SUKA BERZINA PUN TAK TAKUT....ADAKAH TAK LAKSANAKAN HUDUD ITU.... DINAMAKAN JAGA DAN PELIHARA AGAMA ISLAM...MENGARUT KENYATAAN ITU... SEBENARNYA TAK JAGA PUN...

Tetak tuntut hutang

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

BEGINI...Arufullah menceritakan detik cemas isterinya diserang suspek.
BEGINI...Arufullah menceritakan detik cemas isterinya diserang suspek.
KANGAR: “Selepas ditetak di kepala dan bahu, isteri saya cuba melawan menyebabkan tangannya hampir putus apabila menepis tetakan yang dihalakan ke mukanya,” kata Arufullah Dirladhusdan, 26, menceritakan kejadian isterinya diserang seorang lelaki dengan parang di rumah mereka di Kampung Pida 8, Kodiang, Kedah, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, isteri Arufullah, Hasina Mogul Ahmad, 28, yang baru habis berpantang anak sulung parah di kepala, bahu dan lengan kiri selepas ditetak lebih lima kali oleh penyerangnya dipercayai berpunca daripada masalah hutang.
Arufullah dan Hasina, kedua-duanya warga Myanmar. Ketika kejadian hanya Hasina berada di rumah bersama bayi lelaki mereka berusia tiga bulan manakala Arufullah bekerja di sawah berhampiran.

Menurut Arufullah, sebaik dimaklumkan kejadian itu, dia bergegas pulang dan mendapati isterinya telentang tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah.


“Ketika cuba membantu isteri, baju saya turut dibasahi darah yang keluar membuak-buak daripada kepalanya yang ditetak dengan parang, malah darah masih mengalir walaupun sudah tiba di hospital,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, semalam.

Along lontar bom tangan

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my

LOKASI...rumah mangsa yang dilontar bom tangan oleh empat lelaki, semalam.
LOKASI...rumah mangsa yang dilontar bom tangan oleh empat lelaki, semalam.
IPOH: Berpantang maut sebelum ajal. Itu gambaran paling sesuai untuk seorang lelaki yang terselamat daripada maut apabila sebutir bom tangan yang dilemparkan ke arah keretanya tidak meletup.
Kejadian berlaku depan rumah mangsa, seorang lelaki berusia 40-an, di Taman Bemban Jaya, Batu Gajah, dekat sini, jam 11.30 pagi semalam.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian itu, kumpulan empat lelaki dipercayai anggota kumpulan ceti haram atau along pergi ke rumah mangsa dan mengugut mangsa membayar hutang lama berjumlah RM30,000.

Menurutnya, mangsa yang tidak mampu membayar hutang itu bertengkar dengan suspek yang enggan beredar dari pekarangan rumahnya.


“Kumpulan suspek yang berang tiba-tiba mengeluarkan sebutir bom tangan dan melontar bahan letupan itu ke bawah kereta mangsa sebelum melarikan diri. Namun, mangsa bernasib baik kerana bom itu tidak meledak,” katanya.

Ular teman ulang kaji



TIDAK GENTAR...Wan Nor Amirah menjadikan ular sawa sebagai teman.
TIDAK GENTAR...Wan Nor Amirah menjadikan ular sawa sebagai teman.
PASIR MAS: “Mirah hanya suka ular sawa dan tidak pernah rasa takut, malah sayang padanya,” kata Wan Nor Amirah Wan Apendi, 12, dari Kampung Bechah Tendong, di sini.
Dia tidak gentar menjadikan ular sawa seberat lima kilogram (kg) dan dua meter panjang sebagai teman karibnya sejak kecil dan sering menemaninya setiap hari ketika meluangkan masa lapang, menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.

Minat terhadap ular itu turut dikongsi semua adik-beradiknya iaitu abang sulungnya, Mohd Asraf, 28, Wan Mohd Arif, 26, Wan Nor Azain, 21, Wan Mohd Aziz, 15, dan adiknya, Wan Nor Alysya, 9.
Menurut Wan Nor Amirah, dia memanggil reptilia itu sebagai ‘Sayang’ dan dia lebih dikenali dengan ‘Mirah Ular’ di kalangan guru dan rakan sekolah.

“Mirah dan ayah juga akan memandikan ‘Sayang’ seminggu sekali dan memberinya ayam antara seekor hingga tiga ekor sebagai makanan setiap sebulan dua kali,” katanya.

Ular itu adalah milik bapanya, Wan Apandi Wan Daud, 51, yang juga mempunyai kepakaran menjinakkan ular selain mempunyai koleksi enam ekor ular terdiri daripada jenis sawa, tedung selar dan senduk.

Wan Apandi berkata, dia memelihara semua ular berkenaan untuk tujuan membuat persembahan bermain ular di khalayak ramai.

