Gigit tangan penculik
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
kalidevi@hmetro.com.my
TERKEJUT...Rajan dan ibunya, Seena ketika ditemui wartawan Harian Metro.
DI SINI...kawasan tempat Rajan hampir diculik, kelmarin.
Dalam kebanyakan kes, kumpulan penculik menggunakan van dan empat daripada enam kes itu membabitkan van putih.
Dalam kejadian terbaru jam 3.30 petang kelmarin, seorang remaja lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rajan, 14, lolos daripada cubaan menculiknya apabila dia nekad menggigit tangan seorang daripada enam lelaki yang ketika itu menekup mulutnya.
Kejadian berlaku ketika Rajan yang pulang dari sekolah baru turun dari bas awam di perhentian bas di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini, dan berjalan untuk ke rumahnya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
“Sebaik turun daripada bas, saya berjalan ke rumah menggunakan lorong bahagian belakang blok bangunan kedai berdekatan rumah sebelum ternampak seorang lelaki berambut panjang berdiri berdekatan perhentian bas.
“Tidak lama kemudian, lelaki itu mengekori saya sebelum sebuah van putih yang diletakkan 200 meter dari perhentian bas bergerak menghampiri saya.
“Tiba-tiba lelaki berambut panjang itu menerpa ke arah saya dan menekup mulut dari arah belakang. Dia kemudian memegang tali beg sekolah dan menarik saya ke arah van putih,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Perangi penggodam
Oleh Gaddafi Musli
gaddafi@hmetro.com.my
gaddafi@hmetro.com.my
TEKUN...peserta mencuba aplikasi permainan godam.
Pengarah Projek MCC, Afnan Afiq Alias berkata, isu keselamatan siber khususnya laman web rasmi kerajaan harus diambil perhatian berikutan kes penggodaman yang semakin serius.
“Dengan adanya sukarelawan siber, ancaman seperti ini dapat ditangani dengan lebih pantas di samping membantu agensi keselamatan siber menangkis serangan penggodam berniat jahat,” katanya.
Menurutnya kepakaran penggodam sering dipandang negatif berikutan tindakan beberapa pihak yang sering melakukan ‘defacement’ atau mengubah paparan utama laman web kerajaan.
“Pada pandangan saya, mereka sebenarnya hanya mahu mendedahkan kelemahan sistem keselamatan laman terbabit dan tidak mengganggu data yang disimpan. “Bayangkan jika pihak luar yang melakukan penggodaman dan menyalahgunakan data sulit yang disimpan,” katanya ketika ditemui.
Justeru, katanya, penubuhan pasukan ini perlu untuk membantu agensi kerajaan memantau keselamatan laman web mereka terutama yang menyimpan data sensitif.
Afnan memberi contoh kejadian godam membabitkan laman sebuah agensi penguat kuasa, baru-baru ini dengan data seperti pendapatan mengikut negeri didedahkan penggodam tidak bertanggungjawab.
“Saya menyeru belia khususnya yang mempunyai kepakaran godam menyertai MCC dan menjadi sebahagian daripada benteng pertahanan sistem keselamatan siber negara,” katanya.
“Golongan ini dapat membantu kerajaan dengan memberikan maklum balas, cadangan serta kehendak mereka memudahkan proses penggubalan polisi,” katanya.
Turut diadakan dalam program berkenaan, forum yang membincangkan fenomena godam serta implikasinya terhadap masyarakat selain perbincangan bersama mengenai kaedah keselamatan siber.
Mahligai ‘orang batu’
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz dan Syazwan Msar
rnorain@hmetro.com.my
rnorain@hmetro.com.my
ORANG BATU...Chang tinggal di celah batu sejak lebih 50 tahun lalu.
Bukan sehari dua, tetapi sudah lebih 50 tahun Chang Kee, 73, menjadikan kawasan berbukit batu di kampung berkenaan sebagai kediamannya, tanpa memperdulikan apa pun kata orang di sekelilingnya.
“Walaupun rumah saya ini tidak sempurna, ia syurga bagi saya dan tidak sedikit pun berasa apa-apa kekurangan,” katanya yang lebih mesra dipanggil Ah Kee ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Berdindingkan batu gunung dan beratapkan beberapa keping zink usang, Ah Kee yang masih bujang, tinggal dan menguruskan kehidupan hariannya seperti memasak dan sebagainya dengan sumber air diperoleh dari sungai berhampiran serta air hujan.
Menurutnya, walaupun ada yang memandang sinis dan mencemuh ‘rumahnya’ itu, ia tidak sedikit pun menjadi ‘kudis’ buatnya, malah pernah menolak tawaran seorang individu yang ingin memberi rumah kepadanya.
No comments:
Post a Comment