Monday, May 14, 2012

PENENTU MASA DEPAN DAN SEGALANYA IALAH ALLAH..

Dijemput ajal ketika kejar pencuri


Rakan Koperal Rasul, Koperal Hamidin Daud yang juga merupakan pemandu kereta peronda polis berada di sebelah kenderaan yang remuk dilanggar lori curi yang mengundur.


ALOR GAJAH – Hajat dua anggota polis peronda untuk menangkap penjenayah yang melarikan sebuah lori membawa muatan perabot berakhir dengan seorang daripada anggota polis itu mati dilanggar kenderaan yang dikejar manakala penjenayah itu pula masih bebas.
Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi di Kampung Melekek di sini semalam, Koperal Rasul Tumin, 47, mati di tempat kejadian selepas digilis lori yang mengundur selepas kenderaan itu ditinggalkan oleh penyamun di jalan yang berbukit.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, sebelum tragedi itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah menerima maklumat kehilangan sebuah lori tujuh tan yang membawa barangan perabot di Gemencheh, Negeri Sembilan pada pukul 6 pagi.
“Risikan pukul 6.55 pagi menemui lori tersebut berada di daerah Alor Gajah. Dua anggota polis peronda termaksud mangsa keluar mengesan kenderaan itu dan menemui lori tersebut di kawasan Masjid Tanah,” kata beliau ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Melaka di sini semalam.
Menurut beliau, Rasul yang menaiki kereta peronda dipandu rakan mengejar lori tersebut yang dipandu seorang lelaki yang enggan memberhentikan kenderaan tersebut.
Kereta peronda polis mengejar lori itu sehingga masuk ke kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Solok Limau Purut, Melekek.
“Ketika berada di ladang kelapa sawit itu, lori tersebut tidak mampu mendaki jalan berbukit.
“Suspek yang panik terus terjun dari lori itu dan meninggalkan kenderaan tersebut dipercayai tanpa brek tangan menarik sebelum menghilangkan diri,” kata beliau.

Nursuhaila didakwa pernah ditampar ibu

JIMMY dan Nursuhaila ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley semalam mendakwa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah ditampar oleh ibu kandungnya pada 1 Oktober 2010 sehingga memaksa wanita itu (ibu mertua) menghubungi Jimmy untuk tumpang bermalam di rumahnya.
Jimmy, 31, yang memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat juga mendakwa, Nursuhaila, 26, pernah datang ke rumahnya tiga hari selepas itu bagi memujuk ibunya pulang serta meminta cerai daripadanya.
“Pada 4 Oktober 2010, defendan (Nursuhaila) datang ke rumah, dia minta maaf pada saya dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan.
“Saya hanya mendengar penjelasannya dan ibu mertua saya kemudian balik mengikut defendan,” katanya semasa disoal balas peguam syarie yang mewakili Nursuhaila, Saadiah Din.

Penculik bebaskan Nazarrudin

KUALA LUMPUR – Selepas setahun menjadi mangsa penculikan kumpulan serpihan Abu Sayyaf, seorang rakyat Malaysia, Nazarrudin Saidin, 39, akhirnya dibebaskan.
Pembebasan pemuda yang berasal dari Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor itu telah disahkan oleh Kelab Putera 1Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Kosmo!.
Proses rundingan untuk membebaskan Nazarrudin telah dibuat sejak beberapa bulan lalu dan lelaki itu selamat dibawa pulang ke ibu negara semalam.
Nazarrudin dijangka dipertemukan dengan ahli keluarganya hari ini dalam satu majlis khas yang diadakan di ibu negara.
Adik mangsa, Mohamad Lukman Saidin, 27, ketika dihubungi Kosmo! petang semalam turut mengesahkan mengenai kepulangan abangnya yang merupakan anak sulung daripada lima beradik.
“Saya tidak sangka dia (Nazarrudin) akan dibebaskan juga akhirnya. Saya bersyukur kerana dia selamat.
“Saya baru terima berita ini dan tidak tahu butiran lanjut mengenai pembebasan tersebut,” katanya.