Pokok mempelam "penyelamat" warga emas, cicit daripada dirempuh lori



HULU TERENGGANU: Sebatang pokok mempelam berusia lebih 50 tahun sekali lagi menjadi "penyelamat" kepada penghuni sebuah rumah di sini, apabila "menahan" rempuhan lori tangki yang terbabas daripada melanggar rumah itu hari ini.
Dalam kejadian 9.30 pagi di Km 15 Jalan Gaung-Teris berhampiran Kampung Tengkawang itu, hanya Minah Che Idris, 60, dan cicitnya Nor Auni Azamudi, sembilan bulan berada di dalam rumah tersebut.

"Mula-mula makcik dengar bunyi brek yang kuat dan makcik terus ambil cicit yang tidur di ruang tamu sebelum dengar dentuman yang kuat di luar rumah," katanya ketika ditemui pemberita, di kediamannya.

Minah berkata beliau kemudian berlari keluar rumah dan ternampak sebuah lori "melekat" pada batang pokok mempelam tersebut serta limpahan minyak di kawasan rumahnya.


"Ini bukan kali pertama. Sebelum ini trak tentera, lori balak dan banyak jenis kenderaan pernah terbabas di sini dan melanggar batang pokok mempelam itu, tapi semuanya tidak melibatkan kemalangan maut.

"Saya harap pihak kerajaan buat sesuatu pada jalan di kawasan ini sebab kerap sangat berlaku kemalangan. Kadang-kala dalam sebulan tiga hingga empat kali (kemalangan)," katanya yang tinggal di rumah itu sejak lebih 40 tahun lalu.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu ASP Mohd Rosli Mohd Amir ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya lori tangki yang membawa muatan minyak sawit itu datang dari Gua Musang, Kelantan menuju ke pelabuhan Kuantan, Pahang.

Pemandu lori yang berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan namun kelindannya yang berusia 23 tahun mengalami luka ringan, katanya. - BERNAMA

Pekerja ladang warga Indonesia mati ditetak rakan



BELURAN: Seorang pekerja ladang warga Indonesia mati ditetak oleh rakan sekerjanya dalam satu pergaduhan di Ladang Kelapa Sawit Laukin IOI di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Beluran, DSP V. Sivanathan berkata, mangsa dikenali sebagai Indra yang ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan, di tepi jalan ladang itu oleh pekerja ladang kira-kira pukul 9 malam.

Katanya laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh penolong pengurus ladang berkenaan kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan menjumpai mayat mangsa dengan kesan tetakan di bahagian belakang badan, bahu, pipi dan leher.


Sivanathan berkata, siasatan di tempat kejadian menemui kesan pergelutan tetapi tidak menemui senjata yang digunakan dalam pergaduhan itu.

Beliau berkata, polis sedang memburu rakan sekerja mangsa yang berusia lingkungan 20-an yang melarikan diri selepas kejadian itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Polis Maran buru 'Zainal Orang Kaya'

KUANTAN: Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran hari ini mengedarkan gambar suspek yang dikenali sebagai 'Zainal Orang Kaya' yang dipercayai terbabit dalam kes pengedaran dadah.
Zainal Orang Kaya atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ramli, 43, berasal dari Felda Seroja, Jengka 18, Maran dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah jenis heroin seberat 100 gram pada motosikal yang ditunggangnya ketika ditahan September tahun lalu.

Menurut jurucakap polis, pihak polis telah cuba mengesan suspek sejak dia bertindak melarikan diri ketika diperiksa di laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Chenor dekat Maran.

"Dalam kejadian 8 pagi 29 September 2011 itu, suspek ditahan anggota peronda Lebuh Raya Pantai Timut (LPT) arah Lanchang-Maran untuk pemeriksaan rutin.


"Namun suspek yang diminta mengeluarkan lesen dan kad pengenalannya untuk pemeriksaan bertindak melarikan diri," kata jurucakap berkenaan kepada Bernama.

Hasil pemeriksaan ke atas motosikal yang ditinggalkan suspek, polis menemui satu paket berisi 100 gram heroin tersorok di bawah tempat duduk. - Bernama

Petani maut dipanah petir



YAN: Seorang petani maut selepas dipanah petir ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Setar di sini petang semalam.
Azizan Abu, 50, yang dalam perjalanan pulang dari sawahnya kira-kira jam 5.30 petang maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan di badan, kepala, tangan dan kaki.

Anak mangsa, Mohamad Faiz, 21, memberitahu bahawa rakan bapanya Mohd Rozi Zainal, 53, yang datang dari arah bertentangan ternampak petir menyambar bapanya.

Mohd Rozi juga turut cedera di muka akibat terkena petir walaupun jarak mereka berdua ketika itu kira-kira 50 meter.


Mohamad Faiz berkata, rakan bapanya itu melihat bapanya terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam sawah, sebelum dia mendapatkan bantuan orang ramai untuk menolong Azizan.

Mayat Azizan kemudiannya di hantar ke Hospital Yan kira-kira 6.50 petang sebelum dituntut dan dikebumikan di Kampung Setar kira-kira 11 pagi tadi.

Mangsa meninggalkan isteri dan enam orang anak berusia sembilan hingga 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu ketika mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. - Bernama

Cabut nyawa dalam singki

Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my

MIRI: Seorang lelaki yang dikatakan tidak dapat menerima hakikat pahit selepas disahkan menghidap HIV positif, ditemui mati selepas melemaskan mukanya ke dalam air yang ditakung dalam singki sebuah hospital, di sini, kelmarin.
Mayat lelaki berusia 50-an itu ditemui seorang jururawat yang melakukan pemeriksaan dalam bilik air selepas mendapati mangsa tiada di katilnya dalam sebuah wad di hospital berkenaan, kira-kira jam 10.15 malam.

Sumber berkata, mangsa dari Satok sebelum ini, pernah dimasukkan di Hospital Saratok dan dirujuk ke Hospital Miri pada 1 Mei lalu akibat masalah kesihatan dan demam berpanjangan sebelum disahkan menghidap HIV positif.

“Sepanjang di hospital berkenaan, mangsa yang tidak bekerja tidak pernah menunjukkan sebarang sikap pelik atau perbuatan mencurigakan kerana sentiasa memberi kerjasama baik kepada doktor dan jururawat,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, sejam sebelum kejadian, mangsa dilihat berkelakuan agak ganjil apabila ditemui duduk di atas mangkuk tandas selama sejam dan tidak mahu kembali ke katilnya.

Abang nodai adik sorok dalam bilik air



KUALA LUMPUR: Akibat kemaruk seks, seorang lelaki sanggup melompat masuk ke dalam bilik air dan menarik keluar adik perempuannya berusia 17 tahun sebelum memaksa mangsa memuaskan nafsunya dalam kejadian di Taman Dato Senu, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berkenaan yang pernah cuba untuk merogol mangsa beberapa kali itu masuk ke dalam rumah ketika mangsa berseorangan dalam rumah.

Sumber polis berkata, sebaik nampak abangnya masuk ke dalam rumah, mangsa yang ketakutan menyembunyikan diri dalam bilik air bagaimanapun lelaki berkenaan yang nampak mangsa melarikan diri memanjat perabot di dalam rumah untuk mengintai mangsa.
Menurutnya, selepas memaksa mangsa untuk membuka pintu, lelaki berkenaan kemudian melompat masuk ke dalam bilik air sebelum menarik keluar mangsa.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa dicabul lelaki berkenaan selain pakaiannya cuba ditanggalkan namun akibat mangsa melawan, lelaki itu menolak ke atas katil,” katanya.

Selepas itu, katanya, lelaki berkenaan membogelkan mangsa dengan ganas sebelum merogolnya dan meninggalkan mangsa bersendirian di rumah.
Nenek 15 cucu dicekup khalwat
AHMAD ISMADI ISMAIL
16 Mei 2012
Nenek 15 cucu dicekup khalwat
Anggota penguatkuasa menyoal siasat warga emas bersama pasangan yang dicekup dalam operasi cegah maksiat
AMPANG - Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai.

“Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air.

“Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota,” katanya.

Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih dicekup di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.50 pagi, semalam.

Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa selepas dipercayai pasangan itu berasmara dalam bilik sewa milik lelaki berkenaan.

“Perempuan itu memberi alasan berjumpa dengan teman lelakinya untuk mengadu berhubung masalah tempat kerjanya.