Tipu: penasihat kewangan, perunding cukai didakwa


Ai Koon ketika didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Seorang lelaki dan seorang wanita, yang menghadapi dua pertuduhan menipu melibatkan wang berjumlah RM1.13 juta mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Bagi pertuduhan pertama, Ismahadi Ahyali, 52, seorang penasihat kewangan dan Teoh Ai Koon atau dikenali sebagai Kamolnat Kijvanit, 43, perunding cukai didakwa menipu Heng Gee Hooi, 47, seorang pengarah syarikat Barisan Elite Sdn. Bhd., sehingga mendorong mangsa memindahkan wang RM834,210 milik syarikat itu ke dalam akaun milik Ismahadi.

Perogol pelancong direman


PENGANGGUR direman tujuh hari untuk membantu siasatan kes cabul dan rogol pelancong Switzerland.


KOTA BHARU – Seorang remaja berumur 18 tahun direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul dan rogol melibatkan dua pelancong Switzerland yang baru tiba ke negeri ini pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek ditahan reman bermula semalam sehingga 20 Mei ini bagi disiasat mengikut Seksyen 354/376 Kanun Keseksaan iaitu cabul dan rogol selepas ditahan pada pukul 5 petang kelmarin.
“Suspek merupakan seorang penganggur ditahan di sebuah rumah banglo di Taman Intan, Lundang yang juga dipercayai menjadi lokasi dua wanita Switzerland itu dirogol dan seorang lagi dicabul,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Belia penentu masa depan – Najib

KUALA LUMPUR – Golongan belia yang mewakili 45 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berperanan besar dalam menentukan masa depan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menyedari hakikat amanah yang dipikul golongan pewaris kepimpinan negara itu adalah besar, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa merasai, merujuk dan memahami pandangan dan aspirasi generasi itu dalam setiap perancangan yang dibuat.
“Sesungguhnya masa depan negara terletak di tangan golongan belia, sama ada kesejahteraan kebangsaan akan semakin meningkat dan kemakmuran terus dinikmati semua warga Malaysia pada masa depan bergantung kepada anda sebagai pewaris kepimpinan negara.
“Sesungguhnya amanah yang terpikul di bahu para belia amatlah besar,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan bertemakan Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini yang akan disambut esok.

HSBB jalur lebar terbaik rantau ini


MELALUI infrastruktur HSBB, masyarakat di negara ini berpeluang menikmati kemudahan jalur lebar yang lebih baik dan pantas. – Gambar hiasan


NEW DELHI – Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd. (TM) telah mengetepikan rangkaian jalur lebar nasional (NBN) lain yang sedang dilaksanakan di rantau ini.
Saingan bagi projek rangkaian jalur lebar tersebut ialah Rangkaian Jalur Lebar Negara Generasi Akan Datang (NGNBN) Singapura, Australia dan New Zealand.
Menurut Informa Telecoms & Media (ITM), projek HSBB yang merupakan usaha sama antara TM dengan kerajaan itu telah mempunyai 310,000 pelanggan pada April lalu.
Ia turut membabitkan 1.2 juta premis yang mempunyai rangkaian tersebut dan ia dijangka siap pada masanya dan dalam bajet yang ditetapkan.
“Projek pemasangan HSBB berjalan lancar di Malaysia dan sudah ada perbincangan untuk meneruskan rangkaian itu, sekali gus ia akan melepasi sasaran asal sebanyak 20 peratus daripadajumlah kediaman dan berkembang luas ke kawasan luar Lembah Klang,” menurut firma penganalisis yang beribu pejabat di London itu di sini semalam.

Salji luar biasa di Bosnia


SEBUAH kereta melalui sebatang jalan raya dalam cuaca bersalji dekat Sarajevo, Bosnia semalam.- Agensi


SARAJEVO, Bosnia-Herzegovina - Penduduk Bosnia sekali lagi berdepan salji pada bulan ini walaupun musim sejuk sudah berakhir di negara berkenaan.
Suhu di Bosnia turun kepada lima darjah Celsius semalam dengan lalu lintas sesak ekoran orang ramai mengalami kesukaran untuk ke tempat kerja.
Salji turut menyebabkan sekitar 50 buah kampung di kawasan pergunungan dekat ibu kota Bosnia, di sini terputus bekalan elektrik.
Cuaca luar biasa itu berlaku selepas seminggu suhu panas mencecah 27 darjah Celsius dicatat di sini pada Sabtu lepas.
Suhu sejuk itu diramalkan berterusan hingga pertengahan minggu ini apabila salji akan digantikan dengan hujan lebat. - Agensi

Budaya minum arak kian teruk di Britain


BEBERAPA orang menghisap rokok semasa mereka minum arak di luar sebuah bar di Soho, London pada 21 April lalu.- Agensi


LONDON - Pengambilan arak secara berlebihan tanpa henti mencapai tahap kritikal di Britain, kata beberapa pakar kesihatan.
Pada hujung minggu, sekumpulan lelaki dan wanita keluar dari pub dan kelab malam dalam keadaan terhuyung-hayang akibat mabuk menjadi perkara biasa di ibu kota Britain di sini.
Sebahagian wanita berkenaan tanpa segan silu muntah di kaki lima tanpa menghiraukan pakaian mereka terselak dan menampakkan seluar dalam.
Sebahagian daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri ekoran minum terlalu banyak.
"Anda malu jika dilihat mabuk di rumah. Di sini (pub dan kelab malam), ia merupakan satu trend," kata seorang pelajar universiti, Kaisa Toroskainen semasa dia minum bir di sini bersama beberapa rakannya.
Mengulas tentang aktiviti tidak sihat itu, beberapa pakar menyatakan budaya minum arak menyebabkan Britain menanggung beban kewangan sekitar AS$4.4 bilion (RM13.57 bilion) setahun.
Ia termasuk bil hospital dan kos rawatan kesihatan berkaitan pengambilan minuman keras terutamanya penyakit hati yang melonjak 25 peratus sejak beberapa tahun lalu.
"Semakin ramai belia berusia lewat 20-an hingga pertengahan 30-an menghidap penyakit hati akibat minum arak," kata seorang pakar hati di Universiti Newcastle, Chris Day.
"Keadaan ini tidak berlaku di Britain 20 tahun dahulu," tambahnya.
Had umur untuk minum arak di Britain ialah 18 tahun berbanding 21 tahun di Amerika Syarikat.
Harga arak di negara ini murah iaitu kurang daripada $1.10 (RM3.39) untuk sebotol minuman keras. - Agensi

Pencuci tandas peroleh ijazah


FILIPAJ menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di New York kelmarin.


NEW YORK – Seorang penjaga bangunan Universiti Columbia, Gac Filipaj merupakan antara pelajar cemerlang pusat pengajian tinggi itu.
Filipaj berusia 52 tahun dan dia bekerja membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut di sini.
Kelmarin, dia berasa bangga kerana menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam majlis konvokesyen universiti itu.
Filipaj belajar selama 12 tahun dalam pengajian klasik sambil bekerja sepenuh masa sebagai penjaga bangunan.
Pada awalnya, dia mempelajari bahasa Inggeris selepas melarikan diri daripada perang saudara di negara kelahirannya, Yugoslavia pada tahun 1992.
Berasal daripada etnik Albania, dia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana bimbang akan dipaksa menyertai tentera Serbia.
Selepas mendapat ijazah, Filipaj kembali bertugas sebagai penjaga bangunan di universiti berkenaan.
Namun, dia berharap akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.
Penjaga bangunan tersebut masih menghantar wang kepada keluarganya yang bekerja di sebuah ladang di Montenegro. – Agensi

Ibu 90 tahun cari rezeki untuk bantu anak


AFP GAMBAR menunjukkan Xiuying (kanan) makan bersama anak perempuannya yang sakit di rumah mereka.


BEIJING – Seorang wanita berusia 90 tahun, Li Xiuying mengutip botol plastik untuk dijual di pusat kitar semula di sini.
Xiuying turut mengutip barang lain yang ditemuinya dekat pusat beli-belah sebelum dikumpulkan untuk dijual di pusat kitar semula.
Wang yang diperoleh hasil jualan itu akan digunakannya untuk membeli ubat-ubatan untuk seorang anak perempuannya berusia 74 tahun yang sakit.
Anak perempuannya itu tinggal bersamanya di sebuah rumah.
Xiuying menyimpan barang-barang yang ditemuinya itu di dalam rumahnya sebelum ia dijual
di pusat kitar semula. – Agensi

No comments:

Post a Comment