“Ketika serbuan perempuan itu berpakaian lengkap, manakala pasangannya hanya berseluar pendek,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Isu Zahida: Zuraida terima notis saman Shafie Apdal
NORHASPIDA YATIM
16 Mei 2012
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
PETALING JAYA - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menerima notis guaman daripada Shafee & Co pada 23 April lalu meminta beliau menarik balik kenyataan dan memohon maaf berhubung dakwaan skandal membabitkan pemberian wang yang banyak daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis, Zahida Mohamed Rafik.
Menurutnya, surat yang sama turut diterima bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi yang mendedahkan mengenai perkara itu dalam satu laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lalu.
Namun, Zuraida berkata, pihaknya tidak akan menarik balik kenyataan itu sebaliknya masih menunggu jawapan Shafie sejak pendedahan mengenai perkara itu dibuat bulan lalu.
“Noor Azman dan saya menerima surat yang sama. Yang peliknya, surat saman dari pihak Shafee & Co itu daripada Zahida, bukan daripada Shafie.
“Sejak perkara ini didedahkan, Shafie tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menjelaskan secara terperinci dari mana datangnya wang sebanyak itu dan kami masih menunggu jawapan daripadanya. Jadi, kita gesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat perkara ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
semalam.
Turut hadir, ibu saudara Noor Azman yang juga seorang selebriti, Dayangku Intan Tengku Hamid, bapa saudaranya, Rosman Yahil, peguamnya, Latheefa Koya, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan peguam PKR, Sivarsa Rasiah.
Zuraida berkata, PKR tidak tertarik mengenai isu membabitkan hubungan antara Shafie dan Zahida, sebaliknya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status wang yang diberikan kepada artis itu.
“Bagaimana dia boleh beri dalam jumlah yang banyak, RM100,000 hingga RM200,000 setiap minggu sebagaimana didakwa? Rakyat mahu tahu perkara sebenar dan beliau perlu tampil menjelaskan mengenai perkara itu.
“Nama Noor Azman yang sebelum ini dituduh melarikan wang Zahida sebanyak RM200,000 juga perlu dibersihkan,” katanya.
Menurut Noor Azman,  terdapat beberapa individu tidak dikenali mengganggu keluarganya selepas dia keluar reman pada 16 Mac lalu.
“Selepas saya buat laporan polis berkenaan dakwaan Zahida, saya direman. Ketika reman, saya disoal dengan soalan yang tidak masuk akal. Selepas keluar reman, keluarga saya pula diganggu.
“Kami sekeluarga tidak tahan menerima gangguan sehingga ada yang memecah masuk kediaman kami untuk mencari sesuatu. Mereka juga menunggu di hadapan kediaman sehingga jam tiga, empat pagi,” katanya.
Noor Azman ketika ditanya mengapa kini baru mendedahkan perkara itu, berkata, beliau sudah tidak sanggup untuk ‘berlakon’ dan menyimpan rahsia peribadi yang menyebabkan hidupnya berada dalam tekanan.
“Mereka akan berjumpa sekurang-kurangnya seminggu sekali di mana-mana hotel sekitar ibu negara. Setiap kali bertemu, Shafie akan memberi wang tunai dan jumlah yang paling besar pernah Zahida terima ialah RM1 juta tahun lalu.
“Sepanjang tiga tahun menjalankan tugas itu, saya tidak pernah membawa wang tunai yang diberi Shafie bersendirian, setiap kali melakukan transaksi, Zahida ada bersama saya,” katanya.
Menurutnya, perkara itu didedahkan sebulan sebelum beliau memohon untuk berhenti kerja pada 29 Februari lalu.
Dalam laporan sebelum ini, Zahida dan Shafie menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan perkara itu.


'Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta'
Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sekali RM100,000... saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta.

"Bila masuk ke dalam bank, baru saya tahu dalam beg itu, yang saya bawa ada RM1 juta... Itu nilai paling besar pernah saya bawa," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

NONENoor Azman berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung nilai transaksi yang paling maksimum pernah dimasukkan ke dalam akuan pelakon tersebut.

Noor Azman (gambar kanan) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya pagi ini, Noor Azman berkata transaksi tersebut berlaku pada tahun lalu.

Noor Azman berkata sepanjang tiga tahun bekerja beliau selalu membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank.

"Saya tidak pernah membawa duit itu, sendiri... Saya membawa dengan Zahida Rafik sekali. Saya tidak akan dibenarkan membawa duit, sendiri," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang masalah dengan Zahida itu, Noor Azman berkata sebelum meletak jawatan beliau mempunyai "pertelingkahan" ekoran berlakunya sesuatu perkara dan ia dimaklumkan kepada Shafie.

Bagaimanapun, selepas itu beliau meletak jawatan kerana "tidak seronok bekerja" susulan berlakunya perkara itu.

Noor Azman yang juga anggota Pemuda Pandan menegaskan tidak mempunyai "pertelingkahan" dengan Shafie yang juga naib presiden parti itu sekalipun sudah lama tidak menghubungi pemimpin itu.

Turut hadir dalam sidang media itu beberapa pemimpin kanan PKR antaranya Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya dan dua ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan R Sivarasa (Subang).

Ibu saudara Noor Azman yang juga penyanyi terkenal tahun  1980-an, Dayangku Intan serta suaminya turut hadir dalam sidang media tersebut.
Malaysiakini telah menghantar SMS kepada Zahida dan tweet kepada Shafie bagi mendapatkan reaksi mereka terhadap dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, setakat berita ini dikemaskini, Malaysiakini masih belum menerima sebarang jawapan.

No comments:

Post a Comment